OG || ℬ𝒾𝒹𝒢𝒹𝒢𝓇𝒾 π’΄π’Άπ“ƒβ„Š...

By florencetiara

10.5K 922 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... More

β€’ π“˜π“·π“½π“»π“Έπ“­π“Ύπ“¬π“½π“²π“Έπ“· β€’
β€’ 1 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 2 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 3 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 4 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 5 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 6 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 7 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 8 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 9 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 10 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 12 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 13 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 14 | BYD β€’
β€’ 15 | BYD β€’
β€’ 16 | BYD β€’
β€’ 17 | BYD β€’
β€’ 18 | BYD β€’
β€’ 19 BYD β€’
β€’ 20 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 21 | BYD β€’
β€’ 22 | BYD β€’
β€’ 24 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 25 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 26 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 27 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 28 | BYD β€’
β€’ 29 | BYD β€’
β€’ 30 | BYD β€’
β€’ 31 | BYD β€’
β€’ 32 | BYD β€’
β€’ 33 | BYD β€’
β€’ 34 | BYD β€’

β€’ 23 | ππ˜πƒ β€’

260 22 2
By florencetiara

Aahil meloloskan dirinya terus kedalam bilik tidur. Tidak dihiraunya suara Aarya yang memarahinya kerana melarikan diri. Terus merebahkan tubuh sasanya ke katil.

Sedang merenung siling, tiba-tiba tersenyum tipis. Kata-kata Erdyna di hospital tempoh hari menghantui mindanya.

'Akhirnya kau dapat juga dia kan. Dia sudahpun berikan hati dia pada kau.'

Aku? Dapat dia?

Oh pastilah belum.

Dia berikan hati dia pada aku?

Dia berikan..

Hati dia..​

Pada aku?​

Benarkah apa yang Erdyna katakan tu? Ataupun Erdyna sengaja nak uji dia? Entah-entah Haura tak heran pun dengan surat yang dia beri. Erdyna sahaja mereka cerita.

Ah! Dah mula dah overthinking dia.

Tapi perkata tu tak mustahil..

Tidak semena dia teringat, kenapa tadi bila dia muncul depan pintu wad, Haura seakan terpaku? Mata Haura seakan terbias rasa teruja ketika melihatnya. Sempat juga dia melihat bibir Haura yang ternaik sesaat.

Mengingatkan itu, automatik bibirnya terkumat kamit berstighfar. Meraup wajah. Dia tak patut teringat akan hal itu. Dia sendiri malu.

Sedang merenung dinding bagai mahu tembus,

Tiba-tiba kelopak matanya memberat. Matanya pedih. Dia menggosok-gosok matanya. Pandangan mula kabur. Semakin gelap. Dan, terlelap.
.
.
.​

Haura dan bondanya melangkah masuk kedalam rumah agam mereka, Haura terus melabuhkan punggungnya ke atas sofa. Hadeeya pula masuk ke ruang dapur.

Nafas dihela. Alhamdulillah, dapat juga dia pulang ke rumah petang ini. Itupun selepas dia bersunguh memujuk Doktor Hana dengan mengatakan dia akan baik-baik sahaja. Kalau Doktor Hana tak membenarkan dia pulang pada hari ini, tak tahu lah apa yang akan jadi padanya di dalam wad itu. Bosan sungguh! Nak keluar mana-mana pun tak boleh kerana doktor Hana takut dia masih trauma akan sekeliling. Padahal dia sudah separuh sembuh dari penyakit mental itu. Tak percaya sungguh doktor pakar itu padanya.

"Raeesha?" tegur Ridhwan yang baru sahaja keluar dari lift. Dia baru sahaja menyelesaikan urusan kerjanya di pejabat. Tiba-tiba ternampak pula anak daranya yang baru sembuh itu bersandar pada sofa. Langkahnya dituju kearah Haura.

Dia agak kecewa kerana tidak dapat melawat mahupun menjemput anaknya dari hospital. Urusan kerja syarikatnya bertimbun. Mesyuarat pada hari ini sahaja ada tiga yang perlu dihadiri. Memang sangat padat jadualnya hari ini. Seperti selalu.

Haura menoleh pada abi nya. Tersenyum manis.

Ridhwan membalas senyuman sebelum mengambil tempat di sebelah anaknya. "Anak perempuan abi, sihat?"

"Alhamdulillah, yang macam abi nampak sekarang. ByCha okay je." senyum sehingga terserlah gigi cantiknya. Lupa ada luka dihujung bibir, langsung mematikan senyum. Sakit!

Ridhwan memandang anaknya sayu. Masih serba salah. Tapi tak terluah. Bagaimana mahu sampaikan ya?

