11 HOURS TO BOSTON ✓

By aish_maira

154K 7.1K 256

[The E's Family vol.3] Saat dua pasangan kekasih yang sudah putus cinta kini bertemu kembali di dalam s... More

*PROLOG*
11 Hours To Boston: Bab 1
11 Hours To Boston: Bab 2
11 Hours To Boston: Bab 3
11 Hours To Boston: Bab 4
11 Hours To Boston: Bab 5
11 Hours To Boston: Bab 6
11 Hours To Boston: Bab 7
11 Hours To Boston: Bab 8
11 Hours To Boston: Bab 9
11 Hours To Boston: Bab 10
11 Hours To Boston: Bab 11
11 Hours To Boston: Bab 12
11 Hours To Boston: Bab 13
11 Hours To Boston: Bab 14
11 Hours To Boston: Bab 15
11 Hours To Boston: Bab 16
11 Hours To Boston: Bab 17
11 Hours To Boston: Bab 18
11 Hours To Boston: Bab 19
11 Hours To Boston: Bab 20
11 Hours To Boston: Bab 21
11 Hours To Boston: Bab 22
11 Hours To Boston: Bab 23
11 Hours To Boston: Bab 24
11 Hours To Boston: Bab 25
11 Hours To Boston: Bab 26
11 Hours To Boston: Bab 27
11 Hours To Boston: Bab 28
11 Hours To Boston: Bab 29
11 Hours To Boston: Bab 30
11 Hours To Boston: Bab 31
11 Hours To Boston: Bab 32
11 Hours To Boston: Bab 33
11 Hours To Boston: Bab 34
11 Hours To Boston: Bab 35
11 Hours To Boston: Bab 36
11 Hours To Boston: Bab 37
11 Hours To Boston: Bab 38
11 Hours To Boston: Bab 39
11 Hours To Boston: Bab 40
11 Hours To Boston: Bab 41
11 Hours To Boston: Bab 42
11 Hours To Boston: Bab 43
11 Hours To Boston: Bab 44
11 Hours To Boston: Bab 45
11 Hours To Boston: Bab 46
11 Hours To Boston: Bab 47
11 Hours To Boston: Bab 48
11 Hours To Boston: Bab 49
11 Hours To Boston: Bab 50
11 Hours To Boston: Bab 51
11 Hours To Boston: Bab 53
11 Hours To Boston: Bab 54
11 Hours To Boston: Bab 55
11 Hours To Boston: Bab 56
11 Hours To Boston: Bab 57
11 Hours To Boston: Bab 58
11 Hours To Boston: Bab 59
11 Hours To Boston: Bab 60
11 Hours To Boston: Bab 61
11 Hours To Boston: Bab 62
11 Hours To Boston: Bab 63
11 Hours To Boston: Bab 64
11 Hours To Boston: Bab 65
11 Hours To Boston: Bab 66
11 Hours To Boston: Bab 67
11 Hours To Boston: Bab 68
*EPILOG*

11 Hours To Boston: Bab 52

1.7K 91 6
By aish_maira

Wajah disembamkan kepada kedua belah lutut yang dipeluk. Di atas katil itu, dia mula tidak keruan. Entah mengapa dia rasa tidak selesa berada di rumah keluarga sendiri.

Tok! Tok! Tok!

Pintu diketuk beberapa kali buatkan dia mengalihkan pandangan ke arah pintu biliknya.

Dalam masa tidak kurang beberapa saat, pintu sudah dikuak. Kelihatan adiknya, Safa yang berada di sana.

Dia senyum lalu mengizinkan adiknya masuk. "Kenapa?" Soalnya. "Kakak tak turun makan tengah hari?" Soal si adik padanya.

Nedine menggeleng. "Tak lapar ke?" Lagi sekali soalan Safa dijawab dengan gelengan kepala. "Kakak... Ada benda yang tak kena ke?" Kali ini, suara Safa kedengaran lebih serius. Juga, dia masih sama. Tetap gelengan kepala yang menjadi jawapan.

Safa mengeluh resah. "kakak tak nak kongsi apa-apa pasal Boston?" Soal adiknya lagi. Dahi licinnya mula berkerut.

"Maksud Safa?" Dia bertanya. Safa memuncungkan mulut ke arah jari jemari runcingnya.

"Tu.. cincin berlian tu, cantik sungguh, kaya juga lelaki yang kakak pilih tu ya?" Nedine lekas menyorokkan jarinya. "Apa Safa ni? Cincin ni kakak beli sendiri lah." Jawabnya menafikan.

"Eleh, yelah tu, cincin, gelang tu pun, semua tu mahal lah kak. Kau jangan tipu.. aku tahu. Kau, ada pilihan hati sendiri kan? Cincin tu, dia dah lamar kau kan kak?" Nedine terkedu.

Tidak boleh dinafikan sebenarnya, semua bidikan Safa memang benar. Gelang di pergelangan tangannya, ialah hadiah hari lahir yang dia terima daripada Essac. Cincin berlian yang menghias indah jari manisnya itu pula, ialah cincin yang Essac gunakan sewaktu melamar dia.

