Broken Trust

By starlenenyx

133K 7.2K 335

饢 BROKEN SERIES BOOK 1 鈯光櫋 start : 02072023 end : 07022024 鈿狅笍clich猫 More

饢 Broken Series 鈯光櫋
PROLOGUE
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
EPILOGUE

Bab 20

2.6K 159 11
By starlenenyx

Aku tersedar dari tidur saat mimpi buruk itu datang sekali lagi. Dada aku turun naik mengatur pernafasan aku yang tidak teratur. Tangan aku naik meraup rambut panjang aku yang tidak diikat.

Aku pandang ke sebelah kanan. Kosong. Sepatutnya ada Hael di situ tetapi tiada. Di mana dia?

Aku turun dari katil. Kaki dengan sendirinya berjalan pergi ke bilik kerja Hael. Selalunya kalau Hael tiada di dalam bilik tidur, di situlah yang akan menjadi tempat lelaki itu berkurung.

Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, aku terus menguak sedikit pintu bilik tersebut. Saat aku nak buka luas lagi, niat aku langsung terhenti saat melihat suami aku sedang berdoa.

Pada Yang Maha Esa.

“Ya Allah Ya Rabbi, kau dengar apa yang ada dalam hati aku kau tahu apa yang hati ini inginkan apa yang badan ini perlukan kau lebih tahu daripada orang lain tahu malah lebih dari yang aku sendiri sangka.”

“Aku tahu ya rabbi kau adalah perancang yang terbaik tolonglah aku Ya Rabbi, untuk mencari jalan keluar dari kesengsaraan dan dugaan ini Ya Rabbi, kadangkala aku lupa kenapa aku diciptakan iaitu untuk beribadah kepadaMu dan hanya kepadaMu aku berserah,”

“Kadangkala aku mengutamakan perkara yang tidak sepatutnya aku utamakan selain daripadaMu. Bantulah aku Ya Rabbi, bantulah hambamu Ya Rabbi, bantulah hambamu Ya Rabbi, jadikanlah aku hambamu yang mengingatimu dalam setiap apa yang aku lakukan, wahai Yang Maha Pengasih, berkatilah keluarga aku, sahabat-sahabat aku, guru-guru aku, setiap orang yang aku kenali, isteri yang aku cinta, dan setiap muslim dalam hal ini.”

Aku bersandar di dinding bersebelahan pintu bilik tersebut. Bibir aku dikunci sebaik mungkin supaya tidak mengeluarkan sebarang suara. Aku tidak mahu Hael menyedari kehadiran aku. Aku mahu tetap mendengar doanya hingga habis.

“Ya Rabbi, berikanlah aku cinta dan kasih sayang darimu dan hanya untukmu Ya Rabbi, Ya Halim, lembutkan hati ini mudahnya merendah diri dalam melakukan kebaikan, maka lembutkanlah hati ini untuk memaafkan dan melupakan kesalahan orang terhadapku, berikanlah aku kekuatan untuk memohon keampunan.”

“Dan memberi keampunan kepada manusia. Ya Halim, berilah aku memaafkan dan melupakan. Jangan biarkan beban kesakitan ini mengubah aku menjadi seseorang yang tidak engkau suka, seseorang yang menyimpan dendam dan berkelakuan ganas.”

“Biarkan setiap pengalaman buruk mengingatkan aku tentang kepentingan menjadi baik, supaya aku tidak pernah menjadi punca penderitaan orang lain. Engkau mengetahui segala yang aku lalui sepanjang hidup ini, Engkau tahu betapa lemahnya aku, bantulah aku Ya Rabbi, jangan pernah biarkan aku keseorangan walau sesaat, jangan biarkan aku keseorangan, bimbinglah aku ke jalan yang benar Ya Rahman.”

“Ya Allah, izinkan hatiku tenang dari masa ke masa dan kurniakan aku sahabat yang lemah lembut. Bantu aku melihat kebaikan orang lain dan mengharapkan yang terbaik daripada mereka. Jangan biarkan kesilapan orang lain membuat aku menyesal melakukan kebaikan, dan biarlah aku berlindung dengan kelembutanMu ketika dunia menzalimi aku dan isteriku.”

“Ya Allah, Engkau tahu betapa kejamnya dunia ini. Betapa sukarnya untuk sentiasa dikelilingi oleh tekanan untuk menyerah, untuk berubah. Ya Rahim, izinkan aku meneruskan, mencari keredhaan-Mu sahaja, Ya Rabbi Amiin Ya rabb.”

Aku melihat tingkah lakunya. Selain itu, aku juga melihat keikhlasannya ketika berdoa. Tubir mata aku mulai panas. Mengingatkan beruntungnya aku mempunyai dia. Aku beruntung kerana dapat lelaki sebaiknya.

Malah dia yang tidak beruntung mendapat isteri seperti aku. Aku sepertinya tidak layak untuknya.

Sekali lagi aku mengintai Hael. Kali ini, lelaki itu sedang melipat sejadah dan membuka songkok dan disimpan di dalam almari. Aku bangun dari duduk, tanpa sebarang kata yang keluar dari dua ulas bibir, aku melangkah menghampiri Hael.

Tubuh tingginya aku peluk. Hael turut membalas pelukan aku walaupun aku tahu dia mesti sedang keliru dengan tindakan aku yang jelas tiba-tiba.

