11 HOURS TO BOSTON ✓

By aish_maira

153K 7K 256

[The E's Family vol.3] Saat dua pasangan kekasih yang sudah putus cinta kini bertemu kembali di dalam s... More

*PROLOG*
11 Hours To Boston: Bab 1
11 Hours To Boston: Bab 2
11 Hours To Boston: Bab 3
11 Hours To Boston: Bab 4
11 Hours To Boston: Bab 5
11 Hours To Boston: Bab 6
11 Hours To Boston: Bab 7
11 Hours To Boston: Bab 8
11 Hours To Boston: Bab 9
11 Hours To Boston: Bab 10
11 Hours To Boston: Bab 11
11 Hours To Boston: Bab 12
11 Hours To Boston: Bab 13
11 Hours To Boston: Bab 14
11 Hours To Boston: Bab 15
11 Hours To Boston: Bab 16
11 Hours To Boston: Bab 17
11 Hours To Boston: Bab 18
11 Hours To Boston: Bab 19
11 Hours To Boston: Bab 20
11 Hours To Boston: Bab 21
11 Hours To Boston: Bab 22
11 Hours To Boston: Bab 23
11 Hours To Boston: Bab 25
11 Hours To Boston: Bab 26
11 Hours To Boston: Bab 27
11 Hours To Boston: Bab 28
11 Hours To Boston: Bab 29
11 Hours To Boston: Bab 30
11 Hours To Boston: Bab 31
11 Hours To Boston: Bab 32
11 Hours To Boston: Bab 33
11 Hours To Boston: Bab 34
11 Hours To Boston: Bab 35
11 Hours To Boston: Bab 36
11 Hours To Boston: Bab 37
11 Hours To Boston: Bab 38
11 Hours To Boston: Bab 39
11 Hours To Boston: Bab 40
11 Hours To Boston: Bab 41
11 Hours To Boston: Bab 42
11 Hours To Boston: Bab 43
11 Hours To Boston: Bab 44
11 Hours To Boston: Bab 45
11 Hours To Boston: Bab 46
11 Hours To Boston: Bab 47
11 Hours To Boston: Bab 48
11 Hours To Boston: Bab 49
11 Hours To Boston: Bab 50
11 Hours To Boston: Bab 51
11 Hours To Boston: Bab 52
11 Hours To Boston: Bab 53
11 Hours To Boston: Bab 54
11 Hours To Boston: Bab 55
11 Hours To Boston: Bab 56
11 Hours To Boston: Bab 57
11 Hours To Boston: Bab 58
11 Hours To Boston: Bab 59
11 Hours To Boston: Bab 60
11 Hours To Boston: Bab 61
11 Hours To Boston: Bab 62
11 Hours To Boston: Bab 63
11 Hours To Boston: Bab 64
11 Hours To Boston: Bab 65
11 Hours To Boston: Bab 66
11 Hours To Boston: Bab 67
11 Hours To Boston: Bab 68
*EPILOG*

11 Hours To Boston: Bab 24

1.8K 86 1
By aish_maira

"Essac? Ex-girlfriend? Dia pernah bercinta ke?" Edward terkebil-kebil saat dia pula yang disoal. Mana dia tahu. Kalau ini sejak bertahun lalu, mungkin dia tahu. Tetapi kalau sejak tahun lalu tidak. Bahkan selepas kematian arwah isterinya, Clarissa, dia disahkan kemurungan, ada masa pula dia hendak ambil tahu tentang adik atau abangnya?
Diri sendiri pun gagal diuruskan saat itu.

Tetapi, tidak tahulah pula kalau memang sejak bertahun lalu dan dia memang tidak tahu.

"Mana Edward tahu ma.."

"Betul Daisy? Dhafiqi? Papa tahu yang Uncle Essac ada girlfriend?" Mereka geleng. Sejak tadi, takut sudah untuk bersuara.

"Oh, senyap-senyap ya dia di sana. Patutlah jarang nak telefon nenek. Ada girlfriend." Puan Sri Emelda menyilangkan tangan ke dada. "Nenek.. nak beritahu Uncle Essac yang nenek dah tahu?" Dhafiqi bertanya.

"Mestilah! Nenek nak soal siasat dia. Perempuan mana gamaknya sibuk dia rahsiakan tu. Tunggu dia!"

Daisy pandang adik kembarnya di sisi. Begitu juga Dhafiqi. Mereka saling melemparkan pandangan yang membawa maksud 'habislah kita'.

Edward ketawa ringkas melihat anak-anak buahnya. Macam-macam budak-budak ini. Sekali sekala, dia bermain dengan rambut hitam berkilat anaknya yang begitu rapi terjurai ke bawah.

Gadis kecil yang duduk di celah kaki panjangnya itu dipandang seketika. Sibuk betul bermain dengan anak patung Barbie dollnya.

Dia senyum.

"Hurm.. mama ingat Edward yang ada girlfriend tadi. Rupanya si bongsu tu." Mendengar itu, riak wajahnya, berubah sedikit.

