The Agent Gang | bbb ft. ea f...

Par nezttiey

33.6K 2.7K 603

Apa jadi kalau sebenarnya Ali adalah salah satu anggota Tapops seperti Boboiboy dan Boboiboy dan kawan kawann... Plus

Part 1 : misi
Part 2 : hadiah
Part 3 : kantoi ke tak?
Part 4 : habislah aku
Part 5 : rumah Ali
Part 6 : barang
Part 7 : siapa kau?
Part 8 : apa jadi?
Part 9 : curiga
Part 10 : Tag
Part 11 : marah
Part 12 : perlawanan
Part 13 : hilang
Part 14 : plan
Part 15 : call
part 16 : free time
part 17 : game 1.0
part 18 : game 2.0
Part 19 : game over?
chap 21 : weekend

part 20 : wad

522 50 17
Par nezttiey

"Apa dah jadi ni?!" Suara ejen Leon bergema dalam wad MATA. Matanya memandang tajam BoBoiBoy yang terbaring atas katil. BoBoiBoy tersengih canggung.

Nak nafikan pun tak ada guna. Memang salah dia pun. Matanya memandang kesemua ejen muda MATA yang dipertanggungjawabkan oleh ejen Leon tadi dengan rasa bersalah.

.

.

.

Flashback

"Tak best lah kalau korang lawan robot android tu aje. Ha, sebagai hadiah, aku bagi korang lawan robot yang aku siapkan semalam. Amacam?" ujar BoBoiBoy diikuti dengan ketawa seramnya.

Ali menelan liur.

Habislah.

"Ke-kejap! BoBoib-"

Belum sempat Ali nak bagi amaran, robot bersaiz ribuan kali ganda dari saiz android biasa menyerang. Ali sekelip mata melompat ke belakang.

Tak menunggu lama, robot itu mengeluarkan sesuatu berbentuk oval yang meluru terus ke arah Ali. Ali sekali lagi melompat ke belakang.

Serius dia tak puas hati sekarang ni. Kenapa benda tu serang dia aje ni?!

Ligat Ali memutar otak, akhirnya sebiji idea menyala.

"Alicia. Kau kena take over attention dia. Moon, kau tolong Alicia guna klon kau. Zass, kau cover aku jap," arah Ali menggunakan earpiece.

"Baik," Alicia dan Moon balas serentak sebelum memulakan misi menggangu perhatian robot tersebut dari Ali.

Baru sahaja Alicia ingin menembak peluru menggunakan gajet miliknya, robot tersebut tiba-tiba bercahaya biru terang menyebabkan kesemua mereka terpaksa menutup mata.

BoBoiBoy menyeringai teruja.

Ni barulah latihan yang sebenar!

Kelihatan 5 robot yang serupa berada dalam arena. Roza dan Bulat menelan liur gerun. Nasib baik diorang dah tarik diri awal-awal.

Tu baru yang tengok, yang kena lawan? Zass dah terbaring atas lantai.

Ali menganga. Yes, dia pun tak tahu selama ni BoBoiBoy buat robot ni. Ingatkan gajet biasa aje.

Maklum, BoBoiBoy akan tunjuk pada geng dia lepas benda tu dah siap. Surprise la kononnya. Tapi kali ni suprise dia memang nak buat Ali menangis.

"Guys, this is the highlight. Memperkenalkan, Mega-Clash! Dan jangan risau, hanya satu Mega-Clash yang asli. Selebihnya yang klon. Ada satu cara aje nak kalahkan klon. Yang tu, pandailah kau orang fikir sendiri."

BoBoiBoy ketawa. Ali berlari ke tempat lain apabila melihat salah satu Mega-Clash mendekatinya. Serius, dia rasa nak sumbat kasut dalam mulut BoBoiBoy sekarang. Ketawa tak henti-henti dari tadi.

"Disebabkan mood aku baik hari ni, aku bagi tahu kau orang macam mana."

"Macam mana?" Jet menjerit seraya terbang untuk mengambil perhatian salah satu Mega-Clash sementara Khai menggunakan RO untuk scan bahagian tertentu Mega-Clash yang berkemungkinan tinggi pusat kawalan robot tersebut.

"Setiap benda ada induknya. Nak musnahkan sub-MC, kau orang kena musnahkan induknya."

