๐Œ๐ซ๐ฌ. ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐€๐๐ฒ๐š...

Von Erinsya_

21K 657 48

๐Œ๐ซ๐ฌ. ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐€๐๐ฒ๐š๐ง ๐„๐ณ๐ซ๐š๐ž๐ฅ๐ฅ ๐ฌ๐ซ. ๐Ÿ ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐๐ž๐ฐ ๐‘๐ž๐ฅ๐ž๐š๐ฌ๐ž! "๐‘ฒ๐’‚๐’– ๐’‹๐’‚๐’๐’‹๏ฟฝ... Mehr

๐๐ซ๐จ๐ฅ๐จ๐ 
๐๐Ÿ
๐๐Ÿ
๐๐Ÿ‘
๐๐Ÿ’
๐๐Ÿ“
๐๐Ÿ”
๐๐Ÿ•
๐๐Ÿ–
๐๐Ÿ—
๐๐Ÿ๐ŸŽ
๐๐Ÿ๐Ÿ
๐๐Ÿ๐Ÿ‘
๐๐Ÿ๐Ÿ’
๐€๐ฉ๐ฉ๐ซ๐ž๐œ๐ข๐š๐ญ๐ž ๐ฉ๐จ๐ฌ๐ญ!
๐๐Ÿ๐Ÿ“
! ๐‡๐š๐ฉ๐ฉ๐ฒ ๐Ÿ.๐Ÿ๐Š !
๐๐Ÿ๐Ÿ”
๐๐Ÿ๐Ÿ•
๐๐Ÿ๐Ÿ–

๐๐Ÿ๐Ÿ

816 26 0
Von Erinsya_

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan sudah pun tiba dimana hari terakhir abah menjadi duda anak tiga. Mariam tersenyum melihat abah yang begitu gementar manakala pengantin perempuan belum sampai lagi, biasalah perempuan kan?.

Beberapa minit berlalu akhirnya pihak perempuan sampai juga, mata di dalam rumah itu hanya tertumpu pada pengantin perempuan sahaja. Terlalu cantik sehinggakan Maira dan abah terpegun melihat gadis yang bernama ‘Amina' itu atau akan dikenali lagi sebagai Puan Amina.

Semua sudah bersedia mengambil tempat, masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Tok Imam juga sudah bersedia lagi membuat kan Mariam gementar walaupun bukan dia yang berkahwin tetapi dia dapat rasa gementar itu. Tidak boleh bayangkan jika dia kahwin nanti.....

“Muhamad Ibrahim bin ahmad baharun "

“ye saya"

“aku nikah kan dikau dengan anak perempuan ku Nur Amina binti mohamad hazril dengan mas kahwinnya RM 980 ringgit tunai"

“aku terima nikahnya Nur Amina binti mohamad hazril dengan mas kahwinnya RM 980 ringgit tunai"

Selepas semua ahli keluarga nya menangguk tanda sah maknanya Amina adalah pengganti ibu tiri mereka mula dari sekarang. Maira kononnya tidak mahu mengalirkan air mata akhirnya air mata tertumpah juga membasahi pipi gadis itu.

Selepas sahaja sesi lafaz nikah, keluarga terlebih dahulu mengambil gambar dengan pengantin- pengantin tersebut. Mariam hanya merenung dari tepi sebelum dia boleh mengambil gambar bersama ibu bapanya. Dia masih tidak anggap Amina sebagai ibunya tetapi dia akan cuba sebaik habis untuk menganggap wanita itu sebagai ibunya.