Haura langsung berkerut. "Kenapa abi pandang ByCha macam tu? Abi serba salah dengan ByCha ya? Sebab abi tak lawat ByCha?" Haura mengagak. Dia perasan mata abinya terbias kesal.

Awalnya Ridhwan terkedu. Tak sangka anaknya begitu pantas menangkap perasaanya dengan tepat. Sesudah itu, dia mengangguk perlahan. Tersenyum serba salah.

"Maafkan abi ya." mengusap kepala Haura perlahan. Haura tertawa suka.

"Abi tak buat salah pun. ByCha faham, abi sibuk dengan company kan? Tak apa, ByCha tak ambil hati pun. Abi jangan risau okay." di angkat ibu jarinya paras dada. Simbol 'good'

Ridhwan tersenyum lagi sebelum dia mengecilkan matanya.

"Lain kali, hati-hati. Jangan guna telefon waktu tengah melintas jalan. Bahaya menempah maut. Walaupun ada orang call ke apa ke. Biar dulu. Bila dah sampai seberang, baru boleh telefon semula. Faham?" bersuara tegas. Betul-betul memaksudkannya.

"Sami'na Wa Atho'na."
( kami dengar dan kami patuh ) dia meletakkan kelima-lima jarinya pada dahi. Serupa tabik hormat.

Ridhwan tersenyum lucu melihat anaknya menabik hormat. Nak bebel lagi pun tak jadi.

Dia sudah berdiri. Dapur menjadi tujuan. Asalnya turun ke bawah ini untuk membancuh kopi kerana matanya terasa memberat. Tapi tergandala pula.

"Ahsantum."
( bagus )

Terangkat kening Haura. "Limaza ahsanTUM, ya abi?"
( kenapa bagus *pada ramai , wahai ayah saya? )

"Dah tadi kamu sebut NA, abi sebut la TUM." Ridhwan sudah menggeleng-geleng sambil tersenyum tipis. Dia hanya terus meninggalkan Haura dengan riak yang jelas masih tak faham.

Dia yang salah sebut, dia yang tak faham.
.
.

"Hayati.."
( hidup saya. ) Ridhwan mencuit pinggang isterinya.

Hadeeya yang sedang mencuci pinggan mangkuk lantas menoleh. Terkejut sebenarnya. "Eh bila abang turun?"

"Dari tadi dah. Lepas tu sembang dengan ByCha sekejap." Ridhwan mengambil sepaket kopi dari dalam rak.

"Abang nak kopi ke? Meh lah saya buatkan. Abang duduk sana." cepat-cepat dia mengambil paket kopi dari tangan suaminya. Cepat lagi Ridhwan menarik balik.

"Abang boleh buat sendiri, awak. Awak pergi sambung cuci pinggan." Ridhwan menghalakan matanya kearah singki.

Hadeeya berkerut tak puas hati. Orang nak tolong ni dia tolak pula. "Yalah yalah."

Ternaik hujung bibir Ridhwan sebelum dia meneruskan membancuh kopi.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. "Deeya, awak dah beritahu Raeesha tentang tarikh pergi yang dah diawalkan tu?"

Hadeeya berkerut lagi. Berkerut pelik. Bila pula suaminya ini beritahu tarikh tentang apa-apa?

"Tarikh pergi mana abang?"

Ridhwan memandang Hadeeya. Terjungkit kedua-dua belah keningnya. "Takkan awak lupa. Kan abang baru cakap kemarin, tarikh untuk Raeesha ke Jordan tu diawalkan."

Meluas mata Hadeeya. Terbuka sedikit mulutnya. "Ohhhhh.. Ada ada. Abang ada beritahu. Cuma saya belum beritahu ByCha lagi. Tak teringat." senyum tak bersalah. Panjang betul harakat 'oh' nya tadi. Baru teringat punya pasal.

Bibir Ridhwan tersenyum kebawah. Ada ada je lah bini seorangnya ini. Sejak bila kuat lupa pun tak tahu.

"Beritahu apa bonda, abi?" sedari tadi Haura hanya memasang telinga dari pintu dapur. Asalnya mahu keluar ke mini garden. Tapi tiba-tiba telinga mendengar bonda dan abi seakan memetik namanya. Langsung rasa ingin tahu mencanak tinggi.

Ridhwan dan Hadeeya serentak menoleh. Panjang umur anak seorangnya ini.

"Ha, mari lah sini. Bonda beritahu sekarang je." Hadeeya mengibas sebelah tangannya seakan memberitahu 'meh meh'. Dia dan suaminya juga sudah duduk di kerusi.

Haura langsung mengambil tempat berhadapan bonda dan abinya. Bersilih ganti memandang mereka. Menunggu bonda meneruskan kata. Ini apa pasal tiba-tiba terasa nervous?

