๐Œ๐ซ๐ฌ. ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐€๐๐ฒ๐š...

Por Erinsya_

21K 657 48

๐Œ๐ซ๐ฌ. ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐€๐๐ฒ๐š๐ง ๐„๐ณ๐ซ๐š๐ž๐ฅ๐ฅ ๐ฌ๐ซ. ๐Ÿ ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐๐ž๐ฐ ๐‘๐ž๐ฅ๐ž๐š๐ฌ๐ž! "๐‘ฒ๐’‚๐’– ๐’‹๐’‚๐’๐’‹๏ฟฝ... Mais

๐๐ซ๐จ๐ฅ๐จ๐ 
๐๐Ÿ
๐๐Ÿ
๐๐Ÿ‘
๐๐Ÿ’
๐๐Ÿ“
๐๐Ÿ”
๐๐Ÿ•
๐๐Ÿ–
๐๐Ÿ—
๐๐Ÿ๐ŸŽ
๐๐Ÿ๐Ÿ
๐๐Ÿ๐Ÿ‘
๐๐Ÿ๐Ÿ’
๐€๐ฉ๐ฉ๐ซ๐ž๐œ๐ข๐š๐ญ๐ž ๐ฉ๐จ๐ฌ๐ญ!
๐๐Ÿ๐Ÿ“
! ๐‡๐š๐ฉ๐ฉ๐ฒ ๐Ÿ.๐Ÿ๐Š !
๐๐Ÿ๐Ÿ”
๐๐Ÿ๐Ÿ•
๐๐Ÿ๐Ÿ–

๐๐Ÿ๐Ÿ

784 28 0
Por Erinsya_

Mariam memasukkan baju-baju yang dilipat di dalam bag roda miliknya. Hari ini ialah hari terakhir dimana dia berada di kampung itu sebelum hari graduasi nya, dia masih belum menerangkan tentang perpindahan ke abah dan juga mak tirinya Amina.

Fikirannya jadi bercelaru apabila mulai berkahwin dengan kawan baik ibunya sendiri, tidak dinafikan bahawa dia tidak setuju dengan cadangan abah pada mulanya tetapi bila dia tengok dengan matanya sendiri apabila Amina melayan keluarga nya dengan baik dia mula fikir mungkin dia memerlukan lebihasa untuk menerima Amina sebagai ibunya.

Bag yang sudah terisi penuh dengan baju lalu Mariam menegakkan bag roda itu dan memindahkannya di depan almari. Dia bangkit dari bersila lalu dau pintu dibuka dan dia melangkah menuju ke ruang tamu. Tiada orang. Jadi dia mengambil keputusan untuk jenguk di halaman rumahnya, ternyata kelibat abah dijumpai.

Lelaki tua itu sedang kusyuk membasuh kereta manakala wanita yang bergelar isteri pula sedang menyiram pokok. Mariam tersengih melihat abah yang dari tadi duk kacau Amina, bengang saja Amina dibuatnya. Mariam hanya dapat duduk di tangga kayu itu sambil merenung kearah abah dan juga ibu tirinya.

Abah melangkah menghampirinya sambil senyuman tidak lekang dari bibir, lelaki tua itu mengambil tempat di sebelah Mariam lalu menghirup air teh yang dibancuh oleh Amina sewaktu mereka sarapan sebentar tadi.

Mariam hanya mampu untuk berdiam tidak berkata apa-apa sehingga abah mula menyoal tentang perkerjaan nya di Putrajaya, dia sudah mengambil keputusan untuk sambung berkerja di sana. Bagi dia kerja di situ mungkin lebih mudah kerana dia bukan lagi berkerja sebagai intern.

"Awak balik ke Kuala Lumpur pukul berapa? " soal abah tiba-tiba, sengaja dia mahu berbual dengan anak sulungnya

"lepas zohor abah" jawab Mariam sambil bermain dengan jari-jarinya, mungkin ini adalah masa terbaik untuk menerangkan tentang hal tersebut. Apabila perbualan mereka mati di situ, Mariam memutuskan untuk berborak tentang perpindahan tersebut.

"abah" panggil Mariam, abah terus menoleh ke arah gadis itu

"Mariam nak cakap sikit boleh? "

"cakaplah" jawab abah sangat ringkas

"Mariam nak pindah ke Putrajaya. " abah hanya tenung wajah Mariam tanpa membalas apa-apa. Sudah dia duga yang Mariam akan berkata begitu, dia juga memikirkan hal yang sama apabila Mariam memberitahu bahawa dia akan berkerja di Putrajaya. Memang awalnya dia bimbang tentang perkerjaan gadis itu tetapi apabila Adyan sudah menerangkan segalanya dia tidak terlalu bimbang lagi.

