11 HOURS TO BOSTON ✓

aish_maira tarafından

154K 7K 256

[The E's Family vol.3] Saat dua pasangan kekasih yang sudah putus cinta kini bertemu kembali di dalam s... Daha Fazla

*PROLOG*
11 Hours To Boston: Bab 1
11 Hours To Boston: Bab 2
11 Hours To Boston: Bab 3
11 Hours To Boston: Bab 4
11 Hours To Boston: Bab 5
11 Hours To Boston: Bab 7
11 Hours To Boston: Bab 8
11 Hours To Boston: Bab 9
11 Hours To Boston: Bab 10
11 Hours To Boston: Bab 11
11 Hours To Boston: Bab 12
11 Hours To Boston: Bab 13
11 Hours To Boston: Bab 14
11 Hours To Boston: Bab 15
11 Hours To Boston: Bab 16
11 Hours To Boston: Bab 17
11 Hours To Boston: Bab 18
11 Hours To Boston: Bab 19
11 Hours To Boston: Bab 20
11 Hours To Boston: Bab 21
11 Hours To Boston: Bab 22
11 Hours To Boston: Bab 23
11 Hours To Boston: Bab 24
11 Hours To Boston: Bab 25
11 Hours To Boston: Bab 26
11 Hours To Boston: Bab 27
11 Hours To Boston: Bab 28
11 Hours To Boston: Bab 29
11 Hours To Boston: Bab 30
11 Hours To Boston: Bab 31
11 Hours To Boston: Bab 32
11 Hours To Boston: Bab 33
11 Hours To Boston: Bab 34
11 Hours To Boston: Bab 35
11 Hours To Boston: Bab 36
11 Hours To Boston: Bab 37
11 Hours To Boston: Bab 38
11 Hours To Boston: Bab 39
11 Hours To Boston: Bab 40
11 Hours To Boston: Bab 41
11 Hours To Boston: Bab 42
11 Hours To Boston: Bab 43
11 Hours To Boston: Bab 44
11 Hours To Boston: Bab 45
11 Hours To Boston: Bab 46
11 Hours To Boston: Bab 47
11 Hours To Boston: Bab 48
11 Hours To Boston: Bab 49
11 Hours To Boston: Bab 50
11 Hours To Boston: Bab 51
11 Hours To Boston: Bab 52
11 Hours To Boston: Bab 53
11 Hours To Boston: Bab 54
11 Hours To Boston: Bab 55
11 Hours To Boston: Bab 56
11 Hours To Boston: Bab 57
11 Hours To Boston: Bab 58
11 Hours To Boston: Bab 59
11 Hours To Boston: Bab 60
11 Hours To Boston: Bab 61
11 Hours To Boston: Bab 62
11 Hours To Boston: Bab 63
11 Hours To Boston: Bab 64
11 Hours To Boston: Bab 65
11 Hours To Boston: Bab 66
11 Hours To Boston: Bab 67
11 Hours To Boston: Bab 68
*EPILOG*

11 Hours To Boston: Bab 6

2.9K 134 2
aish_maira tarafından

"Are you good?" Soalnya dengan nada prihatin. Nedinena tidak menyahut. Dia cuma mengangguk.

Segera dia berpaut ke kepala seat di hadapan Essac dan segera kembali berdiri.

Beberapa orang penumpang di sekeliling yang perasankan hal tadi, masing-masing senyum ke arah mereka, hal itu menambahkan lagi rasa malu dalam diri Nedinena.

Apa mampu dia buat? Cuma mampu balas sajalah senyuman-senyuman para penumpangnya itu.

Essac yang masih duduk di seatnya, masih cuba mengawal riak wajah yang sedari tadi, tidak henti-henti ingin tergelak. Sejujurnya, hatinya geli melihat sikap bekas teman wanitanya yang jelas-jelas sedang menahan rasa malu.

Dia juga terkejut tadi saat Nedinena tiba-tiba terduduk di atas ribanya. Tapi, pada masa yang sama, dia gembira, nampaknya, angin yang bertiup tadi, berpihak kepadanya untuk kembali mendapatkan Safieyah Nedinena.

"I... I... Nak pergi b..alik seat." Tergagap-gagap dia ingin menyatakan itu. Baru saja badan dipusingkan ke hadapan ingin mengatur langkah pergi, lengan mulusnya ditarik lembut.

"Lepas duduk atas riba I nak pergi macam tu aje?" Soalan dari bekas teman lelakinya itu buatkan dia kelu lidah. Dia pandang Essac. Ish, sengaja nak kenakan dialah tu.

"You ni... Bukannya I..." Tidak sempat dia hendak membebel, Essac hulurkan sebuah seni lukisan hasil daripada tangannya sendiri.

Nedinena senyap. Dia terkesima dengan lukisan cantik yang sedang menghiasi permandanganya ketika ini. Essac lukis gambar dia?

Oh ya. Baru dia ingat. Essac student art and design. Sudah tentulah setakat lukisan sebegini, mudah saja baginya untuk menyiapkannya dalam masa beberapa minit. 

