Dusta Puteri Palsu

By Qayssz

81.6K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... More

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 72

1.1K 63 20
By Qayssz

  "Salam sejahtera patik ucapkan buat Tengku." Laksamana Khoja Hassan menjadi insan pertama yang menyambut kedatangan utusan dari Empayar LuoYang. Ternyata Maharaja Han LuoYang tidak turut serta di dalam bahtera serba mewah itu. Hanya utusannya sahaja yang diutus ke mari.

  Beliau merupakan puteranya Maharaja LuoYang, raja bagi Kerajaan LuoYang, sebuah empayar terdiri daripada bangsa Cina. Putera Han Li Yan namanya, selaku abang sulung bagi puteri yang dipercayai hilang di tanah Wantachitra ini. Layanan serba mewah tetap diberikan kepada Putera Han Li Yan memandangkan beliau juga merupakan kerabat diraja.

  "Ampun Tengku Putera Han Li Yan, usah risau akan adinda Tengku, sudah Tuanku Sultan Muadzam Shah, pemimpin Wantachitra kerah tenteranya untuk menggali hingga ke lubang cacing bagi mencari adinda Tengku." Ujar Laksamana Khoja penuh beradab. Bahasa bual bicaranya adalah Melayu belaka memandangkan memang sudah menjadi adat.

  Sesiapa sahaja yang datang ke tanah Melayu, bahasa Melayu lah yang perlu menjadi bahasa bual bicaranya. Begitu juga sebaliknya. Andai orang Melayu yang berkunjung ke tanah Empayar LuoYang, bahasa Cina lah yang akan menjadi bahasa bual bicara di sana, sebagai tanda adab apabila hadir ke negara orang.

  "Sebentar lagi, tunggangan kereta kuda buat Tengku bakal tiba untuk berkunjung ke istana Wantachitra, tempat bersemayamnya Sultan Muadzam Shah dan permaisurinya, Permaisuri Kuntum." Santun penuh adab Laksamana Khoja menjelaskan segalanya kepada putera kerajaan Cina itu.

  Putera Han Li Yan sekadar mengangguk seraya tersenyum. Wajahnya jelas mempamerkan keturunannya. Kulit wajahnya yang cerah bak susu berseri di bawah sinaran cahaya Sang Candra malam itu. Matanya sepet dan mengecil bak bulan sabit apabila senyuman manisnya diukir. Bibirnya nipis namun merahnya bak delima menjadi penambah seri wajahnya.

  Busananya besar dan gah kelihatan serba mewah. Bersulam corak dan seni kerajaan Cina menyerlahkan keindahan adat, budaya dan bangsanya. Rambutnya panjang digayakan menjadi sanggul. Itu budayanya bagi negara bahagian Timur benua Sundalawari.

  "Usah risau. Kami hadir ke mari atas niat yang baik. Tidak langsung akan kami marah kalian atas kesilapan adinda kami sendiri." Putera Han Li Yan mula bersuara. Lagak bahasanya sedikit pelat namun jelas menunjukkan yang beliau fasih akan bahasa Melayu.

  "Adinda beta memang gemar untuk mengembara sesuka hatinya. Ini bukan baru sekali dua berlaku. Kami juga sudah lali dengan perangainya." Sambung Putera Han lagi. Senyumannya kian melebar, matanya seolah hilang ditelan kedutan kulitnya. Boleh diagak umurnya sudah menjangkau kira-kira 30-an namun wajahnya masih kelihatan awet muda.

  Laksamana Khoja sekadar mengangguk seraya tertawa kecil. Dia kemudiannya menjemput Putera Han Li Yan ke singgahsana yang lebih mewah dan sesuai dengan pangkatnya sebagai tetamu kehormat malam itu.
_______________________•••____________________
 
  Dahlia termangu-mangu di atas tilam yang disediakan khas buat dirinya. Bagai ditelan bumi, seluruh tenaganya tiada lagi yang tersisa. Matanya kuyu memandang dinding ruangan istirahat surau itu. Gelap gelitanya atap kayu itu hanya bertemankan cahaya dari lampu minyak tanah di sisinya.

  Sungguh hanya itu kudratnya yang tersisa. Bahkan pergerakan seluruh tubuhnya bagai orang yang baru lepas dibelasah. Bisa seluruh tubuhnya biarpun hanya ingin melakukan pergerakan yang kecil. Dahlia mengeluh berat. Namun tanpa Dahlia tahu, kebolehannya menyedarkan diri dalam jangka masa sepantas itu adalah berkat rawatan akupunktur Han Li Po ke atasnya. Sungguh gadis berbanga Cina itu amat mahir dalam ilmj perubatan.

