Dusta Puteri Palsu

Qayssz

81.6K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... Еще

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 67

237 34 0
Qayssz

"Ke mana lagi destinasi kita selepas ini?" Dahlia membuka bicara, menyoal Dewi sambil menyarung sepatu miliknya yang tersusun rapi di dalam sebuah rak kasut kayu perang kekuningan warnanya. Memandangkan solat asar telah mereka tunaikan, mungkin sudah tiba waktunya untuk melangkah kaki meninggalkan kampung ini pula atas urusan yang lebih penting.

"Tengku, izinkan patik iringi Tengku ke suatu tempat sebentar. Gadis kecil itu tiada perlu untuk turut serta bersama. Dia akan kita ambil setelah kita datang ke mari semula." Balas Dewi sambil menunjuk ke arah Ratna yang sedang leka bermain bersama rakan barunya yang hampir sebaya dengan umurnya itu. Pertama kali dalam hidupnya mempunyai teman sebegitu rupa.

Dahlia mula tertanya-tanya akan bicara Dewi sedemikian rupa namun tiada diendahkan semua firasatnya memandangkan cadangan Dewi itu tidaklah memakan masa yang lama. Dahlia sekadar mengangguk, "Baik, tiada masalah."

Dewi mendahului perjalanan. Langkah kakinya tiadalah terlalu laju bagaikan kilat ataupun menunggu pisang berbuah dua kali sebelum tiba ke destinasi. Sekadar bersahaja dan mampu diekori Dahlia. Sehinggalah pada suatu saat, langkahannya dihentikan.

"Sudah tiba." Dewi memalingkan badannya ke belakang menghadap Dahlia. Mereka berdua kini berdiri dengan jarak kira-kira tiga hasta antara satu sama lain. Selain mereka, bertapaknya sebatang pokok
jering muda yang memayungi mereka dari bahang sinaran mentari.

Dahlia kekal membisu. Dirinya sedia menanti apa sahaja yang bakal diluahkan Dewi. Sudah dia tahu gadis itu seolah memendam sesuatu sejak mereka mula tiba ke kampung ini. Sepertinya gadis itu sudah bersedia untuk memuntahkan segala apa yang terbuku di dada.

Namun, Dewi juga kekal mengunci mulutnya. Dahlia berkerut tidak memahami. Sudahlah gadis itu yang bawa mereka ke mari malah tiada penjelasan atas tindakannya itu. Angin sepoi-sepoi meniup kain sampin kedua insan itu.

"Dewi, atas alasan apa kau bawa aku ke mari? Apakah ada sesuatu yang ingin kau uatarakan pada aku?" Dahlia sekadar membahasakan dirinya 'aku' bagi memberi keselesaan pada Dewi melontar bicaranya.

Dewi mengeluh berat. Matanya kuyu memandang lantai bumi sebelum satu kerlipan mata mula mencerlung Dahlia penuh tajam. Dahlia tersentak seketika namun dia kekal tenang menguburkan segala firasat buruk yang seolah-olah bermain di mindanya.

Dalam sekelip mata, Dewi tiba-tiba mula mencabut sarung pedangnya lalu menyerang Dahlia tanpa diketahui alasannya. Dahlia tersentak tanpa bicara namun refleksnya pantas mengelak serangan Dewi seraya tangan kanannya turut sama pantas memisahkan antara pedang miliknya dengan sarungnya.

"Dewi! Apa ini?!" Dahlia separa menjerit, tidak mampu menghadam tindakan Dewi. Apakah Dewi musuh dalam selimut? Kepada siapa? Tengku Puteri Seri Dahlia yang sebenar?

Dewi bagai menelan dalam lidahnya, tiada terpacul walau sepatah kata dari mulutnya. Serangannya terus dihalakan ke arah Dahlia. Pantasnya bagaikan kilat menyambar tidak mampu ditangkap retina mata akan ketangkasannya. Namun Dahlia kekal tenang biarpun seribu kotak persoalan membanjiri mindanya ketika itu.

