๐Œ๐ซ๐ฌ. ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐€๐๐ฒ๐š...

By Erinsya_

21K 657 48

๐Œ๐ซ๐ฌ. ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐€๐๐ฒ๐š๐ง ๐„๐ณ๐ซ๐š๐ž๐ฅ๐ฅ ๐ฌ๐ซ. ๐Ÿ ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐๐ž๐ฐ ๐‘๐ž๐ฅ๐ž๐š๐ฌ๐ž! "๐‘ฒ๐’‚๐’– ๐’‹๐’‚๐’๐’‹๏ฟฝ... More

๐๐ซ๐จ๐ฅ๐จ๐ 
๐๐Ÿ
๐๐Ÿ‘
๐๐Ÿ’
๐๐Ÿ“
๐๐Ÿ”
๐๐Ÿ•
๐๐Ÿ–
๐๐Ÿ—
๐๐Ÿ๐ŸŽ
๐๐Ÿ๐Ÿ
๐๐Ÿ๐Ÿ
๐๐Ÿ๐Ÿ‘
๐๐Ÿ๐Ÿ’
๐€๐ฉ๐ฉ๐ซ๐ž๐œ๐ข๐š๐ญ๐ž ๐ฉ๐จ๐ฌ๐ญ!
๐๐Ÿ๐Ÿ“
! ๐‡๐š๐ฉ๐ฉ๐ฒ ๐Ÿ.๐Ÿ๐Š !
๐๐Ÿ๐Ÿ”
๐๐Ÿ๐Ÿ•
๐๐Ÿ๐Ÿ–

๐๐Ÿ

1.2K 46 4
By Erinsya_

Tok! Tok! Tok!

Dengar sahaja bunyi pintu kayu diketuk lantas Mariam berjalan ke ruang tamu untuk membuka pintu tersebut, pintu dibuka lalu dia nampak tiga orang lelaki yang berbadan tegap dengan berpakaian serba hitam.

"Encik Ibrahim mana? " soal salah seorang jejaka itu

"waalaikumussalam, kenapa cari abah? " jawab Mariam tenang

"abah? Aku tak tau orang tua bangka tu ada anak! Lawa pun lawa" kata lelaki itu sambil memasukkan kedua belah tangannya di dalam kocek seluar lalu perlahan menghampiri Mariam, Mariam mula merasa tidak sedap hati dia terus melangkah ke belakang agar lelaki itu tidak menyentuhnya

"kenapa lari hmm?" lelaki itu tersenyum sinis apabila melihat muka Mariam yang sudah cemas, "mana bapak kau? " Mariam melepaskan nafas lega kerana lelaki itu tidak mengapa-apakan dia

"abah kerja" ringkas jawab Mariam

"kau tau tak 'abah' kau ada hutang dengan aku? " terus berdebar jantung Mariam apabila lelaki itu menyentuh perkataan 'hutang' ,dia paling tidak gemar jika meminjam duit dengan orang yang tidak kenal dia sendiri tidak kenal 3 orang jejaka di depannya ini

"berapa? " tergelak sinis lelaki itu

"mampu ke bayar? " Mariam tergamam seketika

"20, 000" membulat mata Mariam bile dengar sahaja angka yang disebut oleh lelaki itu sebentar tadi

"mampu ke nak bayar? Kalau tak mampu kau boleh bayar guna cara lain"

"cara lain? " soal Mariam

"kahwin dengan aku" jawab lelaki itu lalu menyilang tangannya ke dada

"Tak,aku akan bayar duit kau semula" kata Mariam tegas, dia juga tidak tahu mengapa dia terlalu berani berkata begitu padahal dia juga tidak ada kerja yang tetap hanya berkerja di gerai Pak Samad

"okay, aku bagi kau masa sebulan! Pastikan 20,000! " kata lelaki itu dan dia terus beredar meninggalkan Mariam, anak mata Mariam hanya mengikut setiap gerakan mereka sampai kereta lelaki itu tidak kelihatan lagi .Akhirnya dia dapat bernafas dengan tenang setelah mereka pergi, hendak menelan air liur pun terasa kesat di bahagian tekak, apa patut dia buat sekarang?

