๐Œ๐ซ๐ฌ. ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐€๐๐ฒ๐š...

ื ื›ืชื‘ ืขืœ ื™ื“ื™ Erinsya_

21K 657 48

๐Œ๐ซ๐ฌ. ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐€๐๐ฒ๐š๐ง ๐„๐ณ๐ซ๐š๐ž๐ฅ๐ฅ ๐ฌ๐ซ. ๐Ÿ ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐๐ž๐ฐ ๐‘๐ž๐ฅ๐ž๐š๐ฌ๐ž! "๐‘ฒ๐’‚๐’– ๐’‹๐’‚๐’๐’‹๏ฟฝ... ืขื•ื“

๐๐ซ๐จ๐ฅ๐จ๐ 
๐๐Ÿ
๐๐Ÿ
๐๐Ÿ‘
๐๐Ÿ’
๐๐Ÿ“
๐๐Ÿ”
๐๐Ÿ•
๐๐Ÿ–
๐๐Ÿ—
๐๐Ÿ๐ŸŽ
๐๐Ÿ๐Ÿ
๐๐Ÿ๐Ÿ
๐๐Ÿ๐Ÿ‘
๐€๐ฉ๐ฉ๐ซ๐ž๐œ๐ข๐š๐ญ๐ž ๐ฉ๐จ๐ฌ๐ญ!
๐๐Ÿ๐Ÿ“
! ๐‡๐š๐ฉ๐ฉ๐ฒ ๐Ÿ.๐Ÿ๐Š !
๐๐Ÿ๐Ÿ”
๐๐Ÿ๐Ÿ•
๐๐Ÿ๐Ÿ–

๐๐Ÿ๐Ÿ’

727 24 1
ื ื›ืชื‘ ืขืœ ื™ื“ื™ Erinsya_

JAM tangan milik Adyan dipakai lalu dibetulkan supaya jam itu betul-betul muat dengan pergelangan tangannya. Dia melihat dirinya di cermin buat kali terakhir sebelum pergi ke kerja.

Brief case yang bewarna hitam diambil dengan kasar lalu dia melangkah keluar meniggalkan bilik tidurnya. Kini dia sudah berada di ruang makan untuk sarapan bersama ahli keluarganya.

"kamu pergi kerja Adyan? " soal papa sambil menyuap nasi goreng di dalam mulut

"Adyan pergi sekejap je" balas Adyan lalu menghirup teh tarik yang dibancuh oleh Mak timah, a.k.a pembantu rumah nya.

"mama tengok kamu bawa bunga semalam, bunga itu untuk siapa? " celah mama,

kebetulan sewaktu Adyan pulang dari kerja dia ternampak Adyan memegang sejambak bunga ros yang berwarna putih. Dia ingatkan bunga itu ditujukan kepada dia ataupun Adyina tetapi nampaknya jangkaan dia tidak tepat.

"bunga tu Adyan saja je beli, buat hiasan dalam bilik itu" tipu Adyan

Puan Ariana sebagai mama dia sudah dapat hidu bahawa anak terunanya seorang ini menipu keapda nya. Tidak mengapa satu hari nanti dia akan tahu juga sebelum Adyan memberitahunya.

Mama hanya angguk dengan jawapan yang diberi, sengaja mahu memulakan lakonan. Dia mahu tengok sejauh mana Adyan boleh menipu denganya.

Papa hanya memerhati reaksi mama yang masih merenung dalam ke Adyan, hanya mampu tersenyum apabila teringat yang Adyan pernah memberitahunya sesuatu pada minggu lepas.

Piring yang habis dimakan sewaktu sarapan tadi dibasuh oleh Adyan lalu dia mengelap kedua belah tangannya pada towel kecil yang terletak di sebelahnya.

Brief case miliknya dicapai lalu dia menyalam tangan Puan Ariana serta Tuan Azrael sambil senyuman tidak lekang dari bibir itu.

Kini dia sudah sampai di tempat kerja setelah beberapa minit perjalanan dari rumahnya ke tempat kerja. Sampai sahaja di ofis, dia sudah nampak kelibat Adian yang sedang menunggu lif sambil mata jejaka itu hanya tertumpu pada telefon bimbitnya.

