Dusta Puteri Palsu

By Qayssz

81.6K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... More

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 64

338 32 0
By Qayssz

"Astaghfirullahalazim. Ampun ampun maaf saudara dan saudari. Ya Allah khilaf diri sendiri tiada beri peluang pada kalian untuk menjelaskan." Tok pengembala kambing menepuk dahinya sebelum berkali tunduk sedikit memohon maaf atas kesalahfahaman yang berlaku. Tangannya masih melekat di dada benar- benar kesal akan perbuatannya.

Dahlia dan Arjuna sekadar tersenyum kelat. Malunya bukan kepalang namun hati masing-masing berbunga mekar bagaikan banjir taman di hati dengan puspita mekar bertebaran. Ratna ketawa kecil yang cukup indah dijadikan madah telinga.

Gadis kecil itulah yang menyedarkan tok pengembala akan hubungan sebenar Arjuna dan Dahlia. Sudahnya, tiada lagi usaha pengembala itu dalam mencari kambing terbaik buat akikah.

"Tidak mengapa tok. Benda lepas usah dikenang." Kata Arjuna sambil tersenyum manis. Tangannya masih di posisi belakang menyerlahkan imejnya yang segak.

"Itu kenapa itu, tok?" Dahlia yang sengaja mengubah topik tidak mahu perkara ini berlanjutan lagi segera menuding jarinya ke suatu arah di mana terletaknya seekor kambing yang kelihatan lemah dan tidak berdaya.

Kambing itu berwarna hitam bagaikan pantat belanga, terbaring lemah di sebuah kandang yang terasing daripada rakan-rakannya yang lain. Dahlia mula sedar bahawasanya kambing ini sahajalah satu-satunya kambing yang hitam bulunya berbanding yang lain berbulu putih atau perang. Bulunya juga tidaklah lebat. Keadaan kambing itu tidak terlihat seperti kambing yang sihat malah netranya yang kuyu ibarat mengoyak hati Dahlia secebis demi secebis.

Arjuna turut menoleh sama, memerhatikan kambing hitam yang terlihat sedikit aneh berbanding yang lain itu.

"Ah itu, Itam aku gelarkan dia. Jatuh sakit sudah dia beberapa minggu ini. Tidak makan mahupun minum. Entah sakit apa tidaklah aku tahu. Ikhtiar pelbagai cara pun sudah namun tiada berhasil. Aku jaga sajalah dia hingga ke akhir hayatnya jikalau tiada penawar mampu mengubati." Terang Tok Pengembala sambil melangkah mendekati kandang itu. Dahlia dan Arjuna turut sama menuruti langkah lelaki tua itu.

"Berhenti." Tok Pengembala menghalakan tongkat kayunya ke hadapan langkah kaki Arjuna, menoktahkan gerakan pemuda itu. "Sampai situ sahaja had kalian. Jangan kau dekat dengan kandang ini. Risau sekiranya penyakit ini merbahaya buat kalian." Sergah Tok Pengembala itu tegas. Serta-merta langkah Dahlia dan Arjuna terhenti. Keduanya berkerut keliru.

"Lihat dari situ sahaja. Usah mendekat." Jelas Tok Pengembala perlahan. Kemudian dia kembali menoleh ke arah kandang seekor kambing hitam yang berseorangan itu semula. Segalanya sedikit bersepah dan tidak terurus. Bekas minuman dan rumput-rumput yang menjadi sumber makanan kambing itu pun tidak bersentuh namun terlihat seperti diserang tsunami kerana segalanya bertebaran merata.

Sepertinya kambing itu berusaha untuk mendapatkan makanan dan minumannya namun akibat terhadnya tenaga dalam tubuhnya menyebabkan dia sering terjelopok di seluruh kawasan melukis peta serabut berdakwatkan rumput di seluruh kawasan kandang tersebut.

"Kasihannya..." Dahlia bersuara perlahan. Separa berbisik namun mampu didengari semua.

  "Sebelum Itam, ada seekor lagi yang sudah mati juga. Itu juga atas asbab penyakitnya. Namun..." Tok Pengembala menarik nafas sehela sebelum menyambung bicaranya.

  Dahlia dan Arjuna setia menanti bicara warga tua itu.

  "Yang seekor itu hilang tanpa dapat aku kesan."
_______________________•••____________________

Dewi mengerling memandang Ratna yang berjalan di sisi Dahlia sambil berpegangan tangan antara dua gadis itu. Pandangannya terlihat curiga namun Dewi tidaklah membenci gadis kecil itu. Cumanya hairan dengan sikap Puteri Seri Dahlia kali ini.

