OG || ℬ𝒾𝒹𝒢𝒹𝒢𝓇𝒾 π’΄π’Άπ“ƒβ„Š...

De florencetiara

10.5K 922 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... Mais

β€’ π“˜π“·π“½π“»π“Έπ“­π“Ύπ“¬π“½π“²π“Έπ“· β€’
β€’ 1 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 2 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 3 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 4 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 5 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 6 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 7 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 8 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 9 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 10 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 12 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 13 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 14 | BYD β€’
β€’ 15 | BYD β€’
β€’ 16 | BYD β€’
β€’ 17 | BYD β€’
β€’ 18 | BYD β€’
β€’ 19 BYD β€’
β€’ 20 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 21 | BYD β€’
β€’ 22 | BYD β€’
β€’ 23 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 24 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 26 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 27 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 28 | BYD β€’
β€’ 29 | BYD β€’
β€’ 30 | BYD β€’
β€’ 31 | BYD β€’
β€’ 32 | BYD β€’
β€’ 33 | BYD β€’
β€’ 34 | BYD β€’

β€’ 25 | ππ˜πƒ β€’

375 25 14
De florencetiara

Kepala Haura automatik menegak tatkala halwa telinganya terdengar suara memanggil nama hadapannya. Anak mata birunya mengerling sekilas kearah si pemanggil yang berada di tempat duduk hadapan. Namun tidak pula dia membalas. Hanya membisu di tempatnya.

"Haura, boleh aku tanya sesuatu?" Aahil terus menyoal. Walaupun Haura cuma diam. Dia yakin, Haura memberinya ruang untuk meneruskan kata. Dia bermain-main dengan jari-jemarinya. Sesekali menggenggam erat tangan sendiri.

"Tafaddhal." (silakan.) tenggelam timbul suara Haura. Hampir tak terdengar dek telinga yang menadah.

Aahil tidak langsung menyambung kata, malah dia termenung seketika.

"Benarkah, kau sudi menjaga hati kau buat aku? Dan..​sudi tunggu aku?" Aahil mendatar. Bukan dia mahu mengambil kesempatan atau tak percaya dengan apa yang dia dengar tentang 'Haura sudi menerima'. Cuma.. Dia mahu mendengar dari Haura sendiri. Tak salah bukan?

Haura agak terkedu. Tidak sangka itu adalah topik yang akan dibangkitkan. Dia menghela nafas sebelum membalas, "Aku bukan menjaga diri dan hati ini semata untuk kau. Aku menjaga hati dan diri ini untuk takdir yang sudah ditentukan illahi." ya, buat jodohnya yang sudah tertulis di Luh Mahfudz. Buat lelaki yang bakal menyalami tangan abi lalu melafazkan bukti cinta suci. Buat lelaki yang setia menemani hingga hari tua nanti.

Automatik tubuh Aahil mengeras. Anak mata hitam pekatnya bergetar. Haura tidak perasan perubahan Aahil.

"Dan jika takdir yang ditentukan oleh Dia itu adalah kau, Aahil An-Nuhaan. Aku pasti akan bersyukur dan bahagia dengan ketentuan itu." Haura menyambung sebelum mengemam bibir sendiri.

Jasad Aahil yang sedia mengeras, tambah menjadi beku. Tetapi matanya tidak lagi bergetar, malah terbias rasa senang, tenang.. Rasa tak percaya. Sukar untuk dia percaya. Dia bagai hilang kata-kata. Lidahnya bagai dibekukan.

Hanya mampu berbisik dalam hati, "Wahai Allah jika dengan memiliki si dia, menjadi anugerah terindah dalam hidupku.. maka izinkan aku untuk menikmati dan merasai anugerah yang satu itu."

.
.
.

Selesai menghantar Haura pulang kerumah, Raees terus memandu laju keluar dari perkarangan rumah. Butik milik Hadeeya menjadi arah tuju. Mahu menghantar si Aahil ini pula.

Haah memangpun, hari ini dialah driver tak berbayar mereka. Bernasib baik lah jadual dia hari ini pun tak padat. Kalau tak, tak ada lah dia nak merayau sana sini.

Ruang didalam kereta itu sunyi. Raees mahupun Aahil, kedua-duanya lebih selesa diam.

Sehinggalah Raees yang memecah sunyi,

"Haan."

Aahil langsung memandang Raees. "Hmm?"

"Apa yang membuatkan kau yakin untuk tetap setia tunggu adik aku eh? Tanpa dia tahu pula tu. Lagi-lagi kau orang tiada langsung berkomunikasi berjumpa apatah lagi. Kau dah bertahun tak jumpa dia kan? Tahun ini baru jumpa semula. How tho?"

Terletus tawa Aahil mendengarkan soalan yang berjela-jela itu. Bukan bibir sahaja tertawa, mata turut tersenyum. Mata sepetnya, bertambah sepet.

Raees automatik berkerut. "Kau gelak asal? Aku tanya serius ni."

Aahil langsung berdehem. Ketawa pun kena marah.

"Aku pun tak tahu." Aahil mengangkat sebelah bahu.

Wajah Raees beriak bosan. "Betul-betul lah, Haan. Aku tahu tak mudah menanti dalam diam."

Mereka kini sudah sampai di hadapan butik Hadeeya. Raees memarkir kereta betul-betul dihadapan bangunan tinggi itu. Tetapi mereka berdua tiada tanda mahu keluar kereta lagi.