"bagus lah kamu nak berpindah ke sana" dia rela melepaskan gadis itu kerana dia tahu bahawa seseorang akan menjaga puteri nya dengan penuh teliti, abah melepaskan nafas lalu tersengih apabila dia teringat yang Adyan memberitahu semuanya kepada dia.

"tapi..... " kepala abah terus beralih ke Mariam sambil tersenyum

"Mariam nak abah ikut Mariam sekali" abah melepaskan ketawa kecil lalu menggeleng

"bukannya abah taknak tapi kan abah dah ada Amina, lagipun siapa nak temankan ibu nanti kalau abah pindah di Putrajaya? " Mariam menundukkan kepalanya

"kamu janganlah sedih, Sekurang-kurangnya kamu ada seseorang untuk temankan kamu di Putrajaya sana itu. " dahi gadis licin itu terus berkerut lalu memandang ke arah abah dengan jelas mukanya binggung.

"panjang umur" kata abah, terus Mariam menoleh ke laman rumahnya, kereta Audi r8 milik Adyan memarkir di sebelah kereta milik abahnya. Mariam bangkit dari duduk lalu menuruni anak tangga satu per satu lalu melangkah berjalan ke kereta tersebut. Adyan sedar akan Mariam yang hampiri keretanya, dia tergelak kecil apabila muncul kerutan di dahi gadis itu. Nasib baik cermin keretanya tinted jadi tidaklah Mariam perasan apabila dia tergelak disebabkan gadis itu.

Adyan dengan selambanya keluar dari kereta itu lalu berjalan menghampiri abah untuk menyalam tangan orang tua itu, Mariam yang berdiri di sebelahnya hanya memerhati pergerakan Adyan sejak dari tadi. Abah terus menarik lengan Adyan untuk masuk ke dalam rumah agar dia boleh berbual dengan jejaka tersebut. Mereka berdua meninggalkan Mariam dan juga Amina, Mariam dan Amina saling berpandangan lalu mereka berdua turut untuk masuk ke dalam rumah kayu itu.

Apabila Mariam lalu didepan mereka berdua terus abah dan Adyan diam seperti mereka tidak berbual apa-apa tetapi selepas dia menuju ke dapur mereka sambung balik berbual dengan penuh serius sehingga muka pun main peranan. Tangannya membuat kerja tetapi mata masih tertumpu pada dua orang jejaka itu, apalah yang rancak sangat berbual sehingga abah siap membuat muka terkejut lagi. Tanpa sedar Mariam terhiris ibu jarinya kerana dia sedang memotong lobak merah tetapi mata masih memerhati.

"Mariam?! " lantas Amina menjatuhkan sayur yang dibasuh nya ke dalam singki lalu menghampiri Mariam, bunyi bekas yang jatuh di dalam singki itu membuat kan abah dan Adyan turut berhenti berbual dan menoleh ke dapur. Terus mereka berdua menghampiri Mariam dengan wajah yang risau masing-masing.

"Mariam? Kenapa dengan jari kamu ni? " soal abah sambil menarik tangan gadis itu dengan lembut, jelas wajah abahnya risau

"sikit je ni bah, nanti sapu ubat baik la tu" jawab Mariam, setakat terkena pisau apalah sangat kan?

"kejap auntie tolong sapu kan ubat pada jari kamu" Amina terus beredar dari dapur lalu berjalan ke biliknya untuk mengambil ubat dan juga plaster

"Ayyesha duduk la dulu" Adyan menarik kerusi di sebelahnya lalu menyuruh Mariam duduk di sebelahnya, Mariam melabuhkan punggungnya di sebalah Adyan sambil menunggu Amina membawa ubat.

"sakit tak? " Mariam geleng

"nah Adyan ubat, sapu pelan-pelan ya " Adyan mengambil ubat dan plaster yang diberikan oleh Amina, perlahan dia meletakkan ubat itu di ibu jari milik Mariam. Abah dan Amina meniggalkan mereka berdua di dapur lalu masuk ke dalam bilik mereka, tanpa mereka berdua sedar abah dan Amina sedang memerhatikan mereka

"comelnya! Bila lah diaorang nak nikah? " abah yang tersenyum tadi terus wajahnya mati serius. Boleh percaya ke jika dia melepaskan puterinya kepada lelaki yang sebarangan, walaupun dia kenal perangai Adyan tetap dia rasa Mariam itu seperti budak-budak. Terasa cepat sangat masa berlalu, dia masih ingat tangisan Mariam sewaktu gadis itu masih bayi.