“Weh mijah! Kau tengok muka si Mariam tu! " ujar Makcik Bedah sambil menunjuk-nunjuk kearah Mariam

“eh haah lah! Mesti dia tak suka kan dengan si Mina tu sebab nikah dengan abah dia! " makcik Bedah angguk tanda setuju dengan kata-kata yang dilontar oleh makcik Mijah sebentar tadi

“itu la! Sanggup betina tu kan! Kahwin dengan suami kawan baik sendiri! " Mariam hanya memasang telinga dari tadi, dia melangkah ke arah makcik-makcik tersebut

“Makcik kalau makcik datang majlis nikah abah saya untuk memburukkan mak tiri saya, saya rasa makcik boleh la kot balik rumah dulu " ucap Mariam lalu senyum kearah mereka berdua

“aku bukannya apa Mariam, tengok muka kau pun aku tahu kau tak suka dengan si Amina tu! " kata Makcik Bedah

“macam mana makcik tahu saya tak suka dengan dia? " terus terdiam mereka berdua dibuatnya, langsung tidak berani untuk menjawab apa-apa

“maaflah jika saya buat makcik rasa tersinggung, saya tak berniat nak jadi kurang ajar atau apa-apa. Tapi makcik kena ingat dosa dengan Allah makcik boleh minta ampun tapi dosa dengan Manusia? Belum tentu mereka akan maafkan makcik, saya cakap buat peringatan untuk kita bertiga. Sekian daripada saya. Saya pergi dulu Asalamualaikum "

Mereka berdua terus terkedu dengan ayat-ayat yang dilontar dari mulut Mariam sebentar tadi. Terus dada ini bagai dihempap, mereka merenung gadis itu. Mereka berpandangan sesama sendiri, fikirkan balik apa yang dikatakan oleh Mariam tadi. Kata-kata itu memang boleh menusuk ke hati.

“Itulah kau orang! Siapa suruh kacau anak aku! Kan dah kena ceramah! " kata Mak Jah lalu melepaskan tawanya di depan muka makcik Bedah dan juga makcik Mijah. Jangan pernah nak mengata abahnya kalau taknak kena ceramah, itu baru sedikit belum lagi dia membuka topik tentang lain-lain.

Mariam menyarungkan tudung sarungnya yang berwarna hitam lalu keluar dari rumah kayu itu. Tanpa gadis itu sedar Amina sedang mengikuti nya dari belakang, tujuan Amina mengikuti dari belakang kerana mereka sepatutnya mengambil gambar bersama-sama tetapi Mariam tiba-tiba hilang jadi dia bertanya pada Mak Jah dan akhirnya jumpa gadis itu.

Hampir sahaja dia memegang bahu Mariam tetapi sayangnya gadis itu berjalan terlebih laju jadi dia terpaksa berlari anak untuk mengejar gadis itu. Dia hanya mengekori gerak Mariam tidak tahu pula sampai-sampai di kubur. Amina berhenti berjalan dan hanya memerhati dari belakang.

Kakinya sudah melangkah untuk pergi ke Mariam tetapi ada seorang jejaka tinggi terlebih dahulu berjalan kearah Mariam. Jadi dia hanya membatalkan niatnya dan tersenyum apabila melihat Mariam dan jejaka itu duduk di depan pusaka arwah kawan baiknya. Dia berlansung pulang ke rumah kayu itu, tidak mahu kacau jika di kacau nanti apa pula Mariam kata. Bukannya dia tidak tahu gadis itu masih belum menyesuaikan diri, tetapi apa salahnya bagi masa kepada gadis itu kan?

Mariam duduk di atas tanah yang penuhi dengan rumput itu sambil memandang sayu ke Batu nisan milik arwah ibunya.

“Assalamualaikum ibu, Mariam datang nak bagitahu berita gembira yang abah dah jumpa pasangan baru dia.... " kata Mariam dengan nada yang sayu sambil air matanya kembali mengalir selepas beberapa tahun. Dia perlu tabah jadi tiada masa untuk mengalir kan air mata jernih itu.

“minggu depan Mariam dah tamat kan ijazah Mariam... Ibu bangga tak dengan Mariam? " air mata diusap dengan  lengan baju abaya maroon nya

“Mariam harap ibu tenang dan bersama dengan orang-orang yang soleh.... " Mariam memegang batu nisan itu perlahan, nampak sudah sedikit kotor pada nama batu nisan itu. Mariam mengelap sedikit dengan tangan kanannya, tidak kesah kalau tangannya kotor sekali pun. Bila dia boleh ubatkan rasa rindu pada Puan Maria? Dia juga tertanya-tanya dengan  soalan itu.