"Feeling like you deserve someone better than me."  Aku meluahkannya. Aku sudah lama menyimpan ayat ini. Sewaktu mula kami berkahwin lagi. Aku berasa yang...dia layak mendapat seseorang yang lebih bagus dari aku.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Nada Hael tidak kelihatan marah. Hanya biasa. Mendatar.

"Sebab saya menyusahkan awak. Dari waktu kita mula kahwin lagi. Saya selalu susahkan awak. Dengan trauma saya. Nenda awak yang haritu dah mula nak maafkan awak pun, benci semula sebab saya. Semuanya punca dari saya, Hael. Kalau tak, awak takkan kerja dekat situ kan? Disebabkan sayalah awak kena kerja panas-panas dekat situ."

Saat itu, air mata yang aku tahan dari tadi mengalir membasahi pipi. Semuanya berpunca dari aku. Hael jadi seperti ini pun kerana aku. Hael menderita juga kerana aku. Puncanya dari aku. Akulah punca hancurnya hidup Hael.

"I'm sorry..." aku mengenggam kolar bajunya. "Awak boleh lepaskan saya...saya tak nak awak terus menderita disebabkan saya."

Hael mencengkam dagu aku. Dia paksa aku untuk melihat matanya yang tajam memandang aku. "Too late, darling. Aku takkan ceraikan kau bila aku dah jatuh sayang."

"What I know, the only woman I can make my wife is you. Only you deserve to be my wife, my queen. "

"But I don't see something special about me, Hael."  Jika dulu ya memang aku berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik untuknya. Tetapi untuk harini, aku rasa tidak yakin.

"Maybe you don't see it. But I see your beauty, your worth, your courage, your determination. I see all of what you don't," dia elus rambut aku dengan lembut. "You're perfect darling. I want all of you. Your happy and your sad times. Your past and your future. I want everything related to you. Just for myself."

Aku mencintainya.

Semua tentangnya.

Hael seperti rumah. Rumah untuk aku pulang bila aku rasa tidak selamat. Setiap kali aku memandang pada kedua iris mata Hael, terasa begitu selesa. Pandangannya matanya sungguh boleh buat aku terbuai tanpa sedar.

Dia terlalu sempurna untuk aku lepaskan pada gadis-gadis di luar sana. Oleh itu, aku takkan sesekali melepaskannya. Dia, aku punya. Tiada siapa boleh ambil dia dari aku.

"You're mine, Hael. I'm serious you're mine."

"Yes, darling. I'm yours." Hael kucup dahi aku. Dengan aku yang masih memeluknya, dia angkat aku masuk ke dalam bilik kami.

"Mommy to be should go to bed early darling."  Hael bawa aku kembali ke dalam bilik tidur. Aku diletakkan perlahan di atas katil. Hael duduk di tepi katil. Perut aku yang masih tidak menampakkan bentuk, disentuhnya.

“Allahummaj'al aulaadana kulluhum shaalihan wa thaa'atan...Wa ummuruhum thowiilan...perang zuqhum waasi'an...Wa 'uquuluhum zakiyyan...Wa quluubuhum nuuran...”

“Wa'uluumuhum katsiiran naafi'an...Wa jasaaduhum shihhatan wa aafiyatan...
Birahmatika yaa arhamar raahimiin. Amiin Yaa Rabbal'alamin.”

(Maksudnya; “Ya, jadikanlah anak-anakku orang-orang yang soleh/solehah dan taat beribadah. Memanjangkan umurnya. Melapangkan rezekinya. Mencerahkan pikirannya, mencerahkan hatinya. Memberikan ilmu yang banyak dan memberikan manfaat. Membuat tubuhnya sihat, dengan rahmat-Mu yang penuh kasih dan belas kasihan.”)

"Sleep well, darling."

"TUNGGU aku balik kerja nanti, kita pergi check up." Aku mengangguk bersetuju. Rambut Hael aku main supaya kelihatan messy. Aish, rambut serabai pun handsome ni macam mana eh.

"Bye Husband. Take care."

"Bye darling. Jangan buat kerja berat-berat okey?" Aku mengangguk. Sudah kali ke berapa dia pesan. Tahulah risau.

"Hael, nak hug," pinta aku. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa sesuatu yang buruk akan terjadi padanya. Aku sudah cuba untuk menghalau rasa negatif ini, tapi ia makin membuak-buak pula.

"Ingat, awak kena balik dengan selamat. Saya tunggu." Hael mengangguk. Lalu dia peluk aku sekalian mencium dahi aku.

Aku tak tahu kenapa, tapi sangat berat untuk aku lepaskannya pergi ke kerja harini. Lama juga dia ambil masa untuk memujuk aku. Dan akhirnya, aku lepaskan dia pergi dengan hati yang seperuh tidak rela dengan pemergiannya.

Tidak apa-apa, dia pasti akan baik sahaja. Dia sudah janji dengan aku nak pergi check up anak pertama kami.

Continue Reading

You'll Also Like

223K 9.2K 96
"KALAU AKU TAK DAPAT KAU, TAK ADA SESIAPAPUN AKAN DAPAT." Ibarat sumpahan. Kalimah itu membuatkan si obsesi hilang pertimbangan diantara delusi dan...
157K 10.1K 32
Adam Hirdy | Azalea
1.4M 53.1K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
356K 17.2K 55
Warning 鉂楋笍 鈥ypo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. 鈥lease lower your expectation sebab plot...