11 HOURS TO BOSTON ✓

بواسطة aish_maira

154K 7K 256

[The E's Family vol.3] Saat dua pasangan kekasih yang sudah putus cinta kini bertemu kembali di dalam s... المزيد

*PROLOG*
11 Hours To Boston: Bab 1
11 Hours To Boston: Bab 2
11 Hours To Boston: Bab 3
11 Hours To Boston: Bab 4
11 Hours To Boston: Bab 5
11 Hours To Boston: Bab 6
11 Hours To Boston: Bab 7
11 Hours To Boston: Bab 8
11 Hours To Boston: Bab 9
11 Hours To Boston: Bab 10
11 Hours To Boston: Bab 11
11 Hours To Boston: Bab 12
11 Hours To Boston: Bab 13
11 Hours To Boston: Bab 14
11 Hours To Boston: Bab 15
11 Hours To Boston: Bab 16
11 Hours To Boston: Bab 17
11 Hours To Boston: Bab 18
11 Hours To Boston: Bab 19
11 Hours To Boston: Bab 20
11 Hours To Boston: Bab 21
11 Hours To Boston: Bab 22
11 Hours To Boston: Bab 23
11 Hours To Boston: Bab 24
11 Hours To Boston: Bab 25
11 Hours To Boston: Bab 26
11 Hours To Boston: Bab 27
11 Hours To Boston: Bab 28
11 Hours To Boston: Bab 29
11 Hours To Boston: Bab 30
11 Hours To Boston: Bab 31
11 Hours To Boston: Bab 32
11 Hours To Boston: Bab 33
11 Hours To Boston: Bab 34
11 Hours To Boston: Bab 35
11 Hours To Boston: Bab 36
11 Hours To Boston: Bab 37
11 Hours To Boston: Bab 38
11 Hours To Boston: Bab 39
11 Hours To Boston: Bab 40
11 Hours To Boston: Bab 42
11 Hours To Boston: Bab 43
11 Hours To Boston: Bab 44
11 Hours To Boston: Bab 45
11 Hours To Boston: Bab 46
11 Hours To Boston: Bab 47
11 Hours To Boston: Bab 48
11 Hours To Boston: Bab 49
11 Hours To Boston: Bab 50
11 Hours To Boston: Bab 51
11 Hours To Boston: Bab 52
11 Hours To Boston: Bab 53
11 Hours To Boston: Bab 54
11 Hours To Boston: Bab 55
11 Hours To Boston: Bab 56
11 Hours To Boston: Bab 57
11 Hours To Boston: Bab 58
11 Hours To Boston: Bab 59
11 Hours To Boston: Bab 60
11 Hours To Boston: Bab 61
11 Hours To Boston: Bab 62
11 Hours To Boston: Bab 63
11 Hours To Boston: Bab 64
11 Hours To Boston: Bab 65
11 Hours To Boston: Bab 66
11 Hours To Boston: Bab 67
11 Hours To Boston: Bab 68
*EPILOG*

11 Hours To Boston: Bab 41

1.8K 82 3
بواسطة aish_maira

"Lap sikit mata tu, asyik basah je dari tadi. Balik ni, letak ais, nanti bengkak lagi." Mendengar keprihatinan jejaka itu terhadapnya, lagi laju air mata mengalir terus membasahi lagi pipinya.

"Sudahlah Nedinena, tak elok macam ni. Nangis-nangis pukul 2.00 nak dekat 3.00 pagi, nanti hantu dengar, hah? Dia datang dekat you."

Bahu jejaka yang kini melutut di hadapannya itu dipukul. Ish, masa-masa begini pun, sempat dia hendak bergurau kan!

Essac senyum senget dengan usikan sendiri. "Auch, sakitlah. Betullah I cakap. Kalau hantu dengar you nangis-nangis macam ni, confirm dia datang dekat you. Nanti dia cari kepala budak."

Gurauannya kali ini, buatkan bekas kekasihnya itu, tergelak kecil. Apalah Essac ni. "Ish you ni! Nak kepala budak datang dekat I buat apa?" Dia pukul lagi sekali bahu sasa itu dengan sapu tangan yang Essac serahkan padanya tadi.

"Yalah.. you nangis, macam budak-budak. Dia ingatkan you budak, sebab tu dia datang minta kepala budak dekat you. Hah? Jadi, baik you stop crying. Kalau hantu tu minta kepala budak dekat you, I tak tahu.."

Sempat dia angkat kedua belah bahunya dengan riak yang sebegitu polos. Nedine mencebik. "Kalau dia nak kepala Chipmunk? Kita bagi kepala Alvin!" Sejurus usai dia bergurau, tawa pecah terbahak-bahak.