"Jadi kau nak tahu kenapa aku memilih untuk melakukan segala hal dalam diam?" Aahil merenung kehadapan. Melihat pelanggan-pelanggan yang baru keluar dari butik Hadeeya. Setiap hari tidak pernah lenggang butik ini daripada orang ramai. Butik ini juga memang terkenal di serata tanah air. Terkenal dengan pakaian syar'i yang direka oleh Hadeeya.

Raees mengangguk sekali. Walaupun tak menepati soalannya yang pertama tadi, tapi tak apa lah. Yang satu itu pun dia mahu tahu juga.

"Sejujurnya, daripada dulu lagi aku takut. Takut kalau nanti dia tak terima pun aku, takut kalau sebenarnya ada orang lain yang dia simpan dalam hati, takut dia ada menaruh hati kepada orang lain. Lagipun, yang macam kau cakaplah aku dan dia tak pernah jumpa langsung selama ni. Hanya memori sewaktu kanak-kanak yang selalu menjadi pengubat." Aahil berbicara serius. Diputar-putarkan telefon pintar yang berada di atas armrest menggunakan jari.

Setelah beberapa detik matanya tertaut dengan mata Raees, dia menyambung. "Jadi.. Disebabkan rasa takut tu, aku pilih untuk melakukan segalanya dalam diam."

"Aku memilih mencintainya dalam diam, kerana dalam diam tak akan ada penolakan. Aku memilih mencintai dia dalam kesepian, kerana dalam kesepian tidak ada orang lain yang memiliki dia, kecuali aku." nafas berat dihela.

"Dan aku..aku memilih mengagumi dia dari kejauhan, kerana kejauhan melindungi aku dari rasa sakit. Sakit akan harapan." Aahil memandang Raees sambil tersenyum tipis.

Raees pula daripada awal lagi bibirnya sudah tersenyum senget sebelum menjatuhkan kepalanya beberapa kali. Bersetuju dengan apa yang Aahil ujarkan. Aahil ini daripada kecil hingga besar, suka benar melafazkan kata berbentuk puisi dan gramatis.

"Eh bukan tadi kau tanya aku macam mana aku boleh yakin tunggu adik kau ke?"

Raees mencebik sebelum mengangguk. Memang pun. Tapi Aahil yang nak buka topik lain. Dia ikutkan aje.

"Kau nak tahu jawapan aku?"

"Of course."

"Kerana doa."

"Apa yang kau doa?" Raees menjungkit kening sebelah.

"Nak jawapan panjang ke pendek?"

"Terpulang. Aku lebih suka kau zahirkan kelebihan puisi kau."

Aahil mencemik sebelum tersenyum tipis.

"Aku selalu memohon pada Allah supaya, 'halang hati aku dari terus jatuh dalam rasa cinta pada sesiapa yang bukan ditakdirkanNya jodoh aku. Dan sekalipun jika aku jatuh cinta, biarlah yang aku cintai itu benar-benar manusia yang memang ditakdirkan untuk menjadi suri hati."

Terjungkit kedua-dua belah kening Raees. Tersenyum lebar bibirnya. Kagum dengan setiap butir bicara Aahil. Kagum dengan apa yang Aahil lakukan.

"Dasyat dasyat." dia menggeleng perlahan seraya menepuk-nepuk bahu Aahil.

"Aku harap, orang yang hati kau cinta sekarang ni bukan orang yang salah."

Aahil juga mengangguk perlahan sebelum dia erat memejam mata seketika. Sesungguhnya, dia pun berharap benda yang sama.

'Tok'

'Tok'

Hadeeya mengetuk cermin pintu kereta belah Raees. Raees lekas-lekas menekan punat untuk menurunkan cermin. Ditayang senyum kambing.

Hadeeya mengecilkan mata. Sudah lama dia perhati dua ketul anak teruna ini tak keluar-keluar dari kereta. Berbual apa tak tahu lah. Dia mahu memanggil daripada tadi lagi, tapi pelanggannya tidak putus-putus datang hendak berjumpa dengannya.

"Buat apa lama-lama dalam kereta? Tak mahu keluar bantu bonda? Haan, tak mahu jalankan kerja kamu?" bukan Raees sahaja kena. Aahil pun terkena sama.

Kedua-duanya senyum bersalah. Aahil menggaru belakang leher yang tidak gatal. Salah Raees lah ni tanya dia macam-macam. Kan dah ambil masa lama untuk dia beri jawapan.

"Ya bonda, kami nak turun dah ni." Raees menutup enjin kereta.

"Ya ya, cepat!" serentak Raees dan Aahil keluar dari kereta. Membontoti langkah Hadeeya masuk kedalam butik.

Raees terus masuk ke bilik pejabat yang berada di ruang belakang untuk membantu bonda menguruskan hal-hal stok pakaian di butik.

Langkah Aahil pula pantas menuju ke bilik khas editor and photographer. Manjalankan tugasnya yang sudah diterangkan oleh Hadeeya tempoh hari.

Continue lendo

VocΓͺ tambΓ©m vai gostar

45.3K 2K 19
"Show me somethin' different once, I come from where there's no love." COPYRIGHT 23. #1 ATLANTA 05/01/2024 πŸ†
7.4M 205K 22
It's not everyday that you get asked by a multi-billionaire man to marry his son. One day when Abrielle Caldwell was having the worst day of her life...
614K 2.3K 63
lesbian oneshots !! includes smut and fluff, chapters near the beginning are AWFUL. enjoy!
Aşiret Dızlamak De 19ir_em07

Ficção Adolescente

143K 11K 12
Her şey bana gelen mektupla başlamıştı. Ufacık bir not kağıdında yazan şeyler büyük olaylara ve hayatımın değişmesine yol açmıştı. Ben kendimden emin...