Dalang

264 8 3
                                    

"Sudah. Kalau dia tak tahu, atau dia tak nak bagitahu, terpulang pada dia. Saya baru dapat laporan daripada pasukan penyelidik, mereka sudah jumpa objektif," ujar Leon. Mereka berhati-hati untuk tidak menggunakan nama mereka ketika berkata, tidak mahu identiti didedahkan.

"Huh? Betul? Siapa?" soal Bakar. "Mereka akan beritahu sesudah mereka sampai di sini. Ada halangan katanya. Saya tak pasti apa," jawab Leon. "Adakah mereka diserang?" soal Gheeta semula.

"Mungkin si dalang tu yang serang," ujar Rudy entah datang dari mana. Para mentor memandangnya. "Hoi, jangan mencelah waktu mentor bercakaplah!" marah Moon. Rudy menjeling.

"Takpe. Kenapa kamu cakap rasa dia yang serang?" soal Ejen Leon. "Tak rasa pelik ke? Peneraju kena serang pada hari kita ada misi yang melibatkan diorang. Saya tak rasa ini kebetulan," unar Rudy.

"Jadi, kamu rasa ada musuh dalam selimut ke?" soal Ejen Gheeta. Rudy diam, hanya mengangguk.

Peneraju kemudian sertai perbincangan mereka. "Kami nak kamu beritahu kami apa benda sebenarnya yang berlaku sekarang ini? Kami tak nak diketepikan lepas dibawa tiba-tiba ke sini!" teriak Dr. Tong.

"Doktor tak perlu risau. Kami memang tak boleh nak dedahkan apa-apa pada Doktor. Kami berharap sangat Doktor faham," ujar Ali, cuba meredakan keadaan.

"Kamu diam, budak! Saya mahu cakap dengan orang dewasa saja!" kata Dr. Tong yang membuatkan ejen muda semua tersentak. Moon ingin membantah namun ditahan oleh Iman. Semua terdiam, Dr. Tong masih menunggu jawapan daripada ejen-ejen itu manakala lagi dua orang peneraju Cyberaya tidak berani bersuara. Mereka tidak setuju dengan idea melepaskan kemarahan kepada kanak-kanak yang kemungkinan juga sedang mengalami stres.

Hanya kesunyian memenuhi ruang. Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki. Ejen Karya, Alicia, Chris dan Khai sudah pulang dengan kecederaan di merata badan. Ejen Karya sepertinya tercedera pada kakinya kerana dia sedang dipapah oleh Khai.

"Kamu cedera! Cepat, rawat mereka," arah Ejen Leon dan disahut ejen-ejen muda teras tekno sebelum mereka berpecah. Ali segera mendapatkan rakan-rakan dan mentornya ke tempat duduk manakala Bulat segera pergi mengambil kit rawatan.

Haziq bangun dari kerusinya dan bersuara, "Haih..Tak boleh harap langsung. Nak bunuh ejen-ejen M.A.T.A ini pun susah. Nasib baik ada plan B,". Dia mengeluarkan senjata berbentuk seperti pistol. Tetapi, ia bukan pistol biasa. Dia menghala senjata itu ke arah Ejen Leon Ejen Gheeta, Ejen Bakar dan ejen-ejen muda lain berada di sekelilingnya dan tembak.

Serta-merta sasaran Haziq semua tumbang sambil memegang dada, cuba menghilangkan kesakitan yang dirasa. Haziq ketawa. "Haha! Ini ke ejen-ejen M.A.T.A yang hebat sangat itu. Lemah!" katanya.

Ejen lain yang tinggal hanyalah ejen-ejen teras tekno serta pasukan penyelidik yang cedera. Yang cedera hanya mampu melihat kerana mereka juga masih dalam kesakitan dan berdiri tercegat sahaja di tepi. Ali dan Bulat menyaksikan situasi itu berlaku dan cuba untuk analisis apa sebenarnya yang berlaku. Ketika itu mereka sempat menarik peneraju-peneraju ke arah mereka. Kini mereka sedang melindungi peneraju-peneraju itu serta ejen-ejen yang tercedera.

"Hoi. Apa yang kau dah buat kat diorang?" tanya Bulat. "Oh ada lagi yang tersisa. Jangan risau, diorang takkan mati. Aku hanya tanam satu robot menggunakan nanoteknologi yang akan bermain-main dengan jantung mangsa. Itu saja. Diorang hanya akan merasa kesakitan di dada dan tidak akan dapat menghilangkannya selagi robot dalam diorang itu masih aktif. Dalam sebulan paling lama mungkin."

"Apa kau nak sebenarnya? Kau dah tahu pun pasal kitorang, jadi kenapa masih nak bahayakan nyawa orang lain?" soal Ali. Dia sudah bersedia dengan yoyo di tangannya. Bulat juga bersedia bersama kiub rubik nya.

"Oh, itu hanya untuk buka peluang aku jumpa dengan korang. Tapi, yang sertai semuanya sampah dan tak boleh diharap! Jadi, aku sendiri turun padang," ujar Haziq.

"Ali, kau boleh pakai I.R.I.Z untuk- Ish sorry aku lupa," bisik Bulat pada Ali. Ali hanya terdiam, rasa bersalah. Dia kemudian mendapat satu ilham. Dia membisik rancangannya pada Bulat. Bulat membulatkan mata. "Kau boleh buat macam tu ke?" soal Bulat, tidak percaya.

"Belum cuba belum tahu,"ujar Ali. "Kau bisik apa lagi, budak?!" celah Haziq.

~~Hai gais. Maaf lambat update. Aku sibuk and dapat 'creative-block' sekejap. Anyway, ini bab baru. Harap korang suka. Oh dan sebelum ni kalau perasan ada kesilapan dengan Alicia. Sepatutnya dia pasukan penyelidik tapi aku terletak dia waktu kat safe-house tu. Sorryy korang abaikan je tau. Anggap yang cakap tu orang lain. Itu je byee cao dulu

Rahsia Terbongkar (EjenAli fanfiction)Where stories live. Discover now