๐Œ๐ซ๐ฌ. ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐€๐๐ฒ๐š...

By Erinsya_

21K 657 48

๐Œ๐ซ๐ฌ. ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐€๐๐ฒ๐š๐ง ๐„๐ณ๐ซ๐š๐ž๐ฅ๐ฅ ๐ฌ๐ซ. ๐Ÿ ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐๐ž๐ฐ ๐‘๐ž๐ฅ๐ž๐š๐ฌ๐ž! "๐‘ฒ๐’‚๐’– ๐’‹๐’‚๐’๐’‹๏ฟฝ... More

๐๐ซ๐จ๐ฅ๐จ๐ 
๐๐Ÿ
๐๐Ÿ
๐๐Ÿ‘
๐๐Ÿ’
๐๐Ÿ“
๐๐Ÿ”
๐๐Ÿ•
๐๐Ÿ–
๐๐Ÿ๐ŸŽ
๐๐Ÿ๐Ÿ
๐๐Ÿ๐Ÿ
๐๐Ÿ๐Ÿ‘
๐๐Ÿ๐Ÿ’
๐€๐ฉ๐ฉ๐ซ๐ž๐œ๐ข๐š๐ญ๐ž ๐ฉ๐จ๐ฌ๐ญ!
๐๐Ÿ๐Ÿ“
! ๐‡๐š๐ฉ๐ฉ๐ฒ ๐Ÿ.๐Ÿ๐Š !
๐๐Ÿ๐Ÿ”
๐๐Ÿ๐Ÿ•
๐๐Ÿ๐Ÿ–

๐๐Ÿ—

780 21 0
By Erinsya_

Tiba sahaja di kampung Pantai 2,Mariam semestinya terlebih dahulu menuju ke rumahnya untuk berjumpa dengan ayahnda tersayang. Sebenarnya dia agak gementar kerana mahu memberi cadangan tentang berpindah ke abah walaupun dia juga tahu jawapan yang akan diberi namun dia tetap tidak berputus asa untuk bertanya.

Taksi memakir kereta tersebut betul-betul berhadapan dengan rumah kayu yang jelas kelihatan sudah lusuh, itulah sebabnya dia mahu berpindah bila-bila masa rumah itu akan roboh kerana diperbuat daripada kayu.

“ini ke rumahnya cik? " soal pemandu taksi tersebut, jelas kelihatan wajah pakcik itu seperti tidak percaya. Iyalah mana orang duduk di rumah kayu pada zaman ini.

“iya pakcik " jawab Mariam lalu keluar dari kereta taksi tersebut, malas mahu lama-lama jika lama mahu beribu soalan yang akan dilontar oleh pakcik taksi tersebut. Pakcik itu juga turut keluar dari kereta untuk menolong membuka bonet kereta lalu mengeluarkan bag-bag yang ada di dalam bonet tersebut.

Bag roda milik Mariam diletakkan di atas tanah yang penuh dengan rumput kehijauan di laman abahnya. “terima kasih pakcik " pakcik itu sekadar angguk lalu memasuki perut kereta semula dan beredar dari kawasan rumah kayu itu. Selepas bayang kereta taksi itu sudah semakin menghilang, Mariam memberi salam dahulu di depan pintu rumah tersebut.

“waalaikumussalam " Tuan Ibrahim membuka pintu rumah sambil bibirnya sudah menimbulkan senyuman yang lebar apabila muka Mariam sudah berada di depan mata. Dia menarik Mariam dalam pelukan dan peluk gadis itu dengan erat, melepaskan semua rindu yang tersimpan selama ini.

Bila dia peluk Mariam ibarat dia sedang memeluk tubuh Mariana. Gaya, muka, penampilan, perangai, semuanya ada di dalam Mariam yang membuatkan lagi nampak seperti Mariana. Bila bercakap tentang Mariana mustahil dia tidak rindu dengan wanita yang dia paling cintai dan tidak akan berubah walau apa pun jadi. Nama ‘Mariana ’ di dalam hati tidak pernah akan hilang malah pudar sekali pun, sedikit pun tidak akan berganti tempat nama itu. Begitu cintanya dia terhadap Mariana.