Segala ilmu yang telah ditumpahkan Merpatika kepadanya digunakan sebaik mungkin. 'Sumpah! Aku bukan lawan kau, Dewi!' Senandika Dahlia melaung kuat bergema di seluruh ruang atmanya. Ketangkasan Dewi jauh tiada bandingan dengan kemahirannya yang bagaikan baru setahun jagung itu. Dewi jauh lebih arif dalam hal ini.

Serangan demi serangan bertubi-tubi menghentam Dahlia. Tiada belas ihsan Dewi paparkan buat gadis itu. Namun apa yang tidak Dewi sedar adalah, Dahlia sebenarnya punyai jalan lain untuk selamatkan dirinya.

Tenangnya Dahlia bersebab. Tewasnya dia berkali-kali bukan hanya kerana kemahiran tumpulnya, malah setiap pergerakan Dewi sedang dibaca dan dihadam gadis itu. Apa yang Dahlia sedar adalah Dewi sengaja menyasarkan serangannya ke bahagian lain.

Sekali pandang dari mata kasar, mungkin jelas terlihat bahawasanya Dewi sedang menghentam Dahlia, namun sebagai pihak lawannya sendiri, Dahlia mendapati serangan Dewi disasarkan sedikit berbanding sasaran utamanya. Dewi tiada niat mencederai Dahlia. Itu kesimpulan ringkas yang mampu Dahlia hadam.

Sepertinya tujuan utama Dewi bukanlah melukai Dahlia, malah gadis itu hanya mahu melihat tahap kemahiran Dahlia. Jelas di sini bahawa, rahsia penyamarannya sudah terbongkar pada Dewi. Dahlia tidak mampu berdusta dengan Dewi lagi. Gadis di hadapannya ini sudah tahu semuanya. Tindakannya menyerang hanyalah untuk membenarkan firasatnya sahaja.

'Ah, parah.' Suara batin Dahlia mengeluh ringan namun tubuhnya masih tangkas menyerang balas. Sungguh usaha tiada pernah mensia-siakan hasilnya, serangan balas Dewi berjaya dipatahkan Dahlia. Mungkin memakan masa yang agak lama namun setelah tindak-tanduknya dan corak pertarungannya dapat dibaca Dahlia, tidak sukar untuk mematahkan serangan balas gadis itu.

Dahlia bertindak menoktahkan segala pertarungan ini. Biarpun dia juga tiada niat melukai Dewi, namun pergerakan Dewi akan dimatikan sehabis mungkin memberi ruang untuk berbicara dan menyelesaikan masalah menggunakan aksara dan bukannya pedang.

Pedang Dahlia kini berada tepat di leher Dewi. Memandangkan penyamarannya sudah terbongkar, tiadalah perlu untuk dia kekal dalam wataknya lagi. Dewi langsung tiada tersentak. Matanya separa dibuka akibat seluruh armadanya hangus dijilat api amarah yang membara. Sekali pandang, tiada siapa yang berani mendekat dengan Dewi.

"Celaka, Tengku Puteri tidak serang dari arah sebegitu." Mendalam suara Dewi menangkas semula pedang Dahlia yang telah dekat dengan leher Dewi. Jelas, masih ada lopong dalam serangan Dahlia yang membenarkan Dewi kembali menyerang balas.

Pedang milik Dahlia tercampak dua hasta jauhnya dari Dahlia. Dewi kembali membetulkan posisinya. Begitu juga Dahlia. Dewi tidak lagi menyerang balas. Kedua-dua insan itu kini berdiri tegak memandang satu sama lain tanpa sepatah kata pun terpacul keluar dari mulut.

"Menyamar jadi Tengku Puteri?" Tajam cerlungan Dewi menatap Dahlia. Bagaikan Sang Rimau yang mahu membaham mangsanya. Sungguh Dahlia sedikit tersentak akibat gerun dengan seluruh aura yang dikeluarkan Dewi. Ketangkasan dan kemahirannya sungguh menakjubkan.

Dahlia kekal diam mengunci bicara. Dirinya sendiri tahu bahawasanya lambat laun Dewi akan tahu rahsia sebenar juga namun tidaklah dia sangka sebegini cepatnya Dewi membongkar segalanya. Terlalu pantas. Belum cukup sehari lagi mereka meluang waktu bersama.