Cantik. Bisik hatinya yang sedang berbunga. Sejak dua tahun lalu, memang ada satu perkara tentang Essac yang membuatkan dia sering tertarik dengan jejaka itu.

Bukan hanya kerana rupa, bukan juga harta, bukan pangkat, mahupun status hidupnya, tetapi... Lukisan. Ya, lukisannya.

Segaris senyuman nipis berjaya terbentuk. "Beautiful..." Pujian itu akhirnya terluncur keluar. Essac senyum bangga saat lukisannya dipuji.

Dia sudah agak. Nedinena masih peminat nombor satu hasil karya lukisannya. Tunggulah saat mereka mendarat di Boston nanti. Ada hadiah istimewa dia ingin beri pada wanita itu.

Memikirkan reaksi yang mungkin Nedine akan tunjuk nanti, dia tersenyum lebar.

"But not as beautiful as the real one.."

•••••••••••••••••••••••

"But not as beautiful as the real one.." Senyuman nipis di bibir merahnya tadi, mula padam. Mata dikecilkan memandang jejaka itu. Mulalah tu nak flirting bagai. Huh, jangan harap!

"Gatal!" Bentak Nedine geram. "Dengan future wife sendiri apa salahnya?" Mata coklat uniknya itu dikelipkan tepat ke arah pramugari di sisinya. Dia ukir senyum manja.

"Eee, siapa nak jadi future wife you? I tak nak!" Balas Nedinena sedikit tidak puas hati. Suka hati je cop orang bakal bini dia.

"Tapi I nak you." Selamba saja dia tuturkan itu. Nak konon, habis, dua tahun lalu punya hal? itu apa cerita?

"I tak nak!" Nedinena masih membentak. "I nak juga!" Essac tidak mahu kalah. Dia terus nyatakan keinginannya.

"You ni, I kata tak nak, tak nak lah!" Dia cebik bibirnya geram. "I nak juga! I nak kahwin dengan you!"

Membulat mata hitamnya mendengar itu. Apakah? Dia ni gila gamaknya.

"Ish! Suka hatilah! Dah! Duduk diam-diam!" Kaki dihayun meninggalkan Essac sendiri di seatnya.

"Dear! acıktım bana yemek yap.." (I'm hungry, serve me some food..) Sengaja dia panggil Nedine begitu.

Semua penumpang mengalihkan pandangan ke arah mereka. Masing-masing ketawa kecil. Geli hati dengan gelagat pergaduhan comel itu. Nedinena? Sumpah dia geram dengan Essac.

Kalau boleh, dia nak campak saja bekas teman lelakinya itu ke luar!

"ben senin değilim dear!" (I'm not your dear!) Dia kembali menapak mendekati Essac yang masih selamba dengan senyuman tidak bersalah. Dia ujar itu pada bekas teman lelakinya.

"Wau.. ni first time I dengar you cakap Turki. Nice dear.." Ya. Dia benar-benar kagum. Betullah, Nedinena sekarang makin menarik.

"Ugghh.. annoyinglah you ni. Cakap cepat you nak makan apa? Sebelum kitorang tutup food service.."

Essac senyum lagi. Marah-marah pun, nak juga hidangkan makanan. "Anything, yang penting you serve." Katanya.

Nedinena jeling. "Bagi tapak kasut jelah!" Laju dia akhirnya melangkah pergi. Essac mengawal tawanya. Comellah Nedine marah.

•••••••••••••••••••••••

Penerbangan mereka hampir separuh hari sudah berlalu. Jam pada ketika ini, tepat menunjukkan pukul 10.40 pagi.
Lebih kurang tujuh jam lagi sebelum mereka mendarat.

Essac resah menggaru kepala. Tidak henti memikirkan bagaimana dia hendak terus dekat dengan Nedine selepas penerbangan ini berakhir?

Dia jenguk ke arah cabin anak kapal beberapa kali. Bukan main mesra Nedine dengan rakan-rakannya. Tetapi dengan dia? Sudah serupa singa kacukan harimau. Garang.

Dia cebik bibirnya. Masih adakah peluang untuknya? Nedine itu agak-agak sudah berpunya kah sekarang? Sebab itukah dia jual mahal sangat?

Throwback...

Suasana hujan ribut ketika ini, seumpama memahami hatinya dan turut menangis meraung-raung.

Kilat petir tidak henti menyambar dada langit dengan kasar. Pada masa yang sama, tangisan jatuh ke pipi yang sudah sedia basah akibat rintikan hujan.

"Janganlah buat I macam ni Essac... I... I sayang you. Janganlah tinggalkan I." Rayuan itu tidak diendahkan, sebaliknya langkah galah, kekal kemas diatur.

Tanpa menghiraukan wanita yang selama ini dia cintai dengan penuh hati dan perasaan itu dibasahi air hujan, dia meninggalkannya.

"Essac! Essac.. Essac you janji kita akan kahwin nanti. I.. I dah ready." Dia masih merayu mengejar langkah teman lelakinya yang sudah laju berlalu pergi membiarkan dirinya di dalam hujan ribut itu.