Senyuman pahit mula kelihatan. Dia toleh ke arah mama. "Ma, we already talked about this.. please." Dia berkata tenang. Tenang yang dipura-purakan. Hatinya kini, meronta ingin meraung sedih. Kematian isterinya yang membawa tragis, kembali berulang tayang. Tubir matanya mula terasa hangat. Cukup. Jangan ulang lagi.

Tangan digenggam kuat cuba menghalau rasa pedih ini. Allah, kenapa dia rasa sesak ini? Rissa... Abang rindu isteri abang sangat.

Perasan yang dia sudah terlanjur kata, lekas dia beralih ke sisi anak keduanya itu. "E.. Edward, mama.." Dia geleng. Senyuman paksa dia ukir buat si ibu yang berada di sisinya kini.

"Edward nak solat sekejap. Mama tengokkan Clara boleh?" Dia berdiri. Anaknya didukung dan diletakkan di atas sofa tempat punggungnya berlabuh tadi. Anak-anak patung Barbie doll yang sibuk dimain anaknya dibawa sekali naik ke atas.

Pipi merah itu dikucup lembut. "Daddy solat sekejap.. daddy rindu ibu." Dia bisik itu pada anaknya. Clara yang seolah mengerti isi hati ayahnya, kembali mengucup pipi putih itu. Dia senyum.

Daisy dan Dhafiqi senyap. Mereka tahu situasi bukan lagi untuk bergurau. Pemergian ayah saudara mereka dihantar melalui ekor mata. Puan Sri Emelda? Dia mula diserang rasa bersalah.

•••••••••••••••••••••••


Berus cat disental pada kanvas lukisan yang kemas terletak di atas easel stand kayu bewarna coklat gelap. Balkoni yang menjadi tempat dia duduk bersama segala alatan melukis itu kini, sudah berselerak teruk.

Beberapa bantal sofa dicampakkan ke sudut hujung dinding. Dicampuri dengan karpet kecil yang sengaja dia campak sehingga bertukar renyuk.

Selain itu, lantai balkoni itu juga sudah tidak serupa lantai. Penuh dengan cat air yang tumpah dan mengotorkan permukaan lantai tersebut.

Lukisannya? Entah! Dia tifak tahu sekiranya apa yang dia lukis masih lukisan. Atau, itu ialah gambaran perasaan.

Sesuatu merah yang ditusuk pisau tajam. Hati. Berlumuran darah yang menitis.

Rakannya yang mula menolak pintu gelangsar balkoni apartment mereka ini tidak diendahkan. "Ghaze... Sejuk ni. Masuklah." Ujarnya.

"Blah!" Kasar.

Alvin mendengus kuat. "Kau kenapa? Sandwic aku yang terpelanting tepi kaki sofa, kau pula yang emo. Tu sandwic aku tahu?" Dia bangkitkan semula isu tadi.

Ghaze campak berus catnya di lantai. Terpercik sedikit sisa warna air yang masih tersisa itu. Alvin teguk liur. Baiklah, rasanya, ini bukan masa untuk bergurau.

"Kau pahal chipmunk?" Mungkin kedengaran kasar, tetapi Alvin tiba-tiba sedar. Turut kedengaran sedikit sedih di balik nada itu.

"Kau kenapa ni? Aku buat salah? Essac?" Dia tidak menyahut. Kini, lengan diletakkan di penghadang balkoni yang sedikit tersisa dengan salji yang kini mula turun sedikit.

"Ghaze... Kau merajuk ke?"

Masih tiada sahutan.

"Ghaze... Janganlah merajuk."

Saat bahunya ditepuk, dia menepis kasar. Alvin ini kan, memang semua benda hendak buat gurau. Tumbuk sekali muka tu baru tahu!

"Ghaze... Ghaze nak angis ke tuw?" Sengaja dia ubah percakapan dengan suara pelat dan mengada persis kanak-kanak.

"Alvin! Kalau orang yang kau dah jatuh hati tiba-tiba mengaku dia ada anak haram, apa kau rasa? Apa kau nak buat?"

Diam. Jeda. Cukup lama.

Alvin tercengang dengan tengkingan tadi. Ya, tengkingan berbaur kesedihan. Dia buntu. Apa? Orang yang dah kau jatuh hati? Ghaze bercakap tentang... Dura?

Dia keliru. Apa?!

•••••••••••••••••••••••••

"Baby... Let me sit with you. I'm cold."

Essac pandang bekas teman wanitanya dengan mata yang membawa seribu satu reaksi terkejut beruk. A..apa yang Nedine cakap tadi? Apa Nedine panggil dia? Nedine ni kena demam sebab salji ke? Betulkah apa yang dia dengar?

Wanita di hadapannya tadi, mula berubah wajah. Dia pandang Nedine. Matanya, berair. Apa?

"W... Who're you?" Wanita warganegara Amerika itu, menyoalnya dengan nada bergetar. Ya, dia ingin menangis.

"Uh.. this is Nedine.. she's.."

Belum apa-apa, Nedine menghulurkan tangannya yang masih tersarung dengan winter gloves. "His girl."

