Kaki yang tersarung kemas kasut Sneaker
Nike Air Force 1 '07 itu menapak selangkah merapati bekas teman wanitanya yang masih kaku.
Dia tahu, yang menyebabkan pramugari di hadapannya ini kaku, akibat ayat terakhirnya sebentar tadi.
"Hmm.. nanti jadi wife I juga."
Sengihan terukir sesaat. Lagi sekali dia menapak selangkah makin merapati Nedinena yang sudah semakin terkedu.
"You sure nak letak I kat seat ni? Kenapa tak letak dekat depan? Dekat dengan you. Nanti rindu, senang nak datang dekat." Sebelah mata coklat cairnya yang sangat unik itu dikelipkan.
Allah. Mengapa laju sangat jantung berdetak ini? Nafas tidak boleh dikawal. Pipi yang mula bertukar merah? Itu lagilah jelas kelihatan. Malulah dia begini. Nampak pula dia masih inginkan Essac. Ah, tak ada! Tak akan! Dia tak akan kembali pada jejaka itu!
Dia tepis dada bidang Essac kasar buatkan lelaki itu hilang keseimbangan badan. Sudah alang-alang begitu. Dia terus dudukkan dirinya di seat hujung.
Dia ketawa sinis buatkan Nedinena makin panas. "You patutnya, duduk
dekat sayap kapal terbang je!" Tidak mahu sikap menggoda Essac terus mengganas, dia akhirnya mula kembali bersuara.
Essac cebik bibir. Dia pandang Nedine itu atas dan bawah. 'Nedine, nedine, you memang jual mahal kan?' Dia bermonolog sendiri di dalam hati.
Dia agak kecewa sebenarnya. Susahlah dia nak dapatkan Nedine balik jikalau sebegini rupa. Tidak! Teruskan Essac. Usik dia. Percayalah. Dia pun rindukan kau.
Suara itu bertutur di benaknya. "Eleh,kalau I jatuh? You juga yang nangis.. you kan sayang I lagi?" Saja hendak dengar jawapan Nedine yang seterusnya. 'Come on dear.. proof me you still love me.'
"Siapa nak sayang you? dah lah cabuk!" Auch! Itu pula yang dilontar keluar. Essac cebik bibir. Baru ingatkan jawapan Nedine tadi, 'I still sayangkan you.' Heh.
"Dah! You tukar seat tepi tingkap tu! Fasten your seatbelt on. We're about to takeoff as soon as possible!" Dia sempat jeling Essac.
Setelah itu, kakinya lekas dihayun pergi. Lama-lama dekat ex-boyfriend dia tu, boleh gila oo..
•••••••••••••••••••••••••
Essac menurut apa yang diarahkan oleh Nedinena tadi. Dia tukar tempat duduk ke seat tepi tingkap. Belum apa-apa, tingkap kecil kapal terbang yang separuh tertutup itu, ditolak ke atas.
Dia senyum sekilas melihat permandangan luar kawasan berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul itu.
Tempat lahirlah katakan. Bukan mudah hendak membiarkan hati rela meninggalkannya begitu saja. Walaupun ini bukan kali pertama, dia tetap rasa sama.
Dia akan habiskan pengajian Master in art and designnya tidak lama lagi. Ini tahun akhir. Dia tidak sabar ingin mulakan hidup baru nanti.
Ya. Hidup baru yang tiada lagi bebanan assignment! Huh! Juga... Mungkin, hidup baru bersama pasangannya.
Saat otak berfikiran tentang hal itu, mata melilau ke arah cabin anak kapal. Dia senyum saat menangkap susuk tubuh ramping yang begitu cantik itu sedang sibuk menjalankan tugas sebagai seorang pramugari di hadapan sana.
Nedinena. Pasangan, juga hidup baru yang dia maksudkan... Ialah Safieyah Nedinena!
Pengumuman dari salah seorang pramugari Turki kedengaran bergema di seluruh cabin kapal terbang ini. Enjin kapal terbang mengaum sedia hendak berlepas terbang ke udara sana.
Essac pejamkan mata dan sandarkan kepala di kepala seat kapal terbang itu. Awal-awal dah kurang selesa. Seat economy class? Tidak pernah dia tempah seat ini sebelum ini.
Jujurnya, dia marah. Mahal kut tiket business class tu. Tiba-tiba, kena juga duduk di seat economy? Rasanya, kalau pramugari yang mengurusnya tadi, bukan Nedinena, mahu dia bergaduh sudah.