“menangis ke? " tiba satu suara mencelah entah dari mana, laju-laju Mariam mengusap air matanya lalu menoleh ke arah pemilik suara itu. Adyan mengambil tempat di sebelah Mariam lalu merenung batu nisan itu

Mariam hanya memerhati sahaja jejaka yang duduk di sebelahnya tanpa izin, bila di tengok balik memang handsome dengan kurta yang berwarna elmard green beserta rambut hitam gelap yang dilihat kemas. Sesiapapun yang berkahwin dengan jejaka itu pasti untung kerana dapat merenung muka itu hari-hari.

janganlah nangis Ayyesha, tengok la hidung kau tu dah macam badut tau tak? Merah betul! " terus membahang muka Mariam kerana malu, itulah siapa suruh menangis depan orang kan dah malu!

“memang la nangis, Habis tu kalau mak orang meninggal tak nangis? " terus mengalir balik air mata jernih itu. Adyan memandang lurus ke anak mata gadis itu, mahu sahaja dia peluk dan menenangkan gadis itu tetapi malangnya mereka bukan mahram. Tidak mengapa suatu hari nanti.... Insya-Allah.

“apa-apa je lah, kenapa taknak bergambar dengan family tadi? " soal Adyan tiba-tiba

“bukannya taknak, tapi tak tau pulak lepas diaorang tu turn kita pulak... Itu yang memandai pergi kubur.... "

“tak apa la kau jenguk mak kau, nasib kau tak pergi Club ke party ke kan? " kata Adyan selamba

“dah jom la balik, aku lapar teman aku makan" Mariam menjulingkan matanya keatas, malas mahu melayan perangai cetek dek akal jejaka itu jadi dia berlansung pergi meninggalkan Adyan seorang diri.

“Adyan janji akan jaga anak ibu baik-baik! " sempat Adyan berbisik lalu mengusap batu nisan itu dan tersenyum, kalau lah Puan Maria masih ada lagi sekarang ini pasti wanita itu sudah tersenyum . Adyan berlari anak untuk mengejar ke Mariam. Memang betul gadis itu berjalan dengan begitu laju, perempuan ni manusia ke apa? Entah-entah......

Mariam merebahkan dirinya di atas katil lalu memejam kedua belah matanya, memang penat hari ini sehingga dia rasa mahu tertanggal sahaja skru di seluruh badannya. Padahal bukan dia berkahwin, tetapi kalau begini lah gamaknya berkahwin memang dia lupakan semua benda itu. Sungguh tak mampu!.

Baru sahaja mahu melelapkan mata Maira terlebih dahulu memanggil untuk makan malam, dia mahu makan pun penat. Aduiii.

Mariam mengambil tempat di sebelah Malik di meja makan tersebut. Nasi di senduk lalu dia mengambil lauk kegemarannya, ayam masak merah. Hanya ibu dan tokwan sahaja boleh masak ayam masak merah dengan padu. Tanpa membuang masa mereka membaca doa dan langsung makan, suasana berasa terlalu janggal jadi abah memulakan perbualan bermula dengan menyoal tentang Maira terlebih dahulu.

“Mariam kami ingat minggu depan nak pergi ke kolej kamu, tengok kamu graduation " tidak sedar abah berkata apa-apa dia hanya tenggelam dalam dunia nya sendiri. Abah mengangkat kening lalu matanya toleh ke arah Maira. Maira hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Abah berdehem lalu Mariam terus bangun dari mimpinya, dia juga tidak tahu kenapa dia asyik mengelamun sejak balik  petang tadi.

“abah tanya tadi kamu dengar tak? " soal abah, semua berhenti menguyah lalu memandang kearah gadis itu

“maaf abah, abah soal apa tadi? " jawab Mariam

“abah cakap abah nak tengok kamu graduate nanti, faham? " Mariam angguk lalu senyum kearah abah. Selesai makan malam, Mariam berehat di luar untuk menghirup udara yang segar sebelum dia tidur. Hanya menikmati pemandangan di atas seperti bulan yang menerangi malam itu, terasa tenang sahaja tidak sedar Amina sedang memerhatikannya sambil garis senyuman di bibir merah cair itu.