"Kau sangka kau siapa? Berani mempergunakan gelaran Tengku pada diri kau hanya semata kerana wajah kau yang seiras itu?" Seluruh empayar atma Dewi bagai gunung berapi yang menggelegak seakan hampir meletus bila-bila masa sahaja.

Sungguh dia rasa tercabar dengan tindakan Dahlia. Tengku Puteri bukan sembarangan orang untuk seorang rakyat biasa mengaku dirinya sebagai Tengku jelas menunjukkan bahawasanya maruah Tengku seolah dipijak-pijak sesuka hati. Mana tidak berapi Dewi yang merupakan pemangku Tengku Puteri.

Ini Tengku Puteri yang sedang dibicarakan, bukan sembarangan orang. Tiada yang berani memijak maruah Tengku sebegini rupa.

Dahlia masih membisu. Tidak tahu apa yang patut dia bicarakan. Nama pun rahsia, tidak mungkin Dahlia sendiri membuka bicara membongkar segala penyamarannya, membenarkan tuduhan Dewi itu.

"Bagaimana kau tahu? Dalam sekelip mata kau-" Dahlia cuba membalas soalan dengan soalan.

"Hanya wajah kau yang sama dengan Tengku Puteri!" Dewi memintas bicara Dahlia dengan satu tengkingan keras.

"Segala apa selain wajah kau, tiada langsung yang sama dengan Tengku! Nasib kau baik, Tengku jarang memunculkan diri di khalayak ramai menyebabkan tidak ramai yang tahu perihal dirinya yang sebenar."

"Sumpah." Dewi menarik nafasnya sedalam yang mungkin, cuba memberi tenang menguasai jiwa. "Sumpah kau sangka aku siapa tidak mengenali Tengku Puteriku sendiri?"

Dahlia sekadar mendengar tanpa ada niat untuk bertikam lidah lagi. Dia tidak tahu sama ada perlu untuk dia berterus terang atau membiarkan Dewi mencemuh dirinya sebegitu rupa.

"Ini. Ini pohon apa?" Dewi menjulang pedangnya tinggi menghala ke arah pohon jering muda yang besar dan berseorangan di tanah luas itu.

Dahlia sekadar berkerut. Pokok itu berbuah lebat. Malah keberadaanya di situ turut menjadi penghias tanah luas itu. Buahnya sukar dikenali Dahlia. Jarang dia melihat pokok sebegitu.

"Maaf, aku kurang pasti." Dahlia membalas ringkas. Entah apa yang cuba Dewi sampaikan melalui soalannya, Dahlia pun tidak tahu.

"Ini kesukaan Tengku Puteri." Dewi bersuara ringkas namun padat. Dahlia pula tersentak. "Ini langkah terakhirku untuk mengenal pasti apakah kau benar Tengku Puteri atau kau sebenarnya hanya bertopengkan Tengku."

Dahlia terkedu lagi. Sungguh silapnya di situ tidak mengetahui ulaman kesukaan Tengku Puteri Seri Dahlia.

"Tidak ramai yang tahu akan hal itu. Hanya Tengku dan aku. Bahagianya Tengku bukan kepalang tatkala dia melihat pohon ini saat dia mengunjungi kampung ini kerana pohon ini tidak ditanam di laman istana." Dewi menjelaskan. Nada suaranya berubah menjadi lebih tenang berbanding sebelumnya.

"Jikalau kau adalah Tengku, masakan kau tidak mengenali kesukaanmu sendiri?" Soalan itu diajukan kepada Dahlia. Pedih menusuk jantung.

"Kau tahu? Tengku tidak senyum. Boleh dihitung dek jari berapa kali sahaja beliau mengukir senyuman. Wajahnya sentiasa garang. Corak pertarungannya juga tidak seperti engkau. Tengku jauh lebih mahir berbanding aku."

"Sebentar tadi, kau halakan pedang di leher aku. Cara kau salah. Jauh berbeza dengan Tengku. Jikalau hendak menghabisi nyawa seseorang, Tengku sendiri akan berdiri di sisi musuh, memegang pedangnya secara terbalik untuk mengelar leher musuh. Itu Tengku." Panjang lebar Dewi menjelaskan. Sungguh sudah dia amati Dahlia dengan sangat terperinci.

