11 HOURS TO BOSTON ✓

By aish_maira

154K 7K 256

[The E's Family vol.3] Saat dua pasangan kekasih yang sudah putus cinta kini bertemu kembali di dalam s... More

*PROLOG*
11 Hours To Boston: Bab 1
11 Hours To Boston: Bab 2
11 Hours To Boston: Bab 3
11 Hours To Boston: Bab 4
11 Hours To Boston: Bab 5
11 Hours To Boston: Bab 6
11 Hours To Boston: Bab 7
11 Hours To Boston: Bab 8
11 Hours To Boston: Bab 9
11 Hours To Boston: Bab 10
11 Hours To Boston: Bab 11
11 Hours To Boston: Bab 12
11 Hours To Boston: Bab 13
11 Hours To Boston: Bab 14
11 Hours To Boston: Bab 15
11 Hours To Boston: Bab 16
11 Hours To Boston: Bab 17
11 Hours To Boston: Bab 18
11 Hours To Boston: Bab 19
11 Hours To Boston: Bab 20
11 Hours To Boston: Bab 21
11 Hours To Boston: Bab 22
11 Hours To Boston: Bab 23
11 Hours To Boston: Bab 24
11 Hours To Boston: Bab 25
11 Hours To Boston: Bab 26
11 Hours To Boston: Bab 27
11 Hours To Boston: Bab 28
11 Hours To Boston: Bab 29
11 Hours To Boston: Bab 30
11 Hours To Boston: Bab 31
11 Hours To Boston: Bab 32
11 Hours To Boston: Bab 33
11 Hours To Boston: Bab 34
11 Hours To Boston: Bab 36
11 Hours To Boston: Bab 37
11 Hours To Boston: Bab 38
11 Hours To Boston: Bab 39
11 Hours To Boston: Bab 40
11 Hours To Boston: Bab 41
11 Hours To Boston: Bab 42
11 Hours To Boston: Bab 43
11 Hours To Boston: Bab 44
11 Hours To Boston: Bab 45
11 Hours To Boston: Bab 46
11 Hours To Boston: Bab 47
11 Hours To Boston: Bab 48
11 Hours To Boston: Bab 49
11 Hours To Boston: Bab 50
11 Hours To Boston: Bab 51
11 Hours To Boston: Bab 52
11 Hours To Boston: Bab 53
11 Hours To Boston: Bab 54
11 Hours To Boston: Bab 55
11 Hours To Boston: Bab 56
11 Hours To Boston: Bab 57
11 Hours To Boston: Bab 58
11 Hours To Boston: Bab 59
11 Hours To Boston: Bab 60
11 Hours To Boston: Bab 61
11 Hours To Boston: Bab 62
11 Hours To Boston: Bab 63
11 Hours To Boston: Bab 64
11 Hours To Boston: Bab 65
11 Hours To Boston: Bab 66
11 Hours To Boston: Bab 67
11 Hours To Boston: Bab 68
*EPILOG*

11 Hours To Boston: Bab 35

1.8K 85 2
By aish_maira

Pintu dibuka cemas. Lekas kaki masing-masing dihayun ke arah bilik Essac yang pintunya separa terbuka. "Essac!" Alvin dan Ghaze serentak dengan cemas menyeru dia.

Tubuh yang sudah terterap di atas lantai bersebelahan katil, dipapah bangun. Tangan sasa itu sudah mengalirkan cecair hangat yang berwarna merah pekat dek sisa kaca yang pecah berkecai.

Mungkin kerana tangannya terhentak sekali dengan bingkai gambar kaca itu. Motif Essac mengambil gambar itu? Mereka sendiri tidak tahu. Ya, gambar Nelydia Erica.

"You guys tak nak bawa Essac pergi hospital ke?" Soalan yang kedengaran agak prihatin milik Dura, dibalas dengan gelengan.