“abah? " Mariam menyentuh perlahan bahu milik Tuan Ibrahim membuatkan abahnya sudah sedar dari termenung

“abah dah peluk awak ke tadi? " soal abah, Mariam tergelak kecil mendegar soalan yang dilontar dari mulut abah

sudah bah, abah peluk ketat sangat sampai Mariam nak bernafas pun susah! " Dia saja mahu bergurau dengan ayahnda tersayang itu

“iya ke? Maaf lah. Setiap kali abah peluk awak teringat ke arwah ibu... " suasana menjadi sepi apabila abah menyentuh perkataan ibu.

“tak apa lah abah lagipun Mariam gurau je tadi" Kata Mariam lalu merukirkan senyuman di bibir. Sekarang ini ada satu perkara yang dia perlu risau kan iaitu tentang perpindahan tersebut.

Abah merenung wajah Mariam sambil tersenyum, dia tahu ada sesuatu yang dia perlu bagitahu Mariam dengan segera sebelum gadis itu dapat tahu terlebih dahulu. Rahsia yang disimpan olehnya selama 5 tahun, semata-mata tidak mahu Mariam berasa sedih ataupun kecewa dengan pilihannya tetapi apa yang dia mampu buat selain memberi tahu gadis Itu juga.

Dia tahu Mariam akan menentang pilihannya tetapi apakah daya? Dia juga berhak untuk bahagia. Dia mungkin akan menyesal dengan keputusan itu tapi sekurang-kurangnya dia dapat juga kembalikan rasa bahagia yang sudah ditanam selama beberapa tahun selepas Mariana meniggalkan dia berseorangan.

“kenapa abah renung Mariam macam tu? " soal Mariam

“saja, tak boleh ke nak renung anak sendiri lama-lama? " kata Tuan Ibrahim

“untuk abah sentiasa boleh! " abah tergelak kecil mendegar jawapan yang keluar dari mulut Mariam

“sudahlah pergi masuk dalam mandi, busuk dah bau awak! " Mariam mencebik lalu memerintah dengan kata-kata abah sebentar tadi. Dia masuk ke dalam rumah lalu terus menuju ke bilik tidur sebelum mandi, daun pintu dibuka lalu Mariam melangkah masuk ke dalam bilik tidur yang dikongsi oleh dia dan juga adik bongsunya.

Bag roda diletakkan di atas lantai secara membaringkan bag tersebut, manakala bag tangan yang dipegang di letakkan di atas meja solek. Mariam mengambil towel dan juga pakaian selepas mandi dan terus menuju ke bilik air untuk mandi sebelum dia keluar untuk berjalan-jalan.

Mariam mengikat rambutnya secara dandan agar kelihatan lebih kemas dan tidak terjuntai apabila ditiup angin. Rambut depan dibela sedikit lalu mencapai bag tangannya dan keluar dari bilik tidur tersebut. Semestinya dia akan menyinggah di gerai Pak Samad terlebih dahulu sebelum pergi ke pantai, wajib untuk berjumpa Makjah, Pak Mad dan juga Taufiq, entah ada ke tak budak tu....

“amboi yam, awak nak pergi ke mana lawa-lawa macam tu? " abah berhenti seketika dari membuat kerja lalu memandang Mariam atas bawah sambil tersenyum. Sebijik betul dengan arwah isterinya.

“macam biasalah abah, pergi gerai Pak Mad" kata Mariam sambil mengikat tali kasutnya

“iyalah, Hati-hati takut nanti ramai terpikat tengok anak abah" Mariam tergelak kecil dengan kata-kata abah, mana mungkin ada orang nak terpikat dengannya, Mustahil.

“okay lah bah Mariam pergi dulu! Assalamualaikum " selepas saja abah menjawab salam Mariam terus mengayuh basikalnya ke gerai Pak Mad. Sampai sahaja di gerai Mariam tersenyum lebar kerana dia sudah nampak kelibat Makjah dan juga Taufiq yang sibuk melayan pelanggan. Dia berjalan menuju ke sebuah meja lalu melabuhkan punggung di atas kerusi plastik bewarna merah itu, dia fikir mahu membuat kejutan untuk mereka berdua tetapi Pak Mad muncul entah dari mana tiba-tiba duduk berhadapan dengannya.