Dahlia masih mengunci mulut. Sungguh dia gagal menjayakan penyamarannya. Adakah Dewi akan menjadi pemusnah kepada segala usahanya selama ini? Apakah Dewi akan bongkarkan segalanya di khalayak ramai setelah menyedari hakikat penyamaranku? Apakah hukuman yang bakal Dahlia terima daripada rakyat dan pemerintah?

Minda Dahlia runsing memikirkan segala hal. 'Sudah aku pesan pada diriku, pendustaan tidak akan berakhir dengan baik.' Suara batin Dahlia bersuara kesal.

"Apa alasan kau? Melakukan semua ini?" Dewi menyoal. Pandangannya garang memandang Dahlia namun tidaklah segerun tadi.

Dahlia masih mengetap bibir ketat. Apakah patut dia muntahkan segalanya? Atau hadap sahaja segala apa yang tertulis takdir buat dirinya?

"Jika kau berkeras mahu menelan lidah, aku juga akan berkeras dengan tindakan aku yang seterusnya." Dewi kembali mengenggam pedangnya erat. Dahlia hanya punyai pilihan untuk bersiaga. Segera pedangnya yang terbaring di tanah dicapainya.

Dahlia bersedia dengan sebarang kemungkinan. Sepertinya kali ini Dewi tidak akan sengaja menyasarkan serangannya. Sepertinya nyawa Dahlia benar-benar bagai telur dihujung tanduk.

Dewi bertindak menyerang terlebih dahulu. Ketangkasannya meningkat berbanding sebelumnya. Bertubi-tubi serangan dikenakan ke atas Dahlia.

Sungguh tiadalah buku bertemu ruas. Dahlia mungkin mampu mengelak namun serangan Dewi semakin pantas menyebabkan Dahlia tidak mampu mencapai tahap kepantasan sebegitu rupa.

Satu hentakan kuat menghentam dada Dahlia. Gadis itu terjelopok ke belakang beberapa tapak. Sungguh kuatnya bukan kepalang. Orang biasa sudah tentu akan terjelopok jatuh. Dahlia mundur beberapa tapak ke belakang membetulkan kekudanya. Dia terbatuk-batuk ringan.

Dirinya kembali bersiaga namun Dewi tidak menunggu musuh bersedia, serangannya dikenakan lagi sekali ke atas Dahlia. Kali ini, kakinya kuat menghentam dada Dahlia lagi sekali menyebabkan gadis itu jatuh terjelopok ke lantai bumi. Kepalanya terhentak kuat ke tanah menghasilkan debu- debu yang berteberan serata tempat.

Pandangan Dahlia pinar seketika. Mulutnya tiba-tiba tersembur mengeluarkan darah. Namun digagahi jua untuk dia bangkit dan mempertahankan diri. Biarpun kekudanya tidak dibuka sehabis baik, tetap dia bersiaga dengan serangan Dewi.

Namun sekali lagi, Dewi tidak menunggu. Tangannya diayun tinggi, gerakan tubuhnya seolah-olah bersatu dengan alam, dirinya bagaikan ringan mudah untuk dia membaling dirinya ke arah Dahlia menghentam seluruh tubuh gadis itu dengan sepakan maha dahsyat.

Dahlia menghamburkan darah dengan sangat banyak. Batuknya tiada terhenti. Tenaga dari seluruh tubuhnya seolah ditarik keluar secara tiba-tiba. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuhnya.

Dahlia berkerut tidak memahami kondisi tubuhnya yang tiba-tiba lemah tanpa ada penjelasan yang jitu. Ini bukan berasbabkan serangan Dewi semata. Ada asbab lain yang menyebabkan dirinya dalam keadaan sebegini rupa.

Dewi bersiaga untuk membuat serangan balas terakhir. Dia juga menyedari betapa lemahnya Dahlia yang sudah pun menghamburkan darah dengan sangat banyak biarpun serangannya tidaklah cukup untuk memberi keadaan sebegitu parah kepada Dahlia.

Libasan terakhir adalah daripada pedangnya yang diayun tinggi menjulang ke langit bersedia untuk menamatkan riwayat Dahlia ketika itu juga.