  Runsing mindanya memikirkan segala hal. Baik keadaan penduduk kampung itu, keadaan Ratna, Arjuna dan masalah penyamarannya yang terbongkar dengan Dewi dan seluruh huru-hara yang berlaku di kampung ini. Atap kayu ruangan itu hampir tembus ditenung Dahlia.

  Tiada siapa berada di sisinya ketika ini. Dahlia berseorangan ditemani cahaya malap lampu minyak tanah dan sedikit pukulan pawana yang menyelit masuk dari celah tingkap yang terbuka sedikit.

  Suatu buah fikiran tiba-tiba menyentak mindanya. "Mengapa... Ke mana sahaja aku jejakkan kaki... Pasti perkara buruk yang menimpa kawasan itu berserta seluruh isinya?"

  "Bermula dari peristiwa dengan Citra di Kampung Kijang..."

  "Tambah pula serangan dari penjurit ketika rombongan dikumpulkan untuk menghantar aku ke istana Wantachitra..."

  "Lagipula dengan peperangan dahsyat di pesisir pantai Wantachitra tempoh hari..."

  "Dan kali ini di Kampung Empat Puncak pula..."

  Tanpa sedar, Dahlia berbicara sendirian. Suaranya tidaklah kuat, sekadar mampu ditangkap telinga sendiri. Matanya mula berkaca, dadanya mula sesak dengan tekanan. Perlahan-lahan linangan air mata yang tiada dijemput gugur berlinangan di sisi pipi mulusnya bak sungai jernih yang mengalir perlahan.

  Tangisannya bisu tanpa bunyi. "Apa kau dah buat ini, Dahlia?..." Perlahan kedengaran suara Dahlia berbisik dengan dirinya sendiri. Sayu bersulam pilu bibirnya melontar bicara yang bagai menabur garam di luka atmanya sendiri.

  Rasa bersalah mencengkam seluruh dirinya, melemaskannya dalam samudera tangisan. Dahlia punyai satu perasaan tanggungjawab atas segala yang berlaku.

  Malah lebih perit lagi apabila setiap kali musibah menimpa, dia pasti menjadi mangsa yang menghabiskan masanya terlantar sakit di atas tilam tanpa mampu menghulurkan bantuan walau sedikit pun. Dahlia kesal, membenci dirinya dengan segala kudrat yang dia punyai.

  Bagaimana mungkin dialah yang menyalakan mancisnya namun kemudian meminta bantuan orang lain untuk memadamkan apinya?

  Begitulah tanggapan Dahlia terhadap dirinya. Tambahan pula, amanah yang dipertanggungjawab oleh Sang Jentayu dan Merpatika ke atas dirinya tentang penyamaran sebagai Tengku Puteri Seri Dahlia kini sudah terbongkar pada Dewi. Tentulah perkara ini akan tiba ke pengetahuan umum juga dalam masa terdekat.

  Hancur. Segala-galanya ibarat kaca yang dijulang tinggi namun kini jatuh pecah bersepai di lantai bumi. Dahlia gagal. Ibarat
Mendaki ke gunung namun tiada beroleh angin, belum pun dia tiba ke garisan penamat, sudah terjatuh di pertengahan jalan.

  Apakah patut dia menarik tali berputus asa sekarang? Apakah tiba sudah waktunya untuk dia menjulang tinggi bendera putihnya? Dahlia buntu. Kesal, geram, bengang, kecewa. Segalanya bercampur baur menghasilkan suatu perasaan yang hitam kelam. Empayar atmanya kini bagaikan ribut. Cuacanya tiada menentu. Sebentar tadi hujan, habis pula mendung, seterusnya taufan pula. Tsunami dahsyat di dalam sana.

  Tangannya Dahlia diletakkan di atas dahi dan netranya yang masih terkatup rapat mengawal kederasan air sungai yang mengalir tanpa henti. Hanya bunyi nafas kedengaran tersedu-sedan di hujung tekaknya.

  Tanpa sedar, Dewi yang tadinya berniat untuk masuk ke ruangan itu kini menjadi pendengar setia tiada berbayar atas segala rintihan sayu Dahlia. Matanya kosong merenung kawasan luar bilik itu. Entah mengapa, jiwanya bagai dihentak pilu melihat keadaan Dahlia yang bagai memanggil-manggil mencari pertolongan.

  'Mengapa? Mengapa gadis yang serupa dengan Tengku Puteri ini kelihatan sangat menyedihkan? Apa yang berlaku pada dirinya sejak awal lagi? Dari mana asal-usulnya? Sejak bila dia mula menjalankan rancangannya? Siapakah yang turut bersekongkol sama dengan rancangannya? Apakah semua ini datangnya dari kotak ideanya atau ia merupakan cadangan dari orang lain? Tapi siapa? Apakah mungkin Sultan dan Permaisuri turut mengetahui hal ini?'

