OG || ℬ𝒾𝒹𝒢𝒹𝒢𝓇𝒾 π’΄π’Άπ“ƒβ„Š...

By florencetiara

10.5K 922 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... More

β€’ π“˜π“·π“½π“»π“Έπ“­π“Ύπ“¬π“½π“²π“Έπ“· β€’
β€’ 1 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 2 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 3 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 4 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 5 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 6 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 7 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 8 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 9 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 10 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 12 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 13 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 14 | BYD β€’
β€’ 15 | BYD β€’
β€’ 16 | BYD β€’
β€’ 17 | BYD β€’
β€’ 18 | BYD β€’
β€’ 19 BYD β€’
β€’ 20 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 21 | BYD β€’
β€’ 22 | BYD β€’
β€’ 23 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 25 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 26 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 27 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 28 | BYD β€’
β€’ 29 | BYD β€’
β€’ 30 | BYD β€’
β€’ 31 | BYD β€’
β€’ 32 | BYD β€’
β€’ 33 | BYD β€’
β€’ 34 | BYD β€’

β€’ 24 | ππ˜πƒ β€’

270 34 11
By florencetiara

Hi! jangan lupa votes and comment tau. nak juga paksa tak kira. Tiara exited ni nak baca comment dari korang.

Anyway, enjoy your reading!
.
.
.​

"A big no! Kau fikir Malaysia ke Jordan tu macam dari tasik ni pergi ke royal mall tu ke? Yang tambang dalam berapa belas ringgit je? Weh tak weh. Sini ke sana beribu raban. Lepas itu pula, abi kau nak tanggung makan, minum, tidur aku yang hampir beberapa minggu tu. No memang tak lah. Menyusahkan, Raeesha. Kau pun tahu aku bukan suka membebankan orang lain." Erdyna menghela nafas. Mengah pula mengomel dalam satu nafas.

Ya. Seperti yang dibincangkan semalam, Haura perlu pujuk Erdyna. Dan kini, sesuai dengan yang disangka.. Erdyna sudahpun membebel-bebel daripada tadi. Sejak selesai memanah sehinggalah sekarang.

Tak henti mereka berlawan mulut. Bersungguh Haura memujuk. Bersungguh lagi Erdyna menolak. Sudah berbagai-bagai jenis drama yang Haura cipta. Sedih sudah, gembira sudah, kecewa sudah, teruja sudah.. Tapi kesemuanya tak memberi impak langsung pada Erdyna.

Haih. Susah betul lah!

Mendengarkan omelan dari Erdyna, langsung Haura yang duduk dengan kaki yang rapat ke dada, mendaratkan dagunya ke lutut. Mengeluh.

Ada lagi satu Idea yang berlari difikiran..Bina ayat pasrah sepasrah-pasrahnya. Hmm, mari kita cuba.

"Jadi, kau tak sudi lah nak temankan aku kat sana. Kau nak biar aku sorang-sorang kat sana. Makan minum sorang-sorang. Sakit sorang-sorang tiada siapa tahu. Jalan sorang-sorang. Lepas itu kalau tiba-tiba aku kena culik kerat 18, baru kau nak menyesal kan." keluhan berat terlepas dibibir.

Ayat terakhir yang diujar Haura membuatkan tangan Erdyna lekas sahaja menampar bahu orang disebelahnya. "Mulut kau! Doa bukan-bukan pula." menjeling sedas.

Haura mendesis. Pedih!

"Apa? Betullah aku kata. Kau dah tak mahu temankan aku. Dulu kau yang selalu risaukan aku, sekarang tak heran dah. Dulu kau yang selalu care pasal kesihatan aku, sekarang mana ada kisah dah. Lepas tu muka kau pun dah tak risau kalau dengar aku nak jalan sorang-sorang..." sedih sungguh nadanya!

Erdyna mula gelisah melihat mata Haura yang seakan memerah menahan tangis. Riak wajahnya berubah serba salah. Wallahi, bukan niatnya mahu berbuat begitu. Dia juga tiada niat langsung ingin mengabaikan sahabat baiknya sebegitu rupa. Dia cuma tidak mahu menyusahkan orang. Terutama keluarga Haura.

Lantas Haura mengambil alatan memanahnya, menyimpan rapi didalam beg khas pemanah. Ada ura-ura mahu beredar dari situ.

"Raeesha..." Erdyna menggapai tangan Haura yang sudah berdiri. Haura menarik semula tangannya dari genggaman Erdyna. Genggaman Erdyna tidak erat, mudah dia menarik semula.

Tanpa membalas apa-apa, Haura terus membuka langkah. Pondok hijau berdekatan tasik menjadi tujuan. Abang Ees sudah didalam perjalanan untuk kesini mengambilnya. Jadi lebih baiklah duduk dibawah tempat redup. Hari juga makin panas.

Erdyna pula apa lagi, terus bangun mengejar langkah Haura.