Tengku Puterinya yang terkenal dengan sikap tegasnya hingga tiada pernah satu jiwa kecil pun yang berani mendekat, kini berjalan berpimpin tangan dengan seorang gadis kecil? Anehnya bukan kepalang namun curiga itu ditelan Dewi biar sekadar lalu di minda tanpa terluah di bibir.

Arjuna dan Iskandar tidak dibenarkan turut serta bersama dalam sela masa Dahlia ingin meronda seluruh kampung. Dewi lah yang menjadi batu penghalang. Jujurnya Iskandar mati akal mahu bazirkan masa gadis muda itu bagaimana lagi. Atas sebab itulah Dewi kembali melekat di sisi Dahlia. Malah Arjuna turut dihalau sama. Tidak sesekali dia benarkan mana-mana teruna datang mendekat dengan Tengku Puterinya. Jelas terpapar bahawasanya Dewi masih belum punyai sebarang kepercayaan terhadap Arjuna.

Biarpun kedua Dewi dan Arjuna pernah bertemu di hadapan kawasan masjid berdekatan pesisir pantai Wantachitra ketika perang rahsia kendian hari baru sahaja berakhir, namun sepertinya gadis berbusana pengawal itu langsung tiada teringat akan Arjuna. Hanya Arjuna yang ingat akan wajahnya Dewi, gadis yang dipercayai punyai hubungan dengan Jebat.

Sudahnya rondaan petang itu hanyalah bertiga Dahlia, Dewi dan Ratna. Manakala Arjuna dan Iskandar tadi disuruh gunakan jalan lain. Malah mereka dua pemuda turut diberi amaran bahawa mereka akan habis Dewi kerjakan sekiranya didapati mereka mengekori Tengku Puteri dari belakang. Jelas Dewi mengambil berat sepenuhnya akan keselamatan Puteri Seri Dahlia.

"Maaflah Arjuna, Dewi itu bukanlah gadis yang mudah dipengaruh. Tegas yang teramat sangat orangnya." Iskandar mengeluh berat. Matanya kekal memandang ke hadapan jalan. Mereka berjalan ke arah bertentangan dengan Dahlia, Ratna dan Dewi.

"Aku pernah terserempak dengan gadis itu sebelum ini." Ujar Arjuna tiba- tiba membuatkan Iskandar terhenti langkahnya seraya menoleh ke arah Arjuna dengan matanya membesar.

"Kau sumpah? Bagaimana kau-?" Bicara Iskandar terhenti. Dahinya berkerut seribu memohon kepastian dalam bicara Arjuna. Setahunya Arjuna baru sahaja tiba di majlis keraian ini. Selain daripada itu, bagaimana mungkin dia terserempak dengan gadis yang amat sukar dikesan lokasinya itu?

Arjuna mengangguk perlahan sebagai maklum balas terhadap soalan Iskandar. "Kau kenal Jebat? Orang kanan Laksamana Khoja Hassan?" Soalan Iskandar dibalas Arjuna dengan soalan.

Iskandar mengangguk pantas. Apa kaitan pula Jebat dengan topik mereka ini? Kepalanya yang tidak gatal digaru. Tanjaknya diangkat seraya rambutnya yang sedikit kusut diterbang angin dibetulkan. Netranya tepat memandang Arjuna menanti bicara pemuda itu.

"Sepertinya ada sesuatu antara dua insan itu. Tiadalah hendak aku masuk campur. Namun sepertinya mereka berdua dalam keadaan kurang baik. Semoga dipermudah lah urusan kedua insan itu." Bicara Arjuna dihadam Iskandar namun kisahnya masih tergantung.

"Aku berkenalan dengan Jebat bagi menguruskan beberapa hal malam sebelum peperangan berlaku..." Arjuna mula membuka kisah sedikit demi sedikit sekadar menjelaskan cara dia mengenali Dewi berserta ayahandanya. Ada juga terselit beberapa perkara yang tidak Arjuna bongkarkan. Iskandar tekun mendengar.

Langkah mereka diteruskan hingga mereka kembali ke kawasan utama Kampung Empat Puncak.
_______________________•••____________________

"Ampun Tengku, menyusahkan Tengku pula." Ujar seorang wanita dalam usia 30-an itu sambil mengurut belakang pinggangnya.

Perawan muda itu mengambil tempat duduk di atas sebuah kerusi kayu. Tangan kanannya memegang belakang pinggangnya yang sakit manakala tangan kirinya memegang rahimnya yang berdegup lemah satu nyawa kecil di dalamnya. Selendang batiknya dibetulkan mengelakkan rambut hitam ikal mayangnya menjadi tontonan ajnabi. Perawan muda itu menarik nafas lega seketika.

Dahlia tersenyum manis melihat gelagat wanita itu. Buah-buahan yang terjatuh bertebaran di atas tanah tadi segera dikutip Dewi dan Dahlia. Ratna turut sama membantu. Mereka bertiga segera bergerak membantu wanita hamil itu tatkala menyedari gadis itu jatuh tersadung sepatunya. Buah-buahan itu dikutip lalu diletakkan semula di dalam bakul milik wanita itu.