"Bukan tak nak, tapi nanti Essac mengamuk. Dia memang sakit tak pergi hospital." Jawab Ghaze sambil dia mengutip serpihan-serpihan bingkai kaca tadi. Manakala tatkala ini, Nedine membantu Alvin naikkan Essac ke katil.

"Badan dia panas.." Nedine bersuara sebak. Melihat Essac begini, hatinya sering terguris? Mengapa?

"Dia tak makan ubat, dari semalam dia dah demam, masa keluar dengan you pun dia demam." Penjelasan Alvin, buatkan Nedine lagi terkejut.

Dia tidak tahu yang Essac demam semalam. Patutlah asyik bersin dan batuk. Juga, patutlah Essac asyik ajak dia balik.

Tubuh lemah Essac kembali didudukkan bersandar pada kepala katil. Namun, kepala itu tidak henti terlentok dengan sendirinya. Essac bahkan tidak sedar apa yang berlaku ketika ini.

Nedine merapati bekas teman lelakinya itu. Dia bantu Essac baringkan tubuh semula sementara dia meminta Alvin untuk mengambil peti kecemasan bagi merawat luka di tangan Essac terlebih dahulu.

"Ni.," Kata Alvin seraya peti kecemasan yang diminta, diserahkan pada Nedine. Dia mulakan tugas merawat luka yang masih basah di tangan jejaka itu.

Sekali sekala wajah pucatnya berkerut, mungkin kerana sakit terasa tetapi dia tidak mampu untuk buka matanya.

Ghaze yang sudah selesai mengutip serpihan-serpihan bingkai gambar kaca yang bertaburan di lantai tadi, kini bangun meninggalkan bilik. Dura yang berada di hadapan pintu bilik itu, membuka laluan. Lagi sekali mereka perlu berhadapan dengan kejanggalan.

"You ada stock cool fever lagi?" Tiba-tiba Nedine menyoal itu pada Alvin. Dia angguk. "Ambilkan." Arahnya. Tidak lama kemudian, Dura dipandang. "Boleh tolong I cari kain kecil? Basahkan.. I nak jeram kepala Essac, panas sangat." Pintanya.

Dura tanpa sebarang halangan, mengangguk laju.

•••••••••••••••••••••••

Seperti yang dimintanya, cool fever bersama dengan kain tuala yang bersaiz kecil, kian tiba.

Dia lekatkan cool fever itu di dahi bekas teman lelakinya. Tanpa berlengah lagi, kain tuala yang sudah dibasahkan oleh Dura dengan air sejuk, kini dia jeram di sekeliling wajah pucat Essac.

"Y..you nak tinggal sini jaga Essac sampai dia sedar ke?" Dura yang baru muncul kembali di belakangnya, bertanya. Dia angguk tanpa sempat berfikir. Apa yang ada dalam fikirannya sekarang, dia cuma perlu jaga Essac sampai sembuh. Itu saja.

"Y..you betul ok nak jaga dia? Semalam kan.." Mengingati kisah semalam, tipu kalau dia kata di baik saja. Tidak. Tetapi, walau apapun, secebis rasa kasihan... Tidak, secebis rasa kasih. Ya kasih. Kasih yang masih wujud, buatkan dia rasa dia ingin menjaga Essac sehingga sembuh.

"You baliklah dulu. Nanti bila I dah siap bagi dia makan semua, I balik." Jelasnya.

"Kawan-kawan dia kan ada.. diorang.."

"You tengok apa jadi tadi? Sampai luka berdarah tangan dia, I jaga dia kejap aje. Lepas tu, I balik rumah." Terselit sedikit suara sebaknya.

Dura senyap. "Nedine..." Baru hendak Si Ghaze bersuara saat tiba di balik pintu, dia kembali senyap saat melihat Dura turut berada di sana.

"Uhm... Kenapa Ghaze?" Nedine yang terasa suasana tiba-tiba tegang, kian cuba mengubahnya.