Langkah Adyan semakin menghampiri jejaka itu, perlahan Adyan menepuk bahu abang sulungnya. Adian menoleh ke belakang lalu senyuman mula timbul di bibir cerah itu. Sudah sekian lama dia tidak menghubungi atau berjumpa dengan ibu bapanya serta adik beradik nya selepas berkahwin.

"tak pernah-pernah lagi aku tengok kau datang sini lepas nikah" sinis Adyan, memang dulu sebelum nikah Adian rajin datang ke situ tetapi selepas dia duduk di luar negara jadi sudah lama juga dia tidak menjenguk tempat itu.

"senyap lah kau" balas Adian sambil menjeling ke arah Adyan

"kenapa kau tiba-tiba marah pula ni? " soal Adyan heran, tidak pernah lagi dia nampak abang sulungnya badmood sepeti itu. Wajah Adian terang-terang seperti bengang dengan seseorang.

"Kau bergaduh ke? " Adian geleng

"Habis tu? " Adian melepaskan nafas dulu baru dia menceritakan segalanya kepada Adyan.

"Tak ada la penting sangat pun, biasalah gaduh dengan bini. Aku cuma tak puas hati sebab dia duk mengelak dari aku setiap kali aku cuba dekat dengan dia"

"nak peluk dia pun dah payah sekarang ni, walaupun aku dah mandi dia tetap cakap aku busuk. Dahlah aku tengah demam sekarang ini, nak makan pun tak lalu"

Curhat Adian, dia bukannya apa dia faham kalau bininya perlukan masa tetapi sampai setiap kali dia cuba dekat dengan bininya gadis itu terus mengelak tanpa sebab.

Dia cuma terasa hati kerana gadis itu selalu mengelak darinya serta buat tidak endah sepeti dia itu tidak wujud.

Adyan hanya memasang telinga mendengar curhatan yang dilempar oleh Adian sebentar tadi, dia juga tidak tahu mengapa kakak iparnya begitu. Dia manalah tahu tentang rumah tangga jadi dia juga tiada hak untuk komen kerana dia tidak pernah ada pengalaman.

"Yan aku rasa dia.... " terus terasa sebak di hati hingga nak mengeluarkan ayat pun tidak terkata

"Jangan fikir yang bukan-bukan, mungkin dia agak sensitive sebab nak datang bulan kut" kata Adyan cuba untuk menenangkan si abang sulungnya

"Tapi kalau dia betul-betul dah tak sayang aku macam mana? " fikirannya sekarang ini dipenuhi dengan persoalan, tunggu masa sahaja selepas dia balik dari kerja dia akan menyoalkan semua tentang itu.

Adyan hanya terdiam dengan kata-kata Adian tadi, dia juga fikir yang sama tetapi tidak mungkinlah kakak iparnya sanggup buat Adian seperti itu. Melihat wajah Adian sangat murung walaupun baru pagi.

" Takpe bang kau doa yang baik-baik je untuk dia, kau kena percayakan dia" kata Adyan

"Aku harap semua benda yang aku fikirkan tak betul..... " Adyan angguk tanda setuju dengan kata-kata yang dilontar oleh Adian. Dia juga berharap agar mereka dapat berbaik semula seperti pasangan yang beru berkahwin.

Terlupa pula fasal lif, sudah lama lif itu buka tutup tetapi mereka masih belum masuk ke dalam sampailah lif itu terbuka semula dan akhirnya mereka berdua langkah masuk ke dalam lif tersbeut.

"kau macam mana sekarang? " Soal Adian mengubah topik, dia tidak mahu cakap fasal itu lagi kalau tidak nanti dia nangis di depan Adyan buat malu sahaja.

"aku ok je" balas Adyan

"aku dengar kau jumpa seseorang " Adian mengangkat keningnya lalu tersenyum nakal.

"kau kenal lagi Mariam Ayyesha? " soal Adyan

"ouh yang pernah cuba culik kau tu? " Mariam sungguh terkenal tentang itu.

