Dusta Puteri Palsu

Від Qayssz

81.5K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... Більше

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 70

308 35 0
Від Qayssz

"Ampun Tuanku, utusan surat daripada Tuanku Ratu Melawati buat Tuanku." Ujar seorang hulubalang istana yang masih menunduk sambil surat utusan itu dijunjung tinggi untuk diberi kepada Sultan Muadzam Shah.

Sultan Muadzam Shah berkerut seketika. Belum cukup sehari mereka bertemu, masih ada lagi isu pentingkah? Surat utusan itu dicapainya lalu dibuka lipatannya dengan cermat. Isi kandungan surat dibacanya dengan baik.

Serentak dengan itu matanya membuntang tidak mempercayai berita yang baru tiba ke pengetahuannya.

"Hantar tabib terhandal Wantachitra ke Kampung Empat Puncak sekarang! Beta titahkan untuk temenggung Tarawangsa, Arjuna Akasia dan puteri beta, Puteri Seri Dahlia dapat keluar dari kampung itu dengan selamat! Segera!" Titah Sultan Muadzam Shah tegas. Wajahnya jelas melukis gundah gulana. Memandangkan perkara ini sudah melibatkan pemimpin Tarawangsa, ia menjadi semakin besar dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Ampun Tuanku! Menjunjung titah Tuanku!" Laung hulubalang istana tersebut seraya bangkit bergerak pantas menuju ke pintu keluar dari kamarnya sultan.

Sultan Muadzam Shah berkerut sejenak. Petang tadi ada diterima olehnya akan surat utusan daripada Iskandar, pengawal setianya, namun isi kandungan surat hanya meminta bantuan daripada tabib-tabib lain. Tidak pula dinyatakan tentang penyakit berjangkit yang berpuncanya daripada Dahlia sendiri? Hairan...
_______________________•••____________________

Raja Sang berdiri di luar beranda bahteranya yang serba mewah berbanding kerajaan lainnya. Memang niatnya untuk menunjuk- nunjuk mempamerkan kemewahan dan kekayaannya sekaligus menagih rasa hormat dan kagum dari seluruh rakyat. Kekuatan dan kehebatannya dirinya diserlahkan secara berlebihan agar tiada yang berani memijak kepalanya. Itulah Raja Sang Kudawamarti.

Beberapa hasta di belakang kirinya, berdirinya Wan Panji, selaku pemangku setia Raja Sang. Dia menjarakkan dirinya dengan Raja Sang untuk memberi ruang kepada beliau menikmati pawana senja itu serta menyaksikan keindahan alam di saat Sang Mentari mula berlabuh tirai.

Wajahnya Raja Sang mendatar sahaja, tiada bengis namun tiada juga senyuman. Mindanya banjir dengan pelbagai hal. Namun dalam kesibukannya memikirkan urusan kerajaannya, terselit juga Dahlia dalam mindanya. Memorinya bersama gadis itu semasa majlis tadi diketuk minda.

Raja Sang mengeluh berat. Itu bukanlah memori yang baik untuk menjadi penyeri mindanya. Namun, tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.

"Wan Panji." Panggil Raja Sang tanpa menoleh. Pandangannya kekal jatuh pada bentangan samudera yang membiru.

"Ya, Tuanku." Sahut Wan Panji pula. Posisinya juga masih kekal sama, bertapak di lantai kapal tanpa berganjak walau seinci.

"Apa perkembangannya?" Soal Raja Sang, merujuk kepada rancangan baru miliknya.

"Lancar, Tuanku. Perkasa juga sudah berada bersama Tuanku di atas kapal ini." Ringkas, mudah dan padat Wan Panji membalas soalan Raja Sang dengan jawapan yang ingin didengarinya.

Serta merta bibir Raja Sang koyak dengan senyuman. Akhirnya, ada juga sesuatu yang menyenangkan hatinya yang penuh kusut dengan gundah gulana tiada henti. Namun senyumannya tidak kekal lama. Kelibat seekor burung pelatih di dada langit menarik perhatiannya.