"Uhm... I kena keluar. Ada hal di art gallery Essac, I tanya Alvin, dia rupanya ada kelas kejap lagi. Y..you boleh tolong jagakan Essac? Sekejap saja. Sampai I balik?" Ghaze meminta tolong beria-ia.

"Ouh, boleh. Jangan risau, I memang nak jaga dia pun." Dalam tidak sedar saja dia ungkapkan itu. Jari jemari halusnya, membelai lembut helaian rambut coklat kecairan milik jejaka yang sedang tidur dengan hembusan nafas yang sedikit sesak.

Dura terdiam. Begitu juga Ghaze.

"J..jadi b..boleh?" Soal Ghaze. Nedine angguk perlahan. Ghaze senyum sekilas memerhati terus tingkah laku bekas teman wanita rakannya itu.

'Kalau sayang, jangan ditipu.' Hatinya berbisik.

••••••••••••••••••••••••

"Nedine.."

"Nedine.."

Sudah beberapa kali nama itu diseru lemah. Nedine bersama dulang yang berisi mangkuk bubur ayam dan segelas air kosong, juga dengan sepapan ubat demam, melangkah masuk ke dalam bilik luas itu.

Dia melabuhkan duduk di lantai bersebelahan katil. "Essac..."

"Nedine.."

Dia cuba kejut jejaka itu, namun nampaknya, Essac masih berada di dalam fasa mimpi. "Ya.. I dekat sini.." Sengaja Nedine layankan. Lihat daripada keadaan mimpi yang sedang Essac, ialah mimpi buruk.

"Nedine... I... I... Minta maaf..." Tersekat-sekat nafasnya saat menuturkan itu. Nedine senyum perit. "Shh... Dah.. bangun ya, kita makan sikit.." Pujuknya.

Dalam masa cuma dua saat dan tidak kurang, mata coklat unik itu terbuka perlahan. Dikelipkan beberapa kali bagi menjelaskan sistem penglihatan. Akhirnya, dia sedikit terkesima. Benarkah Nedinena yang berada di hadapan matanya sekarang?

"Nedine.." Nama itu diseru lagi.

"Ya... I ni. Mari bangun, I masak bubur, you makan sikit ya?" Pujuknya lagi. Essac terkebil-kebil. Dia rasakan kepalanya berpusing saat Nedine yang berada di hadapan mata, membantu dia duduk bersandar di kepala katil.

Persoalan yang bermain di fikirannya... Benarkah yang dihadapannya ini Nedinena? Nedinena jaga dia?

"Y.. you ni.. betul-betul Nedine ke?" Soalnya keliru. "Iya.. I ni. Nedine." Jawab Nedinena tenang.

"Nah.. minum sikit air ni." Gelas yang penuh terisinya air kosong itu dihulurkan pada bibir pucat jejaka di hadapannya. Essac tidak banyak kata, dia menurut.

"Makan sikit hmm?" Baru beberapa saat Nedine gantikan gelas kaca tadi dengan mangkuk bubur di tangannya, Essac sudah geleng kepala.

"Makanlah sikit... I dah masak ni untuk you..." Saat permukaan sudu yang penuh dengan bubur ayam disuakan pada mulutnya, dia jarakkan wajah. Mulut ditekup dengan tangan sambil kepala terus menggeleng lemah.

"Essac... I dah masak ni! Makanlah!" Suara Nedine sedikit meninggi. Geram dengan sikap degil jejaka itu. Namun, jauh di sudut hati, dia tahu, Essac tidak mahu makan, kerana tiada selera. Bukan sengaja.

Essac sudah mencebikkan wajah. Dia jeling Nedinena yang masih kekal menyuakan bubur ke mulutnya.

Akhirnya dia menurut. Bubur itu ditelan sebaik masuk ke dalam mulut. Namun, "Uwerkk.. tawar, tak sedap." Itu komen pertama yang keluar.

Nedine jeling kecil jejaka di hadapannya itu. Ingatkan demam insaf sikit, rupanya menyakitkan hati juga seperti selalu.

