My Lovely Crush❤

By Kyennss

196K 6.5K 222

"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syaki... More

Bab 1:Daniya Nur Maizarah
Bab 2:Dancer
Bab 3:Sabarlah Niya
Bab 4:Denda
Bab 5:Kitaorang Masih Rapat
Bab 6:Mata Panda
Bab 7:Cemburu
Bab 8:Penipu!!
Bab 9:Salah Aku
Bab 10:Punca
Bab 11:Flashback
Bab 12:Maafkan Aku
Bab 13:Luka
Bab 14:Isi Hati
Bab 15:Hijrah
Bab 16: Tanda Tanya
Bab 17:Why?!
Bab 18:Curiga
Bab 19: Kenangan Kita
Bab 20:Terima Atau Tidak?
Bab 21:Back To School :)
Bab 22:Rumah Baru
Bab 23:Hero Aku!
Bab 24:Dia Terlalu Baik.
Bab 25:Wanita Yang Dirindui
Bab 26:Abang Sayang
Bab 27:Hadirnya Dia
Bab 28:Surat
Bab 29:Gaduh
Bab 30:Lukisan
Bab 31:Boyfriend
Bab 32:Sweet Apa?
Bab 34:Hanya Kerana Video
Bab 35:Komplot
Bab 36:Perasaan Yang Tak Mampu Diungkap
Bab 37:Khianat Atas Khianat
Bab 38:Si Dancer Itu...
Bab 39:Cinta Terlarang
Bab 40:Love Story
Bab 41:Satu Kebenaran
Bab 42:Nombor Misteri (Slowly Update)
Bab 43:Kehilangan
Bab 44:Azhar
Cerita Baru
Happy New Year 2016
New Story!
My Lovely Crush Raya! #1
My Lovely Crush Raya! #2
My Lovely Crush Raya! #3
My Lovely Crush Raya! #4
My Lovely Crush Raya! #Final
Isteri Istimewa
Siapa Pemilik Hati?
ATTENTION!!
PROMOTE
Promote
Idea Muncul Lagi!

Bab 33:Kejutan

2.3K 126 0
By Kyennss

Mereka tiba di rumah Encik Syakir, Niya laju turun dari kereta lalu menuju ke pintu. Sneakers nya ditanggalkan dengan cepat, lalu masuk ke dalam rumah. " Ya Allah, lajunya Niya! " Mikhail menutup pintu kereta, " Hahaha, dia rindu sangat tu dengan papa dan mama. " kata Emma. " Eh, Hai bakal adik ipar. " tiba-tiba suara Hafizah kedengaran dari pintu, Mikhail dan Emma menoleh ke arah Hafizah. " Arr, Hai Ka Hafizah. " Mikhail tergagap-gagap, Emma tiba-tiba terasa takut. Takut kebenaran yang belum ada kepastiannya itu terkeluar dari mulut Hafizah.

" Tak payahlah panggil Ka Hafizah, panggil Kaka ipar ja. " Hafizah membuat senyuman sinis, " Oh Ok. Kaka ipar. " Mikhail kurang selesa berbual dengan Hafizah, apa tidak selama ni dia memang sombong gila dengan keluarga Mikhail. Tapi apa mood tiba-tiba mesra? " Mikhail jom lah masuk. Jumpa papa dengan mama. " kata Emma, Mikhail mengangguk. Dia menuju ke pintu, kepalanya ditundukkan sedikit sambil mata hanya focus pada lantai apabila melimpasi Hafizah. Perasaan 'tak ingin' tu tiba-tiba muncul dalam dirinya.

" Yaww, malu-malu kucing. I like. " kata Hafizah, meremang bulu roma Mikhail mendengarnya. Tanpa menoleh dia terus ke ruang tamu, Emma menggenggam lengan Hafizah. " Auch! Sakitlah " Hafizah mengadu kesakitan, " Kau jangan nak buka mulut pasal apa yang kau dah tahu! Apa yang kau fikir tu belum pasti lagi. " kata Emma dalam nada berbisik. " So? Kenapa lah kalau aku bagitau? Mesti pun kebenarannya belum pasti, tapi tentang Niya yang memang anak perempuan tu memang sah kan? Cuba kita tak tau reason dia. " kata Hafizah.