"We're doomed." Ujar Khai sebaik sahaja mendengar penjelasan BoBoiBoy. Dia melihat Mega-Clash yang berada dibawahnya dengan perasaan yang jauh dari perasaan lega.

"Kalau robot ni sub-MC, jadi.." Khai kehabisan kata-kata.

"Khai, kau kena turun!" Moon menjerit sekuat hati. Belum sempat sesiapa nak proses, bunyi letupan kedengaran.

Satu sub-MC melepaskan tembakan ke arah Khai yang berdiri atas sub-MC yang lain.

Khai dan Zass tercampak ke dinding dan pengsan. Nasib baik Zass sempat sambar Khai, kalau tak confirm Khai dah lenyap.

Chris dan Moon ternganga melihat sub-MC yang diserang sebentar tadi dalam keadaan elok je. Macam tak jadi apa-apa.

Alicia mengetap bibir sedangkan otaknya ligat memikirkan segala kemungkinan yang boleh terjadi.

Sub-MC bergantung pada induknya. Kalau serang sub-MC, Mega-Clash yang asal tak terjejas apa-apa. Akhirnya, usaha akan sia-sia sebab mana-mana Mega-Clash tak rosak.

Mata Alicia meluas seiring dengan kesedaran yang masuk ke dalam kepalanya perlahan-lahan.

That's it!

Alicia berpaling kearah Ali.

"Ali, kita kena cari Mega-Clash yang asli! Kalau tak, kita memang takkan menang!" jerit Alicia.

"Baik!"

Ali berlari ke posisi yang lebih sesuai untuk melihat kesemua Mega-Clash. Puas menganalisis, Ali memandang ejen muda kaum yang berdekatan.

"Mika! Serang MC pada jam 2. Chris, kau serang MC pada jam 9. Bagi serangan kau orang yang paling padu!"

Tanpa menunggu, Mika dan Chris menyerang serentak.

"Ali! Jaga-jaga!"

Entah dari mana, Jet menolak Ali sekuat hati menyebabkan badannya menjadi mangsa serangan salah satu Mega-Clash.

"Ali! Mika dengan Chris dah out!"

Sesaat, Ali berpaling ke arah punca suara - Moon yang memeriksa keadaan Chris dan Mika.

Bulat dan Roza gelisah tak senang duduk. Robot MC tu macam tak ada kekurangan.

BoBoiBoy dipandang. Sekali tengok riak wajah serius BoBoiBoy, lagilah diorang tak sedap hati.

"Kau orang duduk sini. Jangan masuk dalam."

Tanpa berpaling belakang, BoBoiBoy melangkah keluar dari situ.

Roza dan Bulat hanya mampu memandang satu sama lain sebelum kembali menumpukan perhatian kepada perlawanan yang berlangsung.

"Benda ni nampak macam tak ada cacat cela. Calar sebab diorang serang tadi pun tak ada. Kau ada idea macam mana nak jatuhkan benda tu?" soal Alicia.

Belum sempat Ali nak jawab, tiba-tiba satu peluru melepasi dirinya dan Alicia seterusnya menghentam di lantai - di tengah-tengah kelima-lima MC.

Sekelip mata, keluar sesuatu seakan-akan jeli kenyal berwarna oren yang memerangkap kesemua MC.

Kemudian,BoBoiBoy masuk ke dalam kawasan gelanggang game.

"Okay, time's up," ujar BoBoiBoy sebelum mengusap lehernya dengan ragu-ragu.

"Sebelum MC lepaskan diri," BoBoiBoy memandang Ali dengan senyum canggung, "aku nak cakap yang aku lost control MC. Sorry."

Moon memandang BoBoiBoy dengan wajah terkejut.

"Kiranya game dah habis-"

"Aku tak habis cakap lagi. Macam yang aku cakap tadi, nak kalahkan MC, kita kena take down alpha-MC dulu. Tak ada cara lain."

"Kau orang ada plan?" soal BoBoiBoy dengan mengharapkan ada yang nak share idea.

Bukan dia tak boleh nak jatuhkan alpha-MC seorang diri, tapi badan dia memang tak boleh lasak buat masa sekarang. Demam dia kali ni lain macam.

"Ali?" BoBoiBoy menyoal penuh pengharapan. Dia tahu Ali ni memang ada back-up plan dalam otak, tunggu masa nak luah je.