"Ampun sekali lagi Tengku atas kebiadaban patik." Wanita muda itu cuba untuk menunduk tanda hormat namun kudratnya tiada. Tangannya sekadar mampu diletakkan di dada tanda mohon maaf membiarkan tetamu kehormat seperti Tengku Puteri itu menunduk mengutip buah-buahannya yang jatuh.

"Tidak apalah. Kau lebih memerlukan bantuan. Apa salahnya membantu?" Dahlia mengambil tempat duduk di sisi wanita muda itu. Dia turut membantu mengurut perlahan wanita hamil itu. Serta-merta memorinya mengurut Nek Tipah menyentak minda.

"Sodap Dalia urut Nek ni..." Dahlia tersentak seketika. Riak wajahnya berubah namun tangannya tidak henti mengurut wanita itu sekadar bersahaja. Suara Nek Tipah benar-benar terasa nyata. Suara itu serta-merta masuk ke corong telinga Dahlia membungkus seluruh sukma gadis itu dengan kerinduan yang tiada penghujung.

"Ya Allah Tengku, segan patik diurut tetamu kehormat sebegini rupa." Wanita itu berkerut kerisauan. Dia cuba mengelak namun risau tindakannya itu terlihat kurang adab.

Dewi pula separa ternganga. Belum pernah dalam sejarah hidupnya menyaksikan Tengku Puterinya mengurut orang. Apa yang telah berlaku? Mengapa semakin lama semakin menghairankan tingkah laku Tengku Puteri? Apa sebenarnya yang berlaku sejenak tiga purnama ini?

Senandika Dewi meronta meminta jawapan. Kusut mindanya memikirkan kelakuan aneh Tengku Puterinya yang seolah disampuk kerana langsung tidak kelihatan seperti Tengku Puteri Seri Dahlia yang sebenar.

Ratna pula turut mengambil tempat di sisi Dahlia. Apa sahaja kelakuan kakanda kesayangannya itu, pasti mahu dia turuti sama.

"Ke mana perginya suami kau, saudari..." Dahlia sengaja menoktahkan bicaranya.

"Ah, ampun Tengku! Patik Seroja. Seroja Lara." Jelas Seroja memperkenalkan dirinya. Senyumannya benar-benar manis. Jikalau di zaman millennium gadis berwajah juita itu pasti sudah menjadi rebutan ramai kaum Adam.

"Ah Seroja... Indah ya nama kau." Dahlia terpegun mendengar bicaranya. Bukan sahaja rupawan, malah namanya juga indah, suaranya lunak dan merdu bagaikan buluh perindu. Tambahan lagi perwatakannya sekadar bersahaja namun adabnya tetap tidak berkurang. Sopan dan keayuannya benar-benar terserlah menambahkan sifat keperawanannya.

"Suami patik..." Seroja tersenyum sedikit kelat sebelum menyambung bicaranya. "Keluar menjalankan tugas. Kerja katanya. Beberapa purnama nanti dia kembali ke pangkuan patik." Jelas Seroja sambil melarikan matanya dari terus memandang Dahlia. Jelas ada rahsia rumahtangga yang tidak ingin dia bongkar lagi.

Dahlia sekadar memahami segera mengunci mulut tidak menyoalkan hal itu lagi. "Ke mana rumah kau Seroja? Kami boleh pimpin kau ke sana. Bahaya juga kau berjalan jauh dalam keadaan sarat begini tanpa diawasi orang." Cadang Dahlia setelah menyedari kawasan yang dilalui wanita itu tiada terlihat kelibat seorang penduduk pun. Mungkin jalan itu lengang kerana kebanyakannya sudah berkumpul di kawasan utama kampung sebentar tadi.

"Boleh bukan, Dewi?" Dahlia memandang Dewi seraya tersenyum meminta kebenaran gadis itu untuk menemani Seroja hingga ke rumahnya. Dewi mengangguk janggal. Kekok sungguh apabila Tengku Puteri mula meminta kebenaran dan pendapatnya sebelum melakukan sesuatu perkara. Seolah-olah Dahlia mengambil kira pendapat Dewi dalam segala hal.

Perkara ini ditambah lagi oleh Dewi dalam kotak curiganya. Mengapa secara tiba-tiba Puteri Dahlia berkelakuan aneh sebegini?
_______________________•••____________________

"Begitu rupanya..." Iskandar bergumam perlahan namun cukup kuat untuk didengari Arjuna. Dagunya yang tidak gatal diurut urut perlahan. Arjuna sekadar mengangguk perlahan mengiyakan.

