OG || โ„ฌ๐’พ๐’น๐’ถ๐’น๐’ถ๐“‡๐’พ ๐’ด๐’ถ๐“ƒโ„Š...

By florencetiara

10.5K 922 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... More

โ€ข ๐“˜๐“ท๐“ฝ๐“ป๐“ธ๐“ญ๐“พ๐“ฌ๐“ฝ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข
โ€ข 1 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 2 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 3 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 4 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 5 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 6 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 7 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 8 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 9 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 10 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 12 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 13 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 14 | BYD โ€ข
โ€ข 15 | BYD โ€ข
โ€ข 16 | BYD โ€ข
โ€ข 17 | BYD โ€ข
โ€ข 18 | BYD โ€ข
โ€ข 19 BYD โ€ข
โ€ข 20 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 21 | BYD โ€ข
โ€ข 22 | BYD โ€ข
โ€ข 23 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 24 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 25 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 26 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 27 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 29 | BYD โ€ข
โ€ข 30 | BYD โ€ข
โ€ข 31 | BYD โ€ข
โ€ข 32 | BYD โ€ข
โ€ข 33 | BYD โ€ข
โ€ข 34 | BYD โ€ข

โ€ข 28 | BYD โ€ข

151 24 3
By florencetiara

hi cemua! hehe bertemu kembali kita disini. amacam raya? mesti banyak kan dapat duit raya. meh sikitt lanje kita llao llao. craving nii.

okay untuk chapter ni, mohon jangan kerut-kerut bila baca. sebab macam merapu tapi macam tak merapu. Eh entohlaa hue

last but not least, maafkan saya kalau lepas ni terlalu slow dalam meng-update. mungkin seminggu sekali baru update. itu pun paling cepat hmm..

tapi sebelum saya tinggal BYD ni lebih lama, insyaAllah akan update lagi satu chapter. InSyaAllahh..
.
.​

Tuala kecil putih yang tersangkut pada sisi kabinet dapur diambil lalu ditekap-tekapkan tangannya pada permukaan kain yang bersifat menyerap itu. Mengeringkan tangan yang basah dek mencuci kuali dan periuk. Setelah kedua-dua belah tangan kian mengering, disangkut kembali tuala kecil itu pada tempat asalnya.

Tidak semena-mena, indera pendengarannya disapa dengan suara anak-anak teruna dan daranya memberi salam dari ruang tamu hadapan.

Bibir automatik mencemik. Selepas hampir empat jam anak-anaknya keluar rumah, kini baru jumpa jalan pulang agaknya.

Selepas dia menuturkan kata wajib iaitu menjawab salam, Hadeeya pun membuka langkah kearah ruang tamu bagi mendapatkan anak-anak bertuahnya.

Ketiga-tiga pemilik wajah mirip bangsa suaminya itu manis tersenyum tayang gigi lawa mereka. Masing-masing sedang memegang beg plastik yang berisi barang-barang dapur yang telah dipesannya sebelum mereka keluar rumah.

"Kenapa lewat sangat balik?" Hadeeya menggeleng-gelengkan kepala sebelum dia membelek-belek beg plastik yang sudah mereka letak diatas meja.

Dijatuhkan kepalanya beberapa kali. Nasib baiklah barangan yang dikirimnya cukup semua. Kalau tidak, memang makan diluarlah suami dan anak-anaknya kerana tak cukup bahan memasak.

Raeed menggosok-gosok belakang leher jinjangnya. "Tadi kan kita orang singgah studio Nuhaan dulu untuk ambil album. Itu sebab lambat sikit sampai."

Raees mengangguk setuju selepas melabuhkan punggungnya ke atas lantai berlapikkan karpet putih bercorak. Kaki panjangnya dijulurkan silang kehadapan. Tubuh disandarkan ke kaki sofa.

Haura pula menanggalkan niqabnya sebelum di lipat lalu di simpan rapi di dalam beg tangan.

Hadeeya mengumam faham dengan jawapan Raeed sambil tersenyum tipis. Nasib baik alasan agak munasabah. Dia sendiri juga terlupa yang dia ada meminta anaknya ambilkan album.