Amina mengambil tempat di sebelah Mariam, Mariam yang sedar akan kehadiran Amina dia cepat-cepat mengesot ke tepi agar wanita itu dapat duduk dengan selesa. Dia sambung balik merenung bulan yang bercahaya di atas manakala Amina hanya merenung dia dari tadi.

“Auntie nak tanya, awak pergi mana sebelum kita ambil gambar tadi? " soal Amina dengan nadanya yang cukup lembut sambil tersenyum kearah gadis itu

“Maaflah saya ziarah arwah ibu tadi.... " kata Mariam, dia rasa bersalah kerana menziarahi pusaka arwah ibunya pada majlis keluarga sendiri

“buat apa kamu rasa bersalah, auntie tak kisah bila-bila pun kamu nak jenguk arwah ibu pergilah..... Auntie fikir esok nak ziarah juga arwah ibu. Lama dah tak berbual dengan dia.... " suasana menjadi sepi, Amina tersenyum sendiri apabila teringat balik zaman di mana mereka bersekolah. Kalaulah masa boleh diputar dia berharap sangat untuk berjumpa dengan sahabatnya. Rasa rindu terdapat Maria tidak dapat dilepaskan, dia juga tidak sempat bercakap mahupun memeluk tubuh itu buat kali terakhir.

Terasa tangan sejuk menyentuh di kulit dan dia tersedar bahawa Mariam sedang mengelap air mata yang membasahi pipinya. Dia memegang tangan gadis itu dengan erat, apabila di renung lama Mariam sangat serupa dengan Maria. Mariam tanpa ragu-ragu dia terus memeluk wanita itu dengan erat, dia terasa seperti sedang memeluk arwah ibunya. Segala rindu yang dipendam akhirnya melepaskan juga walaupun hanya ibu tiri tapi dia masih bersyukur kerana dapat merasakan kasih sayang seorang ibu lagi.

Amina turut membalas pelukan tersebut, mereka memikirkan hal yang sama. Segala rindu semuanya dilepas pada malam itu juga. Mariam mengalirkan air matanya buat kali kedua selepas bercakap dengan arwah ibu di tanah perkuburan.

“Assalamualaikum " mereka terus meleraikan pelukan lalu berpandangan sesama sendiri, Amina menuruni anak tangga lalu tersenyum melihat seorang jejaka yang memakai t-shirt lengan panjang beserta dengan seluar tidur.

“Adyan? " sengaja dia memanggil nama itu supaya Mariam pergi ke arahnya dan betul jangkaan dia. Mariam cepat-cepat pergi kearahnya lalu bertentang mata dengan jejaka itu. Adyan berdehem lalu menoleh ke tepi supaya tidak bertentang mata lagi dengan gadis itu, Mariam tersebyum nakql apabila dia melihat cuping telinga milik Adyan sudah merah bagai tomato.

“kamu berdua teruskan mengorat sesama sendiri, autie nak masuk dulu"

“selamat malam auntie" ucap Adyan, bila ada kesempatan kita haruslah menggunakan kesempatan itu dengan baik. Amina tersengih lalu beredar dari situ dan masuk ke dalam rumah, terkejut Amina dibuat oleh Tuan Ibrahim pabila dia melangkah masuk ke dalam rumah tiba-tiba sahaja lelaki itu sudah berada di depannya

“Astaghfirullah abang! Boleh tak awak jangan terkejut kan saya macam tu! " ucap Amina lalu memukul lengan sang suami dengan lembut

“mereka berdua buat apa tu? " soal Ibrahim sambil mengusap lengan yang dipukul oleh isterinya tadi, nasib sayang kalau tidak memang dah tidur luar dah Amina.

“awak jangan nak mengada-ada! Masuk dalam bilik sekarang! Jangan masuk campur hal orang! "
Pesan Amina tegas ke Ibrahim, tidak sangka perangai Amina yang lemah lembut boleh bertukar menjadi singa seperti Maria! Sudah nama pun sahabat kan? Memang sama la perangainya ye tidak?