"Memanglah. You demam. I masak sedap ok? You je yang hilang deria rasa." Jawabnya ringkas. Essac masih mencebik.

Walaupun tiada selera dia tetap telan juga bubur yang kekal disuakan padanya itu. Akhirnya kini, sampailah mereka ke sesi seterusnya. Sesi makan ubat.

"Tak nak!" Essac masih tetap dengan pendiriannya. Dia kekal menolak.
"Mana boleh tak nak, macam mana nak baik?!" Nedinena berkata kasar.

"Ish! You ni, asyik marah I je. I sakit tahu? Cuba cakap lembut-lembut!" Dia hentak tangannya yang berbalut tadi, di birai meja bersebelahan katil. Wajah itu mula berkerut menahan sakit.

"Essac! Janganlah hentak tangan tu.. kan dah sakit. Luka you baru nak kering." Suara Nedine yang tadinya garang, kian berubah lembut dan prihatin. Dia mula menilik tangan yang berbalut dan masih terdapat kesan darah di sekelilingnya itu.

"Auch.."

"Sakit sangat ke? Nak I panggil doktor? Kita pergi klinik nak? Nak tak? Jomlah.. nanti you sakit. Tengok, tangan you pun panas. Demam tak kebah-kebah.. jomlah." Nedine beria-ia memujuk jejaka itu.

Sudahlah demam panas. Tangan lagi luka akibat bingkai kaca tadi. Dia mula rasa risau yang teramat saat Essac mengetap rahang menahan sakit.

"I.. I ok.." Namun jejaka itu tetap menafikannya. Nedine mula duduk di birai katil. "Ok.. I minta maaf, I tahu you sakit, tak sihat. I tak patut cakap kasar-kasar dengan you walaupun I masih marah tentang semalam." Dia tarik nafas sebelum kembali menyambung ayatnya.

"Tapi please... Kalau tak nak jumpa doktor, makan ubat dulu boleh? I tak nak you sakit. Janganlah sakit.." Tubir matanya mula terasa hangat menilik wajah pucat Essac.

Dia nak Essac yang berwajah ceria. Berwajah gembira. Berwajah kacak. Paling penting tidak pucat seperti sekarang.

"Ok.. I makan ubat. Janganlah nangis. Tapi janji you kena jaga I. Temankan I boleh?" Sengaja dia cuba nasib. Tidak sangka pula Nedine angguk laju.

"Makan ubat hmm?" Dia suakan sebiji ubat demam bewarna putih bersama air kosong di dalam gelas tadi. Dengan laju saja Essac menyambut. Aik? Bukan selama ini dia tidak suka ubat ke? Ouh, dengan Nedine tiba-tiba jadi suka? Memanglah Essac Damien ini.

Tidak lama selepas itu, dia kembali dalam posisi baring. Saat mata ingin perlahan tertutup, mulut terkumat-kamit berbicara. "Don't leave me hmm.." Nedine tarik nafas dalam. "You're the one who left me first." Dalam nada sedih, dia lontarkan itu pada Essac yang sudah terlena lemah.

Nada dering telefon berbunyi dari sisi bantal. Mata mengerling ke arah sana. Telefon Essac.

Mata Nedine sedikit membulat membaca nama si pemanggil yang tertera. 'Mama'







    BERSAMBUNG...



Continue Reading

You'll Also Like

5.3K 60 20
I have a lot of writings here for Aphmau so I decided to break that by this story. Anyways this is a Truth or Dare kind of thing, so feel free to co...
22M 655K 52
"Curiosity killed the kitty Miss Adams." My body stiffened. Slowly I turned around just to see Mr. Parker standing in front of me with hands in his...
4.6M 140K 36
When college student Indie finds out her boyfriend cheated on her, she hooks up with his best frenemy Reece as payback but doesn't expect their one-n...
1.4M 125K 44
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 𝐑𝐚𝐭𝐡𝐨𝐫𝐞 𝐆𝐞𝐧'𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐒𝐚𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...