Mengalah

232 8 0
                                    


 "Shh!!" marah Ejen Leon. Semua terdiam, gerun dengan mentor ejen neuro itu. Perbualan antara si anak dan si ayah bersambung..

"Okey, fine. Terangkanlah cepat. Tunggu apa lagi?" ujar Ghazali, kesabaran semestinya tiada dalam kamusnya ketika itu. Ali hanya mengeluh. Dia tidak tahu mahu mula dari mana.

"Abang, sebenarnya-" Bakar cuba membantu, tapi ayatnya dipotong Ghazali.

"Abang tak tanya kamu. Ayah nak Ali sendiri yang bagitahu ayah. Kamu duduk diam, Bakar. Selama ini, kamu pun sorok perkara ini daripada abang?" kata Ghazali.

"Ayah! Kitorang buat kerja ini pun untuk kebaikan ayah jugak. Kebaikan bandar ini, kebaikan semua orang! Kalau Datuk Bandar dengan peneraju yang bangunkan dan majukan Cyberaya ini, kitorang yang jaga dari dalam. Dato' Othman sendiri yang bangunkan organisasi ini. Dan betul, kitorang yang selamatkan keadaan waktu Dato' kena serang dengan ahli pinggiran," ujar Ali. Ghazali terdiam. Dia tak mampu kata apa-apa. Apa yang dia tahu, dia tidak mahu anaknya buat kerja sebegitu lagi. Baginya terlalu bahaya untuk budak 12 tahun.

"Kamu ingat kamu boleh jadi hero ke buat semua ini?" soalnya. Ali terkejut, tidak disangka ayahnya akan beranggapan begitu terhadap dirinya sendiri.

"Ayah ingat saya buat semua ini untuk jadi terkenal ke? Jadi ayah rasa benda yang sama dekat arwah mama?" soal Ali pula tanpa sengaja. Dia terlalu terkesima dengan anggapan ayahnya sehingga dia perkataan yang tak perlu disebut keluar dari mulutnya.

"Apa kena mengena pula dengan arwah mama ni? Berani kamu libatkan arwah mama," marah Ghazali.

Ali tiada pilihan lain selain memberitahu ayahnya. Dia memandang ayah saudaranya untuk kebenaran. Bakar hanya mampu mengiakan.

"Sebab arwah mama dulu pun ejen. Mama yang mulakan. Dia yang ajak Uncle masuk sekali. Ketua ahli pinggiran yang serang hari tu kawan lama mama. Mama yang selalu tolong pinggiran dulu. Sampailah mama jadi ejen. Sampai habis hayat mama. Ali secara tidak sengaja sertai sebabkan I.R.I.Z. Mama yang buat I.R.I.Z. Ali nak jadi macam mama. Mama pun bangga dengan apa yang Ali buat sekarang," ujar Ali. Semua di bilik itu terdiam. Pelbagai benda baharu yang dipelajari masing-masing.

Ghazali terkejut. Sangatlah terkejut. Beliau rasa seperti mahu tampar dirinya sehingga bangun dari mimpi, tapi beliau tahu itu bukan mimpi.

"Bakar. Betul ke semua ni?" soalnya. Bakar mengangguk, memandang bawah. Tidak mampu melihat muka abang iparnya lepas semuanya sudah terbongkar.

Ghazali mengeluh. "Apa-apa pun, ayah dah tak nak kamu kerja sini lagi. Kamu balik sekarang dan jangan keluar rumah selama seminggu. Memandangkan minggu ini cuti sekolah. Bakar, ikut suka hati kamulah kamu nak buat apa. Abang takde hak nak tentukan hidup kau. Ali, balik!" arah Ghazali.

Bakar tidak mampu membantah. Ali lain. Dia ingin bantah cukup-cukup. "Kenapa? Kenapa ayah benci sangat Ali buat kerja ni? Kat sini jelah Ali berguna. Ayah tahu Ali di sekolah macam mana kan? Ali tak pernah lulus mana-mana ujian. Cikgu sampai ada yang kata Ali bukan anak sebenarnya ayah! Kat sini jelah, sekurang-kurangnya Ali dapat jadi berguna untuk orang lain," ujar Ali.

Namun, cakaplah apa pun. Keputusan Ghazali muktamad, walaupun beliau sendiri kasihan pada anaknya itu.. Tak pernah pulak dia tahu situasinya sebelum ini.

Ali yang melihat ayahnya seperti tidak akan mengubah fikiran, mengalah. "Fine. Ali ikut cakap ayah. Ali balik. Oh, jangan bagitahu pasal benda ni kat sesiapa pun," pesan Ali sebelum dia sendiri keluar dari tempat itu, pulang ke rumah. Ghazali pula ikut kemudian. Bakar mengeluh. Yang lain hanya mampu menyaksikan. Mereka tiada hak untuk masuk campur hal keluarga orang.

.

.

Salam geng~ Bab pendek sebab saja nak korang tahu yang aku masih hidup. Aku tengah exam so yehh faham-faham lah eh. Also, akan datang cerita baru!! Masih lagi fanfiction. Tapi aku tak nak bagitahu lagi pasal apa shh hehe cauu

Rahsia Terbongkar (EjenAli fanfiction)Where stories live. Discover now