"Kalau kakak cerita, kau janji tak beritahu dulu hal ni pada ibu dan abah?" Dengan mudah, Safa mengangguk.

"Lagipun, aku nak tahu juga siapa lelaki yang dah curi hati kau tu, bukan apa, aku kurang suka dengan Syed tu. Aku rasa dia tak sesuai dengan kau kak." Nedine senyum. Dia mula bangun dari katil mendekati adiknya yang duduk di sofa kecil bersebelahan almari baju.

•••••••••••••••••••••••

"Y..you betul tak nak pergi klinik ni? Luka you teruk ni, habis pecah hidung dengan bibir you."

Sambil pek ais di tangannya diletakkan ke wajah Ghaze, dia bertanya. Jejaka itu cuma menggeleng.

"Hish! Siapa yang buat you macam ni? Tadi you pergi mana? Jumpa siapa? You bergaduh ke?" Dengan rasa sebal sekali, Dura bertanya lantang.

"I jumpa Ghazwan." Balasan sekilas, buatkan mata hitam Dura membundar luas. "G..Ghazwan? Lepas tu dia yang buat you cedera sampai macam ni?" Kali ini, Dura kedengaran lebih tegas dari tadi.

"Eh, bukan.. memanglah kitorang jumpa Ghazwan, tapi I yang tumbuk Ghaze." Tiba-tiba Alvin yang baru muncul dari dapur bersama biskut coklat di tangannya menjelaskan dengan ringkas.

Dura mengerut dahi. "A..apa? Kenapa you tumbuk Tengku Ghaze pula?" Dura mula memandang Alvin dengan serius.

"Eh.. jangan salah faham.." Alvin menggigit biskut coklat di tangannya sebelum dia kembali menjawab. Selepas beberapa saat mengunyah, dia mula bersuara lagi.

"I nak tumbuk Ghazwan poyo tu. Ada ke patut dia tepis Cik Sandwic I? Memang kena lah! Tapi... Entah macam mana, Si Ghaze ni sibuk nak halang, dia pula yang makan penumbuk I."

Jelas Alvin sambil kembali mengunyah biskut yang dia curi di dapur rumah Ghaze. Dura menggeleng kepala. "Ingat aku dendam dengan kau!"

Ghaze yang masih duduk sambil meletakkan pek ais di wajahnya, saja bersuara, buatkan Alvin mencebik bibir.

"Ala.. sorrylah ma.. bukan sengaja.." Alvin terus mencebik, sempat lagi dia menggigit separuh biskut coklat yang tinggal.

Dura kembali berpaling ke arah Ghaze. "T..Tengku.. are you sure that you're fine?" Soalannya kedengaran prihatin. "Sakit.." Tiba-tiba Ghaze melentokkan pipi ke bahu Dura.

Wanita itu terkedu. Dia mati kata. "Y..you.."

"Shh... Janganlah bebel... I sakit ni tahu?" Dia buat suara manja sehingga Dura ternganga. Tidak sangka, Ghaze, ada sisi manja yang tersendiri.

Alvin yang duduk di sofa belah sana, mula buat muka menyampah. "Kalau aku tahu, aku tumbuk bagi pengsan terus." Bisiknya sendiri. Bukan main lagi Ghaze itu.

"M..mama.. Stella l..lapar.. eh?" Suara halus gadis berusia empat tahun yang mengenakan pajama tidur bercorak kartun teddy bear itu, tergendala untuk meneruskan bicara.

Dia yang baru turun dari tangga pusing yang begitu mewah di rumah Ghaze, berubah teruja melihat ada seseorang yang dia lama cari sejak tadi.

"Ayah? Ayah pergi mana? Stella cari tapi ayah tak ada.. Stella nak ajak ayah main dengan Stella." Gadis kecil itu merengek. Dia memanjat sofa kian memeluk tubuh Ghaze.

Ghaze yang masih melentokkan pipinya ke bahu Dura, kembali membalas pelukan gadis itu.

"Sorry anak ayah, ayah ada kerja siang tadi." Jawab Ghaze.

"Aik.. kenapa bibir dengan hidung ayah tu luka-luka?" Dia memegang kedua belah pipi Ghaze, segera Ghaze yang terlentok manja di bahu Dura tadi, terduduk tegak.

"Luka? Hurm.. tu.. uncle tu yang buat. Stella nak tahu? Dia tumbuk muka ayah." Ghaze menghalakan jari telunjuk ke arah Alvin. Terkebil-kebil rakannya itu.

"Ha?"

Stella berlari ke arah Alvin. Dia memanjat ribanya. "Uncle tumbuk ayah saya kenapa? Uncle nak kena tumbuk balik?"

Sambil dia membebel rancak, sebelah tangan kecilnya yang digenggam membentuk penumbuk dihalakan pada wajah Alvin.

"Hey, Stella.. jangan buat macam tu la.." Dura mula melarang anaknya.

