OG || ℬ𝒾𝒹𝒢𝒹𝒢𝓇𝒾 π’΄π’Άπ“ƒβ„Š...

By florencetiara

10.5K 922 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... More

β€’ π“˜π“·π“½π“»π“Έπ“­π“Ύπ“¬π“½π“²π“Έπ“· β€’
β€’ 1 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 2 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 3 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 4 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 5 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 6 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 7 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 8 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 9 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 10 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 12 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 13 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 14 | BYD β€’
β€’ 15 | BYD β€’
β€’ 16 | BYD β€’
β€’ 17 | BYD β€’
β€’ 18 | BYD β€’
β€’ 19 BYD β€’
β€’ 20 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 21 | BYD β€’
β€’ 22 | BYD β€’
β€’ 23 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 24 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 25 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 27 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 28 | BYD β€’
β€’ 29 | BYD β€’
β€’ 30 | BYD β€’
β€’ 31 | BYD β€’
β€’ 32 | BYD β€’
β€’ 33 | BYD β€’
β€’ 34 | BYD β€’

β€’ 26 | ππ˜πƒ β€’

192 21 3
By florencetiara

Beberapa minggu kemudian.

Hingar bingar jadinya suasana di dalam pasaraya ini dengan lagu yang dipasang serta suara-suara pelanggan yang asik bercakap sesama sendiri. Mungkin suara mereka terdengar agak bingit kerana ruang pasaraya ini yang tidak terlalu luas. Sedang-sedang sahaja.

Haura lebih gemar membeli-belah di pasaraya yang sedang-sedang ini. Kerana tidak perlu berjalan jauh dan mengambil masa yang lama untuk kesana kesini mengambil barang.

Sesudah mengambil beberapa air kotak minuman lalu di susun ke dalam troli, dia menuju kearah tempat yang menempatkan biskut.

Oleh kerana hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dia akan pulang kerumah neneknya dan akan tinggal lama disana, makanya dia perlulah membawa bekalan seperti barang keperluan dan makanan ringan untuk dibawa ke sana. Sekaligus, ke universitinya nanti.

Bukannya tiada kedai atau pasaraya disana, hingga perlu membeli awal-awal disini. Cuma, dia lebih suka dan selesa dengan barangan dari Malaysia sendiri. Jenama pun memang sudah biasa diguna. Sekurangnya, tiadalah rasa ragu-ragu jika mahu membeli apa-apa.

Langkah Haura langsung terhenti dihadapan rak keropok dan gula-gula. Belum sempat sampai di tempat biskut lagi, tidak semena-mena dia terasa awning tudungnya disengetkan oleh satu tangan yang sangat meminta pasangannya iaitu kaki. Pemilik tangan itu sangat-sangatlah mempelawanya untuk memberi ciuman tapak kaki. Tapi tak sampai hati pula nak memberinya.

Haura mengeluh berat sebelum menepis pemilik tangan bertuah itu.
"Jangan sentuh lah." mata menjeling orang sebelah. Orang tengah tak ada mood ni boleh pula dia cari pasal.

Dibetulkan semula awning tudungnya yang sudah tak betul itu. Menyesal tak sarung niqab aje tadi. Kalau pakai niqab, tak perlu risaukan awning. Orang nak kacau macam mana pun, tak akan jadi apa apa.

Raees tersenyum mengejek seraya memaut bahu adiknya. Dia melarikan jari-jemari diserata wajah Haura yang berlapik purdah. Jarinya terhenti di permukaan dahi mulus Haura sebelum menjentik perlahan.

Haura mendengus. Rimas. Nak jalan pun tak stabil bila Raees utuh memaut bahunya. Mamat ini kalau tak mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan hidup orang, tak sah. Kalau tak mengganggu orang, proses pembuangan najisnya akan terbantut agaknya.

Tanpa menyegan menyilu menyerba menyesalah, Haura mengepal jari-jemari lalu melepaskan kedendamannya pada lengan dan perut abang tersayang.

'Pap!'

'Buk!'

"Aduh duh duh!" Raees mengusap-usap tempat kekejaman Haura tadi. Berkerut-kerut kening lebatnya menahan perit. Kuat betul tangan budak kecik ni!

"Okay okay. Abang minta maaf!"

Haura masih tak puas hati, siapa suruh berani-beraninya cari pasal dengan dia waktu tengah bendera indonesia ni? Tinggi dia mengangkat tangan kananya. Tujuan sasaran kedua adalah lengan kiri Raees.