“Aik! Mariam! " Pak Mad tersenyum lebar

“Shushh! Perlahan sikit Pak Mad, saya nak suprise kan Makjah dengan Taufiq! " Cepat-cepat Pak Mad menutup mulutnya menggunakan tangan kanan lalu mengangguk

“ouh! Ok lah kalau macam tu Pak Mad pergi mancing dulu la ye! " kata Pak Mad berbisik, Mariam hanya mampu tergelak kecil.

“ya kak nak order apa? " terus mood Mariam bertukar serius apabila Taufiq datang ke mejanya

“bagi saya nescafe ais lepastu maggi goreng dengan telur mata satu" Taufiq berhenti menulis di buku kecil apabila mendegar suara pelanggan tersebut. Terus matanya menoleh ke gadis tersebut dan jelas wajahnya terkejut apabila gadis itu adalah Mariam, bibirnya terus merukirkan senyuman sehingga ke telinga.

“Mariam! " tanpa sedar dia terjerit kuat nama Mariam sehingga semua pelanggan mula berpandang pelik ke arahnya. Makjah turut terkejut lalu menuju ke meja dimana Taufiq dan juga Mariam berada. Mariam perasan akan kehadiran Makjah dia fikir mahu menyorok tetapi Makjah menangkapnya terlebih dahulu.

“Mariam?" sedaya upaya Mariam tidak menyahut panggilan Makjah, punyalah tidak mahu tertangkap sanggup dia menoleh ke telah agar tidak kelihatan wajahnya

“Mariam Ayyesha binti mohamad Ibrahim! " biji mata Mariam membulat lalu cepat-cepat dia pusing badannya dan menyalam tangan orang tuan tersebut.

“senang saja aku nak cam kau Mariam" kata Makjah dengan penuh bangga

“bila kau balik Mariam? " soal Taufiq sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Mariam

“baru sampai tadi" jawap Mariam ringkas

“kau tak penat ke? " Mariam geleng, Mereka berdua saling berpandangan. Pelik betul budak ini.

“ini Makjah nak tanya sesuatu dekat kamu" kata Makjah, terus jantung Mariam berdegup dengan laju kerana suara Makjah bertukar serius dan ekspirasi wajah Makjah juga bertukar menjadi dingin.

abah dah bagitahu kamu fasal dia? " soal Makjah

“taka ada pulak abah cakap apa-apa dekat Mariam, kenapa Makjah? " semakin pelik Mariam dibuatnya

“ouh takde apa la, ni kamu dah beritahu abah belum fasal perpindahan tu? " sengaja Makjah menukar topik agar tidak kelihatan terlalu mencurigakan. Biarlah abah dia sendiri beritahu, nanti karang tak fasal-fasal budak itu baran tiba-tiba.

“belum tapi harap abah setuju la" mereka berdua sekadar angguk dengan jawapan yang diberi

sudahlah, Makjah dan sambung niaga, kamu Taufiq ikut aku. Kejap lagi sembang dengan kamu tak jalan kerja aku" Mariam tergelak kecil

“okaylah Makjah, saya pergi dulu asalamualaikum " kata Mariam lalu bangun dari duduk

“ha ye ye waalaikumsalam! " jawap Makjah

“bye fiq aku pergi dulu! " kata Mariam sambil lambai-lambai kearah Taufiq

“weh! Tolong aku woi! " kata Taufiq sambil menahan sakit akibat kena cubit dengan Makjah pada lengan sado nya. Mariam hanya mampu tergelak lalu dia mula beredar dari situ untuk pergi BKE pantai.

Sampai sahaja di pantai Mariam meletakkan basikal  di tempat yang sepatutnya lalu turun untuk pergi ke air laut tersebut. Dengan angin yang meniup sayu beserta dengan cuaca yang panas sesuai untuk mandi laut pada waktu itu, teringat pada zaman ketika dia masih kanak-kanak,dia sering juga pergi ke pantai bersama arwah ibu dengan seorang budak lelaki yang tua sedikit daripadanya.

Berlari-lari di pantai sambil mengejar sesama sendiri, bila di teringat balik dia juga tidak tahu mana budak lelaki tersebut sekarang ini, adakah masih hidup? Atau Allah telah mengambil nyawanya? Dia juga tidak tahu.... tetapi kalau boleh dia mahu sangat untuk berjumpa dengan budak lelaki tersebut.

Mariam merendamkan kakinya di dalam air laut tersebut, rasa tenang. Air laut yang sejuk membuatkan dia mahu saja terjun di dalam air tersebut.