"Jadi, mana albumnya? Meh sini, Bonda nak tengok." Hadeeya duduk di atas sofa.

Raeed menyelupkan tangan ke dalam beg kotak besar disebelah kakinya lalu dihulurkan sebuah album setebal novel melayu kepada Hadeeya. "Ini, bonda."

Cepat saja album itu bertukar tangan. Hadeeya langsung menyelak dengan perlahan mukasurat album itu satu persatu. Penuh teliti dia menyemak setiap mukasurat hingga mengecil matanya.

Bibirnya automatik terangkat, tersengih suka. Gambar dan kata-kata yang tersusun pada setiap mukasurat itu sangat memuaskan hati dan citarasanya. Aahil benar-benar lakukan apa yang dia minta. Gambar yang diambil sangat cantik. Kata-kata yang dipilih sangat sesuai.

"Kemasnya! Puas hati bonda tengok." terangkat kedua-dua belah keningnya. Jelaslah, suka benar dia dengan hasil kerja Aahil. Bak kata Aahil tempoh hari, dia sendiri yang akan buatkan album itu bukan pekerjanya. Dah kalau Aahil yang hasilkan, pastilah paling terbaik dia beri.

"Kann..​" sokong Raees sebelum menyambung, "Bonda, bonda nak tahu tak tadi kan dekat studio Nuhaan, ByCha tak behave langsung!" terus terletus tawa besar Raees tika memorinya terbayang situasi di studio tadi. Kelakar sungguh bila teringat kembali bagaimana reaksi adiknya yang begitu teruja sebelum diri sendiri malu.

Hadeeya automatik mengangkat kepala. Matanya memandang Raees kemudian Haura. Haura sudah berkerut tidak puas hati memandang abangnya disebelah.

Bibir Haura terkumat-kamit sendiri. "Dia ni, nak je aku sumbat-sumbat mulut dia dengan bantal berbulu ni." semua benda nak di report lah! Nasib baik ni bantal kesayangan bonda. Kalau tak, memang lenyaplah bulu bantal ni sebab kena sumbat dalam mulut Raees.

"Lain maciam je bonda dengar. Apa yang ByCha tak behave tu?" berminat pula Hadeeya untuk tahu.

"Tadi kan, dia-- mmtbma mnjmmrt.." tidak sempat Raees menyambung kata, Haura dengan pantasnya menekup mulut Raees dengan bantal berbulu yang didakapnya tadi. Lantaklah kesayangan bonda ke bukan kesayangan bonda ke, benda kalau rosak boleh beli. Tapi kalau maruah sudah disebar pada bonda tak boleh ditarik semula!

Dua ketul beradik itu bergelut seperti kanak-kanak tak cukup zat. Si adik kuat menekup mulut si abang sambil menoleh wajah kekiri dan kekanan mengelak si abang mencubit pipi mulusnya. Si abang pula tak putus asa mencuba menarik tangan adiknya daripada terus menekup mulut. Sekali-sekala dia mengambil kesempatan untuk mencubit sekuat hati pipi Haura.

Dia memang tahu, Haura kurang suka jika ada yang menyentuh bahagian di wajahnya. Lagi-lagi sebab sengaja.

Pada Haura, kadang-kadang tu rasa rimas betul. Tapi sebab nak jaga hati, dia biarkan saja.

Tapi kali ini, tak ada nak jaga hati jaga hati eh. Raees ni memang sengaja!

Makin kuat dia tekup muka si Raees. Kalau salah langkah, rasanya boleh ke alam barzakh si Raees ni. Raees pula makin lincah menyentuh-nyentuh wajah Haura.

"Aih! Dah dah." serupa kanak-kanak saja mahu bergaduh. Walhal kedua-duanya sudah boleh dikenenkan dengan anak jiran sebelah yang masih bujang dan dara.

