Arnab Liar

155 7 0
                                    


"Dia dah dapat Ali! Aku pergi rumah dia tadi dan tengok barang-barang kat bilik dia berselerak," ujar Bakar. Leon, Karya, Gheeta dan General Rhama bersama ejen-ejen muda semua berkumpul. Satu satu masalah timbul melibatkan keluarga si Ali bin Ghazali itu!

"Bakar, kamu tak nak bagitahu kami siapa Afiq ini?" soal Leon, mewakili semua yang lain yang sangat keliru dengan perkara yang terjadi. Mula-mula, Ali merupakan anak peneraju Cyberaya DAN bekas ejen M.A.T.A. yang ada kisah silam dengan pemuda yang inginkan balas dendam demi kejadian beberapa tahun lepas. Sekarang, ada lagi yang ingin menuntut hutang nyawa??

Bakar gelisah, dia tidak pasti sekiranya perkara ini boleh diberitahu. Yang lain menunggu jawapannya, sehinggalah ada seorang yang sudah tidak sabar lagi. "Ejen Bakar! Saya rasa seeloknya Ejen Bakar bagitahu kami semua supaya kita sama-sama boleh pergi selamatkan Ali dan Dr. Ghazali. Kalau berdiam diri saja, memang tak selesailah masalah ini!".

"Alicia, jaga mulut kau tu depan mentor," tegur Khai. Namun, tidak dihiraukannya. Bakar mengeluh, mengalah.

"Baik. Maaf sebab dah menyusahkan korang. Afiq ini bekas pelajar arwah Aliya. Arwah jumpa dia sekali dengan Niki kat kawasan pinggiran. Rupanya arwah Aliya ajar dia banyak tentang ilmu teknikal dan teknologi. Dia dah anggap arwah macam kakak angkat,".

"Saya tak tahu banyak. Dapat tahu pun sebab Ali terjumpa pasal dia dalam barangan arwah. Kitorang cuba cari dia, dan akhirnya dapat tahu dia dalam penjara," terang Bakar.

"Penjara? Dia dan jadi penjenayah ke?" soal Karya. Bakar mengangguk lalu berkata, "Dia libatkan diri dengan kumpulan gangster dan menyebabkan banyak kecederaan dan kerosakan orang awam,".

"Apa nama kumpulan itu? Adakah dia seorang saja yang diberkas atau seluruh kumpulan itu?" soal Rudy. "Geng Arnab Liar" jawab si ejen Kombat. Mentor-mentor terkejut. "Bukankah itu kumpulan yang menyebabkan kebakaran Megat Holdings?".

"Ya," jawabnya ringkas.

"Baiklah. Kita akan mulakan operasi penyelamatan malam ini. Pastikan semua siap sedia. Leon, saya akan hantarkan rancangan misi pada kamu," arah General Rhama yang dari tadi hanya setia mendengar penjelasan Bakar. Leon mengangguk.

Rahsia Terbongkar (EjenAli fanfiction)Where stories live. Discover now