Dirancang atau Kebetulan?

296 11 0
                                    


Selamatkan Dr. Tong di Menara Alpha: Rudy, Rozza, Mika, Ejen Gheeta

Selamatkan Dr. Mala di Menara Beta: Moon, Jet, Bulat, Ejen Bakar

Selamatkan Dr. Ghazali di Menara Gamma: Iman, Ali, Zass, Ejen Leon

Siasat laman sesawang: Alicia, Khai, Chris, Ejen Karya

Keesokannya, mereka berkumpul di tempat yang telah ditugaskan pada masing-masing. Sebelum itu, Alicia sempat berpesan pada Ali, "Ali. Kau tahu apa kau kena buat kan? Apa sekali pun, jangan bongkarkan identiti kau,". Ali hanya mengangguk dan berlalu pergi.

Setibanya di Menara Gamma, Zass, Ali, Iman dan Ejen Leon masuk menggunakan pintu belakang untuk mengelak dari dijejak pegawai keselamatan . "Ali, kenapa dengan pakaian awak hari ini? Awak tak panas ke?" soal Iman kepada Ali yang ketika itu bukan sahaja memakai sut teras teknonya yang berwarna merah, malah juga topi, pelitup muka dan jaket berhoodie berwarna hitam. "Saja. Tak panas pun," jawabnya. Sejujurnya, dia berasa sangat panas. Kalau bukan disebabkan pengdingin hawa yang merata-rata di Menara Gamma itu, tentu dia sudah kuyup dibasahi peluhnya sendiri. "Fokus. Jangan bersembang," tegur Ejen Leon.

Mereka kemudian tiba berdekatan dengan pejabat Dr. Ghazali. Ali merenung seketika. 'Bilik ayah..' fikirnya sebelum dia perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan pengawal yang menjaga bilik itu. Pengawal tersebut mengeluarkan pistol dari poketnya sebelum serbu masuk bilik itu tanpa mengetuk atau salam.

"Cis! Cepat ambil posisi. Tunggu isyarat saya sebelum kita masuk," arahan Ejen Leon dipatuh oleh anak-anak buahnya itu serta-merta. Mereka sama-sama bergegas ke belakang pintu dan bersedia untuk menyerang.

Dr. Ghazali mula panik, "Si-siapa kamu?" soalnya. "Tak perlu tahu siapa aku. Sekarang, aku nak kau bagitahu aku pasal ejen-ejen rahsia Cyberaya tu! Kalau tak, aku tembak kau," ugut penceroboh itu lalu mengajukan pistolnya itu ke arah beliau. "Sekarang!"

Arahan sudah diberi, ejen-ejen itu laksanakannya dengan cekap. Zass dan Ejen Leon sedia dengan senjatanya menghalang pintu manakala Ali dan Iman pergi ke Dr. Ghazali dan sedia melindunginya dari apa-apa serangan. Penceroboh itu panik lalu menjatuhkan senjatanya dan mengangkat tangan ke belakang untuk digari oleh Ejen Leon. "Dr. Ghazali. Dr. okey?" soal Iman pada beliau yang masih tertanya-tanya apa yang berlaku. Dr. Ghazali ragu-ragu pada mulanya, namun dia memutuskan untuk menjawab, "O-okey. Tapi, siapa kamu semua ni? Apa yang terjadi? Kamu ke ejen-ejen rahsia yang orang ramai katakan," beliau pula yang mengajukan pelbagai soalan.

"Jangan risau, kami tidak akan apa-apakan Dr. Kami hanya ingin bawa Dr ke tempat selamat sementara kes ini selesai. Menara ini juga kami akan uruskan," jawab Ejen Leon dengan tenang. Dia kemudian menyambungkan alat dengarnya untuk berhubung dengan General Rhama di HQ MATA. "General, kami sudah selamatkan Dr. Ghazali dari cubaan serangan seorang pemuda. Nanti saya bagi laporan penuh. Apa perlu kami buat dengan pemuda ini?" soalnya.

General di sebalik alat dengar itu menyahut kembali, "Baik. Bawa Dr. Ghazali ke safe house. Gari pemuda itu dan bawa sekali. Kunci dia dalam salah satu bilik sementara kita menunggu hasil pasukan Ejen Karya. Syabas,". Ejen Leon menyampaikan arahan itu kepada ahli pasukannya yang lain dan mereka mengangguk. Akhirnya, mereka tiba di safe house yang terletak di suatu hutan yang terpencil. Mereka menaiki sebuah helikopter milik MATA untuk sampai ke sana.

Masuk saja ke dalam, kelihatan dua lagi peneraju Cyberaya bersama ejen-ejen yang lain. Dr. Ghazali pergi ke arah mereka. "Dr. Tong, Dr. Mala. Doktor pun kena serang?" soal beliau. Dr. Tong mengangguk, memberitahu bahawa dia teleh diserang beberapa hari yang lalu. Manakala Dr. Mala pula hampir diculik sebelum diselamatkan oleh pasukan Ejen Bakar sebentar tadi.

"Kebetulan atau dirancang?".

