11 HOURS TO BOSTON ✓

Da aish_maira

154K 7K 256

[The E's Family vol.3] Saat dua pasangan kekasih yang sudah putus cinta kini bertemu kembali di dalam s... Altro

*PROLOG*
11 Hours To Boston: Bab 1
11 Hours To Boston: Bab 2
11 Hours To Boston: Bab 3
11 Hours To Boston: Bab 4
11 Hours To Boston: Bab 5
11 Hours To Boston: Bab 6
11 Hours To Boston: Bab 7
11 Hours To Boston: Bab 8
11 Hours To Boston: Bab 9
11 Hours To Boston: Bab 10
11 Hours To Boston: Bab 11
11 Hours To Boston: Bab 12
11 Hours To Boston: Bab 13
11 Hours To Boston: Bab 14
11 Hours To Boston: Bab 15
11 Hours To Boston: Bab 16
11 Hours To Boston: Bab 17
11 Hours To Boston: Bab 18
11 Hours To Boston: Bab 20
11 Hours To Boston: Bab 21
11 Hours To Boston: Bab 22
11 Hours To Boston: Bab 23
11 Hours To Boston: Bab 24
11 Hours To Boston: Bab 25
11 Hours To Boston: Bab 26
11 Hours To Boston: Bab 27
11 Hours To Boston: Bab 28
11 Hours To Boston: Bab 29
11 Hours To Boston: Bab 30
11 Hours To Boston: Bab 31
11 Hours To Boston: Bab 32
11 Hours To Boston: Bab 33
11 Hours To Boston: Bab 34
11 Hours To Boston: Bab 35
11 Hours To Boston: Bab 36
11 Hours To Boston: Bab 37
11 Hours To Boston: Bab 38
11 Hours To Boston: Bab 39
11 Hours To Boston: Bab 40
11 Hours To Boston: Bab 41
11 Hours To Boston: Bab 42
11 Hours To Boston: Bab 43
11 Hours To Boston: Bab 44
11 Hours To Boston: Bab 45
11 Hours To Boston: Bab 46
11 Hours To Boston: Bab 47
11 Hours To Boston: Bab 48
11 Hours To Boston: Bab 49
11 Hours To Boston: Bab 50
11 Hours To Boston: Bab 51
11 Hours To Boston: Bab 52
11 Hours To Boston: Bab 53
11 Hours To Boston: Bab 54
11 Hours To Boston: Bab 55
11 Hours To Boston: Bab 56
11 Hours To Boston: Bab 57
11 Hours To Boston: Bab 58
11 Hours To Boston: Bab 59
11 Hours To Boston: Bab 60
11 Hours To Boston: Bab 61
11 Hours To Boston: Bab 62
11 Hours To Boston: Bab 63
11 Hours To Boston: Bab 64
11 Hours To Boston: Bab 65
11 Hours To Boston: Bab 66
11 Hours To Boston: Bab 67
11 Hours To Boston: Bab 68
*EPILOG*

11 Hours To Boston: Bab 19

2.1K 104 3
Da aish_maira

"Amboi.. cantiknya, nak pergi mana?" Teguran dari Dura yang masih baring di atas sofa ruang tamu bersama tubuhnya yang diselubungi duvet tebal buatkan Nedine berpaling dengan senyuman nipis.

"Dating kot." Jawabnya. Dura terkedu. Dalam tak larat, tak larat dia akibat demam pun, dia bangun juga kerana terkejut. "Dengan Dr. Alfie?"

Nedine ketawa lalu menggeleng kepala. "Dengan ex-boyfie kot. Panjang ceritanya, bila you dah sihat, I story. Ingat, jangan keluar, sejuk. Lagi satu semalam, Ghaze kesayangan you pesan. Kalau nak apa-apa panggil dia dekat rumah. Dia caring gila pasal you semalam."

Nedine mendekati Dura seketika. "You bercinta dengan dia tak bagitahu I ke?"

Pap!

"Auch,babe, sakitlah. Janganlah pukul tanya je." Nedine berkata. "M..mana ada. I terserempak dengan dia dekat lobi je. Patutlah dia caring, dia yang buat tangan I melecur ni ha."