Tetapi sebabkan itu bekas teman wanitanya yang dia ingin cuba untuk ambil hati kembali, dia relakan. Haih. Demi Nedinelah katakan.
Pesawat Turkish Airlines ini meluncur laju di landasan. Saat terasa dengung telinga menyerang segera, dia tahu. Kini, pesawat yang dia naiki sekarang, baru saja terbang ke udara dan bakal meninggalkan sepenuhnya bumi Istanbul.
Tingkap dikerling. "See ya Istanbul." Ujarnya ringkas.
••••••••••••••••••••
"Bugün neden bu kadar karamsar görünüyorsun? Bir şey mi oldu Nedine?" (Why you seem so moody today? Something happened Nedine?)
Teguran dari salah seorang rakan sekerjanya buatkan dia segera menukar riak wajah yang tadinya cemberut kepada senyuman.
Dia geleng. "Belki de sadece benim kötü günümdür.." (Maybe it's just my bad day..)
Ya. 'bad day' yang dia maksudkan sudah tentunya kerana pertemuan semulanya dengan Essac.
Zehra angguk memahami. "Wish everything will be fine for ya Nedine.." Balasnya.
Saat kapal terbang sudah stabil di ruang udara, mereka buka tali pinggang keselamatan yang dikenakan semasa mereka duduk di seat khas yang tersedia buat para pramugara dan pramugari.
Masing-masing melangkah mendekati cabin anak kapal. Mereka perlu menyediakan hidangan makanan yang sudah siap ditempah oleh setiap penumpang.
Nedinena dan Zehra, mereka perlu menguruskan hidangan makanan bagi cabin business class. Syukurlah Essac kena kes double seat. Kalau tidak jenuh dia hendak melayan perangai merapu bekas teman lelakinya itu.
Manakala nasib malang menimpa Essac. Yang bertugas menghidangkan makanan di cabin economy class ialah Dura. Dura dan Farokh. Nasiblah Essac. Mesti kena kaw kaw dengan Dura.
Troli makanan pesawat ditolak penuh berhati-hati. Sampailah penumpang yang terakhir, mereka berpatah kembali ke cabin anak kapal.
Ada Nedine jenguk beberapa kali ke arah cabin economy sana. Dura dan Farokh masih belum selesai. Penumpang bagi cabin itu memang selalunya ramai. Sampai saja giliran Essac...
"Nak makan apa?" Kasar. Juga dingin. "Dura.. yolcuya kaba davranma, neden onunla böyle konuşuyorsun?" (Dura.. don't be rude with passenger, why are you talking like that to him?) Farokh kedengaran agak kurang selesa saat dengar cara pertuturan Dura agak kurang ajar.
Walaupun dia tidak memahami bahasa Melayu, dia tetap tahu yang intonasi suara Dura, sangat keras. Itu bukan sikap yang baik sebagai seorang pramugari.
Dura jeling rakannya itu. "Ne yemeği istersiniz efendim?" (What food do you want sir?)
Dia berpura-pura hormatkan Essac, walau hati sedang marah. Ya. Itu bekas teman lelaki Nedinena. Perbuatan Essac yang meninggalkan temannya itu terkontang-kanting sendirian dua tahun lalu, cukup menyakitkan hingga dia terkena tempias.
"Mana Nedine?" Essac tidak endahkan pun soalan tadi. Dia soal Dura dengan soalan lain. Pramugari yang sedang berdiri berhadapan dengan troli makanan pesawat itu, mengawal riak marahnya.
"Apa Nedine, Nedine? Nedine tak ada! You nak makan apa? Cakap! Kalau tak nak, I pun tak hingin nak serve!" Auch. Memang berpakat ya Nedine dan Dura. Habislah dia asyik kena bebel dengan minah seorang ini sepanjang 11 jam.
"Dura!" Farokh memarahi, tetapi suaranya masih dikawal. "Ok fine! Nedine tak serve economy class, she serves business class." Terang Dura, kali ini sedikit sopan.
Essac mula mencebik. Ala. Baru nak usik dia lagi. Bisik hatinya. Tiba-tiba pula, boleh teringatkan sesuatu. Nedine cuma bertugas di business class. Bermakna, semua penumpang business class, di bawah tanggungjawabnya.
Essac senyum penuh dengan keriangan saat terfikirkan satu idea bagaimana dia hendak buat Nedinena beri layanan untuknya.
BERSAMBUNG...