Matanya mengecil, cuba melihat kelibat burung itu dengan lebih jelas. Sungguh dia mengenali haiwan peliharaan itu. Burung itu miliknya seorang perisik Sulantara yang diletakkan di Wantachitra.

"Mengapa Culan datang ke mari?" Soal Raja Sang, dahinya berkerut. Culan merupakan nama bagi burung yang dimaksudkan. Serentak dengan itu Wan Panji turut menoleh sama memandang langit.

Kedua-dua mereka menanti penuh sabar sehinggalah Culan datang bertenggek di jari Raja Sang. Segera surat kecil bergulung di kaki Culan diambil oleh Raja Sang. Isi kandungan surat dibaca. Serta merta Raja Sang menoleh menecerlung Wan Panji penuh garang. Jelas isi kandungan surat tidaklah membawa berita yang baik.

"A.. apakah isi kandungan surat itu, Tuanku?" Soal Wan Panji sedikit gagap namun sebolehnya dia pamerkan ketenangannya di hadapan Raja Sang.

"Bagaimana Puteri Dahlia boleh berada di kampung itu?!" Jerit Raja Sang keras bersulam kasar. Nada suaranya dikawal namun dia seolah ingin mentertak Wan Panji semahunya.

Wan Panji berkerut. "Bu- bukankah Tuanku yang menitahkan untuk menjadikan Tengku Puteri sebagai kambing hitam?" Soal Wan Panji sedikit terketar. Cerlungan tajam Raja Sang menyebabkan dirinya seolah hilang pertimbangan. Sungguh aura Raja Sang tidak mampu ditahan orang biasa.

"Sial kau!" Satu tamparan hebat hinggap di pipi Wan Panji. Akibat kehebatan dan kekuatan luar biasa Raja Sang, bibir Wan Panji pecah berdarah manakala pipinya merah bak delima menerima tamparan hebat sebegitu. Wan Panji tertunduk separa setelah menerima tentangan sebegitu hebat namun tangannya sempat berpaut pada pemegang kapal. Jantungnya berdegup pantas, terperanjat dengan apa yang baru berlaku. Amarah Raja Sang benar-benar mengerikan.

"Temenggung Tarawangsa itu! Arjuna Akasia yang beta titahkan kau jadikannya kambing hitam! Bukan Puteri Dahlia!" Raja Sang berbisik keras menahan amarahnya. Dia sedar Wan Panji merupakan orang pentingnya dan bukan orang bawahan yang boleh dia pancung sesuka hatinya.

Wan Panji terkedu. Lidahnya terkunci. Apakah dia salah dengar? Tempoh hari Raja Sang menyebut 'Puteri Dahlia' dan bukannya Arjuna.

"Beta sebut lelaki yang selalu berkepit dengan Puteri Dahlia itu! Bukannya Puteri Dahlia sendiri! Bodoh!" Mata Raja Sang hampir tersembul keluar menjegil Wan Panji yang kini berdiri dalam ketakutan. Parah. Bagaimana dia boleh tersilap dengar? Sungguh penyesalannya tiada penghujung hanya kerana kesilapan telinganya.

"Ampun Tuanku. Patik silap. Namun yang dipersetujui orang kampung juga adalah untuk menjadikan Puteri Dahlia sebagai kambing hitam. Jelas mereka punyai hutang tidak langsai dengan Tengku Puteri." Jelas Wan Panji, berani memberi penjelasan lagi biarpun gementar sudah dengan aura Raja Sang.

Raja Sang menapak beberapa langkah ke belakang. Matanya dikatup rapat. Nafasnya ditarik sedalam mungkin. Jantungnya berdegup bagai nak ribut menahan amarahnya daripada meletus. Dirinya tertanya-tanya mengapa rancangannya sering menemui kegagalan jikalau ia melibatkan Puteri Dahlia dan Arjuna Akasia itu?

Raja Sang mendengus kasar, menghambur segala sisa api amarahnya.