Mariam digendong lalu abah azan ke telinga gadis itu sambil air matanya perlahan membasahi pipi. Dia bersyukur Mariam membesar menjadi anak yang solehah jadi tidak mudah untuk dia sebagai bapak melepaskan amanahnya kepada orang lain untuk menjaga Mariam dengan ikhlas. Tidak boleh di bayangkan jika suatu hari nanti Mariam akan menjadi isteri orang dan ibu kepada cucu-cucunya nanti, tiba-tiba dada terasa sebak apabila dia memikirkan hal tersebut. Dia sebagai bapa dia mahu kan yang terbaik untuk anaknya, walaubagaimanapun dia tetap akan hormat pilihan Mariam jika jodoh gadis itu bukan apa yang dia harapkan.

"ish awak ni! Kalau jodoh Mariam orang lain? " kata abah lalu menyilang kedua belahnya di dada

"saya tak kisah, asalkan dia hormat kita sebagai ibu bapa dan boleh mendidik Mariam dan anak-anaknya ke jalan yang betul" jawab Amina, dia tidak kisah dengan pilihan Mariam asalkan pilihan gadis itu bukan yang jenis panas baran dan kaki pukul atau sebagainya. Dia berdoa supaya Mariam di kurniakan dengan suami yang soleh dan dapat menjaga Mariam dengan baik.

"iyalah, awak nak sambung masak ke lepas ni? " soal abah tiba-tiba

"haah tapi lepas diaorang habis ber-sweet " jawab Amina sambil tersengih, sengaja dia taknak ganggu mereka berdua itu. Abah hanya geleng beberapa kali lalu dia berjalan ke mejanya untuk menyiapkan kerja yang terkendala.

....................

"lain kali potong sayur tu hati-hati " pesan Adyan sambil menyapukan ubat ke luka dengan menggunakan kapas

"kau balik hari ni kan? " tiada sebarang respon hanya Mariam termenung di luar

"Ayyesha.... " panggil sahaja Ayyesha Mariam terus menoleh balik ke jejaka itu

"apa dia tadi? " Adyan menutup ubat itu lalu diletakkan di atas meja makan tersebut, dia merenung dalam ke anak mata bewarna coklat cair milik gadis itu

"takde apa-apa, kau balik dengan aku je la" plaster yang dibalut perlahan diberhentikan seketika lalu Mariam memandang kearah jejaka itu dengan wajahnya penuh serius

"taknak la, nanti apa pulak orang kata. Kau bukannya mahram aku"

Adyan terdiam, mahu sahaja dia melontarkan ayat tersebut tetapi ini bukan masanya

"betul? Aku dengar bas tu cancel. " kata Adyan selamba, itu pun dia tahu kerana Tuan Ibrahim yang memberitahu.

"Ha?! " suara yang dilontar oleh Mariam sedikit kuat kerana dia terkejut dengan apa yang Adyan kata tadi

"habis tu aku nak balik naik apa? "

"sebab tu aku cakap balik dengan aku. " mata bulat itu toleh ke Adyan

"serius? " soal Mariam untuk kepastian, Adyan hanya angguk sebagai jawapan

"okay, lepas zohor? " soal Mariam

"noted " jawab Adyan ringkas

...........................

1:30 PM

Mariam menarik adik bongsunya ke dalam pelukan lalu diusap perlahan, begitu juga dengan Malik. Kakinya melangkah untuk memeluk Amina pula, Amina tersenyum lalu memerlukan tubuh kurus gadis itu lalu diusap perlahan. Mereka meleraikan pelukan dan Mariam menyalam tangan wanita tua tersebut.

Dan terakhir sekali semestinya abah, Mariam senyum ke arah abah lalu memeluk tubuh lelaki yang bergelar abah itu dengan erat, abah lambat-lambat menyambut pelukan gadis tersebut. Kata-kata Adyan yang sewaktu mereka berbual tadi masih terngiang-ngiang di dalam kepala, Mariam meleraikan pelukan lalu menyalam tangan abahnya

Adyan turut menyalam tangan tuan Ibrahim, lelaki tua itu hanya mampu tersenyum lalu mengenyitkan matanya kearah Adyan tanda perjanjian nya harus di tunaikan sebelum dia mencari penggantinya. Adyan angguk ke abah lalu memasuki perut kereta Audi r8 miliknya. Selepas sahaja mereka berdua masuk ke dalam kereta, abah hanya merenung kereta itu dipandu sehingga bayangan kereta milik Adyan sudah semakin menghilang. Dia masuk ke dalam rumah semula untuk menyiapkan kerja.

