Broken Trust

By starlenenyx

147K 7.7K 335

๐–ค BROKEN SERIES BOOK 1 โŠนโ™ก start : 02072023 end : 07022024 โš ๏ธclichรจ More

๐–ค Broken Series โŠนโ™ก
PROLOGUE
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
EPILOGUE

Bab 13

3.6K 199 16
By starlenenyx

Kepala aku rasa sakit. Sakit yang teramat. Aku tak tahu apa yang terjadi. Memori lama yang sangat ingin aku hapus dari ingatan mula masuk.

"Ergh, sakit." Aku tidak tahan lagi dengan sakit ini. Aku pukul kepala aku banyak kali supaya boleh hilang rasa sakit yang aku hadapi saat ini.

"Hael..."

"Hael..."

Sebaris nama itu. Mula terngiang-ngiang dalam kotak ingatan aku. Siapa Hael? Apa hubungan aku dengan dia pun aku tidak tahu. Saat teringat akan sebaris nama itu, kepala aku yang tadinya sakit yang teramat, mula hilang sakitnya.

Perlahan-lahan, aku buka mata. Saat mata aku sudah terbuka, aku melihat ke arah sekeliling. Sepertinya aku kini berada di rumah seseorang. Tapi rumah siapa?

Aku segera pandang ke arah pintu bilik saat ada seseorang yang menguak dedaun pintu bilik tersebut. Dia masuk ke dalam bilik bersama dulang makanan.

Dan dia seorang lelaki.

Tiba-tiba, tangan aku spontan mendepakan tangan ke arahnya. Dan lelaki itu senyum lalu mula memeluk aku seperti yang aku mahu. Aku mahu melepaskan pelukan, tetapi tidak bisa. Aku tak dapat mengawal tubuhku dari buat yang bukan bukan.

Bahkan aku tak boleh nak lawan lidah aku dari bicara kata-kata yang memalukan. "I love you. I love unconditionally, Hael."

Dan aku langsung tidak boleh menahan lidah aku dari tidak bercakap. Sekali lagi tangan aku naik dengan sendirinya menyentuh rahang tajam Hael dan mengusapnya. Aku lihat Hael ambil tangan aku, dan menciumnya.

Sepertinya aku tak mampu buat apa-apa. Bahkan mahu menepis juga tidak bisa. Walaupun aku sendiri ragu-ragu dengan hubungan kami, tetapi aku perlu terus melihatnya sampai aku ingat kebenaran yang sebenar.

AKU buka kedua mata aku saat cahaya matahari menganggu tidur lena aku. Buka sahaja mata, mata aku disapa dengan kehadiran Hael di sebelah. Masih lena. Dia sepertinya langsung tidak terganggu dengan cahaya matahari yang turut menganggunya.

Aku bangun dari pembaringan. Sempat aku mengucup sesaat dahi Hael sebelum bangun. Aku berjalan masuk ke dalam tandas selepas mengambil tuala dan pakaian.

Selesai sahaja membersihkan diri, aku keluar dari bilik lalu pergi ke bahagian dapur untuk memasak sarapan untuk Hael. Memandangkan Hael masih tidur, jadi harini akulah yang akan buat sarapan.

Plastik Roti Gardenia diambil. Aku buka plastik tersebut dan mengambil empat keping roti gardenia letak dalam pinggan.

Bread toaster aku ambil dan sambungkan wayar pada plug. Dua keping roti yang aku letak dalam pinggan tadi aku letak dalam pembakar roti tadi.

Dan bread toaster mula membakar roti aku. Aku tengok sahaja pada pembakar roti itu tidak mahu lepas. Badan aku langsung mengeras saat terasa ada tangan besar seseorang datang memeluk aku dari belakang. Awalnya aku mahu menepisnya tapi bila bau perfume yang dipakai, aku tahu ini siapa.

Aku senyum lalu pusing badan ke arahnya. Mata cantiknya aku tatap lama. Kadang kala aku cemburu dengan kecantikan matanya. Kerana mata aku warna coklat. Tak seperti dia.

"Hael..."

"Hm?"

"Mata awak cantik." Aku berkata jujur. Kelopak matanya aku sentuh sekilas. "Saya nak. Boleh?" Aku pandang dia. Seketika, bibirnya membentuk senyum.

"Sure. Nak bila?" Soalnya pada aku. Wajahnya serius. Sepertinya dia tidak bermain-main dengan kata-katanya.

"Tak lah saya gurau je."

"But I'm not," balasnya. Sepertinya benar kata-kata aku. Dia tidak bermain-main saat memutuskannya. "Aku sanggup buta, as long as you're happy."

Dia langsung tak teragak-agak untuk mengatakannya. Aku masih pandang ke arahnya dan dia dekatkan jarak antara kami dan mengucup dahi aku lembut. Aku senyum lebar. Aku suka dengannya. Tindakannya. Dan semua tentangnya.

"Kau mimpi apa semalam? Makin manja aku tengok harini," katanya dan aku tergelak dengan kata-katanya. Aku sendiri juga tak tahu. Mungkin mimpi indah? Sebab bangun sahaja dari tidur, perasaan sayang aku padanya membuak-buak keluar.

"Mungkin?" Hael menggeleng perlahan lalu dia serabaikan rambut yang sudah aku sikat dengan sangat rapi selepas mandi tadi!

Sedang aku dan dia hanyut dalam bermain kata, roti bakar yang aku letak dalam bread toaster tadi naik separuh. Bermaksud yang roti itu sudah masak. Aku mengambil pengepit lalu mengepit dua keping roti itu letak dalam pinggan.

Sisa dua keping yang belum dibakar itu aku letak dalam bread toaster . Untuk yang sudah dibakar itu aku ambil dan sapukan jem caramel  di atasnya. Selesai sapukan jem atas kedua roti, aku berikan roti bakar itu pada Hael yang diam memerhati aku dari tadi.

"For you," aku beri roti itu padanya. Dan roti bertukar tangan.

"Thank you, darling."  Aku membalas ucapannya dengan senyuman. Aku tarik kerusi dan duduk di hadapannya. Melihat dia makan roti yang aku bakar sebentar tadi.

Hael menggigit roti caramel itu lalu mengunyah untuk beberapa saat. "Is it good?" Soal aku. Ingin tahu. Dia pandang ke arah aku dan suakan roti itu ke mulutku.

Aku terus mengigit roti itu sedikit. Hanya mahu mencubanya. "Sedap kan?" Soalnya pada aku. Aku pantas mengangguk berkali-kali.

"Of course," katanya bersama riak wajah yang bangga sekali. Hael sambung makan dan sesekali, dia akan suap aku juga.

okay tak setakat ni? mana yang kurang memuaskan, lene say sorry. i am still in the process of learning.

btw, (reez= hael) no more reez. i dah tukar namanya :p

Continue Reading

You'll Also Like

357K 22.9K 64
๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
609K 23.6K 56
UNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ส€.ษช sแด‡ส€ษชแด‡s แด แดสŸ 1] โ˜พ๏ธŽ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‘๐š๐ฒ๐ฒ๐š๐ง ๐ˆ๐ฌ๐ค๐š๐ง๐๐š๐ซ <> ๐‡๐ฎ๐ฆ๐š๐ข๐ซ๐š ๐€๐ซ๐ž๐ž๐ง๐šโ˜ฝ๏ธŽ H...
6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
245K 10.6K 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain p...