"Apa? Stella nak tumbuk dia sebab dia tumbuk ayah je." Jawab Stella lantang. Baru Dura hendak mendukung anaknya pergi, Alvin bersuara.

Ghaze yang melihat aksi comel gadis itu cuba mempertahankan dia, ketawa besar, walaupun lukanya masih pedih.

"Oii, rilek dulu baby kecik.. jangan tumbuk-tumbuk tak elok.. ini mulut becok-becok.. awak anak mama Dura ya?" Alvin bawa gadis itu merapati lebih dekat.

Kepala kecilnya terangguk-angguk. "Uncle siapa? Kenapa tumbuk ayah?" Soal Stella dengan wajah kelirunya.

"Ayah?" Sebelah kening Alvin terjongket. Ghaze mencebik dan tersenyum saja. "Ok.. pertama-tama sekali, bukan uncle nak tumbuk ayah tu.. uncle tersilap je.." Jelas Alvin.

Dura masih sabar mendengar perbualan-perbualan Alvin dengan anaknya. "Tersilap?" Stella mengulangi ayat terakhir Alvin. Alvin angguk kepalanya.

"Kisah dia macam ni.."

•••••••••••••••••••••••

"Jadi? Kakak terima lamaran tu?" Soal Safa teruja ingin tahu. Nedine tersenyum dan mengangguk sendiri.

"Oh my god.. means, kakak betul-betul serius?" Lagi sekali Nedine mengangguk. Safa tertawa sendiri. "Haih, macam comel lah pula cerita korang ni, tiba-tiba aku teringin nak jumpa student Harvard cabuk tu.."

Nedine ketawa dengan ejekan Safa. Sejujurnya, dia lebih lega setelah habis menceritakan kisah A hingga Z.

"Well, he is cute. I can't deny. Dia cuba macam-macam cara nak ambil hati kakak masa di sana. Kalau kau nak tahu, sampai dia demam-demam semata-mata nak pujuk kakak masa hari jadi."

Nedine membuka cerita lagi. Safa ketawa terbahak-bahak. "Apalah kau ni kak, kesian dia." Dia berkata-kata sambil menampar bahu kakaknya.

Baru mereka hendak bergurau dan bercerita lagi, telefon Nedine berdering. "Kejap ya.." Safa sekadar mengangguk.

"Hello.. Assalamualaikum.." Suara garau itu menyapa, buatkan dia tersenyum manis sendiri. Hati tiba-tiba berdebar laju.

"Hai.. Waalaikumussalam.." jawabnya. "Nedine.. buat apa tu? I nak cakap sikit ni." Dia mengerutkan dahi. Apa pula Essac ni?

"Apa dia?" Soalnya serius. "Mama papa dengan abang-abang I semua ajak you datang rumah malam ni, have a wonderful dinner with us.. would you like to join?"

Mendengar pelawaan itu, Nedine terkejut. "Maksud you, you nak I datang rumah you? Makan dengan keluarga you?" Essac menyatakan yang itu benar.

"Ala.. seganlah. Family you hebat-hebat semua. I ni orang biasa je." Dia mula rasa rendah diri. "Eh, jangan nak mengarut.. please dear.. let's have a dinner with us.. my family are waiting to meet you tonight, I'll pick you up around 8.00 is that okay?"

"Essac... I..."

"C'mon Nedine... It will be great.." Sudah beria dipelawa, dia akhirnya setuju. Apa boleh buat, dia anggap ini rezeki untuk dia makan percuma malam ini. Hehe.

"Alright.. see you later okay?"

"Ok." Balas Nedine.

"Pstt... Dear..." Dia baru saja hendak tutup telefon. Mendengar bisikan Essac, buatkan dia kembali meletakkan telefon ke telinganya.

"Ye?"

"I love you my dear pramugari bajet." Nedine tertawa kecil. Dia menggeleng kepala beberapa kali. "I love you too student Harvard cabuk."

Perbualan mereka tamat. Safa kembali merapati makanya. "Amboi, tersenyum-senyum kenapa?"

"Dia ajak kakak makan malam. Di rumah keluarga dia." Jelas Nedine. Safa menepuk tangan teruja. "Cantik! Tak apa, pasal ibu dengan abah, nanti aku uruskan. Baik kau pergi pilih baju sekarang."

Nedine setuju dengan adiknya. Dia mula bergerak ke arah almari.








  BERSAMBUNG...

Sampai brp chapter nak? 60+ or 70+?






Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 65.1K 59
𝐒𝐜𝐞𝐧𝐭 𝐨𝐟 𝐋𝐨𝐯𝐞〢𝐁𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 〈𝐛𝐨𝐨𝐤 1〉 𝑶𝒑𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒆𝒔 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
4.7K 124 22
Felix was kidnapped by a MAFIAN named hyunjin then they started dating and things went out of hands 🔞 once Felix turned 19
4.4M 277K 104
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
28.4K 773 13
When Wybie is sucked into the Witch's Well by the Beldam, Coraline realizes the ghost children were right and her fight with the Beldam is not over. ...