Adyan hanya angguk sebagai jawapan

"i finally found her. " selepas bertahun-tahun dia cuba untuk mencari gadis itu dan akhirnya dia telah pun temui.

"ye ke? " soal Adian untuk kepastian

"dia yang kerja dekat gerai Pak Samad waktu seminggu sebelum kau nikah "

"Oh! Dia lah yang rambut serabai tu! " kata Adian dengan teruja, apa yang nak di teruja sanagt pun tidak tahu

"suka hati kau je panggil dia serabai" kata Adyan, kini mata helangnya di tuju kan kepada Adian. Pantang betul jika ada orang panggil Mariam serabai.

"rilek la, aku gurau je. Tapi kan aku dah tau dah rancangan kau" senyuman itu bertukar menjadi senyuman yang sangat nakal

"Papa nak bagitahu kau? " terkejut juga dia Papa sudah memberitahu lebih awal dari yang dijangka . Adian sekadar angguk tetapi wajahnya penuh dengan kebanggaan

"aku dengar hari ni hari graduation dia, kau tak pergi ke? "

"nanti aku pergi, aku nak settle kan kerja dulu" jawab Adyan, bukannya dia lebih pentingkan kerja tetapi kalau pergi sahaja tapi kerja kemain belambak atas meja siapa nak buat betul tak? Dia nak spend time juga dengan Mariam.

..............................

Mariam dan juga kawan-kawannya mengambil gambar buat kenangan terakhir di Universiti itu. Macam tak percaya sahaja dia sudah menamatkan ijazah nya selepas 5 tahun meneruskan pelajarannya.

"Mariam Irfan panggil kau! " kata salah seorang rakan sekelasnya. Dia terus melangkah ke arah jejaka itu, tidak dinafikan Irfan memang kelihatan tampan dengan sut bewarna hitam itu.

"awak pakai gelang yang saya bagi tu? " matanya menoleh ke arah pergelangan tangan milik Mariam. Ya, memang Mariam memakai gelang itu sepeti yang disuruh.

"terima kasih lah untuk gelang ni" ucap Mariam sambil tersenyum manis ke jejaka itu, sejujurnya dia masih ada perasaan yang tersembunyi pada jejaka itu tetapi disebabkan demi mahu menjaga batas dia tidak mampu untuk meneruskan hubungan yang haram itu.

Sebaiknya dia menunggu dengan setia jika ada jodoh dengan lelaki itu, walaupun dia tahu bahawa Irfan sudah bersama kawan baiknya tetapi dia tidak dapat lupakan persaan cinta terhadap lelaki yang bergelar Irfan itu

Terkejut Mariam dibuatnya apabila Irfan tiba-tiba menghulur sejambak bunga ros bewarna merah kepadanya. Lambat-lambat dia menerima bunga itu daripada tangan Irfan.

Jelas dia terkejut dengan apa yang terjadi sekarang ini, Irfan tahu bahawa bunga ros adalah kegemarannya sejak kecil lagi. Katanya bunga ros ini umpama Puan Maria, setiap kali dia nampak bunga ros dia akan petik dan letak di belakang telinga milik ibunya.

Sekilas di ingatannya dia ternampak wajah Puan Maria yang sedang tersenyum melihatnya sambil bunga ros elok terletak di belakang telinga lagi menyempurnakan wajah wanita itu.

"terima kasih Irfan, saya sangat hargainya " kini senyumannya semakin melebar apabila dapat bunga ros daripada orang yang dia cintakan sejak masuk ke dalam Unversiti lagi.

"Sama-sama, nanti bila-bila boleh dinner sama-sama kan? " Mariam sekadar angguk

"okaylah kalau macam itu saya pergi dulu" kata Irfan lalu pergi meninggalkan Mariam seorang diri, Mariam mencium bau bunga ros yang harum itu sambil senyuman masih tidak pudar pada bibir yang cerah itu.

Matanya tiba-tiba menoleh ke arah Adyan yang elok sedang berdiri di sebelahnya, terus senyuman semakin menghilang dari bibir.