Setelah memikirkannya dia masih buntu tidak tahu ingin buat apa-apa, takkan lah dia mahu meminjam duit orang lain? Nanti berbakul-bakul pula hutang dia hendak membayar. Lagi-lagi hutangnya mencecah beribu, 2000 ribu bukannya sedikit tetapi makan masa yang agak lama jika mahu mengumpul

Duit simpanannya untuk kemasukan universiti Maira jadi dia tidak boleh guna duit itu nak tak nak dia perlu berbincang dengan Tuan Ibrahim tentang hutang itu, serabut bila difikirkan dia mahu Tuan Ibrahim cerita semuanya kepada dia.

Hanya seorang sahaja yang dia boleh harap iaitu Mak Jah, bergegas dia menukar baju lalu pergi ke rumah makcik Hajah untuk membantu dia memikirkan masalah hutang itu




"Assalamualaikum! Mak Jah! "

"Waalaikumussalam " jawab Pakcik Samad lalu membuka pintunya besar, terukir senyuman di wajah Pakcik mad bila melihat wajah Mariam di hadapannya

"Mariam kenapa kamu datang? " soal Pakcik Mad sambil tersenyum ke arah Mariam

"Mariam nak jumpa Mak Jah sekejap" Pakcik Mad angguk lalu menjemput Mariam masuk ke dalam rumahnya

"jah! Anak awak datang ni! " laju-laju Mak Jah pergi ke ruang tamu apabila terdengar Pakcik jerit 'anaknya'

"Mar! " jerit Mak Jah lalu memeluk tubuh kurus Mariam itu dengan erat, Mariam hanya membalas pelukan tersebut walaupun baru semalam dia berjumpa dengan Mak Jah

"Mak Jah rindu kamu! " Mak Jah meleraikan pelukan lalu meletakkan tapak tangannya di pipi Mariam, saat Mak Jah meletakkan tapak tangan Mak Jah di pipinya dia teringat kejadian ibunya di langgar lori peristiwa itu tidak pernah padam dalam ingatannya biarpun telah 11 tahun berlalu tetapi masih kekal di dalam ingatannya. Dia cuba untuk menahan air matanya dari banjir jadi dia menayangkan senyumannya

"boleh Mariam cakap sikit dengan Mak Jah? " angguk Mak Jah lalu menarik tangan Mariam dan membawa hadis itu kebelakangan, Mak Jah mengambil tempat sebelah Mariam di meja batu tersebut

"tadi ada 3 orang lelaki datang rumah Mariam, diaorang tanya mana abah buat kali pertama Mariam pun tanyalah kenapa cari abah pastu salah seorang dari diaorang mula dekat-dekat dengan Mariam. Mariam terus melangkah ke belakang, pastu dia kata abah pinjam duit dia" panjang lebar Mariam menerangkan apa yang sudah berlaku pada dia beberapa minit yang lalu

"Mariam tanya "berapa? " lepastu diaorang kata 20000" terus membulat mata Mak Jah

"kamu biar betul Mariam? " Mariam angguk laju-laju

"kalau Mariam tak bayar Mariam kena kahwin dengan dia" kata Mariam lalu menunduk, sungguh dia menyesal membuka pintu rumah tadi

"abah tau tak fasal ni? " Mariam geleng

"macam mana ni Mak Jah? "
Mariam merenung anak mata Mak Jah

"kamu nak pinjam duit ke Mariam? " Mariam laju menggeleng, biarlah dia sengsara mencari duit sekali pun tetapi dia tidak akan pernah meminjam duit orang lain untuk membayar hutang tersebut

"tidak apa lah Mak Jah, saya ni taknak lah pinjam duit orang hutang sendiri bayar guna duit sendiri lagipun saya tau abah tak mampu nak bayar semua tu" Mak Jah hanya mendegar luahan itu

"Makjah ada satu idea tetapi makjah tidak tahu idea ini akan jadi ataupun tidak" tersenyum lebar Mariam apabila mak Jah boleh bantu dia untuk memikirkan bagaimana mahu membayar hutang tersebut, bak kata Taufiq Mak Jah is the best!