“kau buat apa datang sini? "
Soal Mariam sambil menyilang kedua-dua belah tangan rapat ke dada, sekarang ini dia menggunakan perkataan aku kau kerana sudah daoat tahu yang head manager nya ialah kawan baik sendiri.

“nah" Adyan menghulur bekas bewarna putih yang berisi penuh dengan kek batik buatan Nek Mah sendiri

“Nek Mah yang buat? " soal Mariam kagum, Adyan sekadar angguk dengan soalan Mariam.

“ok dahlah aku balik dulu, nanti kau pulang la bekas tu. Ingat pulang eh kalau tak pulang memang mati kau nenek kerjakan " kata Adyan lalu tersenyum sinis kearah Mariam. Mariam hanya menelan air liurnya, mahu menelan air liur pun terasa kesat selepas kata-kata Adyan tadi.

“iyalah, dah pergi balik! " halau Mariam

“hek eleh kerek betul! Sudah lah kau bye! "

“ok bye" Adyan melambai tangannya kearah Mariam lalu beredar dari situ, selepas kelibat Adyan sudah semakin menghilang dia msuk ke dalam rumah dan mengunci pintu tersebut. Dia merebahkan dirinya dia atas katil lalu tersenyum sendiri. Blushing gamaknya, hoodie bewarna hitam serta seluar bewarna hitam juga dan  tidak lupa rambutnya.

Allah, terasa tidak kuat iman bila teringat Adyan di dalam kepala otak! Mariam menampar diri sendiri supaya dia sedar. Astaghfirullah Mariam! Sedar yam! Ini bukan Mariam!  Mariam menampar dirinya beberapa kali sehingglah Maira masuk ke dalam bilik. Semestinya adik bongsu itu sudah berikut dahi itu.

“kau kenapa kakak? " soal Maira

“takde pape " jawab Mariam ringkas lalu memejamkan matanya untuk tidur tetapi sia-sia sahaja, sudah tepat pukul 1 pagi dia masih tidak tidur. Adui.

Manakala begitu juga situasi dengan Adyan, dia kerap pergi ke dapur untuk minum air. Tidak boleh tidur kerana memikirkan gadis itu mungkin?











Weiterlesen

Das wird dir gefallen

689K 15.7K 51
"Real lifeแ€™แ€พแ€ฌ แ€…แ€€แ€ฑแ€ธแ€€แ€ผแ€™แ€บแ€ธแ€œแ€ฝแ€”แ€บแ€ธแ€แ€ฒแ€ท แ€…แ€”แ€ญแ€ฏแ€€แ€บแ€€แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€บแ€†แ€ญแ€ฏแ€แ€ฌแ€™แ€›แ€พแ€ญแ€˜แ€ฐแ€ธ แ€•แ€ปแ€ฑแ€ฌแ€บแ€แ€„แ€บแ€žแ€ฝแ€ฌแ€ธแ€แ€ฒแ€ทแ€šแ€ฑแ€ฌแ€€แ€ปแ€ฌแ€บแ€ธแ€†แ€ญแ€ฏแ€แ€ฌแ€•แ€ฒแ€›แ€พแ€ญแ€แ€šแ€บ" "แ€แ€ฑแ€ซแ€„แ€บแ€ธแ€œแ€ฑแ€ธแ€•แ€ฒแ€Šแ€ญแ€แ€บแ€•แ€ฑแ€ธ Bae แ€™แ€„แ€บแ€ธแ€„แ€ผแ€ฎแ€ธแ€„แ€ฝแ€ฑแ€ทแ€›แ€œแ€ฑแ€ฌแ€€แ€บแ€กแ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€กแ€‘แ€ญ แ€„แ€ซแ€แ€ป...
206K 14.7K 19
"YOU ARE MINE TO KEEP OR TO KILL" ~~~ Kiaan and Izna are like completely two different poles. They both belong to two different RIVAL FAMILIES. It's...
1.1M 28.2K 45
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
1M 15.3K 38
Ivy Williams had always aspired to complete her university journey without any interruptions or complications. However, not even two months into her...