"I tak akan halang you belajar! You boleh belajar dekat Harvard! Tu impian you. I akan sokong, tolong jangan tinggalkan I.. Hiks.. Hiks.. jangan Essac.."

Rayuan demi rayuan, tangisan demi tangisan, Essac masuk ke dalam keretanya yang kemas dipakir di hujung sana.

Tanpa sikit pun memandang Nedinena yang terduduk di jalan raya dalam keadaan menangis itu, dia pecut keretanya berlalu pergi.

End of flashback..

Hari itu, hari yang paling dia benci. Sejujurnya, dia tidak mahu ingat. Namun, itu memori hitam. Mustahil dia akan lupa.

Dia marahkan Essac Damien sejak hari itu. Sejak hari itu juga, dia tekadkan diri. Dia tidak akan jatuh cinta lagi dengan jejaka itu.

Namun mengapa? Mengapa mereka dipertemukan untuk tempoh 11 jam ini? Mengapa mereka perlu bertemu? Lagi?

"Nedine.. dengar tak? Ada tiga passengers business class minta blanket, you nak bagi or I buat?" Suara Dura mula mengganggu fikirannya tentang masa lalu tadi.

Perasankan rakannya itu seolah mempunyai masalah, dia duduk seketika di sisi Nedinena. "Apasal ni babe? Kalau you tak ok, bagitahu.. ni pasal you terduduk atas riba dia tadi ke?"

Dia geleng. "What if I say, this is because two years ago?" Dura hela nafas. "You masih teringatkan kejadian tu?" Soalnya. Nedine angguk. "Listen.. only 11 hours aje.. lepas tu, you tak akan jumpa dia lagi. Trust me."

Harapnya yalah. Entah mengapa dia tidak rasa begitu. Setiap kali memandang wajah Essac Damien yang merupakan bekas teman lelakinya itu, dia tidak rasa yang ini akan jadi pertemuan akhir mereka.

Dia paksa diri mengukir senyum. "Oklah, I nak hantar blanket tu. You duduklah.." Dia bangun meninggalkan rakannya di seat mereka.

Dia bergerak mengambil tiga helai selimut yang diminta oleh penumpang. Lalu bergegas ke cabin business class. Dua helai sudah diberikan, namun, sehelai lagi, dia tidak jumpa orangnya.

Dia garu kepala. Dura ni, betul ke tiga?

Sekali, mata teralih ke arah cabin economy class. Ini kerja Essac kan sebenarnya. Dengan rasa menyampah yang tidak henti menyelubungi dirinya, dia paksa kaki melangkah menuju ke sana.

Kepala digelengkan beberapa kali saat melihat bekas teman lelakinya itu sudah tertidur bersama dengan beberapa helai kertas assignmentnya serta kertas lukisan sedang dipeluk.

Kelakar pula rasanya. Dia tersenyum kecil. Selimut di tangannya dibuka. Kertas-kertas Essac yang bersepah di ruangan seat itu, dikemas.

Dia selimutkan tubuh sasa itu dengan perlahan, tiada niat ingin mengganggu lenanya.

Dia mula perasan tentang dirinya yang Essac jadikan model lukisan di kertas tadi. Dia ambil kertas itu. Sungguh, dia tidak tipu. Lukisan ini sangat cantik.

Dia tersenyum perit memandang ke arah bekas teman lelakinya itu. Ya, bekas teman lelaki yang pernah memegang takhta tertinggi di dalam carta hatinya suatu ketika dahulu.

"Kenapa you tinggalkan I dulu?" Dia membongkok sedikit sebelum punggung dilabuhkan di seat sebaris dengan Essac yang masih tertidur lena.

Rambut jejaka itu yang jatuh ke dahi, diselak lembut. "I sayang you dulu.."

"I tahu." Terkejut dia. Essac.. tak tidur? Hah? Alamak!

Lekas dia bangun semula dari seat tadi. "You.. tak tidur?" Soalnya terkejut. "Tak." Sepatah balasan Essac. Dia kini membuka mata.

Gulp!

Kena game.

"You sengaja kan?" Nedinena mula naik angin. "Haah." Lagi sekali jawapan selamba itu berjaya buat dia kekal marah.

"You ni memang..." Baru dia nak membebel, "Tak yahlah marah I.. I dengar you cakap you sayang I.." Membahang pipinya.

"Itu dulu." Nedinena menafikan. Iya. Dia sebut perkataan 'dulu' tadi. "Tak kisah. Tapi I tahu you sayang I.." Essac masih selamba.

"Yakin betul?"

"Yakin. Sebab I tahu." Tak senang Nedine dibuatnya. Aduh... Malulah begini! Cepatlah 11 jam ini berakhir.






   BERSAMBUNG...


     

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

365K 3.8K 12
Anya has a simple plan. To attend her perfectly rich and snobbish cousin Riya's wedding and then come back to her normal routine life, being a clerk...
12.3K 207 7
Fanfics about Sweet Pea. Female oc. Third person storyteller.
28.4K 773 13
When Wybie is sucked into the Witch's Well by the Beldam, Coraline realizes the ghost children were right and her fight with the Beldam is not over. ...
1.4M 34.2K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...