" Kau jangan berani nak bagitau tentang tu dulu! Kita kena jaga hubungan Niya dengan mama Izah. Kita tak tau Niya boleh terima atau tidak kebenaran tu. Apa yang bahaya Niya akan fikir negatif nanti! " tegas Emma, nadanya masih berbisik. Hafizah melepaskan genggaman tangan Emma, " Kau jangan nak mengajar aku! Aku tau lah apa aku buat! Huh. " Hafizah menuju ke ruang tamu. Emma hanya memerhatikan langkah Hafizah itu.

" Kalau betul sangkaan Hafizah, aku takkan maafkan mama Izah. Sanggup dia gunakan anak untuk harta. Tapi aku yakin, mama Izah bukan macam tu. " bisik hati Emma.

Di rumah Mikhail, rakan-rakan sekelasnya dan sahabat rapat sudah berada di sana. Ini lah rancangannya, bila Mikhail di bawa keluar, mereka akan mula buat hiasan dan apa yang patut. Daripada hiasan, makanan, aturcara semuanya dibuatnya sendiri. Dato' Sulaiman dan Datin Sharifah hanya menolong sikit-sikit sebab takut nanti terganggu, Luqman pula berkawal di tingkat atas. Dia dah kunci bilik Niya dan menjaganya di ruang tamu atas. Ya lah, nanti pecah tembelang pula kan?

Riyan berada di bahagian hidangan makanan, dia sedang menyediakan pinggan. Dia dibantu oleh Mak Sum, Mak Sum memandang wajah Riyan. Bibirnya pecah sama seperti Mikhail. " Nak. " panggil Mak Sum, Riyan memandang Mak Sum. " Nak siapa nama? " soal Mak Sum, " Mak cik boleh panggil saya Riyan. " kata Riyan sambil tersenyum. " Oh, tu bibir tu kenapa nak? " soal Mak Sum, " Arr. Saya terjatuh Mak Cik, di bilik air. " bohong Riyan. Mak Sum hanya mengangguk, Riyan menarik nafas lega.

Jam menunjukkan tepat jam 7 malam, Mikhail, Niya dan Emma sudah bersedia untuk bergerak pulang. Niya mencium tangan mama Izah, " Ha, jaga diri baik-baik tau. Jangan nak terperap dalam bilik ja. " nasihat mama Izah. " Ya mama. " kata Niya, dia mencium tangan Encik Syakir pula. " Jangan nakal-nakal tau. Belajar baik-baik. Terutama sejarah tu, belajar dengan Mikhail. " kembang Kempis hidung Mikhail. Biasalah pantang dipuji~

Sekarang giliran Mikhail pula, dia mencium tangan mama Izah dan Encik Syakir. " Ha, jaga Niya baik-baik. Dia tu macam budak-budak sikit. Bila merengek jangan layan dia, abaikan ja permintaan dia yang entah-entah tu. " kata mama Izah. Mikhail ketawa, " Hahaha, Ok mama. " . " Ha Ok pergilah nanti malam sangat pula. " kata Encik Syakir. Mereka berdua masuk ke dalam kereta myvi Emma.

" Ha Emma bawa tu hati-hati. Jangan nak race pula. " kata Encik Syakir, " Ok. " Emma mengeyit mata kanannya. Mama Izah dan Encik Syakir tersenyum, mereka mengangguk tanda faham. Selepas ja kereta Emma hilang dari pandangan, keluarga itu tiba-tiba kelam kabut. Hmm kenapa erk?

Emma memasuki stesen minyak petronas, dia turun lalu menuju ke kauntar. Niya mengeluarkan handphonenya, cahaya terang dari hand phone tersebut menyedarkan Mikhail. Mikhail terus merampas hand phone Niya. " Oi, tu phone akulah! " marah Niya, " Ya, aku tau! Tapi agak-agaklah! Ni stesen minyak. Mana boleh main phone. " kata Mikhail. " Ish, kau ni sama ja dengan mama! " rungut Niya, " Adoi! " terasa sakit dahi Niya apabila dijentik oleh Mikhail.

