Sebulan Kemudian...
Cuaca pada bulan Februari masih mempunyai tipis salji yang turun memenuhi seluruh kawasan Massachusetts.
Angin sejuknya, mencengkam tulang sekali sekala. Studio lukisan itu, lampunya sengaja dibiarkan malap. Suasana malam ini, sedikit muram dirasakan.
Tidak sebegitu ribut, tidak juga sebegitu tenang. Semuanya... Tidak menepati rasa. Serba tidak kena. Potret lukisan seorang wanita berpurdah yang nampaknya hampir separa siap itu ditenung lama.
Tangan kekarnya sudah penuh dilumuri dengan pelbagai jenis warna cat air. Seni. Bagi Essac, tiada makna kotor dalam dunia seni. Setiap lakaran, setiap lukisan, setiap warna, bahkan setiap contengan, semua itu, ialah seni.
Namun, malam ini, potret lukisan yang dia sepatutnya siapkan sebelum pukul 12.00 malam, tidak dirasai mampu diteruskan.
Satu suara bagai kerap bergema dalam kepalanya.
"Birthday Erica minggu depan.. Abang Essac balik boleh? Rica rindu.."
Malangnya, itulah permintaan akhir arwah Erica yang tidak sempat dia tunaikan. Patutnya, dia balik. Tinggalkan saja kerja perbentangannya pada masa itu. Tetapi tidak, dia terlalu sibuk dengan universiti, sehingga akhirnya... Adik sendiri yang menjadi galang ganti.
Dia menyesal? Tipu kalau dia kata dia tidak.
Birai matanya sudah mula terasa hangat. Untuk seketika, sebuah kain putih yang bertompokkan sisa warna air pada permukaan dan sekelilingnya dicapai.
Tangannya yang tadi penuh dengan kesan warna air yang bermacam jenis, kini disental kemas pada kain itu. Usai, dia campak kain tersebut ke kerusi yang didudukinya tadi.
Dia kini sudah bangun dan menapak perlahan mendekati kawasan tingkap kaca luas yang memaparkan keindahan malam Massachusetts pada musim salji. Itu yang sepatutnya. Indah. Namun, mengapa dia rasa, sesak?
"Astaghfirullahalazim.." Dia beristighfar sendiri. Rasa sakit di dada semakin mencengkam kuat hatinya. Sakit. Atau lebih tepat, rindu.
Tit... Tit...
Jam digital yang tergantung kian berbunyi perlahan. 12.00 malam. Tepat pukul 12.00 malam.
"Happy birthday princess Abang Essac.. miss you princess abang."
Lemah mulut menutur itu saat mata terus difokuskan ke arah luar jendela studio lukisan art gallerynya ini.
••••••••••••••••••••••••••
"Happy birthday to you.. Happy birthday to you.. Happy birthday to my sweet bestfriend, happy birthday to you."
Nedinena bertepuk tangan suka. Sedari awal nyanyian lagu tadi, dia sudah tidak henti melemparkan segaris senyuman indah yang cukup istimewa.
"Thank you Dura... Sweetlah you ni." Dia segera bangun dari kerusi di meja makan dan terus menarik rakannya itu ke dalam pelukan hangat. Cukup untuk kek kecil sebegini sudah buat dia teruja suka.
"Sama-sama." Mereka akhirnya ketawa riang dalam pelukan masing-masing. "Meh, kita makan kek ni jom. Sorrylah babe, kek ni kecil aje, I malas nak beli yang besar, nanti kita tak terhabis pula."
Seraya mulut berbicara, tangan sibuk memotong kek bersaiz kecil yang berperisa red velvet itu dan membahagikannya kepada dua potongan.
Kedua-dua potongan kemas bentuk segi tiga kek itu, kian diletakkan dia atas permukaan licin pinggan kaca mereka.
"Tak apa. Ini pun dah cukup. Thanks... That's why I love you. Muah!" Nedine terbangkan flying kissnya buat Dura. Rakannya itu ketawa kecil. Dalam beberapa saat kemudian, mereka sudah mula menjamah kek red velvet yang benar-benar kelihatan menyelerakan itu.
"Sedapnya.. mana you beli ni?" Teruja suara Nedine menyoal. "Ala, dekat cafe hujung sana tu." Balas Dura seraya dia masih mengunyah kek tersebut.
"Really? Wow! I nak try lah cari apa-apa yang sedap lagi dekat situ." Mereka kemudian saling ketawa ringkas.
Sesaat masing-masing sibuk dengan kek yang perlu dijamah dengan berselera itu, loceng ditekan seseorang dari luar. Kepala masing-masing mula tertoleh ke arah pintu.
Mereka kemudian saling berpandangan kembali. Bahu diangkat tanda tidak mengetahui siapa yang menekan loceng unit apartment mereka ini.
"Tak apa. Makanlah, I pergi tengok." Dura bersuara terlebih dahulu.