"Raeesha.. Raeesha!" lantang suara Erdyna memanggil sahabatnya yang buat-buat pekak daripada tadi. Tidak menoleh langsung malah melajukan langkah. Huh!

"Raeesha! Esha.. Maafkan aku.." Erdyna berada dibelakang Haura yang sudahpun melabuhkan punggungnya di bangku batu pondok.


"Apa?" Haura hanya mengerling sekilas.

"Maafkan aku..​Aku..​Aku hanya tak mampu terima apa yang keluarga kau tawarkan. Itu terlalu besar dan berat untuk aku. Dan aku tiada niat pun untuk berhenti daripada mengambil berat tentang kau, Esha. Abaikan kau..​ Aku tiada niat langsung. Kau sahaja yang fikir macam tu." Erdyna perlahan-lahan membuka langkah, duduk bertentangan dengan Haura.

"Tak apa lah, Dyna.." suaranya mendatar. Haura kemudian membuang pandangan kearah lain sebelum dia mengeluarkan telefon pintarnya dari kocek seluar. Mesej abang Raees-nya ditekan. Kata abangnya, jalan jem. Aduh, dan dan pula jem.

Bertambah serba salah Erdyna. Anak matanya bergerak-gerak tanda berfikir. Berkerut dahinya.

Aduh, buntu dibuatnya. Mahu menjaga hati Haura atau tetap dengan pendirian diri tidak mahu membebankan orang?

Masalahnya, orang tu keluarga Haura sendiri. Mereka yang mempelawa, kalau mereka yang pelawa, itu bukan dikira membebankan.. kan? Tapi..​

Ahh! Stres.

'Pin'

'Pin'

Automatik dua kepala itu mendongak. Kereta berjenama Toyota C-HR terpacak elok di depan mata.

Tidak tunggu lama, Haura terus bangun dari duduk lalu kereta milik abangnya dituju. Meninggalkan Erdyna sendiri. Rumah Erdyna tidak jauh dari tasik. Dia ke tasik pun hanya berjalan kaki. Dan pulang juga akan berjalan kaki.

Belum sempat Haura melangkah lebih jauh. Erdyna lantas menarik tangan Haura hingga Haura tertoleh kebelakang. Berkerut dahinya.

"Aku ikut kau. Aku nak teman kau kat sana." tepat Erdyna merenung mata Haura. Mahu melihat reaksinya.

Haura memandang insan dihadapannya dengan riak tak percaya. Terjungkit kening cantiknya.

"Kau serius?" nada teruja.

"Kau ada nampak aku macam nak ajak main sep sep tom tom ke?"

Haura tersenyum lucu. "Yes! Finally!! Abi, bonda ByCha berjaya!" punya seronok hingga dia menepuk-nepuk tangan beberapa kali.

Erdyna memandangnya atas bawah beberapa kali. Dah kenapa dia ni? Berjaya apa pula? Gembira benar nampaknya ni.

"Kau kenapa?"

"Aku berjaya! Aku berjaya pujuk kau. Dan kau, kau tak boleh tarik balik. Jangan jadi buruk siku ya." Haura mengeluarkan jari telunjuknya kewajah Erdyna lalu digerakkan kekanan dan kekiri. 'no no no'

Erdyna menggulingkan biji matanya keatas. Dah agak dah. Pasti tadi Haura hanya berlakon. Hanya berlakon pun, menjadi juga. Huh!

"Iya lah, Raeesha. Asal kau bahagia."

Haura sengih nampak gigi di balik purdah yang dipakainya. Akhirnya, tiadalah dia mereput sahaja nanti dirumah nenek. Kalau mereput pun, sekurang-kurangnya dia bukan sorang-sorang.

Erdyna memetik jarinya tepat di depan wajah Haura. Gembira betul sampai berangan jauh eh. "Berangan apa, Esha? Tu abang kau dah lama tunggu, tak pasal-pasal berjanggut pula dia nanti. Pergilah balik." Erdyna menolak perlahan tubuh Haura sebelum dia melambai sahabatnya itu.

Haura juga hanya mengikut kemana arah Erdyna menolak tubuhnya. Sebelum membalas lambaian Erdyna sambil tersenyum suka. Mengecil matanya kerana senyuman yang lebar di balik purdah.

Lalu, pintu penumpang dibahagian hadapan menjadi langkah tujuan. Setelah terpacak elok didepan pintu, langsung dibuka.

"Assalamualaik-" tidak semena-mena ada susuk tubuh asing yang duduk di kerusi itu. Lidahnya terkaku apabila menyedari pemilik tubuh itu adalah lelaki. Lelaki yang dia..​kenali.

Penghuni kerusi yang asalnya memandang Raees juga menoleh apabila tersedar pintu sebelahnya terbuka tiba-tiba. Tak berkelip dia memandang Haura. Dia juga agak terkejut.