"Hiiiya!-"

Belum sempat tangan kanan Haura mendarat tepat pada sasaran, ada satu tangan kekar yang menghalang pergerakannya. Raeed disebelah mengenggam lengan Haura yang berada diudara. Lantas Haura memandang Raeed dengan renungan tajam. Apa ni halang orang nak buat perkara tak berapa nak baik?

Raeed menggeleng. "Dah, abaikan dia. Mari ambil biskut." tangan yang ada diudara, dibawa mendarat ke sisi. Tidak pula dia melepaskan genggaman, malah dia terus menarik tangan halus Haura pergi kearah yang sepatutnya dituju.

Haura hanya menurut. Kalau melawan, takut ada juga yang menikamnya nanti. Bukan dengan pisau, tapi dengan mata! Mata siapa lagi kalau bukan Raeed.

Sebelum melangkah jauh, sempat dia mengerling Raees dengan senyuman lucu sehingga mengecil matanya. Kedua-dua belah tapak tangan dirapatkan. Ingin menyampaikan, 'sorry abang, tersengaja pukul.'

Raees menayang riak pasrah. Sudah dia agak, Haura memukul-mukul sebegitu tadi bukan sahaja kerana dia memang sakit hati dengan Raees, malah dia sengaja mahu melepas geram. Mereka berdua memang begitu. Kalau Raees tengah geram, dia ganggu Haura. Kalau Haura tengah geram, Raees lah menjadi mangsa. Apa motifnya pun tak tahulah. Yang pasti mereka berdua sudah biasa dengan rutin satu itu.

Tiba di rak, Haura mula memilih jenama dan perisa biskut pilihan hati dan lidahnya dengan tenang dan tenteram.

Matanya terpaku pada jenama biskut kegemarannya. Dikerling pada tanda harga, wah ada promosi! Bolehlah borong banyak sikit. Diambilnya empat paket besar. Terus disusun dalam troli.

Terjungkit sebelah kening Raeed yang sudah lama memerhati. "Banyaknya?"

Haura sengih tayang gigi cantiknya. "Ada promosi."

Raeed menggeleng sebelum diambil dua paket dari dalam troli lalu dia letak kembali di rak. Tinggal dua paket sahaja.

"Membazir, ByCha. Kalau dah habis dua paket tu baru beli lain. Lagi pun ByCha bukannya makan banyak sangat." kalau beli pun, akhir-akhir nya hanya dibuat koleksi sahaja. Lepas itu paksa dia dan Raees habiskan. Kenal sangat perangai adik seorangnya ini.

Haura sudah cemberut dibalik purdah. "Tapi ni promosi, abang. Jarang tau nak dapat harga murah macam ini." meleret suaranya. Kebiasaanya harga biskut ini boleh tahan mahal ya!

Raeed mengecilkan mata. "No."

"Pleaseeee..? Nanti kalau dah sampai sana, tak jumpa dah brand ni.. "

"No."

"Fine." langsung Haura membawa langkah jauh dari Raeed. Tidak lupa juga troli yang penuh dengan barangannya. Disorong bersama.

Anak mata cantiknya tertancap pada Raees yang sedang memegang dua paket besar keropok. Seperti sedang memilih mana satu patut dibeli.

Tujuannya yang ingin terus ke kaunter terbantut. Raees pula dituju. Tiba di belakang Raees, tidak semena-mena dia memukul lengan kiri abangnya itu. Geram!

Terjongket bahu Raees terkejut. Dia menggosok-gosok lengan yang menjadi mangsa kekejaman Haura. Nasib baiklah tak sakit macam tadi. Memang tak sakit pun. Sengaja over-react. Tapi dah kenapa tiba-tiba serang orang ni?

"ByCha kenapa ni?" dianalisis tubuh adiknya dari bawah ke atas. Kut-kut ini pelanduk serupa adiknya ke tiba-tiba tak puas hati dengannya lagi? Mana lah tahu.

"Tak ada apa. Jom lah bayar." Haura terus berjalan kehadapan sambil menolak troli.

Nasib tidak bertaut sahaja kening lebat Raees. Masih memandang aneh dengan adik sendiri. Ditoleh pula pada Raeed dibelakang dengan kening yang terangkat. Seakan bertanya 'asal tu?'.

Raeed menjongket sebelah bahu. Dia melarikan anak matanya kearah biskut yang Haura ingin memborong tadi. "Mungkin sebab aku tak bagi dia beli biskut tu banyak-banyak kut. Tu sebab mogok semacam."