Studio lukisan Essac dalam galeri miliknya, penuh dengan riang tawa kedua mereka.

"Kalau dia dengar, mesti dia marah.." Essac berkata dalam tawa. Nedine terus dengan tawa riangnya itu.

Namun untuk beberapa saat kemudian, mereka mula senyap. Cuma pandangan mata yang saling berbicara. Mata coklat unik Essac tepat menusuk tajam ke dalam mata hitam berkilat milik Nedine.

"Kan bagus macam ni, tak payah sedih-sedih.." Bisik jejaka itu. Dia senyum perit. "I takut I tak akan boleh jadi macam ni lagi bila I perlu setuju dengan ibu abah." Dalam keperitan, kata-kata itu meniti di bibirnya.

"Siapa lelaki tu?" Soal Essac dengan aura cemburu yang lain macam. "Anak kawan diorang. Hajah Saleha dan Haji Ahmad. Budak tu, Syed Iskandar." Essac mengeluh resah.

"Y..you tak sukakan budak tu kan?" Soalan sendiri buatkan degupan jantung jadi tidak stabil. "Tak." Fuhh.. lega. Kalau Nedine jawab dia sukakan budak tu, broken toreh tanganlah jawabnya dia.

••••••••••••••••••••••

Sedar tidak sedar, jam sudah berganti hari, manakala hari sudah berganti bulan. Kini, mereka berada di bulan terakhir musim sejuk. Mac.

Semuanya berlalu dengan pantas. Siapa sangka bekas pasangan kekasih yang bertemu semula di dalam sebuah penerbangan 11 jam menuju ke kota Boston, kini berkawan rapat?
  
Kelakar. Tapi, itulah kebenarannya. Essac putuskan sesuatu. Untuk kembali pada Nedine sebagai seorang yang istimewa, itu mustahil. Namun, dia yakin, untuk dia menjadi kembali rapat dengan wanita itu, dia boleh menghadkan hubungan mereka kepada rakan.

Jadi kini, mereka sudah berbaik dan berkawan. Ya, agak sukar bagi Essac, namun, melihat Nedine lebih selesa dengan status rakan, dia pun cuba menghormati.

"Jom!"

Lengan wanita itu direntapnya buatkan Nedine yang berada di sofa lobi apartment mereka, tersentak. Dia terus mengukir senyum saat melihat Essac yang berbuat demikian.

"Terkejut I! Pergi mana pula ni?"

Sambil kaki sudah laju dihayun mengikut jejak jejaka itu, dia sempat bertanya.

"Teman I study..."

Essac juga sempat membalas. Makin lama, makin laju dia hayunkan kaki, larian akhirnya dimulakan. Lagi sekali, mereka berdua berlari di Kota Boston dengan perasaan gembira yang sangat tidak tergambar pada ketika itu.

Universiti Harvard,
The Harry Elkins Widener Memorial Library.

"Wauu! You student seni, tapi kena study sampai macam tu sekali ke?"

Dengan riak terkejut, Nedine lontarkan soalan pada Essac yang tangannya sudah penuh dengan buku-buku rujukan penting.

Jejaka itu mengherotkan hujung bibir kirinya. "Apa? You ingat student seni, kena melukis aje?" Essac kembali lontarkan soalan pada wanita di hadapannya.

Nedine angkat bahu lalu ketawa. Itulah yang fikir pun. Selalunya, pelajar jurusan perundangan, jurusan kejuruteraan, jurusan perubatan saja yang dia lihat perlu membaca buku-buku rujukan seperti yang Essac pegang. Rupanya pelajar jurusan seni pun, tidak mahu kalah.

Tak apalah, dia pramugari aje.

"Dah jumpa buku you nak?" Tiba-tiba Essac menilik buku yang sudah berada dalam pelukan Nedine. Nampak suka betul dengan buku tu ya. Dia angguk beria-ia.

"Hmm.. jom, duduk sana." Ajaknya. Nedine angguk dan bersetuju saja. Lama tidak melawat perpustakaan begini. Seronok juga dekelilingi dengan buku sekali sekala.

••••••••••••••••••••••••

Mereka saling mengawal tawa. Kalau ini bukan perpustakaan, rasanya tawa masing-masing sudah pecah. Sempat pula Essac buat lawak bodoh di sini.

"Mengarutlah you ni." Nedine berbicara dengan intonasi perlahan tetapi tawanya masih terselit. Essac pula? Dia tidak henti tersenyum dengan lawak sendiri.

"Ish! Cepatlah baca buku tu, study kan?" Nedine kembali fokuskan diri dengan buku di tangannya. Essac pula? Dia pura-pura membaca buku. Walhal, dia sebenarnya sibuk menatap wajah cantik Nedine di hadapannya.