"Huh? Maksud kau?" soal Rudy kepada Rozza. "Peneraju kena serang pada hari yang sama operasi kita mula. Kecuali Dr. Tong, diorang diculik atau diserbu hari ini. Dr. Tong pula diserang waktu hari salah seorang Ejen MATA ditugaskan untuk pergi dan tengok keadaan Dr. Tong selepas serangan bekas pembantu dia," ujar Rozza.

"Jadi, kau nak kata yang ada orang dapat tahu pasal operasi kita?" soal Rudy. Rozza hanya terdiam, tanda setuju. Sementara ejen yang lain mendengarkan perbincangan mereka berdua itu, mentor-mentor pergi membawa pemuda tadi ke suatu bilik untuk dikunci dan disoal siasat. Ali pula hanya duduk di salah satu kerusi di situ dan menyaksian interaksi ayahnya dengan peneraju yang lain. Topi, pelitup muka dan jaketnya masih terpakai.

"Weh, Ali tu dah kenapa? Tutup semua benda macam nak pergi seludup bank," soal Bulat. "Tak payah tahu. Benda tu bukan apa yang kita perlu risaukan. Apa yang penting sekarang ni kita kena awasi peneraju-peneraju tu. Ingat, jangan dedahkan apa-apa pasal kita dan MATA," pesan Alicia kepada semua. Yang lain mengangguk. Alicia memandang ke arah Ali sebelum menuju ke arahnya. "Ali, tanya diorang kalau diorang perlukan apa-apa?" arah Alicia. "Huh asal aku?" bantah Ali. "Buat jelah. Banyak tanya pulak," kata Alicia. Ali menjeling matanya sebelum patuh arahan.

Dia pergi ke arah peneraju Cyberaya itu dan berkata, "Maaf ganggu. Kami tahu ini mengejut tetapi jangan risau. Kami akan selesaikan kes ini secepat yang munckin. Sementara itu, Dr. Tong, Dr. Mala dan Dr. Ghazali boleh beritahu kami kalau ada apa-apa kemahuan atau kesulitan yang timbul. Jadi?" kata Ali dengan hormat, memikirkan betul-betul ayat yang diperkatakan. Risau perkataan yang tidak dimahukan tersasul di hujung lidah.

Peneraju-peneraju Cyberaya itu memandang sesama sendiri sebelum semula ke arah orang muda di depan mereka. "Kamu semua ini ke ejen-ejen rahsia yang dihebohkan?" soal Dr. Tong. "Maaf, tapi kami tidak boleh dedahkan apa tentang identiti kami. Tak kiralah kepada sesiapa pun, ianya adalah maklumat sulit dan boleh membahayakan ramai orang," jawab Ali dengan tenang. "Kalau takde apa-apa lagi, saya minta diri-" Ali tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana dipotong oleh Dr. Ghazali.

"Tunggu. Kamu semua ni berapa tahun? Tak ke kerja kamu ini terlalu bahaya untuk orang-orang muda seperti kamu?" soalnya. Ali tersenyum di belakang pelitup muka, walapunpun tiada yang menyedari. Kecuali seorang. Beliau perasan matanya yang walaupun dihalang oleh topi dan hoodie Ali. Beliau kenal mata itu, tapi betulkah anggapannya?

"Jangan risau. Kami bukan calang-calang budak," kata Ali sebelum beredar dari situ. Dr. Tong dan Dr. Mala memandang sesama sendiri, keraguan sahaja yang ada. Begitu juga Dr. Ghazali, lebih-lebih bila terlihat sepasang mata itu tadi. Dia tidak ingin membuat spekulasi bukan-bukan.

"Oi! Kau betul tak nak bagitahu ke siapa yang minta korang buat benda ini?!" teriak Bakar. Semua memandang ke arah situasi itu. Para mentor sedang menyoal siasat pemuda yang menceroboh bangunan Gamma dan cuba untuk menyerang Dr. Ghazali. Bakar sudah mula hilang kesabarannya, manakala Gheeta dan Leon hanya mampu mengeluh.

Si pemuda itu, yang baru beritahu namanya Haziq, memandang ke lantai, muka ketakutan dan rasa bersalah. Dia sendiri tidak tahu siapa yang memberi tawaran kepada semua orang di laman sesawang haram itu untuk mendapatkan maklumat tentang pasukan ejen rahsia. Namun siapa kisah siapakah di sebalik tabir itu? Mereka hanya nampak habuan yang ditawarkan.

"Sudah. Kalau dia tak tahu, atau dia tak nak bagitahu, terpulang pada dia. Saya baru dapat laporan daripada pasukan penyelidik, mereka sudah jumpa objektif," ujar Leon. Mereka berhati-hati untuk tidak menggunakan nama mereka ketika berkata, tidak mahu identiti didedahkan.

"Huh? Betul? Siapa?" soal Bakar. "Mereka akan beritahu sesudah mereka sampai di sini. Ada halangan katanya. Saya tak pasti apa," jawab Leon. "Adakah mereka diserang?" soal Gheeta semula.

"Itu mungkin dia," ujar Rudy entah datang dari mana.

Rahsia Terbongkar (EjenAli fanfiction)Where stories live. Discover now