"Okay, ByCha patutnya pergi ke Jordan bila?"

"Yang abi pernah beritahu.. Hujung bulan sebelas." Dikerling pada abi nya.

"Tarikh dah tukar, diawalkan."

"Bila tarikh yang dah di tukar tu?"

"Hujung bulan sepuluh."

Terjungkit keningnya sebelum ternganga. Serius bulan sepuluh? Sekarang dah bulan sembilan. Maksudnya dalam beberapa minggu je lagi dia dah kena pergi ke sana?

"Kenapa awal sangat, bonda abi?"

Hadeeya memandang suaminya. Ridhwan memandang Hadeeya.

"29 haribulan sembilan tu, Hussain anak kakak abi nikah. Itu sebab kami cadang nak hadiri hari nikah dia."

Haura mengangguk faham. Maksudnya, abi tak mahu lah seperti ulang alik ke sana. Sebab tarikh pun hampir hampir. Bazir duit saja nak pergi dua tiga kali.

"Tapi abi, hari-hari yang seterusnya tu.. ByCha akan tinggal di mana kalau abi dan bonda dah balik sini?"

Ridhwan termenung lama seakan berfikir. Kemudian membalas,

"Abi cadang ByCha tinggal di rumah nenek untuk sementara. And then bila sampai je tarikh untuk masuk asrama, baru ByCha tinggal di asrama. Boleh? Tapi abi dan bonda akan tinggal lama juga di sana. Kita jalan-jalan dulu. Dan baru kami pulang."

Haura sudah berkerut. Mengeluh panjang. Aduh, tinggal rumah nenek? Memanglah seronok balik kampung. Tapi...​Terasa sungguh berat hati mahu tinggalkan Malaysia awal awal. Sudahlah nanti waktu nak masuk belajar, abi dan bonda tak ada.

Mengeluh lagi.

Ridhwan dan Hadeeya perasan perubahan wajah anaknya itu.

"ByCha janganlah sedih, nanti dalam beberapa bulan atau tahun, kami lawatlah ByCha disana. Boleh ya?"

Haura beriak keruh. "Erm, Boleh memang boleh.. Tapi nanti kalau semua saudara dah balik, takkan ByCha nak duduk main sorang-sorang je kat rumah nenek." lama tau duduk sana. Memang lah akan ada saudara-mara yang lain.

Tapi dah kalau semuanya sudah mula kembali belajar dan hanya tinggal nenek dan maidnya dirumah? Ha kan dah boring mereput je nanti atas katil.

"Bawa lah Erdyna."

Terjungkit kening Haura.

"Eh takkanlah, abi. Erdyna kan datang sana dengan biasiswa. Mana boleh awal..​"​ sedih​ sungguh​ nadanya.

"Apa yang tak boleh? Biar abi yang tanggung dia ke sana. Kan abang?" Hadeeya menyampuk tiba-tiba.

Ridhwan memandang isteri disebelah sebelum mengangguk. "Boleh."

Haura sudah teruja.

Tidak semena, riak kecewa pula.

Cepat beno emosi bertuko ye.

"Tapi, Erdyna tak akan boleh terima kalau abi yang tanggung dia. Ayah dan mak dia pun mesti tak setuju." kenal sangatlah dia dengan keluarga sahabat seorangnya itu.

"ByCha pujuklah Erdyna. Bonda dan abi pujuk mak ayah dia. Senang! Pandai-pandailah kami belit-belit cerita. Kamu pun buatlah ayat sedih-sedih dengan Erdyna. Mesti dia serba salah, lepas tu dia terima." Hadeeya memberi cadangan yang tersangatlah bernas baginya. Dikepalanya sudah menyusun ayat untuk memujuk mak dan ayah Erdyna.

Haura menggigit bibir bawah. Matanya bergerak-gerak sedang berfikir. Aduh.. Bukan mudah nak memujuk perempuan degil tu.

"Erm..​Yalah. Nanti ByCha cuba pujuk dia."

Continue Reading

You'll Also Like

487K 9.6K 105
violet jones grew up around people that she feared. one day she got thrown a massive curve ball, her whole life blowing up just within just two days...
31K 1K 21
[ONGOING πŸ”ž] #8 insanity :- Wed, May 15, 2024. #2 yanderefanfic :- Sat, May 18, 2024. After y/n became an orphan, she had to do everything by herself...
143K 11K 12
Her şey bana gelen mektupla başlamıştı. Ufacık bir not kağıdında yazan şeyler büyük olaylara ve hayatımın değişmesine yol açmıştı. Ben kendimden emin...
933K 21.3K 48
Luciana Roman was blamed for her mother's death at the age of four by her family. She was called a murderer until she was shipped onto a plane for Ne...