'His girl?' dalam tidak sedar, Essac mengherotkan bibirnya sinis. Eleh, tadi tidak mahu duduk dengannya, sekarang? Dah rindu? Siap cemburu bila wanita dihadapannya ini duduk bersamanya? Siap memperkenalkan diri sebagai perempuan miliknya? Sah. Nedine masih sayangkan dia. Cumanya... Tidak mahu mengaku.

Dia biarkan. Dia lagi suka. Heh!

"Girlfriend? I tak tahu you sudah berpunya? Sejak bila?" Wanita Amerika berambut perang itu bertanya. Dia cuba menyeka air mata.

"Lama dah." Lagi sekali Nedine yang membalas dengan nada agak serius. Lagi sekali juga Essac tergelak kecil. Cemburu buta rupanya.

"Minta maaf.. I ingatkan.."

"Kita masih ada harapan? Eve... We're done. You pun tahu. Sekarang, I bukan lagi macam dulu. Cukuplah. Lepas ini, status playboy pun kalau boleh, I tak mahu pakai lagi."

Nedine kerling jejaka itu sekilas. Playboy? Jadi semasa dia patah hati dan terluka, jejaka itu sibuk menjadi playboy pujaan gadis di Harvard? Tak guna!

Train agak bergoyang buatkan dia yang berdiri, sedikit terhuyung-hayang. Sehingga lengannya terasa ditarik.. "Duduk dear.. dangerous to stand right there."

Dalam sekelip mata, kini, dia sudah selamat melabuhkan punggung di sebelah bekas teman lelakinya. Wau. Janggal.

"Evelyn.. kita mungkin lama dulu, tapi.. I tetap tak boleh. Hati I masih pada Nedine. I mahukan dia."

Gulp!

Nedine rasa perutnya memulas. Biar betul Essac cakap begitu. Evelyn menunduk faham. Dia senyum perit. Untuk sekilas, dia pandang Nedine dengan pandangan yang sukar dijelaskan sebelum berlaku pergi.

"So? Playboy? Is that your ex-girlfriend? Yang keberapa?" Soal Nedine sambil tangan disilangkan ke dada.

"Evelyn? Dia yang ke 70."

Membundar mata Nedine. 70? Kepala kotak dia!

Dia menjeling Essac di sisi. Dadanya turun naik menahan geram. Bebal! Dia menyumpah jejaka itu saat hati mula terasa panas. 72? Maknanya, bukan dia seorang yang pernah rasa cinta Essac. Tak guna! Dia tidak suka begini! Dia nak Essac untuk dia saja! Eh? Nedine.. apa kau merapu ini?

"Dah tu, baliklah dekat dia. Buat apa dekat I? Takpun, ada lagi 71 yang lain kalau you tak mahu dia. Tak pun ada lagi yang selebihnya."

Aura kecemburuan mula terpapar jelas. Essac ketawa. "Jealous dear?" Soalnya. Nedine tidak menjawab.

Train mereka bergerak semakin perlahan. Dalam sedar tidak sedar saja, kini, mereka sudah pun tiba di Cambridge.

Nedine bangun. "Misi tujuh jam mengorat my dear pramugari buat apa kalau ada 72 ex-girlfriend yang lain?"

Dia hayun kaki ke pintu keluar dengan sebal. "Merajuk ke? Cemburu?" Dia mengusik.

"Rasanya lepas ni, I nak sambung date dengan Dr. Alfie."

Mendengar itu, Essac pula yang bertukar panas. Ewah... Dr. Alfie kerek itu, jangan main ok? Dia kejar Nedine yang sudah berlalu keluar. Tulah kau Essac, kan dia dah merajuk. Padan muka!

Dia tepuk dahi sendiri. Sebal dengan diri.

"Nedine... Wait... Dear..."

"Ahh!"

Saat Nedine dalam sekelip mata sudah terjelopok jatuh ke lantai Cambridge Train Station ini, lekas dia berlari ke arah sana.

"Sayang! Ya Allah, macam mana boleh jatuh?"

Nedine terkebil-kebil. S...sa..sayang? Apa Essac panggil dia? Sayang? Baiklah, dia ok kalau panggilan dear saja digunakan. Tetapi, sayang? Tidak.. sendi lemah saat mendengar perkataan itu Essac panggil dirinya. Dia... Cair.

Tiada balasan. Dia terkebil-kebil saat memandang jejaka yang sudah bersama dengan riak risau di wajahnya itu. "Sakit sangat ke?"

Dia betul-betul risau. Dia... Gelabah. Jujur, Nedine tersentuh. Essac... Benar-benar risaukan dia.







   BERSAMBUNG...

Edward😭

Essac... Cepatlah.. bila nak kahwin? Haha...

Continue Reading

You'll Also Like

576K 29.3K 46
Rudra Rane, NMIMS's popular football player, final year student in electronics & telecommunications. Sure, the guy is popular, good looking with his...
5.3K 60 20
I have a lot of writings here for Aphmau so I decided to break that by this story. Anyways this is a Truth or Dare kind of thing, so feel free to co...
607K 20.2K 32
Four years. Four years ago, he left her. And now he's back, showing up at her bookstore, asking for a second chance. Oh, and for his book to be sold...
1.4M 33.6K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...