Saja ubah topik. Bisik Nedine. "Ok, jangan tak nak sangat, nanti sangkut. Tak tahu." Saja Nedine mengusik. Habis cemberut wajah cantik rakannya itu.

"You tu! Dating dengan ex, jangan nanti kahwin dengan dia sudah. You lupa kes dua tahun lepas?" Nedine diam. Tidak dia tidak lupa saat Essac tinggalkan dia.

Saat seluruh rakan serta ahli keluarga mentertawakan dia kerana patah hati dengan cinta bodoh. Ya, keluarganya tahu, Nedine punya seorang teman lelaki dari keluarga kaya.

Tetapi, bagi mereka, mustahil. Mustahil lelaki itu mahukan Nedine, seorang pramugari tanpa sebarang kelulusan tinggi dalam bidang pendidikan.

Datang pula dari keluarga yang biasa saja. Apalah sangat dia di mata Essac sepatutnya. Tetapi, tidak. Dia tetap tidak lupa tentang kebaikan Essac.

Essac pernah jatuh cinta dengannya dulu. Dia tidak mengambil kesempatan. Dia ikhlas. Itu, Nedinena yakin. Jadi, saat Essac dilanda sebak dan sedih dalam jiwanya, dia akan mengambil kesempatan untuk merawat luka yang ditinggalkan itu. Dia mahu Essac gembira. Sekurang-kurangnya, dia tidak perlu lihat jejaka itu seperti semalam.

"Nothing serious. I told you, long story.. nanti I cerita. Bye, take care, jangan lupa makan ubat. Kalau tak, I panggil Ghaze."

Dura mencemberutkan wajahnya. Geram betul. Suka betul Nedine usik dia kan? "Ish, yelah. You pun. Elok-elok. Kalau Essac tu menggatal sangat, siku je dia."

Nedine tertawa ringkas. Sakit-sakit pun garang macam singa.

••••••••••••••••••••••••

"You nak bawa I dating pergi mana sebenarnya?" Baru beberapa minit mereka keluar dari bangunan apartment, Nedine sudah mula menyoal.

Kalau setakat Essac nak bawa dia jalan-jalan berdua dekat kawasan-kawasan sini, tak payahlah. Malas.

"Kita pusing satu Boston. Kalau sempat, kita naik train, singgah Cambridge." Balas Essac. Mata hitam milik Nedine, sudah membulat besar.

"Cambridge? Nak!" Riang dia bersuara. "Kalau nak, jom.. kena lari, nanti tak sempat!"

Dia tarik tangan yang berbalut winter gloves milik Nedine. Terus, kaki dihayun laju, dengan Nedine Nedine sekali terikut kelajuannya.

Ini, pelik, tetapi, pasangan kekasih yang sudah lama putus hubungan itu, kini, sedang berlari bersama dengan teruja. Salji yang begitu perlahan turun dari langit, benar-benar memahami mereka.

Kini, mereka betul-betul bagai pasangan kekasih yang riang ceria sedang menikmati keindahan Kota Boston pada musim salji.

Bluestone Lane Harvard Square Café.

"Yeay! I menang, so, you kena belanja I kopi!" Dia bersorak gembira sambil telapak tangan saling dilagakan. Bunyi tepukan terhasil segera.

Manakala Essac? Dia mendekati wanita itu, termengah-mengah dia sambil memegang dada. Dia lari acah-acah aje tadi, Nedine pergi buat macam lumba lari zaman sekolah rendah pula. Boleh semput dia begini.

"Kenapa you lari laju? I lari feeling-feeling drama Korea aje tadi. Bukan lumba lari sukan sekolah." Essac mencebik sambil berkata.

"Tak kisah. You kalah, kena belanja kopi. Cepatlah, sejuk ni." Nedine tarik tangan jejaka itu masuk ke dalam cafe di hadapan mereka.

Essac yang pilih cafe ini tadi, konon nak sampai sini dalam keadaan santai dan tipis romantik berlari dalam salji, sekali, sudah seperti orang baru lepas habis marathon. Nedinelah ini.