" Tak payah nak banyak songeh! Kau dah nampak peraturan tu melekat kat sana kau nak langgar juga? Kah, kau nak aku lekat benda tu di dahi kau ni? " leter Mikhail, " Stop! Stop membebel! Macam orang tua! " Niya berpeluk tubuh lalu memandang keluar tingkap. Emma baru sahaja selesai mengepam minyak, dia terus masuk ke dalam kereta. Bunyi laungan azan dari radio kedengaran di kereta Emma, " Eh, azan apa kata solat dulu nak? " kata Emma. " Mikhail Ok ja. " kata Mikhail, " Niya? " Emma menoleh ke arah Niya. " Tak dapat kena tembak. " jawab Niya slumber, nak saja Mikhail ketawa tapi ditahannya.

Emma memberhentikan keretanya tidak jauh dari pintu pagar, dia mematikan enjin kereta dan membuka tali pinggang. Niya yang senyap dari tadi rupanya sudah lama terlena, Mikhail dan Emma melihat Niya yang sedang nyenyak tidur. " Haihh, pantang betul duduk sorang. Mesti tetidur. " kata Emma, " Hehe, tak apalah Ka, kita bangunkan ja dia ni. " kata Mikhail. " Mikhail bangunkanlah. Kalau kaka memang dia tak bangun punya. " kata Emma, dia membuka pintu kereta. " Aku? " Mikhail memandang Niya, " Nak aku siram tak? " Mikhail tersengih.

" Niya.. Niya.. " Niya mengeliat, matanya masih sukar untuk dibuka tapi telinganya sudah tajam mendengar. " Ni bukan suara Ka Emma. " bisik hati Niya, " Oi, Daniya Nur Maizarah bangunlah! " teriak Mikhail di telinga Niya. Niya terus bangun papan lalu memandang Mikhail yang berada di luar kereta. " Eh, oh, eh? Bila masa pintu ni terbuka? Bila masa sampai? Mana Ka Emma? Kau buat apa kat sini? " bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Niya. " Ha, tu lah! Tidur lagi. Keluar cepat! " kata Mikhail, Niya terpinga-pinga. Fikirannya masih di refresh.

" Eh, lambatlah! " kata Mikhail, Niya menggosok-gosok matanya. " Aku ngantuk. " kata Niya, " Tak payah nak mengada-ngada Ok! Bangun sebelum aku siram kau dengan air longkang ni. " ugut Mikhail. " Ish, ni kah tunang? Tak ada tolak ansur langsung! " Niya menolak Mikhail, Mikhail hilang imbangan lalu jatuh terduduk. " Ni kah tunang? Ganas betul! " teriak Mikhail. Dia berdiri perlahan-lahan lalu menutup pintu kereta dan menguncinya.

Dia berjalan menuju ke pintu pagar, kereta keluarga mereka terparkir kemas di garaj. Mikhail membuka pintu rumah, " Eh, gelapnya. " kata Mikhail. Tangannya meraba-raba mencari suis, terpasang sahaja suis tersebut...

" HAPPY BIRTHDAY! " terbeliak mata Mikhail sejurus melihat rakan-rakan sekelas, sahabat-sahabatnya, keluarga, sepupu semua berkumpul. Hidangan tersusun rapi di atas meja, sorakan dan tiupan trompet Entah betul kah tidak namanya kedengaran di sanan sini. Apa yang lebih mengejutkan, banner yang tergantung di dinding. Gambar selfie nya disusun jadi bentuk hati, ucapan dan tanda tangan dari mereka semua juga ada di banner tersebut. Rasa terharu, gembira semua ada di hati Mikhail.

