11 HOURS TO BOSTON ✓

By aish_maira

154K 7.1K 256

[The E's Family vol.3] Saat dua pasangan kekasih yang sudah putus cinta kini bertemu kembali di dalam s... More

*PROLOG*
11 Hours To Boston: Bab 1
11 Hours To Boston: Bab 2
11 Hours To Boston: Bab 3
11 Hours To Boston: Bab 4
11 Hours To Boston: Bab 5
11 Hours To Boston: Bab 6
11 Hours To Boston: Bab 7
11 Hours To Boston: Bab 8
11 Hours To Boston: Bab 9
11 Hours To Boston: Bab 10
11 Hours To Boston: Bab 11
11 Hours To Boston: Bab 12
11 Hours To Boston: Bab 13
11 Hours To Boston: Bab 14
11 Hours To Boston: Bab 15
11 Hours To Boston: Bab 16
11 Hours To Boston: Bab 18
11 Hours To Boston: Bab 19
11 Hours To Boston: Bab 20
11 Hours To Boston: Bab 21
11 Hours To Boston: Bab 22
11 Hours To Boston: Bab 23
11 Hours To Boston: Bab 24
11 Hours To Boston: Bab 25
11 Hours To Boston: Bab 26
11 Hours To Boston: Bab 27
11 Hours To Boston: Bab 28
11 Hours To Boston: Bab 29
11 Hours To Boston: Bab 30
11 Hours To Boston: Bab 31
11 Hours To Boston: Bab 32
11 Hours To Boston: Bab 33
11 Hours To Boston: Bab 34
11 Hours To Boston: Bab 35
11 Hours To Boston: Bab 36
11 Hours To Boston: Bab 37
11 Hours To Boston: Bab 38
11 Hours To Boston: Bab 39
11 Hours To Boston: Bab 40
11 Hours To Boston: Bab 41
11 Hours To Boston: Bab 42
11 Hours To Boston: Bab 43
11 Hours To Boston: Bab 44
11 Hours To Boston: Bab 45
11 Hours To Boston: Bab 46
11 Hours To Boston: Bab 47
11 Hours To Boston: Bab 48
11 Hours To Boston: Bab 49
11 Hours To Boston: Bab 50
11 Hours To Boston: Bab 51
11 Hours To Boston: Bab 52
11 Hours To Boston: Bab 53
11 Hours To Boston: Bab 54
11 Hours To Boston: Bab 55
11 Hours To Boston: Bab 56
11 Hours To Boston: Bab 57
11 Hours To Boston: Bab 58
11 Hours To Boston: Bab 59
11 Hours To Boston: Bab 60
11 Hours To Boston: Bab 61
11 Hours To Boston: Bab 62
11 Hours To Boston: Bab 63
11 Hours To Boston: Bab 64
11 Hours To Boston: Bab 65
11 Hours To Boston: Bab 66
11 Hours To Boston: Bab 67
11 Hours To Boston: Bab 68
*EPILOG*

11 Hours To Boston: Bab 17

2K 103 2
By aish_maira

Dirinya yang dibiarkan hanyut dengan pemikiran sendiri, akhirnya terganggu saat pintu kaca itu ditolak cemas oleh seseorang.

"Cik Dura.. glad you're still here." Ya, sebenarnya, dia sendiri tidak tahu mengapa dia menurut kata jejaka itu untuk kekal di lobi bangunan apartment ini.

Ghaze mendekati. Dengan keadaan wajahnya penuh riak kerisauan, dia duduk bersebelahan sofa yang diduduk Dura.

"See? Tangan you dah ada parut. I'm sorry I tak ada niat nak terkejutkan you sampai tertumpah kopi tadi. I betul-betul minta maaf." Tangan mulus yang masih mempunyai sedikit kesan melecur sehingga menyebabkan tangannya merah itu, ditilik Ghaze sebetulnya.

"Ni, I beli you ubat. Ada ubat tahan sakit sekali. Ke you nak I bawa pergi klinik?" Soalnya pula dengan keadaan yang sama. Laju Dura menggeleng.

"Eh, no need, sikit je ni, lagipun, I yang careless sebenarnya." Laju lagi dia menolak. "Lagipun, it's late already. Klinik dah tutup for sure." Tokoknya lagi.

Ghaze angguk. Namun, untuk beberapa kali, saat Dura bersin dan kulit putihnya mula kelihatan merah, Ghaze jadi risau lagi. Dia sempat kerling ke arah bibir itu, selalu ianya merah tanpa perlu sebarang alat solek, namun kini, entah mengapa bibirnya kelihatan putih dan begitu kering. Agak pucat.

