Broken Trust

By starlenenyx

133K 7.2K 335

𖀐 BROKEN SERIES BOOK 1 βŠΉβ™‘ start : 02072023 end : 07022024 ⚠️clichΓ¨ More

𖀐 Broken Series βŠΉβ™‘
PROLOGUE
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
EPILOGUE

Bab 21

2.4K 179 14
By starlenenyx

Aku kembali duduk di atas sofa selepas beberapa minit kehulur kehilir. K-drama yang menayangkan cerita The K2 yang dilakonkan oleh ji chang-wook itu aku abaikan.

Hati aku resah sejak pemergian Hael tadi. Bagaimana kalau sesuatu yang buruk terjadi pada suaminya? Aku takut jika sesuatu yang buruk menimpa Hael.

Aku mengerling jam yang tergantung di dinding. Aku mengeluh perlahan bila tengok jam baru pukul 1 tengah hari. Selalunya Hael akan balik petang.

TOK TOK TOK

Bunyi ketukan pintu membuatkan aku yang sedang melamun jauh itu tersentak. Aku bangun dari duduk langkah kaki mendekati pintu utama rumah. Aku pulas tombol pintu tersebut.

Buka sahaja pintu, retina mataku disapa dengan wajah Hael. Tetapi ada yang lain dengan Hael. Baju yang dia pakai tidak sama dengan baju yang Hael pakai sewaktu pergi kerja.

Aku mahu menyoal tetapi aku batalkan sahaja niatku itu. Lagipun dia baru pulang. Dan aku juga berasa sedikit lega setelah melihat dia selamat sampai ke rumah seperti biasa. Cuma lebih awal. Tak pelik sebab kadang-kadang Hael memang akan balik awal.

"Hi awal balik? Kenapa?"

"Saja. Asal salah ke aku nak balik awal?" Balasnya sarkastik. Aku gigit bibir bawahku dan menunduk.

"Taklah. Saya saja tanya." Aku senyum tipis. Aku panjangkan tangan aku untuk menyentuh lengannya tetapi terlebih dahulu ditepis olehnya. Tanpa kata, Hael terus masuk ke dalam rumah meninggalkan aku di muka pintu.

Aku tutup pintu rumah dan kunci seperti biasa. Ianya mungkin hanya perasaan aku tetapi aku berasa yang auranya berubah. Tak sama seperti biasa.

Aku ikut langkah kakinya yang pergi ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. "Awak nak bawa saya pergi check up pukul berapa?" Soal aku. Memandangkan pagi tadi dia sendiri kata yang balik nanti dia akan bawa aku pergi check up.

"Check up apa?"

Kening aku berkerut mendengar ucapannya. Dia lupa ke? "Bukan ke kita nak pergi check up baby? Awak lupa ke?"

"Ha, aku lupa. Bukan benda penting pun. Untuk apa aku ingat." Aku tersentak mendengar ucapannya. Tak penting? Anak yang aku kandung ini tak penting?

"Siap sekaranglah." Aku mengangguk. Tanpa mempedulikan hati aku yang sudah terasa dengan kata-katanya, aku pergi naik ke bilik tidur kami dan bersiap.

"CONGRATULATIONS, puan. Puan disahkan mengandung. Usia baby sekarang baru seminggu. So, please take care of yourself okay? Your mentally, food and others. don't stress and don't do hard work."

Pesan doktor perempuan itu. Aku mengangguk dan senyum lebar mendengar berita itu. Aku toleh ke kanan di tempat Hael berada. Mahu melihat reaksi Hael. Saat itu, aku fikir reaksinya sama seperti aku. Ternyata aku salah. Dia bahkan sedang bermain telefon pintar saat doktor dan aku sedang berbincang tentang kandungan yang ada di dalam perut aku.

Aku kecewa dengannya. Tingkah lakunya. Tingkah laku Hael saat ini seperti orang asing yang tidak pernah aku kenal. Hael sungguh sangat berbeza saat ini.

Bukan ini reaksi yang aku mahu.

Aku kembali pandang doktor. Aku senyum tipis padanya dan mula menyoal berkaitan anak kami. Aku tidak mahu menyiakan waktu berharga ini. Biarlah kalau Hael nak dingin pada aku sekalipun. Aku akan bahagia harini untuk anak aku.

Anak sulung aku.

Anak pertama Aku dan Hael.