" Happy birthday to you~ Happy birthday to you~ " suara nyanyian Datin Sharifah, Luqman dan Dato' Sulaiman kedengaran dari arah tangga. Mereka membawa kek moist coklat yang sememangnya favorite Mikhail. " Happy birthday to Mikhail! Happy birthday to you! " mereka semua menyanyi untuk Mikhail, Mikhail meniup lilin setelah habis sahaja nyanyian. Haihh.. Terasa macam budak-budak tapi tak apa bila lagi kan? Hahaha..

Selepas memotong kek, Mikhail mencium tangan Datin Sharifah, Dato' Sulaiman dan Luqman. Air matanya mengalir di pipi, touching tau tak? " Yaii jangan lah nangis! Macam budak-budak! " kata Luqman, dia mengesat air mata adik kesayangannya itu. Mikhail hanya tersenyum gembira, Dato' Sulaiman dan Datin Sharifah hanya tertawa melihat anaknya itu. Mikhail mengambil bahagian kek yang dipotong lalu menyuapnya ke mulut Datin Sharifah, " Hahaha, thank you sayang. " kata Datin Sharifah. " Eh, ibu ja? Ayah? " kata Dato' Sulaiman, Mikhail mengambil sedikit lagi lalu menyuapkannya ke mulut Dato' Sulaiman. Luqman mengusik lengan Mikhail, " Ha nah! " Luqman terus membaham kek yang dihulurkan Mikhail.

Family ni nampak cute sangat, hehe..

Naim dan Achai selaku pengacara majlis tampil ke depan. " Ehem, ehem! Assalamualaikum dan selamat malam. " , " Waalaikumsalam " mereka semua menjawab salam Naim. " Baik, untuk memeriahkan lagi majlis, kita akan bermain permainan yang memang suka dimainkan oleh birthday boy kita hari ni. Apa dia Achai? " , " Permainan pertama adalah gusti lengan! ". Mereka semua bertepuk tangan dan bersorak, Nazmie dan Tony membawa meja dan kerusi sebagai arena perlawanan.

" Baiklah, pemain pertama kita adalah Yusry dan Jimi. " , Yusry dan Jimi tampil ke hadapan, mereka memasuki arena perlawanan. Mereka yang lain sudah bertepuk tangan ada juga yang telah bersorak untuk memberi semangat. Mikhail hanya tersenyum sambil melihat mereka bermain. " Get ready, set, go! " Achai meniup wisel, Yusry dan Jimi masing-masing beradu kekuatan. " Lawan! Lawan! " suara bising ini kedengaran di seluruh rumah.

Mikhail menoleh kiri dan kanan, " Mana Niya? " bisik hatinya. Tiba-tiba seseorang memggandingnya, Riyan. " Happy birthday bro. " Riyan menghulurkan hadiah kepadanya, " Ok, thanks. " Mikhail menyambut hadiah tersebut. " Hei, before that. Kita tutup buku lama, kita buka buku baru. Jom bersaing secara sihat. " bisik Riyan, " Kau masih nak Niya? " soal Mikhail. " Mestinya. " kata Riyan, " Ok, kita tutup buku lama, tapi buka buku baru sebagai persaingan sihat. Siapa dia pilih, tu muktamad. Be gentle, no more fight. " kata Mikhail. Riyan menumbuk dada kanan Mikhail sebagai tanda bersetuju. Dia kemudian meninggalkan Mikhail.

Apa angin si Riyan ni? Betulkah niat dia tu?

" Lawan! Lawan! " Mikhail sedang beradu kekuatan dengan Riyan di arena. " Aduii, kuat juga si Riyan ni. " bisik hati Mikhail, " Apa dia makan sampai kuat macam ni? " bisik hati Riyan. Mereka masing-masing sudah mengetap gigi, urat-urat semua sudah jelas kelihatan di tangan kiri, peluh-peluh terpercik keluar di seluruh badan, masing-masing tidak mahu mengalah.

Wisel ditiup, menandakan habis masanya. Mereka masing-masing bersandar pada kerusi, Zaid mengelap peluh-peluh di kepala Mikhail dengan tuala bersih. Tony pula memicit-micit lengan Riyan.

" Ok, Ok! Perlawanan kali ni seri! " Naim mengumumkan keputusannya. Penonton yang melihat perlawanan tersebut bertepuk tangan, Mikhail dan Riyan bersalaman. Masing-masing mengukir senyuman di bibir.