“Ayyesha? " tiba celah satu suara dari belakang, Mariam pasti dia sangat mengenali pemilik suara itu lalu dia menoleh ke belakang dan betul, orang itu adalah Adyan Ezraell. Mariam memandang lama kearah Adyan, kemeja yang berwarna biru gelap beserta seluar hitam membuatkan wajah Adyan lebih handsome dari biasa. Terus Mariam menampar pipinya perlahan dan  beristighfar sambil menutup kedua belah matanya, “Astaghfirullah, apa yang aku fikir ni! "

“Tengah istighfar ke tu? " terus Mariam membuka matanya dan sekali lagi memandang kearah Adyan, jejaka itu hanya tersenyum  lagi membuatkan jantungnya berdegup kencang bagai tiada hari esok.

“Tuan buat apa dekat sini? " soal Mariam, untuk meredakan jantungnya dari hampir terkeluar disebabkan jejaka itu

“cari kau"  kata Adyan dengan selamba sambil tangannya elok terletak di dalam kocek seluar hitam tersebut.

“ye ke? " soal Mariam lalu menyilang tangannya di dada

“iya, lagi satu ada orang jemput aku kenduri esok tu yang aku datang sini" jawap Adyan

“penting sangat ke orang tu sampai tuan datang dari Putrajaya ke sini? " soal Mariam tidak puas hati

“penting" jawap Adyan, dia sengaja jawap begitu kerana dia sudah nampak wajah Mariam seperti cemburu apabila dia menjawap ‘penting'.

“sebab? " soal Mariam, dia pun tidak tahu kenapa tetapi dia rasa tidak puas hati kerana Adyan kata penting jadi dia mahu tahu apa yang penting sangat

“sebab yang kahwin tu bakal bapak mertua aku" terus tangan Mariam yang menyilang tadi bertukar menjadi tangan di sisi pula. Apa maksud Adyan yang bapak mertua dia? Dia dah berpunya ke? Siapa girlfriend dia? Bertubi-tubi soalan keluar di dalam fikirannya

“apa-apa lah" kata Mariam

“jom duduk kat sana Ayyesha " Mariam hanya mengekori langkah Adyan tetapi dia terhenti apabila nama yang disebut oleh jejaka itu sebentar tadi, tidak pernah sesiapapun yang memanggilnya Ayyesha kerana panggilan itu hanya seorang saja yang boleh

“kenapa tak jalan? " Adyan menoleh ke belakang

“tuan, kita pernah berjumpa ke? " Mariam membuka soalan tersebut, Adyan hanya mendiamkan diri

“kenapa tanya soalan macam itu? " jawap Adyan

“tidak saya cuma nak tanya, kita pernah berjumpa ke? "
Soal Mariam lagi

“entah tanya lah diri sendiri" Mariam menjelingkan matanya keatas, susah sangat ke nak jawap soalan orang?

“Tuan! " Adyan menghiraukan panggilan dari Mariam lalu berlansung pergi ke hujung dan duduk di atas pasir tersebut, Mariam hanya berdiri di depan Adyan dengan mukanya jelas tidak puas hati

“jangan halang pandangan lah! " Mariam menghiraukan kata-kata Adyan dan terus berdiri di depan jejaka itu

“No! Bagitahu dulu kalau kita pernah berjumpa? " Adyan masih berkeras untuk memberikan jawapan

..............

Sudah 30 minit berlalu dan Mariam masih berdiri di depan Adyan. Dan akhirnya lelaki itu mengalah juga dan menyuruh gadis itu duduk di sebelahnya

“ok fine! Aku cerita, kau duduk diam-diam dekat sebelah aku" Mariam angguk lalu duduk di sebelah jejaka itu.