"Lah. Sejak bila dia pandai nak boros?"

Raeed mengangkat bahu lagi. Dia sendiri tiada jawapan.

Usai mereka termenung tiga saat, barulah mereka melangkah kearah Haura yang sedang menyusun barang diatas kaunter.
.
.
.​

Kini, tiga beradik sudahpun berada di dalam kereta. Dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.

Raeed di tempat pemandu, Raees di sebelah penumpang. Manakala Haura pula duduk di tempat duduk belakang.

Raees menunduk melihat telefon pintar. Tadi sewaktu di dalam pasaraya bukan main bergetar-getar telefonnya menandakan ada mesej masuk. Malas dia mahu membuka telefon tadi. Baru sekarang rasa rajin nak buka.

[ Nuhaan ]

: Ees
Ees
Ees
Ees
Ees

: mana kau ni Ees?

: Ees aku nak tanya ni
: kalau
aku
belikan
adik
kau
sesuatu
boleh?

: boleh tak ni Ees?
kalau tak boleh tak apa.

Terletus tawa kecil Raees. Terhibur. Bukan main berjela-jela mamat ni mesej. Satu perkataan satu ruang. Apa kena nya?

Papan kekunci menjadi tujuan ibu jari. Langsung dia menaip.

Raees : ya ya.
aku ada ni ha.
sorry late reply. Aku kat luar, malas nak buka phone tadi.
Ha asal tu? Kau nak beli apa untuk dia?

Tak sampai seminit, Aahil kembali 'online'. Ruang chat bersama Raees menjadi tujuan ibu jarinya untuk menekan. Selesai membaca, automatik dia menggulingkan anak mata hitam pekatnya kelangit. 'Malas buka phone' alasan Raees? Kurang cuka betul.

: aku rasa, aku nak berikan dia jam tangan. boleh?

Raees : oh. boleh je, terpulang lah. asalkan benda tu mendatangkan manfaat utk dia.

Aahil disana sudah mengangguk kecil.

: ok thanks, Ees.

Raees : wc. eh Haan, kau dah tahu Raeesha akan gerak ke jordan, awal?

: gerak awal? tak tahu pun.

Raees : laa, adik kau tak beritahu kau ke?

Setahu Raees, tentang Haura perlu gerak awal ke sana, sudah diberitahu pada Aarya. Haura sendiri yang bercerita padanya.

: tak ada sebab pun dia nak beritahu aku. Dia tak tahu apa-apa pun pasal aku dan Raeesha.

Raees : lah kau. Asal kau tak beritahu dia?
btw Haan, kau kat mana sekarang ni?

: nanti nanti kut. Biarlah dia tahu sendiri.
aku ada kat studio aku ni. Kenapa?

Raees : good. Aku terus datang sana lah, bonda suruh ambilkan album. dia kata haritu, kau dah selesai edit kan?

: haah. Siap dah ni. Datang lah.

Raees : 👍🏻

: ha Ees, bila Raeesha gerak?

Raees : oh ya. hujung minggu ni, ahad

: ouh okay.

Tanpa salam, Aahil terus melarikan jari jemarinya ke punat keluar dari aplikasi whatsapp. Punat off ditekan. Skrin telefon pintar itu serta merta menjadi hitam. Terhapus cahaya yang terpancar. Tubuh di sandar ke belakang. Kerusi yang bermaterial mahal dan span yang empuk menambahkan keselesaan tubuh. Mata merenung kamera-kamera yang tersusun cantik didalam almari berkaca.

Memikirkan sesuatu. "Hari Ahad? Tinggal empat hari sahaja lagi. Sempat kah tempahan itu nak siap?" bisik Aahil sendiri.
.
.

Maaf kalau hambar :)

Continue Reading

You'll Also Like

45.1K 2K 19
"Show me somethin' different once, I come from where there's no love." COPYRIGHT 23. #1 ATLANTA 05/01/2024 πŸ†
613K 2.3K 63
lesbian oneshots !! includes smut and fluff, chapters near the beginning are AWFUL. enjoy!
30.8K 1K 21
[ONGOING πŸ”ž] #8 insanity :- Wed, May 15, 2024. #2 yanderefanfic :- Sat, May 18, 2024. After y/n became an orphan, she had to do everything by herself...
181K 7.1K 66
An Indian brother-sister/family story. The Singhania family is the most prestigious family in the country. Together, they seemed to be invincible...