"Aku jarang ambil tahu tentang Dewi itu. Iyalah gadis itu bukan peramah orangnya. Paling-paling aku bicara dengannya hanyalah atas urusan penting sahaja. Mungkin melibatkan Tuanku Sultan atau Permaisuri dengan Tengku Puteri." Jelas Iskandar lagi. Langkah kedua insan itu terus diorak ke hadapan.

Selang beberapa ketika langkah mereka terhenti.

"Oh. Wah." Iskandar separa terkedu melihat sosok putih gergasi di hadapannya itu. Arjuna terkesima sama namun tiadalah sepatah bicara terpacul keluar dari mulutnya.

Merpatika yang menyedari kehadiran dua insan itu turut sama menoleh. Salah seorang daripada dua pemuda itu dikenalinya.

"Itu..." Pandangan Arjuna masih melekat pada netranya Sang Merpatika. '...burung gergasi yang membantu Dahlia tempoh hari.' Bicara tergantung Arjuna disambung senandikanya.

'Aku kenal pemuda ini.' Suara batin Sang Merpatika bergumam perlahan. Pengawal yang setia beberapa jarak di sisi Merpatika turut berganjak sama. Masing-masing terkejut melihat tingkah laku burung gergasi itu yang sedari tadi hanya berdiam diri merebahkan diri di atas permaidani hijau kasar itu namun kini mula mengangkat wajah dan kepalanya. Hanya satu jiwa sahaja yang menjadi tontonan Merpatika ketika itu.

Malah penduduk yang masih berlegar di kawasan sekitar turut menoleh sama kerana ingin menyaksikan burung gergasi itu dengan lebih dekat lagi. Sedari tadi tiada satu respons pun yang diberikan Merpatika.

Namun setelah Arjuna dan Iskandar tiba ke sini, burung gergasi itu mula berganjak dari kedudukan asalnya. Merpatika yang tadinya berbaring kini mula berdiri tegak sebagai seekor burung. Pergerakannya itu menjadi tontonan ramai kerana saiznya yang gergasi menarik perhatian orang.

Iskandar terpinga-pinga di sisi Arjuna. Jiwanya sedikit cemas melihat tingkah laku Merpatika yang terlihat garang dengan wajahnya yang dipalingkan ke arah mereka. Namun sepertinya burung gergasi itu tidak memandang ke arahnya.

Arjuna kekal berdiri tegak tanpa berganjak walau selangkah. Netranya jatuh tepat pada Merpatika yang sudah berdiri tegak memandangnya. Entah ada apa yang diinginkan burung gergasi itu daripadanya. Arjuna setia menanti.

Sang Merpatika memandang Arjuna dari atas ke bawah. Puyuhnya dikunci rapat tanpa ada satu bicara pun terpacul keluar. Sukmanya berbolak-balik ketika ini. Antara percaya atau tidak. Pemuda inilah yang dinyatakan sebagai insan istimewanya Dahlia. Malah berkali-kali pernah dia bertikam lidah dengan Dahlia berasbabkan pemuda ini.

Merpatika tenggelam dalam fikirannya. Adakah pemuda ini benar-benar boleh dipercayai atau kehadirannya dalam hidup Dahlia hanya akan menyukarkan urusan gadis itu di masa akan datang nanti? Antara kawan atau lawan, siapakah gerangan pemuda ini? Berkali-kali Dahlia menyebut namanya. Kerap kali juga wajahnya kelihatan saat Dahlia dalam bahaya terbesar.

Apa yang istimewanya pemuda ini? Sehinggakan Dahlia sanggup berkorban banyak perkara kerananya?

Arjuna ditatap Merpatika bagai mahu tembus. Iskandar meneguk air liurnya. Tiadalah pernah dia bertemu mana-mana burung gergasi seumur hidupnya. Tambahan lagi burung ini sepertinya hampir meletus ledakan amarahnya. Namun hairan, Arjuna yang ditatap keras oleh burung gergasi yang digeruni semua seolah tiada terkesan walau sedikit. Datang dari mana keberaniannya? Iskandar bingung.

Continue Reading

You'll Also Like

172K 13.2K 44
Difitnah... Dikhianati... Dan dibenci sehingga dibuangnya daripada Kerajaan Aquilla... Si Angel diambil sayapnya dan dibuang ke dunia manusia hanya...
2M 152K 53
" Jangan naik atas. " " Jangan bukak langsir. " Tak faham Elly bila dilarang berkali-kali untuk buat dua perkara ini. Lantak lah, dia ambik job ni pu...
851K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...
6.6K 827 31
Dua kisah berbeza nyata. Untuk sebuah permulaan bagi sebuah kehilangan. "Ikatan ini satu tugasan. Dan cinta itu tidak wujud." Resam dunia, untuk memi...