“cerita dia macam ni..... "

Flashback -

Mariam jangan lari-lari nanti jatuh karang! " jerit Puan Maria sambil menyiram pokok-pokok bunga yang ditanam olehnya

“assalamualaikum " terus Puan Maria berhenti menyiram dan berjalan ke pagar untuk tengok suara yang memberi salam tersebut

“waalaikumsalam!" tiba garis senyuman di bibir Puan Maria

“saya baru pindah sebelah ni! Harap-harap boleh berkenalan. Saya Ariana" Puan Ariana berjabat tangan bersama Puan Maria

“ibu siapa ni? " Mariam menarik baju Puan Maria lalu menunjuk kearah seorang budak lelaki yang berdiri di belakang Puan Ariana

“ini anak auntie, nama dia Adyan Ezraell! Awak pula nama apa? " kata Puan Ariana sambil membongkok kan badannya agar sama ketinggian dengan Mariam dan juga Adyan

“saya Mariam Ayyesha " Mariam turut perkenalkan dirinya ke Adyan dan juga Puan Ariana, tangan kecil milik Mariam di hulur untuk berjabat tangan dengan Adyan. Pada mulanya Adyan tidak mahu tetapi Puan Ariana memaksa lalu dia tiada pilihan selain berjabat tangan juga dengan gadis kecil itu.

“boleh Mariam bawa dia ke pantai auntie? " soal Mariam, Puan Ariana angguk lalu melepaskan tangannya di atas bahu Adyan, Mariam menarik tangan Adyan lalu membawa budak lelaki itu bermain di pantai

.................

“jadi nama awak Adyan ye? " Adyan sekadar angguk dengan soalan yang diberi oleh Mariam

“nama kau Mariam? " Mariam angguk

“jadi kau nak aku panggil kau Mariam ke Ayyesha? " terdiam Mariam seketika, dia juga tidak tahu kerana tiada siapa panggil dia dengan panggilan selain daripada Mariam

Ayyesha pun Ayyesha la" jawab Mariam

Sejak daripada itu mereka berdua terus menjadi rapat, ketika hari pertama Adyan masuk ke dalam tadika tiada sesiapa mahu berkawan dengannya tetapi tidak akan lah Mariam mahu meninggalkan Adyan seorang diri dia juga paksa semua orang di dalam tadika itu untuk berkawan dengan  Adyan. Semuanya baik sehingga Adyan beritahu berita mengejut yang dia akan berpindah di England bermaksud dia tidak boleh kawan dengan  Mariam lagi.

Bertahun-tahun dia mana pernah lupa dengan gadis itu, setiap hari dia akan renung gambar yang diambil pada mereka berusia 5 tahun. Tidak henti dia mencari gadis itu sampai suatu hari dia akhirnya berjumpa dengan gadis itu tetapi dia agak kecewa kerana Mariam sudah melupakannya.

“ janji yang engkau tak akan pernah lupakan aku? "

“iya aku janji Ayyesha.... "

To Be Continued......












Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 103K 40
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
324K 26K 15
MY Creditor Side Story แ€•แ€ซแ‹ Parallel Universe แ€žแ€˜แ€ฑแ€ฌแ€™แ€ปแ€ญแ€ฏแ€ธแ€•แ€ผแ€”แ€บแ€•แ€ผแ€ฎแ€ธ Creation แ€œแ€ฏแ€•แ€บแ€‘แ€ฌแ€ธแ€แ€ฌแ€™แ€ญแ€ฏแ€ท main story แ€”แ€ฒแ€ท แ€™แ€žแ€€แ€บแ€†แ€ญแ€ฏแ€„แ€บแ€•แ€ฒ แ€กแ€›แ€„แ€บ character แ€€แ€ญแ€ฏ แ€›แ€žแ€กแ€žแ€…แ€บ แ€แ€…แ€บแ€™แ€ปแ€ญแ€ฏแ€ธแ€”แ€ฒ...
659K 68.2K 26
ููŠ ูˆุณุท ุฏู‡ู„ูŠุฒ ู…ุนุชู… ูŠูˆู„ุฏ ุดุฎุตู‹ุง ู‚ุงุชู… ู‚ูˆูŠ ุฌุจุงุฑู‹ ุจุงุฑุฏ ูŠูˆุฌุฏ ุจุฏุงุฎู„ ู‚ู„ุจู‡ู ุดุฑุงุฑุฉูู‹ ู…ูู†ูŠุฑุฉ ู‡ู„ ุณุชุตุจุญ ุงู„ุดุฑุงุฑุฉ ู†ุงุฑู‹ุง ุชุญุฑู‚ ุงู„ุฌู…ูŠุน ุฃู… ุณุชุจุฑุฏ ูˆุชู†ุทูุฆ ู…ุงุฐุง ู„ูˆ ุชู„ูˆู† ุงู„ุฃ...
2.7M 150K 43
"Stop trying to act like my fiancรฉe because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...