Baru selangkah Mikhail bergerak, tiba-tiba ramai crush Mikhail mendekatinya. Semua nak suapkan Mikhail kek, nak bagi dia air tu semua. Riyan pun sama, dia juga diserbu oleh crush nya, terasa sesak tapi terpaksa bertahan. Lelaki mana boleh pukul perempuan kan?

" Huh, lepas juga aku. " Mikhail duduk di sebelah Jimi, dia mengesat peluh-peluh yang mengalir di lehernya. " Hahaha, tu lah susah kan ramai peminat? " Jimi menyuap sesudu kek ke mulutnya. " Eh, kau nampak Niya tak? " soal Mikhail, " Niya? Buah hati ku tu kah? " kata Jimi. " Ehem, yup. " Mikhail tersengih-sengih, " Aiseh, hahaha! Tadi aku nampak dia dengan sepupu kau tu. " kata Jimi. " Sepupu aku? Yang mana?! " soal Mikhail tergesa-gesa mahukan jawapan, " Alah yang berisi sikit badan di tu, kulit dia boleh lah cerahnya. " jawab Jimi. " Didi! " teriak Mikhail dalam hati.

Dia terus laju mencari Niya, " Huh, jealous lah tu. " Jimi menyuap lagi sesudu ke mulutnya. " Nyumm, sedap! " katanya. Niya berjalan keluar dari dapur, dia mencari-cari rakannya yang lain. " Mana diorang ni? " bisik hati Niya, " Abang L! " panggilan itu mengejutkan Niya. Dia menoleh ke belakang tetapi tiada sesiapa yang seolah-olah dipanggil dengan panggilan tersebut. " Perasaan aku kah? " bisik hati Niya, " Hai Niya. " Niya menoleh ke belakang. Riyan berada di belakang nya.

Wajah tidak senang terukir di wajah Niya, " Kenapa? " soal Riyan. Mikhail mematikan langkahnya, dia terus menyorok di sebalik dinding. Mikhail mengintai sedikit Riyan dan Niya, " Tak ada apalah. " kata Niya. Dia menundukkan kepala nya, " Eleh, nak menipu lagi. Aku taulah dari muka kau tu. " kata Riyan. " Ha? Macam mana kau tau? " soal Niya, " Eh biasalah, aku bah ni. Siapa tak kenal? Ada magic. Hahaha! " temberang Riyan. " Amboi, kau fikir aku budak-budak? Agak-agaklah, aku tau lah aku perempuan ada satu akal. " kata Niya. Dia mengorak langkah menuju ke arah rakan-rakannya.

Tiba-tiba lengannya ditarik kasar oleh Riyan, Niya terkejut. Dia terus menepis tangan Riyan. " Kau gilakah? Nanti mama dengan papa aku nampaklah! " kata Niya, " Ya, aku gila! Aku gilakan kau! " kata-kata Riyan mengejutkan Niya. Niya dibawa oleh bayangannya, jauh.. Jauh.. Jauh.. " I Love You Niya. " perkataan ini dibisikkan ke telinga Niya. Niya terus kembali ke realiti, " Betulkah apa aku dengar ni? Lelaki di depan aku sekarang, cakap I love you dekat aku. " bisik hati Niya. Langkah Riyan laju meninggalkan Niya, Niya masih kaku di tempat itu. Matanya melihat Riyan yang sedang berlari ke tepi kolam.

" Get your crayon~ Get your crayon~ " bunyi mesej masuk dari hand phone Niya mengejutkan Mikhail. Mikhail melihat skrin hand phone itu, " Ada password lah pula. " kata Mikhail. Rasa ingin tau dari siapakah mesej itu menguasai Mikhail, dia berfikir sejenak apakah password nya. Mikhail duduk di anak tangga sambil merenung hand phone tersebut. Mikhail menaip " Daniya Nur Maizarah. " Mikhail menekan ok, wrong password tertera di skrin tersebut.