"Gagal. Lari jauh dari rancangan asal. Kau tahu apa yang berlaku sekarang?! Seluruh kampung itu kini diserang penyakit berjangkit! Puncanya Puteri Dahlia sendiri." Raja Sang mengakhiri ayat terakhirnya dengan satu bisikan keras. Jelas amarahnya memuncak dengan kenyataan itu. Bengang dengan berita buruk tentang kekasih hatinya.

Wan Panji pula terkedu, menganga mendengar berita itu. Sungguh di luar jangkaan. Parah. Habislah, musnah semuanya. Mana mungkin Raja Sang membiarkan perkara ini berlanjutan.

"Ubah haluan kita! Beta mahu kembali ke Wantachitra!" Titah Raja Sang, kasar. Serentak dengan itu segera Wan Panji mengorak langkah seribu menjunjung titahnya Raja Sang.
_______________________•••____________________

Langkahan pantas Dewi terhenti. Hari yang semakin menuju senja tanpa pelita bersamanya menyukarkan perjalanannya. Tambahan pula, bukanlah mudah untuk dia keluar dari sekumpulan penduduk yang berniat membunuh itu. Mujur Arjuna menjadi benteng paling kukuh. Benar-benar tiada tolok bandingnya pemuda itu. Dewi sendiri kagum melihat ilmu pertarungan Arjuna. Tidak pernah dia temui pemuda sehebat itu.

Dahlia separa sedar. Matanya kuyu cuba ditahan daripada tertutup. Mindanya seolah sudah tidak lagi bernyawa. Kosong tanpa sebarang fikiran. Dahlia kini tidak lagi mampu memproses apa- apa. Dia benar-benar telah pengsan namun atas semangatnya yang jitu untuk menahan diri dari jatuh ke alam mimpi, matanya sedikit terbuka. Kudratnya benar-benar kehabisan saat ini. Tambahan lagi, pertarungannya sebentar tadi memberi cedera dan beberapa luka kecil pada anggota tubuhnya.

Tangan, kaki, seluruh anggota tubuhnya kini benar-benar longlai di pangkuan Dewi. Kepalanya sedikit terhinjut akibat gegaran Dewi yang sedang berlari mengejar waktu.

Dewi berhenti berlari sejenak. Kudratnya dikumpul kembali. Dahlia bukannya ringan. Tambahan pula, dia turut menerima beberapa kecederaan kecil semasa bertarung tadi. Dewi juga perlukan rawatan cuma keadaannya tidak separah Dahlia.

"Apakah itu Puteri?" Satu suara seorang perawan muda dari sisi Dewi kedengaran. Dewi sedikit tersentak akibat terperanjat dengan kehadiran gadis itu yang muncul secara tiba-tiba. Hanya samar-samar wajah gadis itu dapat dilihat Dewi bertemankan unggun api yang dibawa gadis itu.

Perawan muda itu tidak berselendang mahupun punyai apa-apa yang menutup bahagian kepalanya. Rambutnya hitam ikal mayang dibiar lepas tanpa berikat. Wajahnya tiada mirip keturunan Melayu. Gaya bahasa melayunya juga kedengaran sedikit pelat. Jelas dia bukan berbangsa Melayu.

"Siapa kau?!" Dewi mendengus kasar. Sungguh dia tiada waktu lagi untuk dibuang. Dia sudah terlalu sibuk untuk melayan satu lagi musuh baharu ketika itu.

"Aku Mawar. Tuan Puteri mengenali aku." Balas Han Li Po, berdusta namanya seraya bergerak mendekati Dewi. "jujurnya, aku mengekori Tuan Puteri ke kampung ini namun sepanjang waktu aku habiskan dengan bersembunyi hinggalah tercetusnya huru-hara ini, segera aku mencari kelibat Tuan Puteri semula. Izinkan aku hulurkan bantuan buat Tuan Puteri." Jelas Han Li Po dengan pantas. Nada bicaranya menjadi laju kerana dia tidak mahu membuang waktu di saat-saat genting sebegini.

Dewi berkerut. Namun masa tidak memberi keizinan untuk dia memohon penjelasan dengan lebih lanjut.