"Uh, aku ada reka satu alat ni.. tak tahu lagi sama ada boleh pakai atau tak sebab aku baru siapkan semalam."

Ali keluarkan satu cip kecil berwarna merah dari poket. BoBoiBoy angkat kening, "Apa tu?" soalnya.

"Virus."

Jawapan singkat Ali menyebabkan ketiga-tiga yang lain mengerut dahi tak faham.

"Benda ni ialah virus. Boleh melumpuhkan sesuatu sistem teknologi. Tapi aku tak sure boleh ke tak," terang Ali.

"Okey. Apa plan? Masukkan benda ni dalam MC?" soal Alicia. Moon blank. Macam mana nak masukkan cip tu dalam MC kalau calar pun payah nak buat.

"Tak. Kena cucuk dekat papan litar dia. Kat mana BoBoiBoy?" soal Ali, memandang BoBoiBoy ingin tahu.

"Kat belakang kepala."

Usai BoBoiBoy menjawab, salah satu sub-MC yang berjaya melepaskan diri melepaskan tembakan secara rawak.

"Cun. Tu plan dia," ujar Ali sebelum berlari ke arah lain. BoBoiBoy menyeringai sebelum turut berlari ke arah berlawanan dengan Ali.

Teruja apabila dapat beraksi dengan Ali lagi setelah beberapa tahun. Alicia dengan Moon berpandangan dengan pandangan yang membawa makna sama.

Tanpa kata, mereka menyertai BoBoiBoy dan Ali yang dah mula plan.

End flashback

.

.

.

Ejen Geetha beralih dari katil yang menempatkan Jet kepada katil yang diduduki oleh Ali.

"Nasib baik robot tu dapat dinyahaktifkan sebelum satu akademi ni musnah!" marah Leon. Risau dia. Agak-agaklah, angkat telefon, Geetha beritahu yang semua ejen muda dekat infirmary MATA, hampir separuh pass out.

Macam mana dia nak terima benda ni dengan tenang?

"Cukup, Leon. Apa-apa pun, benda dah jadi, " ujar Karya tenang. Jantung dia pun dah nak berhenti tadi, nak marah, Leon dah mengaum dari tadi. Kesian pulak dia tengok BoBoiBoy.

Dahlah demam, pastu kena dengan Leon pula. Hm, fizikal dah KO, si Leon tambah pula bebanan mental budak ni.

"Kamu semua boleh rehat buat hari ini. Latihan atau apa-apa rancangan boleh sambung esok. Esok mungkin hampir kamu semua termasuk Rudy boleh berlatih bersama," ujar Geetha dengan senyuman manisnya.

Bulat memandang mentornya keliru, "Rudy? Bukan dia dah okay ke?" soalnya.

"Sepatutnya memang dia dah sembuh, tapi ada sesuatu terjadi dah menyebabkan kecederaan sedikit. Jangan risau, tak teruk mana pun. Ejen Fang bawa dia ke sini tadi," Geetha menerangkan kepada ejen muda yang penuh rasa ingin tahu tersebut.

BoBoiBoy dan Ali saling berpandangan hairan.

.

.

.

━━━━━━━━━━

Hi guys and selamat hari raya semua !

Macam mana chap kali ni? Well aku harap memuaskan la.

So, disebabkan mungkin cite ni terlalu hambar utk korang komen (hahah) , aku buat keputusan untuk berinteraksi sikit dengan korang.

How about favourite colour?
My fav colour is purple. The pastel one of course.
Apa fav colour korang?

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

270K 9.3K 106
She was a capitol elite. He was the youngest victor in history. Their friendship was frowned upon, but their love was forbidden. Extended Summary Ins...
226K 6.7K 77
Daphne Bridgerton might have been the 1813 debutant diamond, but she wasn't the only miss to stand out that season. Behind her was a close second, he...
1.1M 36.1K 62
𝐒𝐓𝐀𝐑𝐆𝐈𝐑𝐋 ──── ❝i just wanna see you shine, 'cause i know you are a stargirl!❞ 𝐈𝐍 𝐖𝐇𝐈𝐂𝐇 jude bellingham finally manages to shoot...
402K 24.3K 83
Y/N L/N is an enigma. Winner of the Ascension Project, a secret project designed by the JFU to forge the best forwards in the world. Someone who is...