"Cik Dura, y...you ok? You tak sihat ke?" Saat dia menyoal itu, Dura menggisai matanya yang sedikit berair. Nafasnya juga, kedengaran agak berat. Sekali sekala, dia perlu menyedut hingus yang beria ingin mengalir.

Dia tidak memberi sebarang balasan, cuma kepala saja diangguk perlahan. "I sejuklah. Thanks for the medicine, I naik dulu." Dia peluk tubuh. Saat dia berdiri, dia sempat mengucapkan itu.

"You demam?" Soal Ghaze prihatin. Dura angkat bahu. Ya, dia pun tidak tahu. Mungkin. Bahang badannya agak kuat terasa. Ini mesti kes dia melompat dalam timbunan salji pagi tadi. Itulah, teruja punya pasal.

"Muka you merah, bibir you pucat. You demam ni.. kita pergi hospital nak?" Ghaze mencadang. "I nak rehat jelah. Nanti oklah ni." Malah, cadangan itu, tidak dipersetujui oleh Dura. Ghaze mengeluh. "Ok.. kalau macam tu, jom naik, you masuk rumah, baring and rest." Ghaze berkata lagi.

"I ada ubat demam. Nanti I bagi. You dah makan?" Dura geleng. "Takpe, I masak bubur ayam. Nanti I hantar semua dekat rumah you.. dah jom, kat sini sejuk." Tanpa disedari, Dura mula menarik hujung winter coat yang dikenakan jejaka itu.

Tanpa dia sedari juga, dia membuntuti jejaka itu berjalan dengan keadaan hujung winter coat milik Ghaze, masih di pegang. Entah mengapa, dia selesa begitu.

•••••••••••••••••••••••

"You betul tak nak I hantar balik?" Dr. Alfie yang sudah berdiri di sisi kereta miliknya, bertanya. Nedine lemparkan senyum, lalu membalas "Tak nak. I prefer to walk.. I want to enjoy this snow so bad before jump into bed and go to sleep." Matanya bersinar-sinar sambil jari jemari, sibuk bermain dengan salji-salji putih yang cantik jatuh turun dari langit malam itu.

Dr. Alfie cuma ketawa dengan sikap itu. Suka betul Nedinena ini dengan salji ya? Sejak tadi tidak henti bercakap mengenainya. Comel. Sayangnya Nedine bukan miliknya. Berganti pula bibirnya dengan senyuman perit.

"Boleh. Tapi sejuk ni.. betul you ok?" Dia mencari kepastian. "Tak perlulah risau. I ok. You baliklah. Esok kan ada kelas. Nanti penat pula. Ok, bye Alfie, drive safe.. see you later." Lambaian comel, dia beri buatkan tawa Dr. Alfie pecah terhambur keluar.

"Alright Ms. Stewardess... You pun hati-hati. Terus balik rumah." Anggukkan comel pula Dr. Alfie terima darinya.

Seperti yang masing-masing sudah jelaskan, mereka kini masing-masing mengikut haluan sendiri untuk pulang. Dr. Alfie sudah hilang lama menaiki keretanya pula.

Nedine pula, masih bersantai berjalan pulang dengan perasaan seronok kerana dapat menikmati salji yang turun sederhana lebat pada malam ini. Indah sungguh.

Sekali sekala, dia berpusing di tengah-tengah jalan itu memandangkan tiada orang. Seronok betul dengan salji ya.

Jalan punya jalan, langkah punya langkah, saat matanya menangkap sesuatu yang begitu menarik perhatian, kaki panjang bak model fesyen itu, serta merta berhenti dari terus melangkah.

Damien's Art Gallery..

Saat mata membaca itu, mulut turut menyeru. Damien? Itu nama Essac, art gallery? Ini Essac punya art gallerykah? Dia geleng kepala sendiri. Ah, tidak mungkinlah.

Dia ingin teruskan perjalanan pulangnya, namun, pada masa yang sama dia mula terpandangkan sebuah lukisan dari dalam art gallery itu yang cukup menariknya untuk masuk.

Ya, tanpa perlu berfikir panjang, dia membuat keputusan untuk melangkah masuk ke dalam art gallery yang boleh tahan besarnya itu.

Kalau ikutkan, tiga tingkat. Tetapi, mungkin kerana hari sudah pun malam, bahagian bawah saja yang masih dibuka.

Dia menolak pintu kaca lutsinar mewah itu. Saat kakinya melangkah masuk, tanpa menunggu lagi, dia terus berjalan menuju ke arah lukisan yang menariknya ke dalam ini tadi.

Art gallery ini masih dipenuhi dengan beberapa orang pengunjung, tetapi tumpuan mereka, semuanya pada lukisan-lukisan bertemakan musim salji, mungkin itu pameran khas sempena musim salji di Boston ketika ini.

