OG || โ„ฌ๐’พ๐’น๐’ถ๐’น๐’ถ๐“‡๐’พ ๐’ด๐’ถ๐“ƒโ„Š...

By florencetiara

10.5K 922 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... More

โ€ข ๐“˜๐“ท๐“ฝ๐“ป๐“ธ๐“ญ๐“พ๐“ฌ๐“ฝ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข
โ€ข 1 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 2 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 3 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 4 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 5 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 6 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 7 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 8 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 9 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 10 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 12 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 13 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 14 | BYD โ€ข
โ€ข 15 | BYD โ€ข
โ€ข 16 | BYD โ€ข
โ€ข 17 | BYD โ€ข
โ€ข 18 | BYD โ€ข
โ€ข 19 BYD โ€ข
โ€ข 20 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 21 | BYD โ€ข
โ€ข 22 | BYD โ€ข
โ€ข 23 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 24 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 25 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 26 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 27 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 28 | BYD โ€ข
โ€ข 30 | BYD โ€ข
โ€ข 31 | BYD โ€ข
โ€ข 32 | BYD โ€ข
โ€ข 33 | BYD โ€ข
โ€ข 34 | BYD โ€ข

โ€ข 29 | BYD โ€ข

192 20 5
By florencetiara

Jangan lupa votes and comment! hehe
.​
.​
.​

Setelah beberapa hari..

Angin pantai lembut menyapa kulit wajahnya. Pakaian yang dipakai juga turut terkesan dengan angin yang datang, kemeja hitamnya bagai berombak terkibas-kibas dek angin. Diluar kawal, bibirnya mengoyak senyum candu. Puji-pujian Kepada Sang Penguasa Langit dan Bumi diulang-ulang dalam hatinya bagai pita rosak. Mengagumi ciptaan Tuhan yang satu ini.

Tali beg kertas yang digenggamnya daripada tadi dilepaskan sebelum dia letakkan ke permukaan pasir. Jam yang terlilit elok di lengan ditilik. Masih ada beberapa minit sebelum waktu yang dia geruni tiba. Waktu yang dia tidak mahu tapi tertunggu tiba. Situasi yang dia nantikan tapi tetap ditakutinya tiba. Situasi yang dia tidak impi tapi didambanya tiba.

Nafas dihela.

Tangan dibawa menyilang ke dada. Pandangan terarah sedikit kebawah merenung ombak yang deras memukul pasir di darat. Sekali-sekala air laut yang dingin menyentuh hujung jari kakinya.

Sedang asyik termenung,

Tidak semena mena hujung matanya tertangkap susuk manusia yang berdiri agak jauh darinya. Oleh kerana pantai ini tidak ramai pengunjung, maka jika ada seseorang yang mendekat, automatik kepala terasa mahu menoleh melihat siapa yang tiba-tiba berada sekelilingnya.

Sebaik sahaja menoleh, matanya terus terpaku disitu. Kepalanya kaku, tubuhnya mengeras. Ianya wanita. Wanita yang juga sedang merenung ombak seperti yang dia lakukan tadi. Bukan disebabkan seseorang itu adalah 'wanita' yang membuat tubuhnya mengeras, malah kerana wanita itu adalah wanitanya yang sudah dia menanti sejak tadi.

Wanita itu berpakaian serba hitam. Dari burqab yang disarungnya ke wajah, hijabnya, jubahnya dan hinggalah ke bawah, berwarna hitam semua. Diluar jangkaan, pakaian mereka berwarna sama. Serupa.

Pandangan Aahil kembali terarah kehadapan. Sedikit menunduk. "Kau datang." Walau dia sudah tahu tetapi dia tetap seakan tidak percaya

Haura mengerdip sekali, "Ya." suara yang hampir tak terkeluar bunyinya.

Aahil yang mendengar, serasa mahu menyelamkan kepala di dalam laut.

