11 HOURS TO BOSTON ✓

By aish_maira

154K 7K 256

[The E's Family vol.3] Saat dua pasangan kekasih yang sudah putus cinta kini bertemu kembali di dalam s... More

*PROLOG*
11 Hours To Boston: Bab 1
11 Hours To Boston: Bab 2
11 Hours To Boston: Bab 3
11 Hours To Boston: Bab 4
11 Hours To Boston: Bab 5
11 Hours To Boston: Bab 6
11 Hours To Boston: Bab 7
11 Hours To Boston: Bab 8
11 Hours To Boston: Bab 9
11 Hours To Boston: Bab 10
11 Hours To Boston: Bab 11
11 Hours To Boston: Bab 12
11 Hours To Boston: Bab 13
11 Hours To Boston: Bab 14
11 Hours To Boston: Bab 15
11 Hours To Boston: Bab 16
11 Hours To Boston: Bab 17
11 Hours To Boston: Bab 18
11 Hours To Boston: Bab 19
11 Hours To Boston: Bab 20
11 Hours To Boston: Bab 21
11 Hours To Boston: Bab 22
11 Hours To Boston: Bab 24
11 Hours To Boston: Bab 25
11 Hours To Boston: Bab 26
11 Hours To Boston: Bab 27
11 Hours To Boston: Bab 28
11 Hours To Boston: Bab 29
11 Hours To Boston: Bab 30
11 Hours To Boston: Bab 31
11 Hours To Boston: Bab 32
11 Hours To Boston: Bab 33
11 Hours To Boston: Bab 34
11 Hours To Boston: Bab 35
11 Hours To Boston: Bab 36
11 Hours To Boston: Bab 37
11 Hours To Boston: Bab 38
11 Hours To Boston: Bab 39
11 Hours To Boston: Bab 40
11 Hours To Boston: Bab 41
11 Hours To Boston: Bab 42
11 Hours To Boston: Bab 43
11 Hours To Boston: Bab 44
11 Hours To Boston: Bab 45
11 Hours To Boston: Bab 46
11 Hours To Boston: Bab 47
11 Hours To Boston: Bab 48
11 Hours To Boston: Bab 49
11 Hours To Boston: Bab 50
11 Hours To Boston: Bab 51
11 Hours To Boston: Bab 52
11 Hours To Boston: Bab 53
11 Hours To Boston: Bab 54
11 Hours To Boston: Bab 55
11 Hours To Boston: Bab 56
11 Hours To Boston: Bab 57
11 Hours To Boston: Bab 58
11 Hours To Boston: Bab 59
11 Hours To Boston: Bab 60
11 Hours To Boston: Bab 61
11 Hours To Boston: Bab 62
11 Hours To Boston: Bab 63
11 Hours To Boston: Bab 64
11 Hours To Boston: Bab 65
11 Hours To Boston: Bab 66
11 Hours To Boston: Bab 67
11 Hours To Boston: Bab 68
*EPILOG*

11 Hours To Boston: Bab 23

1.8K 98 4
By aish_maira

Gelak tawa dari ruang tamu, buatkan dia memalingkan mata hitamnya ke arah sana. Walaupun tawa itu kedengaran begitu riang, sungguh, tidak sedikit mengubah moodnya sekarang. Ditambah lagi dengan bunyi bising dari televisyen di ruangan itu, ughh. Memang cari pasal!

Selipar rumah bewarna biru gelap diambil dari kaki. Dia baling selipar itu tepat mengena kepala rakannya yang tidak bersalah.

"Cik Sandwic Telur!!"

Wajah Alvin merah padam menahan marah yang sudah berkumpul dalam dirinya. Dia berdiri. Ghaze ini memang hendak kena kan? Saja baling selipar rumahnya.

Terperanjat punya pasal saat selipar itu tepat mengena sisi kepala, tidak pasal-pasal sandwicnya terpelanting jauh ke kaki sofa di hujung ceruk sana.

"Kau kenapa? Habis Cik Sandwic Telur aku!" Dia mencemberutkan wajahnya. "Kau tutup TV tu boleh tak? Jangan nak ketawa sakan sangat! Aku tak ada mood!"

Dia menapak dengan kaki yang dihentak kasar.

Bam!

Pintu biliknya dihempas kuat. Alvin ambil alat kawalan jauh. Televisyen yang tadinya sedang sibuk menayangkan cerita-cerita menarik, kini bertukar gelap saat butang tutup ditekan. Dia terkebil-kebil. Ghaze jarang mengamuk. Kalau dia mengamuk, ini bermakna sesuatu besar terjadi.