"AWAK, kita nak pergi mana? Ni bukan jalan balik rumah?" Soal aku panik. Ini aku tahu jalan ini. Jalan balik ke rumah yang buat aku trauma. Kenapa Hael bawa aku ke rumah ini? Dia sudah berjanji yang dia tidak akan bawa aku ke rumah ini lagi.

Bila aku menyoal, dia tidak membalas. Dia tidak membalas soalan aku. Soalan aku dibalas dengan kebisuannya. Aku goncang lengannya mahukan jawapan.

"Eh kau diam boleh tak?!" Suaranya naik seoktaf. Aku lepaskan tanganku pada lengannya. Mulutku terkunci dengan nadanya pada aku. Ini pertama kali Hael naikkan suara pada aku. Sungguh, ini pertama kali.

"Keluar." Aku menggeleng laju. Aku tak nak kembali masuk ke dalam rumah itu. Air mata aku sudah mengalir deras membasahi pipi. Dia tidak mendengarkan aku. Dia terus tarik tanganku kasar dan paksa aku untuk keluar dari keretanya.

Hael tarik tangan aku paksa untuk masuk ke dalam rumah agam yang sudah terbuka luas pintunya. Dengan tidak rela aku masuk ke dalam.

Masuk sahaja dalam rumah itu, aku disapa dengan kehadiran Papa, Puan Balqis dan anak mereka. Hanya mereka. Tiada aku di dalam mereka.

Khair memandang aku dingin. Aku terus menunduk saat mata kami saling memandang satu sama lain. Mata itulah yang perlahan-lahan membunuhku.

Aku mencari-cari tangan Hael. Tangan yang selalu menjaga aku, tangan yang selalu bermain rambut ikal mayangku tetapi saat aku jumpa tangannya dan mahu meggenggamnya, dia menepis tanganku.

Walaupun aku tahu dia layan aku seperti itu, dia juga yang aku cari.

"Anak papa sihat? Bahagia?" Suara Khair memecahkan kesunyian diantara kami. Kepala aku perlahan-lahan mengangguk. Membalas soalan Khair.

"Aku datang nak pulangkan dia pada kau. Ambiklah balik perempuan ni. Aku tak nak," kepala aku naik pandang dia dengan mata yang sedikit membulat. Aku tidak salah dengar kan?

Mata aku sudah berair mendengar ucapannya.

"Tapi ada syarat. Kau bagi aku duit, aku serahkan Ersana pada kau. Kau ambillah dia and buat je apa yang kau nak. Aku tak kisah."

"Hael!" Aku angkat kepala. Pandangnya tidak percaya. Benarkah ini dia? Ini bukan Hael yang aku kenal!

"Diam." Hael tolak kasar kepala aku. Aku terkedu dengan tingkahnya padaku.

"Boleh. Berapa kau nak? Aku bagi sekarang." Khair membalas bersetuju dengan cadangan Hael. Tubuhku sudah menggigil. Aku tidak mahu kembali hidup di neraka ciptaan Papa.

"10 juta. Deal?"

"Deal."

"Semurah itu saya pada awak Hael? Mana janji awak?" Aku pukul dadanya berkali-kali dan akibat itu aku mendapat tamparan darinya. Buat pertama kali dia menampar aku.

PANG

"I never loved you, baby." Hael tarik rambut aku, lalu lepaskannya. Dia bangun dan pergi dari rumah agam itu saat sudah mendapat duit yang dia inginkan.

"Hael! Jangan tinggalkan saya!"

Aku tetap mengejarnya walaupun aku tahu apa yang akan dia beri. Aku tetap menjerit namanya walaupun aku tahu dia akan abaikan aku. Aku tetap menangis untuknya walaupun aku tahu dia tak akan menangis pada aku.

Kerana aku tak rasa yang dia menipu sewaktu dia kata dia cintakan aku.

Hael tak mungkin menipu aku.

"Kau kena ingat mana tempat kau Ersana. Aku dah pernah cakap kan? Semua yang ada di sekeliling kau, tak pernah sayangkan kau. Sebab apa? Sebab kau anak dari betina tak guna." Khair berkata dengan penuh sinis. Dia memandang sinis padaku. Wajahnya jelas mengejek nasib aku.

Aku tahu dia bahagia saat melihat aku menderita seperti ini. Aku pasti akan diseksa olehnya sampai dia puas. Khair hampiri aku lalu dia tarik aku masuk ke bilik itu. Bilik yang menjadi saksi aku diseksa dengan Khair.