"Bawa Tengku ke surau kampung ini. Aku akan bersama kalian." Sahut Dewi yang kelihatan mengah. Seluruh wajahnya banjir dengan peluh, jelas dia lelah. Serentak dengan itu, segera Han Li Po mengambil alih tugas memangku Dahlia. Kudratnya yang masih berbaki banyak menyebabkannya tiada masalah untuk menghulurkan bantuan buat kedua insan itu.

Beberapa tapak mereka mengorak langkah, berlari bagai tiada cukup lantai bumi ini, akhirnya mereka tiba di surau Kampung Empat Puncak.

"TENGKU!" Teriak Iskandar yang menyedari kehadiran Dewi, Dahlia dan seorang gadis bukan Islam yang tidak dikenalinya.

Tok Penghulu sedikit tersentak. 'Apakah-?' Senandikanya berbisik curiga. Setahunya, Tengku Puteri akan ditamatkan riwayatnya oleh penduduk yang ditugaskan untuk membunuhnya. Bagaimana mungkin Tengku Puteri selamat tiba ke sini? Apakah rancangan mereka mula menemui pintu kegagalan?

Iskandar bergerak pantas menuju ke arah Dahlia dan yang lain. Tok Aziz dan pembantunya yang lain turut sama bergerak. Habis semua pengawal kampung dilanggarnya. Semua pembantu wanita mula memgerumuni Dahlia yang keadaanya seperti nyawa-nyawa ikan itu. Segera mereka membawa Dahlia masuk ke kawasan wanita yang bertutup untuk dirawat segera.

Tok Aziz memanggil Dewi sebentar. "Apa yang berlaku? Adakah Tengku Puteri juga memakan daging kambing itu?" Soal Tok Aziz, risau. Wajahnya tegang, gundah gulana.

Dewi sekadar mengangguk. Kudratnya semakin sedikit bakinya. Tidak mampu lagi berbicara berlebihan. "Mengapa sebegini teruk keadaannya? Pesakit lain tiada yang muntah darah? Apakah yang berlaku pada Tengku?" Soal Tok Aziz lagi. Dahinya berkerut seribu melihat perkara berlaku di luar jangkaannya.

Kali ini giliran Dewi pula yang terkedu. Segera dia menoleh memandang pesakit lain. Kebanyakannya hanya batuk yang berterusan dan keadaan mereka tidaklah seperti Dahlia. Jelas Dahlia mengalaminya lebih teruk.

  'Dia jadi parah sebegitu sebab serangan aku kah?' Senandika Dewi bergumam sendirian.

Iskandar datang mendekat. "Apakah Tengku makan daging itu dengan sangat banyak?" Soal Iskandar. Wajahnya benar-benar serius.

"Tidak. Tengkulah yang jamah paling sedikit." Balas Dewi. Nafasnya turun naik. Mengah selepas menghabiskan segala baki kudratnya. Iskandar ditatap Dewi dari atas hinggalah bawah. Berkerut gadis itu dibuatnya melihatkan keadaan Iskandar yang bagai orang tidak terurus.

Rambutnya kusut ditolak ke belakang. Tanjak dan sampinnya hilang entah ke mana. Lengan bajunya disinsing hingga ke siku. Wajahnya dan seluruh tubuhnya banjir dengan peluh. Lagaknya Iskandar tidak jauh seperti rupa orang baru balik dari perang.

Iskandar berkerut mendengar jawapan Dewi. Bagaimana mungkin Dahlia yang makan daging itu paling sedikit tetapi mengalami kecederaan yang paling parah? Hairan.

"Kau kenapa?" Soal Dewi sambil menunjuk ke arah Iskandar sendiri, memaksudkan apa yang berlaku kepada pemuda itu sehingga berkecamuk rupanya sebegini rupa.

"Ah!" Iskandar tersentak. Baru tersedar akan keadaan dirinya. Segera dia menjelaskan segala apa yang berlaku sedari tadi.

Dewi berkerut seribu. Dadanya membuak dengan api amarah. "Jadi mereka berniat untuk mengurung kita di sini ya?" Suara Dewi bernada dalam dan keras. Jelas amarahnya kini memuncak hingga ke langit ketujuh. Iskandar sekadar mengangguk. Mahu lawan, keadaan tidak beri keizinan. Jumlah seluruh penduduk kampung itu jauh lebih ramai berbanding mereka.

