TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED)

By FluffSnowflakes

3.3K 102 3

Tya Humaira merupakan seorang penggemar rahsia kepada seorang lelaki yang bernama Fayyadh Syah. Malahan Fay... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
Bab 8
BAB 9
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33

BAB 10

74 3 0
By FluffSnowflakes

''Tya ? Dah bangun ke tu? Kamu tak pergi bersenam ke hari ni? Jangan kata mama yang tak kejut kamu.."

'Tya membuka mata dengan perlahan-lahan dan melihat jam loceng disebelah.

''Kejap lagi Tya turun,Tya dah bangun dah ni.." Jawab Tya dengan suara yang tersekat sekat.

Tya pun terus menuju ke bilik mandi dan bersiap untuk bersenam di taman rekreasi berdekatan rumahnya.

Setelah selesai bersenam tya pun bergerak pulang ke rumah,didalam perjalanan pulang dia melihat Ina sedang asyik menyiram pokok .

''Ina,rajinnya pagi-pagi menyiram pokok bunga ya.." tegur Tya.

''Eh kau bukan tak tau mak aku sayang betul dengan pokok bunga dia ni. Aku rasalah kan kalaulah aku dengan pokok bunga ni lemas kat laut..mak aku mesti selamatkan pokok bunga dia dulu tau. "

''Kau ni Ina pagi-pagi dah buat lawak antarabangsa ya.." Jawab Tya.

''Memanglah mak selamatkan pokok bunga tu..kamu kan pandai berenang.." kedengaran suara mak ina menjawab dibelakang.

''Haa.betul tak Tya aku cakap? Kau tak percaya...aku tak buat lawak..memang fakta tu.."

''Eh kejap Humaira Mak cik nak bagi nasi lemak ni haa.."

''Ya allah terima kasih mak cik Nab...Tya langsung memberi senyuman yang paling manis ,mana taknya Mak ina merupakan seorang tukang masak .tidak hairanlah semua makanannya sedap.

Setelah Tya mengambil makanan tersebut ,Tya pun bergerak pulang kerumahnya.

''Assalamualaikum.."

''Dah balik ke? Telefon kamu tu tak berhenti bunyinya..entah siapa yang whatsapp kamu tu..naik pening mama dengarnya..".

''Okay Tya pergi ambil telefon Tya..mama jangan makan ya nasi lemak ni..tunggu tya.."

''Eh budak bertuah ni,banyak macam ni pun kedekut.."

Tya melihat semua mesej tersebut adalah dari Ryan Haider.Tanpa Tya sedari Tya telah mengukir senyuman setiap kali  melihat semua mesej yang dihantar oleh  Ryan Hayder . Ryan juga membuat panggilan berulang kali. Ketika  Tya melihat semua chat dari Ryan ,telefon bimbitnya berdering sekali lagi  dan terpapar nama Ryan Hayder  di skrin.

''Hello Ryan? Ada apa tu?"

''Awak okay ke? Saya cari awak dari pagi awak tak balas saya pun..awak asyik nak lari je ya Tya.."

''Saya ada jelah..saya tak  bawa telefon tadi..okaylah saya nak sarapan ni...mesej jelah ya..bye."

Sekali lagi panggilan diletakkan tanpa sempat Ryan Membalas Bye untuk Tya.
Tya terus turun ke bawah untuk sarapan.

''Haa..mama makan ea? " soal Tya.

''Ada banyak lagi untuk kamu..buat penat ajalah kamu bersenam kalau sarapannya nasi lemak.."

''Ala mama...hari ni ja lepas ni tak buat dah..."

''Minggu lepas pun kamu cakap macamtu..kamu lupa ke? "

''Oh ye ke ma? Kali ni betul-betul ma.."

''Yelah tu Tya..mama memang percaya semua yang tya cakap tu...

Tya pun makan nasi lemak sambil membalas whatsapp dari Ryan Hayder.
Setelah selesai makan tya meminta izin untuk keluar sebentar untuk mencari barang untuk membuat pembentangan esok disekolah. Tya mengajak Nelly teman kerana Nelly yang paling dekat dengan rumah Tya.Mereka pun berjanji untuk berjumpa.

Tya mengenakan baju corak bunga dan skirt labuh berwarna putih..itu sahaja sudah cukup membuat Tya menyerlah.

Setiba di tempat yang dijanji,terlihat Nelly tengah asyik memilih baju untuk dibelinya.Tya pun terus melangkah kearah Nelly

''Nelly! jangan lupa niat kita ya..datang sini nak beli barang untuk pembentangan esok ya..bukan beli baju untuk berjalan di hari raya.."Tya mengingatkan. Nad tentang niat asal mereka keluar bersama.

''Ala..aku tadi cuma tengok-tengok je...tapi tiba-tiba ada suara suruh aku beli..dah terbeli pula..nak pulang adik ni kata lepas beli tak boleh pulang..jawab nad sambil menunjukkan baju yang telah dibelinya.

''Okay dah belikan bajunya...okay jom pergi beli barang yang kita nak cari tu ya.."

''Okaylah jom..."

Setelah mereka berjaya membeli barang yang mereka cari, Tya dan Nelly pun membuat keputusan untuk makan tengahari di salah satu restoran yang berada dipusat beli belah itu.