"Kakak, kau rasa, plan kita menjadi? Ex-girlfriend Uncle Essac tu, nak keluar dengan dia tak?" Dhafiqi dengan wajah comelnya menyoal si kakak yang sibuk dengan kereta alat kawalan jauh.

Dia terus menerus memegang alat kawalan dan kereta yang dibiarkan meluncur di permukaan lantai ruang tamu itu.

"Mana aku tahu. Cuba kita call." Daisy bercadang. "Amboi, seronok sangat main kereta tu."

Teguran dari ayah saudara mereka, buatkan kedua pasangan kembar itu berpaling ke atas. Mata mereka membundar comel. "Uncle Edward!" Mereka melompat teruja.

Sudah berbulan Edward tiada di Istanbul, bila dia balik? Mereka berlari ke arah tangga, Dhafiqi yang sibuk dengan buku di tangannya, serta Daisy yang sibuk dengan kereta alat kawalan jauhnya, keduanya sekali lekas bergerak ke sana.

"Bila uncle balik? Kenapa papa tak cakap pun?" Soal si gadis kecil. "Baru pagi tadi. Uncle lupa nak jenguk korang kat bawah masa baru korang baru sampai." Ujarnya.

Beberapa saat dengan perbualan-perbualan kosong, seorang gadis bertubuh kecil mula berjalan itik mendekati ke arah mereka. Melihat anaknya sudah takut-takut berdiri di hujung tangga, dia mendekati. Tubuh kecil itu dibawa dalam dukungan.

"Clara!" Si pasangan kembar kelihatan teruja. Sudah lama tidak jumpa gadis berumur satu tahun yang merupakan sepupu mereka itu.

Edward mengucup pipi anaknya sekilas sebelum kembali melayan telatah anak-anak buahnya.

"Uncle.. uncle tahu tak? Uncle Essac nak mengorat ex-girlfriend dia balik."

"Iye.."

Kening Edward terjongket. "Dia pernah ada girlfriend? Siapa?" Dia semakin tertarik pula dengan cerita budak berdua ini. "Siapa ada girlfriend?"

Sekali, teguran dari Puan Sri Emelda yang baru muncul dari dapur, mengejutkan mereka semua. Daisy pandang adiknya. Dhafiqi pandang Edward. Masing-masing terkebil-kebil tidak tahu mahu kata apa. Habislah si kembar itu kalau Essac tahu mereka bocorkan rahsianya.

••••••••••••••••••••••••••

"Do you wanna build a snowman?
Come on lets go and play.. I never see you anymore, Come out the door, It's like you've gone away.."

"We used to be best buddies, and now we're not, I wish you would tell me why? Do you wanna build a snowman? It's doesn't have to be a snowman.." 

Salji yang bertimbun menenggelamkan kaki mereka, dibaling-baling ke atas. Dengan lagak kebudak-budakannya, dia berpusing-pusing di tengah-tengah kawasan penuh bersalji itu.

Nedine ketawa terbahak-bahak di satu sudut di hujung sana. Telatah Essac ini, memang comel. Tetapi mengada. Ya, walaupun begitu, lebih baik daripada dia tiba-tiba bertukar muram.

Itu menyakitkan hati Nedine.

"Such a kids!" Nedine sengaja laung itu sehingga telinga Essac menangkapnya. Dia gumpal salji di tangannya, dalam sekelip mata saja, salji itu sudah pun tepat mendarat di permukaan wajah Nedine.

"Essac!"

Jejaka itu jelir lidahnya. "Serve your right Ms. Stewardess.." Mereka mula bergurau senda dengan situasi itu. Hampir setengah jam juga sebelum mereka mula mengundur diri dari Gore Place tersebut.

Nedine mula memeluk tubuh buat beberapa ketika. Terasa angin sejuk ketika ini mencengkam sehingga ke tulang. Essaclah ini! Heh, apapun, mesti Essac yang kena. Biarkan dia!

"Dear.. you ok?" Saat dia mendekati, soalan itu diajukan dengan riak risau. Dia lihat bibir Nedine yang selalunya merah, kini bertukar pucat kebiruan. Sejuk betul gamaknya.

Tiada jawapan. Dia perasan, tubuh bekas teman wanitanya itu kini, sedikit menggigil. Segera dia buka lapisan winter coatnya yang berwarna khaki itu. Coat tersebut dibalutkan kepada Nedine.

"Eh, janganlah.. nanti you pula yang sejuk." Malah, wanita itu menolak. Namun, dia tetap dengan pendiriannya. "I dah biasa. You tu. Nanti sakit, I juga yang susah." Nedine jeling sekilas dia. Memang patut pun dia susah. Dia kan yang buat misi tujuh jam mengorat Nedinena.