Tiba-tiba Aahil seakan tersedar sesuatu. Dahinya serta merta berkerut. Mana mungkin dia berdua sahaja disini dengan wanita ini? Dimana Raees dan Raeed? Takkan mereka berdua mudah-mudah ingin meninggalkan adik mereka berdua dengan bukan mahram. Itu mustahil.

Kepalanya ditoleh kebelakang belah kiri. Tiada keberadaan Raees mahupun Raeed disitu. Toleh pula sebelah kanan belakang, automatik hilang kerutan di dahi berganti dengan senyuman segaris.

Raees dan Raeed sudah bersila berdua di bangku pondok. Agak jauh daripada kedudukan Haura dan Aahil. Jika si kembar itu bercakap kuat sekalipun belum tentu Aahil dan Haura boleh dengar. Mereka benar-benar memberi privasi buat mereka berdua.

Raees yang perasan Aahil memandangnya, terus mengangkat tinggi sebelah tangan kearah Aahil dengan senyuman lebar. Dan seakan membuat isyarat mempersilakan Aahil meneruskan percakapannya. Raeed pula tersenyum senget sambil membuat isyarat yang sama seperti Raees.

Aahil membalas dengan senyuman tipis. Dia lebih senang dan selesa jika ada yang memerhati.

"Bila gerak ke Jordan?" soal Aahil sambil dia menggerakkan kepala kembali kehadapan. Disoalnya jawapan yang sudah dia tahu.

"Lusa, InsyaAllah." Haura bermain-main dengan cincin yang terbentuk elok di jari kelinkingnya. Diputar-putarkan cincin itu.

"Awal. Bukan masuk ke universiti ada dalam lagi sebulan?"

"Ya. Ada majlis kahwin di rumah nenek. Itu sebab kami gerak ke sana.. awal."

Aahil mengangguk-angguk. Kasut bertutup Haura dikerling sekilas. "Lepas majlis dah selesai, keluarga kau akan tunggu di sana hingga kau masuk U atau mereka akan balik sini dulu?"

"Mereka akan stay sana dalam beberapa hari sebelum balik sini. Waktu hari masuk U, mereka tak ada." terang Haura. Mengendur suaranya diakhir kata.

Aahil mengangguk kecil. Kedua tangannya diseluk ke dalam poket seluar. Pandangan di hala kehadapan memandang laut nan luas.

"Baik-baik di negara orang. Timbalah ilmu dengan seikhlasnya. Dah sampai masa nanti, pergunakanlah ilmu-ilmu itu sebaiknya."

Haura mengemam bibir disebalik burqabnya. Memikirkan selepas ini makin banyak ilmu yang harus ditimba, makin beribu kata yang perlu dihafal dan makin besar rasa tanggungjawab yang harus dipikul. Kesemua itu bukan hanya perlukan kerajinan malah keikhlasan juga sangat penting. Dia bersetuju dengan apa yang Aahil ujarkan.

"InSyaAllah." dengan izin Dia yang Maha Bijaksana, dia akan belajar seikhlasnya. Dan memang niatnya mengongsikan kembali segala ilmu yang sudah dia peroleh pada mereka yang memerlukan.

Hening memenuhi ruang antara mereka. Kedua-duanya lebih selesa diam. Hanya meratapi keindahan alam.

Tidak semena mena, Aahil terfikirkan satu idea. Jika dalam kartun, pasti pereka cerita akan munculkan mentol menyala di atas kepala watak kartun itu. Menandakan bahawa dia sudah jumpa idea yang bernas.

"Let's play a game." nadanya bertanya. Tetapi yang mendengar, tidak pasti sama ada dia perlu menjawab sama ada dia mahu atau tak.

Haura terkebil-kebil. "Game?"

Aahil menggumam.

Berkerut dahi Haura yang terselindung. Aneh-aneh sahaja idea lelaki ini.

"Nak tak?"

Teragak-agak dia mengangguk. Dalam aneh-aneh, mengangguk juga dia.

Aahil menunduk memandang tempatnya berdiri dan tempat Haura berdiri. Boleh tahan jauh. Tubuhnya menghadap ke laut. Haura pula menghadap kearahnya.