"kau datang sini untuk aku ke? " soal Mariam

"Habis tu, kau ingat aku datang untuk siapa? " jawab Adyan begitu sinis

"nah" sejambak bunga ros
yang bewarna putih dihulur kan kepada Mariam, sekali lagi reaksi gadis itu terkejut dengan bunga yang dibagi oleh Adyan. Sungguh tidak disangka.

"terima kasih Ad! Sayang mama kau" senyuman mula timbul di bibir selepas menerima bunga ros dari kawan baik sendiri

"Siapa pula yang bagi kau ros itu? " matanya helangnya tertumpu pada bunga ros yang bewarna merah itu

"ouh yang ini daripada Irfan " jawab Mariam sambil matanya masih tertumpu pada ros yang diberi oleh Adyan

"berapa banyak dah ros dia bagi dekat kau? " kini aura jejaka itu sudah bertukar serta merta apabila dia ternampak ros bewarna merah itu. Mariam sudah rasa meremang apabila suara yang garau bertambah lagi garau kerana cara Adyan bercakap sepeti mahu bergaduh dengannya.

"banyak juga la, tapi jangan risau sebab aku suka ros ni juga! Aku tak pernah dapat ros warna putih jadi ni dah jadi ros kegemaran aku" jawab Mariam cuba untuk sedapkan hati Adyan kerana dia tahu mungkin jejaka itu terasa hati sebab dia sudah dapat ros dari orang lain.

Tetapi bagi dia ros yang bewarna putih lagi kena dengan wataknya berbanding dengan warna merah, senang cerita merah untuk Puan Maria dan putih pula untuknya.

"cantik kau pakai tudung bawal" puji Adyan sambil tersenyum sedikit

"terima kasih " kata Mariam tersipu malu, orang kedua yang perasan dia memakai tudung bawal bewarna hitam hari ini. Dia cuba untuk menutup aurat dengan sempurna kerana dia tahu dia bukanlah manusia yang sempurna jadi kerana itu dia cuba walaubagaimanapun.

Tiada alasan untuk dia tidak menutup aurat dengan sempurna walaupun panas sedikit, tetapi panas itu benda yang remeh sahaja. Istiqamah bukanlah benda yang senang, mungkin senang untuk orang yang boleh mungkin susah untuk orang yang tidak biasa. Tetapi percayalah satu hari nanti akan terdetik untuk kita mencuba menutup aurat dengan sempurna.

Bukan setakat aurat sahaja benda lain pun kita masih lagi boleh diperbaiki, tiada apa yang di dalam hidup ini sempurna. Jika terasa hidup ini susah maka berdoa lah agar Allah memudahkannya, walaupun kita tidak boleh melihat Allah SWT tetapi kita tahu dia wujud dan dekat dengan kita.

"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). "

- Al Quran ; Surah Al- Baqarah ayat 152


ื”ืžืฉืš ืงืจื™ืื”

You'll Also Like

215K 15.5K 20
"YOU ARE MINE TO KEEP OR TO KILL" ~~~ Kiaan and Izna are like completely two different poles. They both belong to two different RIVAL FAMILIES. It's...
9.5M 628K 75
An Arranged Marriage Story. #1 Hot (17-11-23) #1 Happyending (17-11-23) #2 Shy (13-11-23) #3 Cold hearted (27- 10- 23) POWER!!!!! That's what he alwa...
1.7M 103K 40
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
324K 26K 15
MY Creditor Side Story แ€•แ€ซแ‹ Parallel Universe แ€žแ€˜แ€ฑแ€ฌแ€™แ€ปแ€ญแ€ฏแ€ธแ€•แ€ผแ€”แ€บแ€•แ€ผแ€ฎแ€ธ Creation แ€œแ€ฏแ€•แ€บแ€‘แ€ฌแ€ธแ€แ€ฌแ€™แ€ญแ€ฏแ€ท main story แ€”แ€ฒแ€ท แ€™แ€žแ€€แ€บแ€†แ€ญแ€ฏแ€„แ€บแ€•แ€ฒ แ€กแ€›แ€„แ€บ character แ€€แ€ญแ€ฏ แ€›แ€žแ€กแ€žแ€…แ€บ แ€แ€…แ€บแ€™แ€ปแ€ญแ€ฏแ€ธแ€”แ€ฒ...