Jari Mikhail mengetuk palang tangga itu, " Ariyan Rizky. " Mikhail menekan Ok, wrong password again haha~ Fikiran Mikhail menjadi kusut, dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. " Aduh, tunang aku ni pun letak password susah-susah! " rungut Mikhail. " Oi! " hand phone tersebut di sambar oleh seseorang, pastinya tuan punya handphone, Niya. Mikhail berdiri di hadapan Niya, muka ketat Niya menakutkannya.

" Suka hati ja kau kan! " kata Niya, " Arr, Niya aku, aku. " Mikhail tergagap-gagap. " Dah lah ambil phone aku suka hati, lepas tu pandai-pandai nak buka. " kata Niya lagi, " Niya, apasal kau marah sangat? Aku kan tunang kau, salah kah aku nak cek hand phone tunang sendiri? " kata Mikhail. " Huh, Mikhail kita tunang atas kemahuan keluarga. Maksudnya tanpa kerelaan kita sendiri. Jadi faham-fahamlah. " kata Niya, " Maksudnya, kau memang tak suka aku? Aku ni apa pada kau Niya? Kawan kah lawan? Aku ni tunang kau kah? Atau pun cuma lelaki yang mesti mendiamkan diri dan ikut telunjuk kau? " kata Mikhail panjang lebar. Mukanya kelihatan series, memang dia terguris dengan kata-kata Niya. Tapi kesabaran masih tetap diperlukan untuk menjaga keamanan majlis tersebut.

Niya diam, Mikhail pun diam. Niya dapat rasakan Mikhail terguris dengan kata-katanya, padahal bukan niat dia nak guriskan hati Mikhail. " Kau memang tak rela sebenarnyakan dengan pertunangan ni? " Niya tersentak, dia menundukkan kepalanya. " Kalau kau tak rela kenapa kau terima? Kau ada pilihan masa tu, tolak atau terima. Pertunangan ni akan jadi sia-sia kalau kau tak ikhlas tau tak. " tambah Mikhail lagi. Niya terasa sebak, air mata berlinang di tubir matanya.

Niya berusaha menyorokkan tangisannya itu, Mikhail tahu Niya menangis tapi dibiarkannya sahaja. Dia mahu Niya sedar tentang kelakuannya itu, dia takut kalau satu hari nanti Niya akan tercakap benda yang sama pula pada ayah dan ibunya. Jadi biar lah Niya sedar sekarang.

Air mata mula mengalir di pipi, tidak tahan melihat tangisan Niya, Mikhail melangkah meninggalkannya. " Kau suka aku kah? " soalan ini benar-benar kedengaran di telinga Mikhail, soalan ini dikeluarkan oleh Niya. Mikhail mematikan langkahnya di sisi Niya, Niya menoleh ke arahnya. Terasa pantas degupan jantungya, " Jawab lah, kau suka aku kah? " pinta Niya. Mikhail menoleh ke arahnya juga, air mata berjatuhan di pipi mulus Niya. Matanya jelas mahukan jawapan dari mulut Mikhail, tapi entah kenapa mulut Mikhail terdiam seribu bahasa.

Tamat Bab 33:Kejutan

#IamSabahan

Minta jasa baik semua rakan-rakan saya untuk mendoakan keselamatan para malim dan anggota penyelamat yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa-mangsa gempa bumi di Sabah. Sesungguhnya jasa baik rakan-rakan hanya dapat dibalas oleh Allah S.W.T. Dan sama-sama lah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.

#PrayForSabah

Continue Reading

You'll Also Like

27.9K 1.1K 32
Dari hanya menemani kawan ke majlis pernikahan, bertukar pula menjadi pengantin. Semuanya bermula apabila Adella menemani kawannya ke majlis pernikah...
471K 26.8K 45
CHRISLO IAN EMELIO! seorang lelaki yang periang dan juga seorang mafia seperti abangnya, Chris Hans Emelio. Cinta? Dia tak kenal,tak peduli,tak kesa...
6.8M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
29.7K 1.3K 34
[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut dengan permintaan kawannya. "Shh, eh kau ni...