Cuma Tuhan yang tahu bertapa terseksanya dia sekarang. Susah. Sudah dia minat, yang diminati tidak meminatinya semula. Jodoh tidak kesampaian nampaknya begini. Kalau dia terus berkawan lama-lama kena friendzone nanti. Aduh, sedihnya hidup.

"Nedine..." Nama itu diseru buatkan si pemilik yang anggun jelita mengangkat wajah dan memandangnya semula. "N..nak.. n..nak getback tak?"

Perlahan. Amat perlahan. Namun, ayatnya masih jelas menghentam sistem pendengaran Nedine. Wanita itu senyum nipis lalu menggeleng kepalanya. Melihat reaksi negatif daripada Nedine sebagai jawapan, dia mengeluh dalam diam.

Akhirnya, mata cuba ditumpukan pada buku di tangannya.

"Tengku tak nak cuba? Coklat dia sedap.." Beria-ia sungguh Dura cuba mempelawa jejaka di hadapannya untuk makan kek coklat yang ada di dalam pinggan di atas meja berhadapan mereka berdua.

Ghaze geleng kepalanya. Senyuman manis saja terus dilemparkan. Melihat Dura sangat sukakan kek yang dia beli itu, gembira hatinya.

Seperti hubungan Essac dan Nedine juga, Ghaze dan Dura mula kembali cuba mengenali satu sama lain. 18 tahun yang lalu mereka akrab sebagai teman baik, kini, mereka akan kembali akrab lagi.

Itu janji Ghaze. Ya, janjinya pada Dura. Namun, ada satu benda yang dia tidak lontarkan lagi pada Dura. Tentang hati dan perasaannya. Sejujurnya, hari demi hari, dia makin jatuh cinta dengan wanita itu. Cumanya, dia tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan semuanya.

"Try lah please... Sedap... Rugi Tengku tak nak cuba... Mari sini I suap." Nak tak nak, sudu yang penuh dengan kek bersalutkan coklat moist sudah pun sampai betul-betul berhadapan mulutnya. Dia ketawa dengan riak manja Dura. Akhirnya, dia rasa juga kek coklat yang dibelinya tadi.

Dia mengangguk kepala beberapa kali. "Sedap." Pujinya. Dura bertepuk tangan dengan riang. "Kan I dah kata. Sedap. Tengku tu tak nak mencuba." Dia silang tangan ke dada konon merajuk saat Ghaze begitu sukar untuk mencuba kek itu tadi.

Jejaka itu ketawa dengan aksi Dura. Apa saja yang Dura buat, sangat comel di matanya ya? Haih. Kuasa cinta.

"Kan I dah kata, I beli sebab you kata nak makan. I tak minat coklat sangat." Ujar Ghaze pula. Dura mencebik. Acah aje lelaki ini kan? Coklat punya sedap diorang tak suka. Haih.

"Tengku.."

"Ghazelah. Cuba panggil Ghaze. Nak lagi sedap, sayang pun boleh. Hubby ke, kalau nak abang, kita sebaya, tapi boleh je, sebab I lahir dulu kan?"

Dura telan air liurnya. Ghaze ni, lebih-lebih pula dia! Melihat pipi Dura sudah merah membahang, dia ketawa kuat di rooftop apartment mereka itu.

"Amboi Tengku ni, ke situ pula..." Dia garu-garu kepala dengan harapan perasaan janggal akan hilang, namun, sama saja pada akhirnya.

Ghaze senyum senget. "Dura... Y...you nak dating tak?"

"Betul? You ajak I datang majlis rasmi galeri you ni?" Nedine kedengaran begitu teruja dengan jemputan Essac sebaik mereka keluar daripada perpustakaan universiti tadi.

Essac angguk beria-ia. "VIP seat terhad, lambat kena berdiri." Ujarnya. Nedine ketawa kecil. "Nak.. nanti I datang." Kata Nedine dengan teruja sekali.

"Hurm.. ingat tahu, pakai cantik-cantik. I.. ada suprise untuk you nanti." Tokok Essac lagi.






  BERSAMBUNG...

Surprise ape? Jangan sebelum suprise kena friendzone sudah. Hahahahahahahaha...

Maaf asyik selang seli update, agak sibuk sikit dengan proses menyiapkan free ebook sempena 3k followers... Hope you all tak marah saya lambat update...

*Kisah 11 Hours To Boston cuma dalam separuh story lagi tinggal*

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

1.4M 125K 44
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 𝐑𝐚𝐭𝐡𝐨𝐫𝐞 𝐆𝐞𝐧'𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐒𝐚𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
5.3K 88 9
oneshots - leave requests pls! NOW ON AO3!!
2.3K 118 15
This story contains fiction and not related to the actors real life.
4.4M 275K 103
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...