Hadeeya langsung bangun dari duduk lalu terus ke dapur. Sempat dia meninggalkan pesan,

"Tolong bawakan semua barang-barang tu ke dapur." dijegilkan mata kearah Haura dan Raees. Dengan isyarat 'berhenti bergelut sebelum bonda sendiri memberhentikan'

Haura yang terkesan dengan mata tajam bondanya itu lantas melepaskan tekaman pada wajah Raees. Langsung bangun dan membawa langkah ke dapur.

Belum sempat Haura melangkah lebih jauh dari tempat dia bergelut, tidak semena-mena dia terasa ada yang menarik hujung jubah abaya-nya hingga dia terdorong ke belakang. Bibirnya automatik mendengus. Tahu sangatlah dia angkara siapa yang sengaja mencari pasal dengannya hingga hampir tersembam ke belakang.

Raees tersengih puas. "Nak pergi mana hah? Ni angkat barang ni sekali."

Tajam Haura menjeling sebelum dia membuat mimik muka mengejek. "Tak mau." kaki panjangnya terus dibawa laju kearah dapur.

Tiba di dapur, terperanjat Hadeeya dengan tindakan anaknya yang tiba-tiba meluru kearahnya sebelum mendakap erat.
.
.
.​

Pintu kaca kedai jam berjenama itu dia tolak ke dalam sebelum langkahnya dibawa masuk. Seraya itu, dia memberi salam dengan perlahan. Pendingin hawa menampar lembut kulit pipi cerahnya.

Langkah dibawa kearah meja tinggi kaunter. Bibir automatik terangkat sedikit tatkala melihat wanita separuh usia yang daripada awal lagi memandangnya dengan senyum ramah.

"Cik Ma apa khabar?" Aahil mengambil tempat di hadapan Cik Ma, empunya kedai.

"Alhamdulillah sihat orang-orang tua, Haan. Biasalah kadang-kadang tu sakit sikit sikit."

Aahil tersenyum simpati seraya menjatuhkan kepala beberapa kali.

"Ni datang sebab nak tengok jam yang kamu tempah hari tu kan?" soal Cik Ma. Dia membelek-belek laci di bawah mejanya.

Tak lepas bibir merah jambu Aahil tersenyum. Dia mengangguk lagi.

"Hm belum siap lagi, Haan. Mungkin minggu depan baru siap." Cik Ma tutup kembali laci yang dia buka tadi.

Berubah serta merta wajah jejaka yang memandangnya dengan penuh harapan tadi. Terpadan terus wajah cerianya.

"Minggu depan?" suaranya ikut mengendur. Kening sedikit berkerut.

Terletus tawa besar Cik Ma. Ditepuk-tepuk meja di hadapannya. Suka sungguh lah dia melihat wajah gundah anak muda ini. Aahil pun satu, percaya sungguh dengan Cik Ma nya ini. Padahal baru semalam Cik Ma sendiri suruh dia datang ke kedai hari ni untuk ambil jam.

Makin berkerut dahi si Aahil. "Cik Ma kenakan saya?"

Makin kuat Cik Ma ketawa. Sambil dia mengelap air mata gembira yang mengalir tangannya mencapai kotak baldu berwarna krim dari dalam laci lalu diletakkan atas meja. Betul-betul depan mata Aahil.

"Nah ni ha. Kemarin dah siapnya. Risau sangat dia tak sempat nak bagi dekat kekasih hati." tergeleng-geleng kepalanya sebelum menghabiskan tawa.

Tangan Aahil naik mengusap-usap belakang leher sambil tersenyum segan. Belum sesuai lagi nak gelar kekasih hati, Cik Ma. Mata ralit merenung kotak baldu cantik di hadapannya.

"Apa tenung saja? Tengoklah cantik dok hasilnya?" Jerkah Cik Ma. Mematikan lamunan seketika Aahil. Apa lah yang di renung saja tu?

Hampir seminggu juga Cik Ma mahu menghasilkan jam tangan yang ditempah Aahil ini. Ukiran yang Aahil tempah tak pernah dibuat orang. Aahil juga yang memintanya menghasilkan sebuah jam yang belum ada dalam dunia. Biar ukiran yang dia minta itu hanya buat jam dia sahaja. Huih permintaan dia lain daripada yang lain.