"I banyak lagi tempat nak bawa you. Tapi... I rasa tak sempat, kita just ada tiga jam lebih aje lagi. Kita ambil train, pusing-pusing Cambridge. Lepas tu, I hantar you balik hmm?"

Nedinena angguk saja. Sebenarnya, dia tidaklah begitu kisah, lagipun... Dia setuju kerana... Ingin Essac gembira. Dia tidak mahu bekas teman lelakinya itu berada dalam situasi murung seperti malam. Bahkan tadi pun, dia hampir sama. Mujurlah Nedine sempat mengubah topik dan mengajaknya bermain dengan salji-salji di Gore Place.

•••••••••••••••••••••••••••

"Betul you tak nak duduk sebelah I dalam train?" Kening kanannya terjongket. Nada suara itu sungguh kedengaran mengusik.

"Tak nak." Jual mahal? Mestilah! Kalau murah, nanti rugi!

Essac selesai mendapatkan train menuju ke Cambridge yang akan mengambil masa selama 25 minit. Dia sengaja bertanya begitu. Walaupun sebenarnya, dia harapkan yang Nedine akan duduk dengannya.

"Okay, jangan rindu." Sebelah mata dikenyitkan. Liur diteguk wanita itu. Susuk tubuh yang sudah berjalan ke hadapan dengan hanya mengenakan kardigan tebal berwarna coklat tua menuju ke arah train yang baru saja tiba itu diperhatikan.

Memang... Essac, menggoda. Eh.. cukup! Jangan lebih-lebih!

Seat mereka diambil. Train ini tidaklah begitu padat dengan penumpang. Mujurlah pun. Dapatlah Nedine merasai ketenangan buat sebentar sebelum mereka tiba.

Namun, dalam pada itu, ada sesuatu yang asyik menggangu dirinya. Mata hitam berkilat itu tidak henti melirik ke seat di sisinya. Jejaka kacak berkacukan Eropah itu, sedang duduk dalam keadaan santai dengan sebelah kaki menjadi tongkat lengan di bahagian lutut.

Nedine terus melirik. Sempurna. Menyesal pula tak duduk dengan dia. Eh...

Rasanya kalau jual mahal sangat pun, akan rugi juga. Keliru lah. Ah lantak. Dia hendak juga menukar tempat duduk. Hal ini kerana, dia tiba-tiba rasa cemburu. Ya, cemburu. Dia kerling beberapa penumpang wanita warganegara Amerika yang ada di dalam ruang yang sama dengan mereka.

Wanita-wanita juga sebahagian daripada mereka ialah gadis-gadis muda, semuanya tidak henti menatap Essac lalu tersengih dan berbisik sesama rakan.

Essac pula? Boleh pula dia tundukkan kepala dan senyum dengan manis? Dia buat-buat bodoh atau memang bodoh semulajadi? Senyuman dia menggoda tahu! Janganlah senyum!

Tidak boleh jadi ni... Nedine baru hendak angkat punggung, sekali... Seorang wanita juga dalam lingkungan umur sama dengannya, mula melabuhkan duduk berhadapan Essac.

Tiba-tiba, wajah manis jejaka itu, berubah tegang. Apakah ini? Nedine batalkan niatnya seketika tadi. Dia cuma memerhati dari jauh. Mereka mulakan perbualan.

Untuk beberapa saat, semuanya baik. Sehinggalah, wanita itu mula menyentuh perlahan jari jemari kasar Essac. Mata Nedine membundar tanpa henti. Saat wanita mula genggam tangan milik bekas teman lelakinya, dia panas.

Coat Essac yang membaluti luar winter coatnya, dibuka. Dia angkat punggung segera. Lalu mendekati tanpa sedikit pun rasa goyah.

"Baby... Let me sit with you. I'm cold."

Essac pandang bekas teman wanitanya dengan mata yang membawa seribu satu reaksi terkejut beruk. A..apa yang Nedine cakap tadi? Apa Nedine panggil dia? Nedine ni kena demam sebab salji ke? Betulkah apa yang dia dengar?

Wanita di hadapannya tadi, mula berubah wajah. Dia pandang Nedine. Matanya, berair. Apa?









  BERSAMBUNG...

Nedine jealous ke tuw? Siapa perempuan tu? Nak reveal tak?


Continue Reading

You'll Also Like

5.3K 60 20
I have a lot of writings here for Aphmau so I decided to break that by this story. Anyways this is a Truth or Dare kind of thing, so feel free to co...
5.3K 88 9
oneshots - leave requests pls! NOW ON AO3!!
1.4M 34.1K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...