Mereka mula bergerak ke arah kaunter. Beberapa menu istimewa yang kebetulan diadakan pada hari ini dipesan.

"Kopi aje? Anything else?" Soal Essac pada wanita yang sedari tadi kelihatan begitu berselera memandang beberapa set roti yang ada di dalam kabinet kaca berhadapan mereka.

"I nak tu.. tapi, I ada kad je. Diorang accept tak? I tengok, semua bayar cash." Dia bisikkan soalan itu di telinga Essac. Jejaka itu senyum. "I tak suruh you bayar pun. Cepat, nak yang mana?"

Nedinena bertepuk tangan suka. Roti-roti yang sudah menjadi tumpuan sejak tadi, diambil. Dia serahkan pinggan yang sudah penuh dengan roti itu kepada cashier untuk dikira.

"This all sir?" Essac mengangguk kepala saat disoal oleh gadis berwarganegara Amerika itu.

Saat Essac mula menyerahkan wang bagi membayar harga makanan mereka, Nedine senyap. Harga makanan yang dibelinya, sebanyak RM 50.00 ringgit kalau dalam matawang Malaysia. Mahal sangat ke? Banyak betul dia beli kan?

Kesian Essac. Dia mula rasa bersalah.

•••••••••••••••••••••••

Nedine duduk bersandar di dalam sebuah kerusi yang tersedia di cafe itu. Dia termenung. Roti-roti yang dia beli tadi, sikit pun tidak diusik.

Essac yang perasakan tingkah pelik Nedine, menyoal. "Kenapa tak makan? Tadi kata nak?" Soalnya pelik. Tadi teruja sangat nampak roti-roti itu. Tiba-tiba senyap pula?

"You nak I bayar balik? Mahal sangat kan makanan I beli ni? Padahal you order caramel macchiato aje satu. I pula lebih-lebih."

Dia memasamkan wajah sendiri. Rasa benci pula dengan diri sendiri. Tidak boleh nak kawal diri bila nampak roti-roti sedap ini tadi. Mesti Essac pandang dia tidak senonoh bukan?

Namun, belum apa-apa, sepotong roti yang mempunyai lapisan jem coklat di atasnya, sampai ke bibir merahnya itu. Dia terkebil-kebil.

Saat kepala diangkat, jejaka di hadapannya kini, sudah menyuakan roti yang dipilihnya tadi. "Makanlah.. you nak roti ni kan?" Dia senyum memandang wanita di hadapannya itu.

"Y.. you tak marah I beli banyak-banyak?" Soal Nedine. Essac geleng. "I seronok tengok you beli banyak-banyak roti ni untuk makan. Selalu, I, Ghaze dengan Alvin, akan always busy, kitorang tak ada masa pun nak beli makanan banyak-banyak macam sekarang ni. Bila you pilih banyak-banyak roti ni tadi untuk makan, I suka. I suka belikan you semua ni. Trust me.. faster dear.. makan, nanti lapar, kata nak pusing satu Boston?"

Nedine terus senyum lebar. "Betul you tak marah?" Soalnya. Essac angguk. Terus dia ngap roti yang disua Essac itu.

Jejaka itu pula, ketawa kecil. Rindunya nak dating begini. Comelnya lah pramugari sorang ni. Bisiknya. Sementara di dalam kepala, dia sedang berfikir, mana lagi dia nak bawa Nedine untuk tujuh jam ini ya?







   BERSAMBUNG...

Nak pusing mana lagi tuw Essac? Hehe.. banyak lagi scene best² stay tuned..😘


Continua a leggere

Ti piacerà anche

22M 655K 52
"Curiosity killed the kitty Miss Adams." My body stiffened. Slowly I turned around just to see Mr. Parker standing in front of me with hands in his...
5.3K 60 20
I have a lot of writings here for Aphmau so I decided to break that by this story. Anyways this is a Truth or Dare kind of thing, so feel free to co...
5.3K 88 9
oneshots - leave requests pls! NOW ON AO3!!
4M 169K 63
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...