Nedine teruskan langkah. Kaki berhenti. Betul-betul berhadapan lukisan tadi. Lukisan seorang perempuan berpurdah yang mempunyai sepasang mata coklat kekuningan yang begitu aneh dan menarik warnanya.

Dia kenal perempuan ini, tapi siapa? Lukisan itu terus ditilik sebetulnya. Lagi, lagi dan lagi, sehinggalah...

••••••••••••••••••••••

Sehinggalah... "Welcome to Damien's Art Gallery.. are you enjoying this art ms?" Tersentak Nedinena dengan teguran dari salah seorang pekerja di art gallery ini.

Dia lelaki berwarganegara Amerika yang mengenakan seragam lengkap art gallery ini. Winter coat berwarna hitam beserta knitwear berlengan panjang yang mempunyai logo art gallery ini, itulah yang dia kenakan.

Nedine senyum sekilas. "Yeah.. I was just.. uhm, where this art came from? How long it's been here?" Nedine sungguh berasa ingin tahu. Dia sebenarnya ingin tahu, siapa gerangan gadis cantik yang berpurdah ini.

Dia ingat, tetapi samar-samar. Dengan kata lain, dia lupa. Tetapi dengan yakinnya dia mengaku, dia kenal gadis ini.

"It's already been here for so long. If I'm not wrong, the girl in this art potrait was our boss's late younger sister." Nedine tercengang. Late younger sister? Arwah adik perempuan bos mereka?

Nanti, mengapa tiba-tiba hati Nedine sebak? Siapa bos mereka sebenarnya?

"So your boss is the artist? Who is he?" Nedine teruskan soalan. "Martin.. as usual, close at 10.00, then go home, lock every door, I maybe not coming tomorrow, I have class. I'll come and send new art maybe in the next day."

Suara itu, Nedinena laju berpaling ke arah belakang. Mata hitam berkilatnya itu, membulat segera. Essac? Jadi... Owner art gallery ini, betullah ianya Essac Damien?

Jadi, lukisan ini, ialah adik perempuan Essac. Erica!

Segalanya mula terjawab. Sel-sel otak Nedine, mula berhubung pantas. Untuk seketika, dia terkejut dengan berita ini. Erica? Meninggal? Tapi bila?

Jantungnya laju, tiba-tiba dia rasa kasihan. Tiba-tiba, dia rasa keperitan dan kesakitan yang Essac perlu terima. Erica? Adik lelaki itu.. telah pun tiada?

"Nedine.." perlahan dia menyeru nama itu. Bekas teman wanitanya kini, menjadi  permandangan utama. "Essac.." Nedine sendiri juga menyeru kembali nama bekas teman lelakinya itu.

Dia mendekati dengan perlahan. Pekerja bernama Martin tadi, perlahan-lahan beransur pergi saat menerima isyarat dari bosnya.

"Essac... Essac lukisan ni.." Nedine tidak sedar, dia tidak sedar air matanya mula bergenang mengalir. Mengapa dia rasa begini?

Wajah Essac yang dipandang, semakin kabur dek kerana air mata yang makin banyak mengalir keluar. "K.. kenapa you.." Belum sempat Essac habiskan soalannya, Nedinena pukul dada bidang jejaka itu.

"Kenapa you tak call I? Kenapa you tak bagitahu I? Erica dah tak ada? Itu betul?" Nedine menyoal sambil dia silih berganti memandang wajah Essac dan potret lukisan arwah Erica.

Essac mula berubah rasa. Wajahnya bertukar muram. Melihat Nedinena menangis kerana baru tahu tentang kehilangan Erica, dia jadi sedih. 

Dia pernah bawa Erica bertemu Nedine sekali. Mereka saling menyukai satu sama lain. Masa mereka berpisah, Ericalah yang beria menyuruh Essac untuk kembali pada Nedine, namun, dia tetap tidak mendengar.

"Erica dah tak ada? Y.. you.. k.. kenapa you.." Nedine menunduk lemah. Dia jadi sakit jikalau Essac sakit. Kerana kehilangan ini, dia tahu bagaimana sakitnya Essac Damien.








    BERSAMBUNG...







Continue Reading

You'll Also Like

4.1M 169K 63
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
8.5K 241 5
As Kaaviya Reddy steps onto the sun-kissed shores of Love Island All Stars, she is ready to rewrite her love story. With a heart full of hope and a s...
1.2M 65.1K 59
𝐒𝐜𝐞𝐧𝐭 𝐨𝐟 𝐋𝐨𝐯𝐞〢𝐁𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 〈𝐛𝐨𝐨𝐤 1〉 𝑶𝒑𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒆𝒔 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...