Menyedari situasi canggung itu, Haura terus menutup kembali pintu kereta lalu pintu bahagian belakang pula dibuka. Kosong tiada orang. Langsung dia masuk kedalam perut kereta. Dihela nafas lega.

Kalau ada orang juga dibelakang ni, memang kena lah Abang Raees! Sudahlah bawa orang lain tak beritahu.

Pintu kereta langsung ditutup kembali. Agak kuat juga bunyi yang terhasil kerana terhempas kuat. Ter ya ter. Penggunaan imbuhan awalan yang tidak disengajakan.

Raees mengerling adiknya dibelakang melalui cermin. Tidak dapat dia gali apa perasaan adiknya sekarang. Mana tak nya, tiba-tiba menghempas pintu. Haura marahkannya ke sebab bawa orang lain tak beritahu dia? Aduh.

"ByCha macam mana memanah hari ni, okay?" Raees sudah memandu keluar dari kawasan perkarangan tasik. Dia memandang adiknya dicermin. Haura juga sedang memandangnya. Terjungkit kening Raees melihat pandangan Haura. Tajam sungguh!

Haura menarik nafas dalam. "Alhamdulillah, okay je."

Raees mengangguk-angguk. Dikerling pula pada orang sebelah, ralit melihat kamera mahalnya. Dapat dia rasakan canggungnya keadaan sekarang ini.

"Sorry, tak beritahu ByCha yang abang bawa kawan. Tadi bonda yang minta ambilkan dia dari rumah untuk bawa ke butik. Bonda minta dia jadi editor sementara." jelas Raees tanpa dipinta.

Haura hanya mengangguk sekali seraya membuang pandangan keluar tingkap. Wajahnya mendatar. Pandangannya tidak tajam seperti tadi.

Tiba-tiba Raees tersenyum lucu sebelum menggigit isi dalam pipi untuk menahan bibir daripada terus tersenyum. Dia rasa kelakar kerana mereka berdua ini sudah seperti orang asing. Yang ini beku, yang belakang jual mahal. Elok sangattlah tu!

Padahal, kedua-duanya sama-sama suka. Masing-masing sudah tahu siapa yang menghuni hati.

Dalam sedar, sebenarnya Raees kagum. Indah juga jika begini kan? Tiada niat bercinta pada jalan yang haram. Tiada jalan yang mendorong kearah zina. Hanya memilih bercinta selepas nikah. Diam-diam mengagumi. Diam-diam simpan rasa dihati. Diam-diam mendoakan buat diri dan takdir yang ditentukan illahi.

MashaAllah benarlah, aturan islam itu indah. Jika betul-betul mendalami dan memahami, InSyaAllah akan faham dan mudah sahaja untuk kita taat akan segala perintahNya. Kerana kita yakin, bahawa segalanya telah ditetapkan Dia sejak sebelum kita lahir kedunia lagi.

Tiba-tiba..

Perutnya terasa memulas. Berkerut keningnya menahan sakit. Aduh, sudahlah dia sedang memandu. Tiba-tiba pula memulas bukan main.

Orang disebelahnya yang menyedari perubahan riak wajah Raees menegur. "Eh kau asal, Ees?"

"Aku..​Aku s-s-sakit perut. Tiba-tiba!"

Bibir yang mendengar itu, tersenyum senget. Patutlah berkerut semacam. Tengah menahan rupanya. Baik dia beri petunjuk sebelum tercicir keluar. "Kau bawa laju sikit. Depan tu ada Petronas belah kiri ni."

Tanpa izin, Raees terus menekan pedal minyak. Kedua-dua penumpang itu tersentak.

Haura beristighfar seraya mengusap dadanya. Tahu lah tak tahan, tapi tak perlulah sampai nak pergadaikan nyawa!

Sekejap sahaja kereta itu sudah berada di tempat letak kenderaan berhadapan tandas awam Petronas. Bergegas Raees keluar dari perut kereta sebelum dia terus meluru kedalam tandas.

Kini, tinggallah dua hamba Allah itu di dalam kereta. Kalau tadi hanya rasa canggung, kini sudah terasa ingin menghela nafas pun payah. Bagai tersekat dikerongkong.

"Haura,"

.
.
.​

Teettttt.​.​

Awak-awak rasa, agak agak apa sambungannya? Apa yang lelaki tu nak cakap pada Haura, ya?

Continue Reading

You'll Also Like

633K 7.7K 31
The bad boy's life changes when he suddenly becomes the teacher's baby...
45.8K 2K 19
"Show me somethin' different once, I come from where there's no love." COPYRIGHT 23. #1 ATLANTA 05/01/2024 πŸ†
143K 11K 12
Her şey bana gelen mektupla başlamıştı. Ufacık bir not kağıdında yazan şeyler büyük olaylara ve hayatımın değişmesine yol açmıştı. Ben kendimden emin...
488K 9.6K 105
violet jones grew up around people that she feared. one day she got thrown a massive curve ball, her whole life blowing up just within just two days...