"Okay, bilamana aku melangkah satu mendekat pada kau, kau kena berundur selangkah kebelakang. Syarat wajibnya adalah, aku dan kau perlu mengekalkan jarak jauh ni. Tak boleh ubah. Dan aku tak akan menghadap kau aku cuma melangkah sahaja. Faham?"

"Fa... ham." kutt. Haura menggigit bibir bawah. Permainan apakah ini? Tak pernah dia tahu ada permainan yang cara mainnya begini.

Tubuh Aahil yang awalnya berdiri statik, mula mendekat selangkah pada tempat Haura berdiri. Automatik Haura berundur selangkah sesuai dengan peraturan permainan yang diberitahu Aahil tadi.

Walaupun begitu, mereka tetap elak dari bertentangan mata daripada awal. Haura yang menghadap Aahil, hanya memandang kaki Aahil yang bergerak.

Mereka terus 'bermain' tanpa mengendahkan yang lain. Bagai tenggelam dalam pergerakan permainan itu. Aahil berwajah serius. Haura beriak datar.

Raees dan Raeed yang daripada tadi lagi memerhati, memandang aneh. Ini apa pasal la dah sorang ke depan sorang ke belakang? Tarian baru ke? Dah kenapa pula nak ber-tari-tari ni.

Sudah hampir tujuh kali Aahil dan Haura mengulang perkara yang sama. Dalam sadar, mereka hampir sahaja sampai ke hujung pantai. Dengan itu Aahil memberhentikan langkah. Haura juga berhenti berundur. Serentak mereka memanggung kepala memandang sesama sendiri. Haura perlu sedikit mendongak memandang lelaki di hadapannya.

Sepasang mata biru muda tertaut pada sepasang mata hitam pekat. Kedua-dua pasang mata itu bersinar bagai mata mereka berada dalam sebuah bekas kaca lutsinar. Pandangan itu bukan hanya pandangan kosong. Bagai tersirat satu kata yang hanya mereka memahaminya.

Suasana hening seketika.

"Aku pernah merasa diri ini seakan gila sendiri apabila menunggu manusia yang dia sendiri tidak tahu kewujudan aku." luah Aahil tiba-tiba. Dia menjatuhkan pandangan sebelum menggeleng sendiri.

Betapa dasyatnya dia dalam mencintai hamba Allah yang satu ini sehingga dia selalu berdoa pada Tuhan agar apabila nanti dia hanya menerima perpisahan bukannya pernikahan, maka anugerahkan kekuatan yang luar biasa pada dia.

Tubuh yang mendengar, serta merta mengeras. Bibir dikemam kuat. Mata dikerdip perlahan sebelum pandangan dijatuhkan. Kalaulah dia jadi lelaki itu, takkan dia letakkan harapan setinggi itu. Pasti saja dia tergantung di pertengahan jalan.

"Usahlah kau gundah, Aahil. Kau perlu tahu selama sebelum kau hadir tiada siapa pun yang berjaya memenangi hati aku. Hati aku bagai buta untuk menerima. Mungkin juga dahulu aku terlalu pentingkan ilmu berbanding hati. Tapi bilamana munculnya kau, pintu yang selama ini dikunci rapi seakan terbuka sendiri. Aku sendiri tidak tahu-menahu mantera apa yang kau guna." monolog Haura dalam hati. Hanya mampu menutur dalam sepi.

Mata hitam pekat Aahil perlahan bergetar. Tidak senang dengan Haura yang hanya membisu mendengar luahannya. Terasa syok sendiri pula.

Tiba-tiba matanya membesar apabila teringatkan sesuatu. Beg kertas! Ya Allah macam mana boleh tak teringat?

Tubuh dibawa menghadap kebelakang. Nafas lega dihela. Nasib baik tidak basah atau lesap dibawa ombak. Kalau tidak sia-sia barang berharganya yang hampir mencecah empat angka itu. Terus dia berjalan laju bagi mendapatkan beg kertas.