  Dewi bergumam sendirian melalui suara batinnya. Satu keluhan berat dilepaskan. Berat sungguh bebanan yang sedang dipikul mindanya tika ini. Dia masih kekal berteleku di luar bilik menanti Dahlia menoktahkan tangisngya terlebih dahulu. Jiwanya mula dihentak rasa kasih dan sayang, seolah mendapat ilham, firasat Dewi berbisik perlahan mengatakan bahawasanya Dahlia bukanlah insan berniat jahat seperti yang dia sangkakan.
_______________________•••____________________

  "Selesai sudah sesi meluah perasaan kau?" Selamba tanpa segan silu Dewi menyapa Dahlia beberapa saat selepas gadis itu berjaya menenangkan dirinya semula.

  Dahlia terkedu. Hidungnya masih memerah, matanya masih sembap dengan tangisan. Dia hanya mampu mengekori langkah Dewi dengan pandangan matanya sahaja. 'Berapa lama sudah dia berada di situ?' Senandika Dahlia berbisik perlahan, terperanjat dengan kemunculan Dewi yang secara tiba-tiba itu.

  Tiada kata mampu diungkap Dahlia. Dia benar-benar terkedu, terdiam seribu bahasa. Bibirnya diketap perlahan apabila Dewi berlabuh punggung beberapa hasta jaraknya dari sisi tilam pembaringannya. Jelas gadis itu mahu berbual bicara seketika waktu.

  Dahlia menanti bicara Dewi. Sungguh dia tiadalah tahu ayat apa harus dilontarnya setelah disapa Dewi sebegitu rupa. Apakah Dewi mendengar segala rintihannya sejak awal tadi? Dahlia menggeleng perlahan cuba membuang fikiran itu dari mindanya.

  "Hai Tengku Puteri seorang ini, satu kampung dalam keadaan tunggang terbalik, Tengku Puteri ini masih berbaring di tilam empuk ya?" Soal Dewi bernada sinis. Jelas dia memerli Dahlia dengan kata-kata yang tajam menusuk hingga ke seluruh atma gadis itu. Pedih.

  "Apa keadaan di luar sana?" Tanpa menghiraukan bicara Dewi yang tajamnya bagai menikam jantung hingga berdarah, Dahlia mengumpul keberaniannya mempersoal.

  "Kau kenal Mawar?" Soal Dewi spontan seraya memuntahkan segala apa yang berlaku sepanjang Dahlia separa pengsan sebentar tadi. Jelas pada Dahlia, Mawar yang dimaksudkan Dewi adalah Han Li Po sendiri. Dahlia kurang pasti, namun pasti ada sebab-sebab tertentu dia menggunakan nama samaran dan bukan nama sebenarnya.

  "Ha, gadis itu yang kini sedang bertugas sebagai mak bidan buat Seroja." Bicara Dewi kali ini membuatkan mata Dahlia terbalalak luas.

  "Seroja? B-bagaimana keadaannya?!" Soal Dahlia separa menjerit namun kudratnya yang terhad menyebabkan suaranya hanya kedengaran di dalam bilik itu sahaja. Sungguh dia amat merisaukan keadaan Seroja yang sudah tentunya mendapat tempias daging rosak itu sekali.

  "Usah sibuk menyoalkan keadaannya sedangkan segalanya berpunca dari engkau. Daging kambing itu angkara engkau, bukan?" Dewi bersuara sinis. Sekali lagi jantung Dahlia ditikam dengan ketajaman pedangnya yang membunuh.

  Dahlia terkesima seketika. "Dewi, bukan aku Dewi. Kau tahu-"

  "Iyalah, bukan engkau namun itu bicara orang tentang engkau!" Dewi memotong bicara Dahlia, menempiknya keras. Dahlia kekal membisu. Wajahnya terlihat lelah dan tenat seolah tiada terdaya lagi.

  "Setiap musibah yang berlaku, pasti akan ada kambing hitam yang dipersalahkan. Benar atau tidak belakang cerita, semua orang ingin menaruh salah pada seseorang. Itu hakikatnya sebagai manusia!" Sekali lagi Dewi menempik kasar namun nada suaranya dikawal agar tidak kedengaran oleh pihak dari luar.

  Dahlia sedikit tersentak dengan segala butir bicara Dewi. Malah tempikan kasarnya benar-benar bagai menggoncang seluruh tubuh gadis itu.

  "Kau berani sangat menyamar sebagai Tengku bukan? Tahulah engkau menggalas tanggungjawab sebagai seorang puteri? Kau sangka mudah ya?" Suasana menjadi bisu saat Dewi mengunci mulutnya buat beberapa ketika waktu. Dahlia langsung tidak bersuara. Bicara Dewi benar-benar memedihkan jiwa, hampir banjir sekali lagi netranya dengan lautan deras namun seboleh-bolehnya Dahlia tahan daripada gugurnya tangisannya.

