Sangkanya Gembira

209 9 4
                                    


Sudah 5 hari Ali tidak keluar rumah, mahupun biliknya sendiri. Dia hanya terperap dalam bilik seperti orang tinggal dalam gua. Dia hanya keluar untuk ambil makanan dan pergi ke bilik air. Ghazali juga tahu beliau tidak layak nak berkata apa-apa atau menyuruh anak tunggalnya itu untuk meluahkan masa dengan dirinya sendiri. Beliau yang tidak benarkan Ali keluar buat kerja sebagai seorang ejen dan membahayakan nyawa sendiri. Dia tidak mahu kehilangan Ali sepertimana arwah isterinya tinggalkan beliau beberapa tahun yang lalu.

Bakar sudah menjelaskan semuanya kepada Ghazali melalui pesanan. Daripada bagaimana Aliya menolong orang pinggiran, ke menarik Bakar sekali sertai, hinggalah dia sendiri meninggal dunia. Dia cerita juga bagaimana Ali dapat tahu dan memilih untuk menjadi ejen seperti arwah mamanya. Ghazali sudah tahu semuanya, termasuklah kejadian serangan dari orang pinggiran tempoh lalu. Beliau cuma tidak mahu anaknya juga pergi meninggalkannya.

Ali tahu mengapa ayahnya memilih jalan ini, dia cuma tidak dapat terima yang ayahnya sendiri tidak percaya pada dia. Tidak percaya pada anak sendiri yang dia boleh buat. Ayahnya tidak perlu tahu kesusahan yang dia harus lalui, tidak perlu bagaimana dia dibuli di sekolah. Dia cuma mahu ayahnya bangga dengan diri dia.

"Ali, ayah pergi kerja dulu. Ayah minta maaf. Tapi ini saja jalan yang ada," kata Ghazali di sebalik pintu bilik Ali. "Tak, ayah. Ada jalan lain, tapi ayah yang percaya kat Ali. Selama ini Ali elok saja. Ali juga dah selamatkan ayah beberapa kali. Masih tak cukup ke bukti untuk tunjukkan yang ayah tak perlu risaukan keadaaan Ali?" sahut Ali.

"Kalau arwah mama pun boleh pergi sebab buat kerja ini, takkan ayah nak biar Ali pergi juga?" kata Ghazali. "Ayah, kematian itu Tuhan yang tentukan. Kita boleh nak masuk campur. Tapi selagi kita bernyawa ini, kita kena buat selagi yang mampu untuk tolong orang lain," sahut Ali.

Ghazali terdiam sebelum berkata, "Ayah pergi kerja dulu. Kamu ada lagi tiga hari sebelum kamu boleh keluar rumah semula. Pastikan kamu gunakan masa ini untuk ulang kaji. Periksa dah dekat kan? Assalamualaikum,". Dengan itu, Ghazali terus berlalu tanpa menunggu jawapan daripada Ali.

Setibanya di Menara Gamma, Ghazali terus menuju ke pejabatnya dan disambut oleh dua orang pengawal keselamatan yang sudah beliau kenal lama. "Apa khabar, Dr. Ghazali?" sapa salah seorang pengawal, Izzaq. "Sihat, alhamdulillah. Kamu, Izzaq? Sihat? Kamu pula, Musa?" sapa beliau kembali.

"Alhamdulillah, kami baik-baik saja, Dr. Maaf kami tidak berada di sini untuk melindungi Dr waktu ada penceroboh," kata Musa.

"Tak apa, Musa. Kamu ada urusan penting, kan? Bagaimana dengan anak kamu yang baru lahir itu?" soal Ghazali. "Dia selamat dilahirkan. Anak perempuan, kami namakannya Maryam," jawab Musa.

"Eloklah itu. Kamu pula, Izzaq? Bagaimana dengan adik kamu?" soal Ghazali kepada Izzaq pula. Izzaq menjawab, "Dia elok saja di sekolah barunya di Korea. Baru masuk, tetapi dia cerita sudah ramai kawan,".

Ghazali tersenyum. Dia masuk ke pejabatnya sesudah habis berborak dengan dua pengawal keselamatannya yang terpaksa ambil cuti atas hal keluarga ketika dia diserang penceroboh, Haziq. Namun, pagi yang disangkakan gembira dan selamat itu, terganggu ketika sesudah saja beliau menutup pintu, ada satu tangan yang membelitnya dari belakang dan menutup mulutnya sekeras hati. Tiba-tiba beliau rasa ingin pitam. "Err..Styrofoam ke?" soalnya dalam hati sebelum hilang kesedaran.

"Berjumpa lagi kita, Dr Ghazali. Oh, patut ke aku panggil kau, 'abang'?" penyalah itu berkata. Senyuman gila terukir di mukanya. Wajahnya sudah seperti orang psiko yang ingin membalas dendam.

Rahsia Terbongkar (EjenAli fanfiction)Where stories live. Discover now