Haura hanya berdiri statik disitu. Tidak berniat pula untuk membontoti langkah Aahil.

Setelah Aahil berjaya menyelamatkan beg kertas itu daripada terkena dek derasnya ombak, dia kembali semula di hadapan Haura. Beg kertas itu ditatap sebelum dia meletakkan betul-betul di tengah-tengah dia dan Haura berdiri.

"For you," mata masih melekat pada beg. Seumpama mengharapkan beg kertas itu berjalan sendiri pergi kepada Haura.

Mata Haura juga melekat pada beg kertas itu. Kelopak matanya dikerdipkan beberapa kali.

"Untuk apa ni?"

"Kalau kau buka nanti kau tahu lah kegunaan dia."

Haura menggulingkan biji matanya keatas.

Terangkat hujung kanan bibir Aahil. Walaupun Haura bukan sedang memandangnya tapi dengan kebisuan Haura dia dapat rasa bengangnya gadis itu.

"Ambil je lah."

Haura mengumam seraya mencapai beg kertas itu. Belum sempat dia menjenguk apa isi di dalam beg, Aahil memotong.

"Jangan tengok kat sini. Tengok kat rumah."

Automatik terhenti pergerakan Haura. Beg kertas kembali di rapatkan ruang bukanya. Akur sahajalah apa yang di kata lelaki dihadapannya ini.

Dan sekarang.. Patutkah dia ucap sesuatu? Seperti.. terima kasih? Atau..​

Belum sempat dia mengucapkan sebarang kata, tiba-tiba dia mendengar derapan langkah kaki manusia menjauh darinya. Automatik kepala mendongak. Aahil sudah jauh melangkah kearah Raees dan Raeed.

Lelaki tu pergi macam tu saja? Kurang asam keping betul.

Melihatkan dia seorang sahaja tercegat di sini, dia juga membuka langkah menuju kearah abang kembarnya. Aahil disana hanya ber-bro salam dengan Raees dan Raeed sebelum dia terus menjauh.

.
.
.​

Haura membaling kasut sandalnya kearah perut Raees. Tak sempat untuk tepat pada sasaran, Raees cepat sahaja mengelak. Haura mendengus geram. Ahh sejak bila abang Ees cekap?!

Seperti sudah menjadi habit Raees untuk mencari gaduh dengan dia. Panas je telinganya dari dalam kereta lagi. Abangnya tak habis-habis menyakat bagai esok hari terakhir dia.

"Onyonyo! Princess ByCha aku dapat hadiah lahhh. Untungnya diaaa!" laung Raees sambil mengangkat tinggi beg kertas hitam. Haah memang dia nak semua orang kat taman ni dengar apa yang dia cakap. Kalau hulur pembesar suara, pasti satu negeri boleh dengar.

Terletus tawa Raeed yang sedang membetulkan parking kereta. Sengal punya Ees, habis memerah muka princess dia.

"Apa bising-bising ni?" Hadeeya sudah bercekak sebelah pinggang di pintu rumah. Sebelah tangannya lagi memegang sudip. Geram dibuatnya apabila ketenteramannya tadi untuk memasak terganggu.

Bersinar mata Raees melihat bondanya. Dia berlari-lari anak kearah pintu. Dengan terujanya dia memberitahu, "Bondaaa tercinta kita! ByCha kan dia dapat hadmmieah diemri Aaheimm."

"Ehee tak ada apa pun bonda. Abang Ees ni merapu je." Haura memberi senyuman paling lebar kepada bondanya. Sambil itu dia menekup kuat mulut Raees dengan tangannya sendiri. Lenguh jugalah tangannya kerana ketinggian Raees. Kalau hari tu tangannya tak lenguh menekup kerana Raees sedang duduk.

Mengecil mata Hadeeya memandang kedua-dua anaknya. Apa lagi yang mereka sorokkan ni? Belum sempat dia mahu mengorek rahsia yang tak tahu lah apa rahsianya.

Tidak semena-mena dia terdengar suaminya bertanya dari dapur,

"Deeya, cucur awak memang hitam ke? Ke dah hangus ni?"