Tanpa membuang masa, dia berdiri dari kerusi di island table. Kaki segera menapak ke arah pintu. Dia jenguk siapa di luar melalui lubang kecil yang memang sedia ada pada pintu tersebut.
Matanya sedikit membundar terkejut. Liur diteguk beberapa kali.
Plak.
Akhirnya, pintu dibuka juga. "You nak apa?" Suaranya agak perlahan. Terselit bunyi agak kurang selesa di situ.
"Maaf, I tak berniat nak ganggu you dekat sini. I nak bagi ini pada Nedinena. Hadiah birthday dari I dan Alvin." Mendengar itu, dia menghela lembut nafasnya.
Mata terpejam seraya kepala tertunduk sendiri buat seketika. "Dura... Maaf, maksud I, Cik Dura... You..."
Cik? Mengapa dia kembali menggunakan panggilan itu? Dia kembali rasa tidak selesa dengan Dura? Begitu? Nanti... Bukan itukah yang sepatutnya? Mereka patutnya berkelakuan seperti orang asing? Kerana itulah mereka bukan? Entah, kisah sebulan lalu, cukup menubuhkan sebuah situasi yang paling janggal antara mereka.
"Tak Tengku. I yang sepatutnya minta maaf kalau I yang buat Tengku rasa tidak selesa dengan I. I panggilkan Nedine."
"Dura, ok, I akan matikan panggilan cik tu. Jadi tolong, jangan panggil I dengan panggilan Tengku." Dia tarik nafas dalam sebelum sedia menghembusnya keluar.
"Ini Boston. Kita masih di Massachusetts. I di sini sebagai Ghaze, seorang student Universiti Harvard jurusan art and design. Bukan Tengku Imtiyaz Ghaze Uqail. Trust me, you don't want to know my Tengku side."
"It's different."
Samar-samar kedengaran ayat terakhirnya tadi. Dura senyap. Panjang kisahnya bagaimana ini terjadi. Siapa Ghaze, bagaimana dia tahu tentang keturunan asal Ghaze. Senang cerita, ya. Dia kenal keluarga Ghaze. Cukup kenal.
Tiada jawapan. Dia angguk saja.
•••••••••••••••••••••••••
Mata hitam berkilatnya itu, membundar habis sebaik kotak hadiah bersaiz sederhana itu dibuka. Cantik. Cukup cantik.
Potret lukisan dirinya yang digabungkan dengan beberapa elemen seni yang lain. Semuanya cukup sempurna dipandang mata. Indah.
"Cantiknya Ghaze. You dengan Alvin yang lukis?" Teruja dia bersuara. Ghaze senyum lalu mengangguk kepalanya. Dura? Dia cuma senyap menatap permukaan meja tanpa mata dialihkan ke mana-mana.
"Ya. Kami baru buat malam tadi, di studio lukisan universiti." Jelas Ghaze. Nedine senyum gembira. Namun, dia tertanya-tanya. Ghaze dengan Alvin sajakah yang beri dia hadiah? Essac tiada?
Dalam tempoh sebulan yang lalu, Essac agak kurang bercakap dengannya. Tiada jejaka itu mengganggu dia bahkan kadangkala, dia berniat sedemikian.
Dengar cerita, mereka ada ujian pada bulan lalu, mungkin itu yang membuatkan Essac sibuk dan kurang masa untuk mengorat dia? Entah. Eh? Dia harapkan Essac mengorat dia? Benarkah? Tidak. Kan?
"Alvin tak ada sekali?" Ghaze geleng kepala. "Dia sibuk sikit. Harini ada presentation." Jawab Ghaze tenang.
"Alvin aje? Essac tak nak tanya?" Soalan itu buatkan Nedinena sedikit kaget. Macam tahu-tahu saja Si Ghaze ini.
"Buat apa nak tanya dia. Bukan dia yang bagi potret ni sebagai hadiah I pun." Sengaja hendak mengawal riak. Dia lontarkan itu sebagai balasan.
Ghaze senyum sipi. "Dia tak balik dari malam semalam. Semalam... Birthday arwah adik bongsu dia. I tak tahu dia dekat mana. Selalunya, seminggu lepas birthday arwah Erica, baru dia balik. Mungkin dekat Damien's Art Gallery."
"Birthday akak, sehari selepas birthday Rica kan?"
Tiba-tiba suara halus cerita milik arwah gadis itu, bergema dalam kepalanya. Ya. Dia ingat. Hari lahirnya memang sehari selepas hari lahir Erica. Macam mana dia boleh lupa?
Essac... Tiba-tiba hati mula rasa ingin tahu tentang keadaan jejaka itu. Dia ok kah?
"Eh, I balik dululah. Tak mahu ganggu you berdua. Happy birthday Nedine. See you next time." Usai kata, dia berdiri mengangkat punggung.
Dura yang masih menyepi, dipandang sekilas, bibir terherot senyum perit sebelum dia benar-benar hilang dari pandangan kedua wanita itu.
BERSAMBUNG...
See you tomorrow muah😘