''Nelly makan situ lah jom.."

''Tak nak lah Tya aku nak pergi makan dekat situ..Nelly menunding jari kearah restoran yang ingin dia pergi.

''Okay boleh ja..jomlah.."

selesai sahaja mereka membuat pembayaran..mereka pun duduk untuk menunggu makanan mereka tiba.
Masing-masing bermain telefon bimbit   sementara menunggu makanan mereka sampai.

Sampai sahaja makanan dimeja tersebut mereka pun makan bersama. Keluar sahaja dikedai makan tersebut.. terdengar suara yang memanggil nama Nelly.

''Nell ! Nell!  " Harith memanggil Nelly .

''Nelly aku rasa aku kenal lah suara tu..yang panggil kau Nell cuma harith ja kan..soal Tya kepada Nelly.

Nelly pun memandang kearah yang memanggil namanya.tepat sekali sangkaan Tya sebelum ini.

''Eh Harith! What a surprise..tak sangka eh kita jumpa kat sini..kau buat apa kat sini..?

''Aku beli baju ni ha dengan Ryan..tapi dia pergi tandas kejap.."

''Err..Harith kejap ea...aku ada nak cakap dengan Nelly kejap"

Tya pun  menarik baju Nelly dan  mengheret kawannya  ke tepi.

''Nelly, aku tahu ni semua mesti kau yang rancang kan? Kau bagitau kita nak pergi sini kan?patutlah aku ajak makan tempat lain tadi kau tak nak"

''Mana ada..kita terserempak kan ni..kebetulan membawa kepada takdir..takpelah benda dah terjumpa dah pun.." Jawab Nelly.

''Nelly...aku tak lambat macam Fira ya..punyalah besar pusat beli belah ni,restoran dekat sini lebih dari lima, kau boleh cakap kebetulan ya.."

''Aku cuma tolong ja..bukan aku dapat komisyen pun.." Jawab Nelly.

''Dah tau tak dapat komisyen siapa suruh buat...ish kau ni geram aje dengan kau ni"

''Tya? Lembut suara Ryan menyapa Tya membuat Tya menoleh ke arah Ryan dan seketika Tya  terdiam .

''Ryan ? Awak jangan lah macam ni..saya tak selesalah mana saya pergi semua awak ada.."

''Kalau awak tak nak saya buat macam ni..awak kena janji dengan saya lepas ni jangan nak mengelak saya lagi..kalau awak elak saya lagi tiap hari awak boleh nampak saya...silap-silap mimpi saya tau...saya cuma nak awak ikhlas terima kawan dengan saya..itu je Tya.."

''Ish awak ni nak main ugut saya pula..okaylah saya janji lepas ni tak lari lagi dah.. okay deal?okaylah saya nak gerak balik dah ni..awak sambunglah membeli belah dengan kawan kesayangan awak tu.."perli Tya.

''Aah lah korang ,kitorang kena  balik dulu ya.." Kata Nelly sambil melambaikan tangannya.

''Tapi awak pula  siapa ? Kenapa awak nak balik ikut saya? Saya tak kenal awak.." usik Tya kepada Nelly.

''Ish janganlah merajuk Tya..aku tak bersalah tau..aku terpaksa.." Jawab Nelly.

''Hmm..kau pergilah dengan diorang ,kau kan kawan diorang bukan kawan aku."Tya muncungkan mulutnya kepada Nelly.

''Ala Tya jangan lah merajuk..Maaf lah...janji tak buat lagi lepas ni...kalau aku buat lagi baru kau merajuk ya..."pujuk Nelly  sambil membuat muka sedih dengan harapan tya dapat memaafkannya.

''Aku gurau lah Nelly...dahlah jom kita balik...nanti mama aku bising pula balik lewat.." Kata Tya kepada Nelly.

Mereka pun membayar tiket parking dan terus bergerak balik tanpa singgah di mana-mana tempat. Sampai sahaja  dirumah Tya melihat pesanan  mesej terbaru dari Ryan .

Dah sampai rumah ke belum Tya? - Ryan
Hayder

Baru sampai ni..saya nak mandi..nanti sambung chat ya..- Tya Humaira

Okay.. nanti Tya dah ada masa lapang awak mesej saya tau..Ryan tunggu - Ryan
Hayder

Okay nanti saya chat ya.. - Tya Humaira

Tanpa Tya sedar ,Tya juga sudah mula membuka hatinya sedikit sekaligus dapat memberi harapan kepada Ryan haider untuk membuktikan dia adalah lelaki yang serius dengan Tya.

Continue Reading

You'll Also Like

232K 6.6K 47
"Dia Jodohku" Miasarah akur akan kehendak keluarganya untuk menjodohkan dia dengan anak sahabat kepada papanya . Lelaki yang dia sendiri tidak mengen...
7.1K 650 26
Dia bukan Saidina Nuaiman,dan dia tidak sesempurna sahabat Nabi itu.Namun aku janji,dia ialah Nuaiman yang terbaik dalam hidupku-Dayana Suhaila Mungk...
7.3K 624 27
Love is something Riki has difficulty understanding. So when Sunoo offered to help him with that, he was more than happy to. He will do whatever it t...
5.3K 831 80
﷽ ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ Setiap Penulis akan mati,yang tinggal hanyalah karyaNya,maka tulisla...