"Arjuna di mana?" Soal Iskandar tiba-tiba apabila menyedari Arjuna yang tadinya mencari Dahlia kini tidak kunjung tiba.

Dewi menepuk dahinya. "Astaghfirullah... Dia masih di sana. Bertarung." Dewi memberi isyarat agar Iskandar segera bergerak membantu Arjuna yang mungkin sudah kehabisan tenaganya. Namun belum sempat Iskandar mengorak langkah, Dewi kembali bersuara.

"Lagi satu, apakah berada dalam pengetahuan kau akan identiti sebenar Tengku Puteri yang sekarang ini?" Soalan Dewi menoktahkan langkah Iskandar.

"A- ap- apa?"
_______________________•••____________________

Han Li Po membaringkan Dahlia di atas sebidang tikar mengkuang. Darahnya dilap oleh beberapa lagi wanita yang lain. Li Po memandang sekelilingnya, cuba mencari sesuatu. Kawasan itu terdapat beberapa ramuan yang hanya orang tertentu sahaja tahu akan kegunaan dan kepentingannya.

"Bersihkan segala darahnya. Pastikan dia tidak jatuh pengsan untuk beberapa sela waktu ini." Han Li Po tiba-tiba memberi arahan mengejut kepada wanita-wanita yang sedang membantu itu. Namun mereka tidak membalas, sebaliknya segera menjalankan arahan dengan baik.

Han Li Po kemudiannya berlari ke arah ramuan yang tersusun di atas beberapa rak. Lesung batu dicapainya. Beberapa daun dan serbuk dicampak dalam lesung batu bersaiz sederhana besar itu. Alu dicapainya lalu segera dilumatkan segala campuran ramuan tadi.

Sedikit air ditambah lalu dilumat sekali lagi bersama ramuan tadi. Sebatian tadi kemudiannya ditapis dan dituang ke dalam sebuah gelas tembaga. Segera gelas itu dibawa kepada Dahlia.

"Minum ini, Tuan Puteri." Ujar Han Li Po sambil membantu Dahlia untuk duduk. Sudu berisi air yang dibancuhnya tadi disuap ke dalam mulut Dahlia yang hanya separa terbuka. Beberapa lagi suapan demi suapan ditelan Dahlia. Biarpun kudratnya tiada lagi tersisa, namun tetap dia gagahi untuk kekal berada dalam keadaan sedar.

Selang beberapa minit seketika, Dahlia berhenti memuntahkan darah. Batuknya juga sekadar batuk biasa dan tiada lagi bersisa darah.

Wanita yang membantu itu terpegun melihat keadaan Dahlia yang pulih sedikit dalam sekelip mata. "Air apa yang kau bancuh itu?" Soal wanita itu sambil memandang Han Li Po.

"Itu." Han Li Po menunjuk ke arah labu sayong yang berada di atas meja tempat dia membancuh tadi. "Aku kenal akan air itu. Air rebusan akar sambang darah, bukan?" Balas Han Li Po dengan soalan. Wanita itu terkesima seketika.

"Telah aku campurkan dengan beberapa ramuan lain bagi mempercepat kesannya kepada tubuh." Sambung Han Li Po sambil membaringkan Dahlia semula. Gadis itu kini benar-benar sudah tidak sedar. Lelahnya hanya Tuhan yang tahu.

Wanita itu memandang Han Li Po penuh curiga. "Apakah kau... Mahir dalam ilmu perubatan?"

Продовжити читання

Вам також сподобається

24.1K 2.3K 73
Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantai...
Mr. Dimple Yang Manis Від NayanaIftiNayana

Короткі історії

27.7K 1.9K 36
"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas...
360K 21.9K 53
-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyang...
Akademi DiRaja Granté Від 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓲𝓷𝓰

Підліткова література

462K 34.8K 53
『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Satu 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Pada tahun 2020, sebuah akademi yang serba elit telah diwujudkan dengan tuju...