Di bilik inilah juga tempat ibu dan aku diseksa.

Aku lihat Khair mengambil batang paip yang sedia ada di bilik tersebut, lalu dia mula memukul aku tanpa belas kasihan. Aku menutup kedua mataku. Menerima segala pukulan yang dia beri.

BUK

BUK

BUK

BUK

Makin lebat tangisan aku saat Khair memukul. Dapat aku rasa yang darah mengalir di belakang badan aku akibat pukulan darinya.

"Kau lari dari rumah. Kau memang suka malukan aku! Sama macam pelacur tu! Dua-dua memang tak guna. Kau pergi mampus lah sial!" Khair menyepak kepala aku dan memijak perut aku kuat.

Aku pantas pegang kaki Khair. "Papa! Jangan Papa. Sakit anak Ana." Aku memohon pada Khair. Tolong beri sedikit belas kasih padanya. Aku mahu anak aku peluang untuk melihat dunia bersama denganku.

Aku tahu jawapan Khair. Tetapi aku tetap memohon belas kasihnya.

Seperti sangkaanku, Khair tidak peduli. Dia tetap melakukannya. Dia tetap memijak kuat perut aku. Aku tahu, .akin membara panas pada hati Khair saat tahu aku mengandung anak Hael.

"Papa, sakit. Tolong kesiankan anak Ana." Aku masih lagi memohon. Air mata aku tidak berhenti mengalir. Aku tetap menangis untuk nasib anak aku.

"Budak tak guna macam kau, tak layak bahagia. Faham?" sekali lagi dia menyepak perut aku. Lalu aku lihat Khair berlalu pergi meninggalkan aku di dalam bilik itu.

"Kesian kau. Kalau Talisha ada dulu, mesti dia akan tolong kau kan? Tapi sekarang dia dah mampus." Puan Balqis pula datang mahu menyakitkan hati aku. Kata-katanya tidak aku hiraukan. Keadaan anak aku lebih penting dari mulut jahatnya.

Balqis meninggalkan aku kesakitan seperti itu. Aku pejam mata. Sakit. Rasa ini sangat menyakitkan aku. Emosi aku bercampur baur. Ia berlaku dengan sekelip mata.

Aku mahukan penjelasan Hael. Kenapa dia buat semua ini? Apa salah aku padanya.

Aku membuang pandanganku ke arah paha.  Yang mengeluarkan cecair merah pekat. Aku tak mampu lagi mahu bangun apatah lagi menjerit.

Aku terlalu penat.

Kalau aku mati, tidak ada orang akan pedulikan aku. Hael juga sudah jual aku. Aku tidak punya sesiapa lagi.

Dengan payah, aku letakkan tangan aku pada bahagian permukaan perut aku. Bekas dipijak oleh Khair. Aku mengelus perlahan perutku itu.

"B-baby, I'm sorry. Forgive me, please. Please forgive me." Aku ramas bajuku saat rasa sakit itu datang menyerang.

"Do you know that I named you as Ezraell Arsene if you're baby boy." Aku senyum tipis. Jika ia perempuan, Hael yang akan letak.

"I love you, baby. Please be strong with me, okay?"

Dan selepas itu, aku tidak sadarkan diri. Pandangan aku gelap. Sayup-sayup suara yang memanggil nama aku itu tidak dipedulikan. Aku terlalu penat. Tidak larat lagi mahu menyahut.

it still flashback guys but i nak guna pov yang selalu i guna waktu chapter bfr flasback.

Continue Reading

You'll Also Like

223K 9.2K 96
"KALAU AKU TAK DAPAT KAU, TAK ADA SESIAPAPUN AKAN DAPAT." Ibarat sumpahan. Kalimah itu membuatkan si obsesi hilang pertimbangan diantara delusi dan...
919K 57.2K 75
πŸπŸ“πŸπŸ“πŸπŸπŸπŸ/πŸπŸπŸŽπŸ“πŸπŸ πŒπ‘π’ | COMPLETED 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 π€π€π‘πˆπ’ | π’π˜π€π‘πˆπ…π€π‡ π€πˆπ‘π„π„π. Satu kejadian yang membawa trauma d...
157K 10.1K 32
Adam Hirdy | Azalea
55.7K 2.3K 35
"I'm your protector until my last breath Erika Elvina..."