Membulat mata Hadeeya. Ya Allah cucur aku! Tanpa sepatah dua kata dia terus berlari ke dapur dan menyelamatkan cucurnya yang tidak dapat lagi diselamatkan.


Continue Reading

You'll Also Like

135K 5.9K 55
แ€„แ€šแ€บแ€„แ€šแ€บแ€€แ€แ€Šแ€บแ€ธแ€€แ€แ€…แ€บแ€šแ€ฑแ€ฌแ€€แ€บแ€”แ€พแ€„แ€ทแ€บแ€แ€…แ€บแ€šแ€ฑแ€ฌแ€€แ€บแ€™แ€แ€Šแ€ทแ€บแ€แ€ฒแ€ทแ€€แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€œแ€ฑแ€ธแ€”แ€พแ€…แ€บแ€šแ€ฑแ€ฌแ€€แ€บแ€€แ€กแ€œแ€พแ€œแ€ฑแ€ธแ€แ€…แ€บแ€šแ€ฑแ€ฌแ€€แ€บแ€€แ€ญแ€ฏแ€กแ€•แ€ผแ€ญแ€ฏแ€„แ€บแ€กแ€†แ€ญแ€ฏแ€„แ€บแ€œแ€ญแ€ฏแ€€แ€บแ€€แ€ผแ€›แ€ฌแ€€ แ€™แ€ญแ€˜แ€แ€ฝแ€ฑแ€›แ€ฒแ€ทแ€กแ€แ€„แ€บแ€ธแ€กแ€€แ€ผแ€•แ€บแ€…แ€ฎแ€…แ€‰แ€บแ€•แ€ฑแ€ธแ€™แ€พแ€ฏแ€€แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€„แ€ทแ€บแ€แ€…แ€บแ€šแ€ฑแ€ฌแ€€แ€บแ€กแ€•แ€ฑแ€ซ...
45.2K 2K 19
"Show me somethin' different once, I come from where there's no love." COPYRIGHT 23. #1 ATLANTA 05/01/2024 ๐Ÿ†
143K 11K 12
Her ลŸey bana gelen mektupla baลŸlamฤฑลŸtฤฑ. Ufacฤฑk bir not kaฤŸฤฑdฤฑnda yazan ลŸeyler bรผyรผk olaylara ve hayatฤฑmฤฑn deฤŸiลŸmesine yol aรงmฤฑลŸtฤฑ. Ben kendimden emin...
121K 5.8K 44
แ€„แ€šแ€บแ€„แ€šแ€บแ€€แ€แ€Šแ€บแ€ธแ€€ แ€›แ€„แ€บแ€ทแ€€แ€ปแ€€แ€บแ€•แ€ผแ€ฎแ€ธ แ€กแ€แ€”แ€บแ€ธแ€แ€ฑแ€ซแ€„แ€บแ€ธแ€†แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€กแ€™แ€ผแ€ฒแ€œแ€ฏแ€•แ€บแ€›แ€แ€ฒแ€ท แ€€แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€œแ€ฑแ€ธ แ€€แ€ปแ€ฑแ€ฌแ€บแ€”แ€ฑแ€™แ€„แ€บแ€ธ แ€แ€ผแ€ฐแ€แ€ผแ€ฌแ€œแ€ฝแ€”แ€บแ€ธแ€œแ€ญแ€ฏแ€ท แ€€แ€ปแ€ฑแ€ฌแ€บแ€”แ€ฑแ€™แ€„แ€บแ€ธแ€€ แ€•แ€ญแ€ฏแ€ธแ€Ÿแ€•แ€บแ€–แ€ผแ€ฐแ€œแ€ญแ€ฏแ€ท แ€”แ€ฌแ€™แ€Šแ€บแ€•แ€ฑแ€ธแ€แ€ถแ€›แ€แ€ฒแ€ท แ€€แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€™แ€œแ€ฑแ€ธ แ€”แ€ฑแ€แ€ผ...