Mariam memakai seatbelt lalu bermain dengan telefon bimbitnya, aplikasi WhatsApp ditekan lalu dia menekan pula kontak yang bernama Mawar, tersenyum dia apabila Mawar menghantar gambar yang gadis itu sedang sibuk mengemas biliknya untuk membawa balik sebelum hari graduasi. Adyan memandang sekilas me arah Mariam, senyuman yang terukir di wajah ayu gadis itu membuatkan dia tersenyum juga.

"Barang-barang dekat sana dah kemas ke? " Mariam berhenti membelek telefonnya lalu menoleh kearah Adyan yang sedang memandu

"belum, boleh tolong aku kemas esok? " mustahil dia mengemaskan barang-barangnya itu seorang diri, sudahlah banyak pula tu. Barang-barangnya semua akan diletakkan terus ke apartmen yang dibeli

"tengok la kalau aku tak busy" Mariam hanya sekadar angguk . Dia mahu bermain dengan telefon balik tetapi ada sesuatu yang terlintas di matanya, cara Adyan memandu.

"kau memang jenis drive tangan satu eh? " tiba Mariam melontarkan soalan begitu, memang agak tiba-tiba tetapi nampak lebih tampak apabila Adyan memandu dengan hanya menggunakan tangan satu dan bukan dua

"iya, kenapa? Handsome an? " kepalanya terus menoleh ke tingkap, baru sahaja ingin memuji tetapi bila sengalnya dah datang terus tidak jadi. Tapi tidak dinafikan memang Adyan handsome pun kalau memandu macam tu.

Perbualan mereka terus mati situ, Adyan hanya fokus pada pemanduan manakala Mariam pula sudah dibuai mimpi selepas dia bermain dengan telefonnya. Agak bosan jadi dia memutuskan untuk tidur sehingga dia sampai ke universiti nya.

Selepas beberapa jam berlalu akhirnya mereka telah pun tiba di Universiti Mariam, Mariam langsung mengeluarkan bag-bag yang ada di dalam bonet.

"terima kasih tumpangkan, nanti bila-bila aku belanja makan! " kata Mariam lalu menuju ke bangunan tersebut. Adyan tersenyum lalu melihat jam di yang elok terletak di tangan, 5:34. Dia terus memandu untuk balik ke Putrajaya, Kata-kata yang dilontar kepada abah masih terngiang-ngiang di dalam kepala, entah apa yang dia fikirkan itu pun dia tidak tahu. Betul ke keputusan yang dia buat ini?.





Continuar a ler

Tambรฉm vai Gostar

1.7M 101K 40
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
649K 67.7K 26
ููŠ ูˆุณุท ุฏู‡ู„ูŠุฒ ู…ุนุชู… ูŠูˆู„ุฏ ุดุฎุตู‹ุง ู‚ุงุชู… ู‚ูˆูŠ ุฌุจุงุฑู‹ ุจุงุฑุฏ ูŠูˆุฌุฏ ุจุฏุงุฎู„ ู‚ู„ุจู‡ู ุดุฑุงุฑุฉูู‹ ู…ูู†ูŠุฑุฉ ู‡ู„ ุณุชุตุจุญ ุงู„ุดุฑุงุฑุฉ ู†ุงุฑู‹ุง ุชุญุฑู‚ ุงู„ุฌู…ูŠุน ุฃู… ุณุชุจุฑุฏ ูˆุชู†ุทูุฆ ู…ุงุฐุง ู„ูˆ ุชู„ูˆู† ุงู„ุฃ...
433K 41.4K 32
She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful She is innocent He is cunning She is broken He is perfect or is he? . . . . . . . . JI...
234K 16.2K 19
#2 IN HIS SERIES ๐•๐ข๐ค๐ซ๐š๐ฆ ๐’๐ข๐ง๐ ๐ก ๐‘๐š๐ญ๐ก๐จ๐ซ๐ž The elder son of the Rathore family and the future King of Rajasthan, he was cold, arrogant...