  "Andai kau benar-benar seorang puteri, banyak pengorbanan perlu kau laksanakan. Terkadang kau harus memikul tamggungjawab untuk sesuatu yang bukan diamanahkan pada kau."

  "Rakyat bergantung harap pada kau. Kau harus menerima segala kutukan, tohmahan, segala punca, kesalahan, bahkan terpaksa menjadi kambing hitam. Itu tanggungjawabnya seorang puteri. Kau sangka sekadar menghadiri aktiviti kebajikan sudah memadai?" Bicara Dewi pahit namun berbaur nasihat. Dahlia kekal menadah telinganya. Biarpun pedih, namun ada manfaatnya.

  "Apakah aku harus mengaku bahawasanya memang daging kambing itu pemberianku sedangkan bukan aku yang bersalah dalam hal ini? Adakah itu yang kau maksudkan?" Dahlia mula membuka mulutnya. Matanya dikalih memandang ke arah Dewi di sisinya.

  "Dalam membuat pertimbangan, wajib untuk kau lihat dari pelbagai sudut, Dahlia." Dewi menarik nafas dalam sebelum menyambung bicaranya.

  "Andai kata, kau mengambil tanggungjawab atas perkara ini dengan mengaku daging kambing itu pemberian kau, apa nasib ibu-ibu tua yang membantu menyediakan juadah kari kambing itu? Bukankah kelak akan mahkamah persoalkan mereka juga?"

  "Bagi engkau, mungkin kau selamat dari hukuman berat atas dasar penyamaran kau sebagai kerabat diraja ini, namun bagi mereka yang hanya sekadar rakyat biasa ini? Tidakkah kau fikir akan nasib mereka kelak? Mustahil mereka bakal dibiar lepas oleh mahkamah setelah membawa mudarat kepada hampir seluruh kampung ini kerana mereka juga terlibat sama dalam proses memasak itu?" Bicara Dewi bagai menghentak Dahlia ke alam kesedaran semula. Jelas Dewi berpengalaman. Namun mengapa gadis itu seolah-olah menghulurkan bantuan buat dirinya ketika ini?

  "Habis, apa harus aku lakukan?" Seolah meminta tunjuk ajar, Dahlia menyoal Dewi. Biarpun hubungannya dengan gadis itu masih belum baik, namun sepertinya harus dia abaikan semua itu pada saat ini. Ada sesuatu yang jauh lebih penting perlu diuruskannya.

  "Sebelum kau aku beritahu dengan lebih lanjut, ingin aku utarakan pada kau beberapa soalan yang wajib kau jawab." Dewi meletak syarat. Pandangan matanya mula berubah serius.

  "Kau mungkin akan mengunci mulut kau, enggan membalas pertanyaan Ku, maka akan aku benarkan untuk kau beri aku kata isyarat." Sambung Dewi lagi.

  "Apa soalannya?" Soal Dahlia pantas, enggan berlama terlantar baring seandainya ada jalan keluar bagi permasalahan ini.

  "Apakah penyamaran kau diketahui oleh Sultan dan Permaisuri?" Soalan Dewi menyebabkan Dahlia terkedu seketika.

  "Kelip mata sekali untuk tidak. Dua kali untuk ya. Aku hanya perlukan jawapan untuk itu. Lain- lain soalan aku nanti aku usahakan cari jawapannya sendiri." Ujar Dewi seraya duduk tegak memandang pergerakan kelopak mata Dahlia.

  Dahlia sekadar mengetap bibirnya. Berbelah bahagi untuk memberitahu Dewi akan hal itu atau kekal merahsiakannya.

  Matanya mengerling memandang Dewi di sisi. Gadis itu kelihatan serius menanti responsnya. Dahlia mengeluh kecil.

  Mata Dewi ditatap Dahlia dalam. Kedua-duanya kini saling menanti. Akhirnya Dahlia memberi jawapan kepada soalan itu. Matanya dikelip dua kali sambil memandang Dewi yang kini terkesima melihatnya.

Continue Reading

You'll Also Like

150K 8.5K 63
Buat aku dan kau yang masih merangkak mencari keredhaan Allah tapi kadang-kadang terjerumus dalam lembah kejahilan meski sengaja ataupun tidak sengaj...
1.7K 166 37
{Royal Fantasy + romance} Elgarien satu kerajaan yang harmoni dan antara kerajaan paling selamat di seluruh dunia. Tetapi tanpa rakyat sedar. Kerajaa...
360K 21.9K 53
-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyang...
2M 152K 53
" Jangan naik atas. " " Jangan bukak langsir. " Tak faham Elly bila dilarang berkali-kali untuk buat dua perkara ini. Lantak lah, dia ambik job ni pu...