Sebelum bayar deposit, sempat lagi Aahil mengatakan dia sanggup bayar berapa sahaja janji jam yang dia akan miliki itu ialah jenis jam yang tiada pada sesiapa pun dalam dunia ini.

Dengan itu, pecah otak jugalah pekerja kilang jam Cik Ma ingin menghasilkan ukiran yang diminta Aahil. Pecah tak pecah, nasib baiklah jadi juga.

Mendengar sahaja jerkahan Cik Ma, lantas Aahil mencapai kotak baldu itu. Dengan penuh berhati-hati dia membuka. Dengan harapan semoga memadai dengan apa yang dia harapkan.

Setelah di buka, terpampanglah sebentuk jam tangan berwarna khaki di ikuti 'pink belacan' . Berukiran indah. Pada dinding dalam kaca jam, terletaknya ukiran khat sebaris nama Haura Ar-Raeesha memenuhi ruang. Nombor yang tertera pula dalam bahasa arab. Yang istimewanya setiap kali masuk waktu solat fardhu, alarm akan berbunyi. Waktu solat juga boleh ditukar mengikut negeri atau zon.

Aahil sendiri buntu bagaimana lagi mahu menggambarkan betapa cantiknya jam ini. Tak pernah dia lihat jam yang ada di hadapan matanya ini di tempat lain. Cik Ma benar-benar berikan yang terbaik.

Aahil panggung kepala memandang Cik Ma. "Terima kasih Cik Ma. Cantik sangat." tersenyum manis.

Cik Ma tayang muka bangga sebelum mengangguk-angguk. Tengok orang lah. Ini Cik Ma bukan sebarang Cik Ma woo.

Walaupun sepatutnya bukan dia yang membuat kerja-kerja ukiran begini. Tetapi dia sudi buatkan untuk Aahil. Budak itu juga yang minta. Kalau bukan memikirkan Aahil pelanggan setianya, memang tidaklah dia mahu buat. Baik makan kuaci kat rumah lagi seronok.








Continue Reading

You'll Also Like

279K 10.7K 44
#1 forcedrelationship- Fri, 24 May (2024) #3 love- Wed, 3 Apr (2024) #1 yanderefanfic- Thu, 8 Feb (2024) #1 insanity- Sun, 28 Jan (2024) #1 obsessed...
123K 5.8K 44
แ€„แ€šแ€บแ€„แ€šแ€บแ€€แ€แ€Šแ€บแ€ธแ€€ แ€›แ€„แ€บแ€ทแ€€แ€ปแ€€แ€บแ€•แ€ผแ€ฎแ€ธ แ€กแ€แ€”แ€บแ€ธแ€แ€ฑแ€ซแ€„แ€บแ€ธแ€†แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€กแ€™แ€ผแ€ฒแ€œแ€ฏแ€•แ€บแ€›แ€แ€ฒแ€ท แ€€แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€œแ€ฑแ€ธ แ€€แ€ปแ€ฑแ€ฌแ€บแ€”แ€ฑแ€™แ€„แ€บแ€ธ แ€แ€ผแ€ฐแ€แ€ผแ€ฌแ€œแ€ฝแ€”แ€บแ€ธแ€œแ€ญแ€ฏแ€ท แ€€แ€ปแ€ฑแ€ฌแ€บแ€”แ€ฑแ€™แ€„แ€บแ€ธแ€€ แ€•แ€ญแ€ฏแ€ธแ€Ÿแ€•แ€บแ€–แ€ผแ€ฐแ€œแ€ญแ€ฏแ€ท แ€”แ€ฌแ€™แ€Šแ€บแ€•แ€ฑแ€ธแ€แ€ถแ€›แ€แ€ฒแ€ท แ€€แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€™แ€œแ€ฑแ€ธ แ€”แ€ฑแ€แ€ผ...
46K 2K 19
"Show me somethin' different once, I come from where there's no love." COPYRIGHT 23. #1 ATLANTA 05/01/2024 ๐Ÿ†
381K 9.8K 32
Princess Marie, a renowned troublemaker of Paris has entered the Ton. Marriage, children and any prospect of love have always been a ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ง...