TeenFiction : Hadi & Hana ✓

By dsyaf_

189K 12.5K 639

Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengeja... More

AKAN DATANG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
S1 ✓
S2 | B1
B2
B3
B4
B5
B6
B8
B9
B10
B11
E-BOOK PUISI
B12

B7

2.7K 180 17
By dsyaf_

13 MARCH

Tarikh yang bersejarah buat dirinya. Hana memandang pantulan diri di hadapan cermin. Tangan yang sudah dicelup inai sudah merah pekat menyala. Tiada corak tiada apa hanya hujung jari sahaja berinai.

"Oi Hana, tak percaya lagi ke apa?" Tegur Syara.

"Syara, kalau aku tak bahagia macam mana?"

Tipulah jika dia tidak takut untuk ke fasa seterusnya. Bagaimana kalau Hadi tak bahagia dengannya? Bagaimana pula kalau keluarga Hadi mula mendesaknya untuk mempunyai zuriat? Bagaimana dia mahu menjadi isteri yang baik kalau dirinya sendiri pun tidak sihat?

"Hana, berhenti mempersoalkan sesuatu yang kita tidak tahu." Syara memandangnya tepat.

"Kalau Hadi buang aku sebab dah penat jaga aku macam mana?"

Keluhan Syara lepaskan. Dia mengambil tempat di birai katil Hana lalu menarik sahabatnya duduk di kerusi meja solek. Mata bertemu mata. Sempat lagi ni nak sekolahkan sahabatnya.

"Kau dengar sini ya. Aku cakap sekali je sebab kau pun dah besar alam untuk hadam apa yang aku nak cakap." Tangan naik memegang bahu Hana.

"Tolong jangan fikir benda yang negatif. Tolong jangan fikir kau tak mampu bahagia. Tolong jangan fikir soal sakit kau sahaja. Tolong jangan fikir benda yang merosakkan fikiran kau. Kau kenal Hadi semalam ke? Tak kan? Waktu kau terima lamaran dia, aku nampak kau yakin dengan keputusan kau jadi kenapa harini kau mempersoalkan keyakinan kau sendiri?"

Sedikit sebanyak kata-kata Syara tepat mengena hati Hana. Seolah tersedar dari mimpi buruk yang menghantuinya.

"Aku cuma takut Syara..."

"Aku lagi takut nak lepaskan kau." Balas Syara pantas.

Hana dongak kepala memandang Syara. Mata sahabatnya berkaca-kaca ingin mengeluarkan mutiara.

"Kau kawan dengan aku lama. Lama sangat. Aku sendiri takut nak lepaskan kau. Aku sendiri takut aku tak boleh nak ada dengan kau dah lepas ni. Aku sendiri takut kalau aku tak ada waktu kau perlukan aku, tapi aku tahu dan yakin keputusan kau tak salah Hana."

"Aku nak kau rasa bahagia tu sendiri. Bukannya merasai bahagia dengan melihat kebahagiaan orang sekeliling sahaja."

Hana terdiam tidak mampu membalas apa-apa. Dia terlalu memikirkan kesan dan bukan jalan penyelesaian.

"Kau jangan menangis nanti makeup kau cair kang. Dah Hana buang negatif dan toksik pada fikiran kau. Hari ini hari bahagia kau, aku nak kau rasai semua tu." Syara menggenggam tangan Hana. Senyuman diukir.

"Terima kasih." Itu sahaja yang Hana mampu ucap. Entah apa lah kebaikannya sehingga diberi sahabat seperti Syara.

"Okey stop drama. Kita kena lekas turun bawah sebab pengantin lelaki dah sampai. Ingat selalu Hana kalau pun satu dunia tinggalkan kau, aku tetap ada."

Bunyi ketukan membuatkan Hana dan Syara memandang gerangan yang membuka pintu.

"Lama lagi ke?" Soal Heiz.

"Cinta!" Terus mood Syara berubah seratus peratus.

***

Hadi menunduk memandang bawah. Sekeliling sudah mula bising dengan kemunculan pengantin perempuan. Sedikit pun Hadi tidak toleh, dia terlalu malu. Sudahlah ramai orang, kamera pula bersepah.

"Dah boleh mula?" Terus Hadi angkat wajah memandang wajah garang bakal bapa mertuanya sebentar lagi.

"Hadi tak mahu pusing belakang tengok Hana dahulu?"

Hadi hanya menggeleng. Dia malu. Rasa berdebar pula tak usah dikata, macam nak meletup pun ada.

"Kenapa?" Aduh soalan dari Tuan Hans benar benar membuatkan Hadi tidak senang duduk.

"Jawab dulu kalau tak, tak boleh kahwin." Gurauan Tuan Hans membuatkan seisi rumah gamat dengan gelakan.

Hadi tarik nafas lalu dihela.

"Hadi nak tengok Hana sebagai isteri nanti." Jawapannya membuatkan seisi rumah semakin galak mengusik dan tertawa.

Selang beberapa minit suasana kembali diam. Hadi tahu tiba masanya lafaz akad. Wajah Tuan Hans juga sudah berubah serius.

Huluran tangan bakal bapa mertuanya disambut. Erat sungguh genggaman tangan Tuan Hans padanya. Hadi tahu pasti bakal bapa mertuanya berat mahu melepaskan Hana pada dia.