Namun belum sempat hujung bilah pedang menyentuh Dahlia, terdapat satu lagi pedang yang menangkas serangan itu. Jauh bertenaga berbanding Dewi, pedang Dewi tercampak jauh dari tuannya.

"Dewi, bertenang." Arjuna bersuara tegas. Dia kini berdiri di hadapan Dahlia yang sudah tidak stabil lagi tubuhnya. Longlai bukan kepalang, Dahlia jatuh terduduk ke lantai bumi tatkala melihat kelibat Arjuna berdiri di hadapannya, bersiaga demi dirinya.

Dewi terpana seketika. Libasan Arjuna itu sungguh kuat berbandingnya. Malah Arjuna seolah tidak memerlukan tenaga yang banyak ketika membuat serangan balas itu. Dewi terkaku sesaat, menyedari Arjuna bukanlah lawannya.

"Siapa gadis itu? Apakah kau juga bersekutu sama dalam hal ini?!" Dewi menempik kasar, bengang dengan tindakan Arjuna.

"Maaf Dewi, ini bukan masanya." Arjuna mengangkat tangan kanannya memberi isyarat untuk Dewi berhenti melancarkan serangan. Dahlia masih terbatuk tidak berhenti. Tanah perang kini banjir dengan darah miliknya.

"Temenggungnya Tarawangsa, bukan?" Dewi menunjuk ke arah Arjuna. Pandangannya sinis memandang Arjuna. "Kau tahu apa hukumannya untuk sesiapa sahaja menyamar sesuka hati menjadi kerabat diraja bukan?" Dewi sekali lagi bersuara menghambur segala yang terbuku di dada.

"Segalanya akan diperjelaskan pada kau. Namun, ini memang bukan masanya." Arjuna masih kekal separa bersiaga. Setiap saat dia cuba mengerling menoleh ke belakangnya bagi memerhatikan keadaan Dahlia ketika itu.

Dewi berkerut. "Apa yang bukan masanya?!" Bengang dengan bicara Arjuna, Dewi memekik. Jiwanya kini semakin terbakar dijilat api amarah.

"Dewi apakah kau baik-baik sahaja?" Arjuna menyoal. Hairan, tiada angin tiada ribut tiba-tiba Arjuna menyoal akan keadaannya?

Dewi memandang Arjuna garang. Malas mahu membalas soalan itu. Namun sudah dapat Arjuna tangkap jawapannya melalui tindak-tanduk Dewi. Jelas, Dewi baik-baik sahaja. Hanya Dahlia yang masih parah.

"Dewi aku perlukan bantuan kau. Angkut Dahlia ke surau segera!" Arjuna bersuara tegas lagi. Suaranya sedikit meninggi kali ini apabila Dahlia sudah hampir menggigil seluruh tubuhnya.

"Kau gila ya? Kenapa perlu aku bantu penjenayah seperti dia?" Dewi menempik kasar. Tiada logik akal langsung. Memang tujuan asalnya untuk menghabisi nyawa gadis itu, masakan dia perlu bantu pula?

"Dewi kau seharusnya bersyukur kau selamat." Arjuna membalas ringkas. Matanya kini memandang Dewi tajam. Jiwanya sedikit kacau melihat keadaan Dahlia sebegitu rupa dengan tingkah laku Dewi yang tiada mahu menghulurkan tangan itu.

Dewi semakin berkerut.

Arjuna menarik nafas dalam. Dia bangkit berdiri menghadap Dewi. " Satu kampung ini dalam keadaan huru-hara sekarang. Semua penduduk jatuh sakit secara serentak."

Dewi terkedu. Dahlia turut sama terkejut mendengar bicara Arjuna. Satu kampung jatuh sakit?

Продолжить чтение

Вам также понравится

360K 21.9K 53
-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyang...
24.1K 2.3K 73
Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantai...
302K 24.5K 121
Pewaris Dragna kembali ke dunia mereka dan tanpa diduga, pemburuan berulang lagi. Musuh-musuh mula memburu pewaris keturunan Dragna demi mendapatkan...
164K 16.6K 57
New age is begin. Sylvania, menjadi dunia yang maju. The world remain in peace. But... Thats the beginning of the disastrous. Keamanan Sylvania menja...