Kini Mariam berada di hadapan rumah Nek Fareeha, dia ke sini pun kerana Mak Jah memberi tahu dia cucu nenek Fareeha yang kedua itu bekerja sebagai Founder CEO jadi dia mengambil kesempatan untuk meminta kerja

"Assalamualaikum! " Mariam memberi salam terlebih dahulu jika tengok di luar rumah hanya ada kereta Audi r8 dan juga beberapa orang sedang memasang khemah , dari jauh sudut hatinya dia terasa gementar entah kenapa

"waalaikumussalam" dia boleh dengar satu suara garau menjawab salamnya dari dalam, pintu terbuka dan dia melihat satu tubuh tegap berdiri di hadapannya terus terangkat bulu romanya

Dia memandang wajah tuan badan milik itu ternyata wajah itu seperti dia pernah liat beberapa hari yang lepas, dia hanya menayang senyuman hambar tetapi lelaki itu masih dengan wajah dinginnya

"cari siapa? " soal lelaki itu sambil menyilang tangan di dada tegapnya

"Tengku Adyan Ezraell ada tak dekat sini? " soal Mariam sambil senyum ke arah jejaka itu

"aku lah Tengku Adyan Ezraell yang engkau cari tu, kenapa? " tergamam sekejap Mariam sambil matanya memandang jejaka itu atas bawah

"kalau terpegun sekali pun jangan lah pandang aku atas bawah macam tu, takut aku tau tak? " Mariam terus menampar dirinya, Adyan hanya memandang gadis itu. Ada masalah ke budak ni?

"boleh kita cakap sekejap? "
Soal Mariam

"Apa-apa lah" Adyan terus keluar dari rumah itu dan menyarung kan selipar entah siapa punya lalu menyandar ke arah kereta nya sambil tangan dua belah dimasukkan ke dalam kocek seluar jeans hitamnya

"Erm.... Saya ada satu permintaan tetapi permintaan saya ini mungkin agak keterlaluan,saya dengar yang awak ni bekerja sebagai CEO syarikat pernigaan jadi saya nak tanya awak perlukan pekerja lagi ke? "

"aku tak perlukan pekerja yang lain " ringkas Adyan jawab lalu membuka telefon bimbitnya

"tapi saya perlukan kerja sangat-sangat ni" rayu Mariam, dia sangat terdesak sekarang ni jika dia tidak bayar hutang itu lelaki itu akan memaksanya berkahwin, ingat dia tidak ada Type ke? Tetapi dia sudah jumpa orang yang dia cintai, setiap kali terfikir mesti hatinya berdebar bagai mahu terkeluar sahaja jantungnya

"Kali ini sahaja awak tolong saya, boleh?" rayu Mariam lagi sekali tetapi kali ini dia mahu mengeluarkan bakatnya iaitu air mata palsu, Adyan yang tadi elok saja main telefon dia terus menoleh ke arah Mariam dan melihat mata Mariam sudah berenang dengan air mata dia terus berdehem lalu air mata Mariam akhirnya menitis juga

"yelah-yelah nanti aku fikirkan, jangan lah nangis"
Pujuk Adyan

"Betul ke? " teresak-esak Mariam menangis, padahal dia menahan saja ingin ketawa apabila melihat wajah Adyan yang jelas kelihatan cuak

"iya,tak payah lah nangis dah"
Pujuk Adyan lagi

Terus terukir senyuman di wajah Mariam menampakkan gigi putihnya yang elok tersusun rapi

"ni fail saya dengan nombor telefon, nanti kalau dah ada jawapan call lah saya. Asalamualaikum! " kata Mariam lalu beredar dari situ

Adyan menjawab salam gadis itu didalam hati, tanpa dia sedar dia tersenyum sendiri bagai dek kerang busuk.

(Fixed)




- please give your opinion about this story, i apriciate it!
-and thanks for reading this eventho i'm not good at this but thank you so much it means a lot to me!
-Don't forget to vote and comment!

- EERIN



Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 28.4K 45
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
681K 26.5K 74
Lilly found an egg on a hiking trip. Nothing abnormal on that, right? Except the egg was four times bigger than supposedly the biggest egg in the wor...
2.7M 150K 43
"Stop trying to act like my fiancรฉe because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...
436K 24.1K 17
๐’๐ก๐ข๐ฏ๐š๐ง๐ฒ๐š ๐‘๐š๐ฃ๐ฉ๐ฎ๐ญ ๐ฑ ๐‘๐ฎ๐๐ซ๐š๐ค๐ฌ๐ก ๐‘๐š๐ฃ๐ฉ๐ฎ๐ญ ~By ๐Š๐š๐ฃ๐ฎ๊จ„๏ธŽ...