Namanya disebut penuh oleh Tuan Hans. Hadi sambut sambil memandang tepat mata tua itu.

"Aku kahwinkan dikau dengan anak perempuanku Hana Hayla binti Hans dengan emas kahwinnya RM10000 tunai."

"Aku terima nikahnya Hana Hayla binti Hans dengan emas kahwinnya RM10000 tunai."

Sekali lafaz sahaja Hadi mengucapkan akad nikah sebelum terdengar bunyi sah dan alhamdulillah. Debaran di dada sebentar tadi terus hilang begitu sahaja. Dia... dah official husband kepada Hana ke ni?

Dia dah jadi suami dan halal buat Hana. Sesaat air matanya tumpah sendiri. Bukan dia sahaja yang menitiskan air mata bahkan Tuan Hans turut tersenyum sambil menangis.

"Papa kirim Hana dalam jagaan Hadi ya?" Perlahan sahaja suara Tuan Hans namun sempat Hadi tangkap.

Perlahan Hadi mengangguk sebelum kepala menoleh ke belakang memandang Hana. Wanita itu hanya tersenyum memandangnya. Beginikah rasanya memiliki sesuatu yang sekian lama kita idamkan?

Usai membaca doa, bacaan lafaz taklik dilakukan. Sekali lagi Hadi tersenyum dalam tangisan begitu juga Tuan Hans dan Hana.

Tiba sesi pembatalan air wudhu, selepas sahaja dia menyarungkan cincin terus tangan dihulur. Sentuhan tangan Hana membuatkan Hadi tersenyum. Kini Hana isterinya. Hana miliknya. Hanya Hana yang dia mahu.

"Assalamualaikum Hana Hayla." Tangan diletakkan atas kepala Hana sewaktu tangannya dicium.

"Waalaikummussalam Hadi Ehsan."

***

HANA mundar mandir di hadapan pintu biliknya. Nak masuk ke tak nak? Segannya rasa. Tapi sudah masuk waktu dia wajib makan ubat. Ubat pula di dalam bilik.

Tiba-tiba pintu dibuka dan terus tangannya ditarik masuk ke dalam bilik sebelum pintu ditutup semula oleh Hadi. Lelaki itu sudah siap mandi dan hanya memakai kain pelikat bersama t-shirt biasa.

"Er.. mandi dah ke?" Langsung mata Hadi tak dipandang.

"Bila bercakap, mata tu tengok Hadi."

Hana masih menundukkan kepala. Takut satu, segan satu, paling ketara janggal. Macam mana ni! Heleppp...

"Hana..." Meleret sahaja nada suara Hadi memanggilnya. Jangan macam ni Pangeran Hadi, Hana takutlah.

"Haish! Sini duduk, makan ubat Hana dulu."

Perlahan lengan Hana terasa ditarik lembut mendekati birai katil yang serba putih. Konon bilik pengantin perlulah gah kata Syara. Walhal nanti tidur, berselerak juga semuanya.

"Ini 1 biji. Ini 2 biji. Eh besarnya! Muat ke nak makan?" Celoteh Hadi sendiri sambil membuka satu persatu bekas ubat milik Hana.

Hana masih diam tidak membalas atau memberi reaksi. Kepala masih menunduk memandang lantai. Rasa janggal tu tak dibuat-buat. Mahu sahaja ditekup muka dengan bantal.

"Kenapa ni? Hadi ada buat salah ke sampai tak mahu langsung tengok muka Hadi. Cuba beritahu dan kita cari solusi sama-sama." Ini yang lemah bila Hadi mula menggunakan nada selembut lembutnya.

Perlahan kepala diangkat memandang mata Hadi yang tepat merenung matanya.

"Hadi bahagia?" Spontan soalan itu yang ditanya.

Hadi tersenyum. Bekas ubat yang berada di tangan di letak semula lalu ditarik tangan Hana dan digenggam erat.

"Soalan apa Hana tanya ni? Mestilah bahagia. Memiliki Hana, bahkan dengan memandang Hana pun sudah cukup membahagiakan. Kenapa tanya, cuba cerita." Badan dipusing sedikit memandang isterinya.

"Hadi."

"Iya..."

"Macam mana kalau Hana pergi nanti?"

"Hadi ikut."

Hana lepaskan keluhan. Hadi ini faham atau pura-pura tak faham.

"Kalau Hana dah tak ada?"

"Hana tetap akan ada." Tangan Hana ditarik lalu diletak pada dadanya.

"Di sini selamanya."

***

Continue Reading

You'll Also Like

104K 3.5K 23
Disebabkan hidup selalu diatur oleh keluarga, dia sanggup buat perkara yang memalukan diri sendiri. *** Rasa macam nak lenyap dari Malaysia. Malunya...
185K 8.9K 60
[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima r...
1.8M 51K 69
COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah 360 darjah apabila dituduh berhubungan b...
76.3K 9.1K 47
BOOK #3 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 AWARD #1 𝓣𝓑𝓢 𝓐𝓦𝓐𝓡𝓓 2020~ 𝓑𝓮𝓼𝓽 𝓡𝓸𝓶𝓪𝓷𝓬𝓮 AWARD #1 ROMANCE AWARD 2020 - Best Romance Chicklit A...