The Heir of Sun Dragon

By Shura72

16.4K 1.7K 149

Kisah ini merupakan Sequel dari Exiled Royalty. Date Created: 11/5/22 Elza Twilight Seorang gadis remaja yang... More

PROLOGUE
CHAPTER 1 - Tragedi
CHAPTER 2 - Wing Pegasus Guild
CHAPTER 3 - Execution
CHAPTER 4 - Consequences
CHAPTER 5 - An S-Class Mission
CHAPTER 6 - Black Sea
CHAPTER 7 - Menceroboh Makmal Dr. Giro
CHAPTER 8 - Zombies Attack
CHAPTER 9 - Annoying Bastard
CHAPTER 10 - Black Flame
CHAPTER 11 - Sahabat
CHAPTER 12 - Spy
CHAPTER 12.5 - Characters Information
CHAPTER 13 - Bond
CHAPTER 14 - Shocking Encounter
CHAPTER 15 - Malum Alliance
CHAPTER 16 - 5 Great Heroes of Wikuza
CHAPTER 17 - Bad Situation
CHAPTER 18 - Waking Up
CHAPTER 19 - Dragon Powers
CHAPTER 20 - Restraint
CHAPTER 21 - Hebi Island
CHAPTER 22 - Dirty Snake
CHAPTER 23 - Confrontation
CHAPTER 24 - Poison Dragon King I
CHAPTER 25 - Poison Dragon King II
CHAPTER 26 - Viperigon
CHAPTER 27 - Artemis
CHAPTER 28 - Dragon Avatar
CHAPTER 29 - Bluffing
CHAPTER 30 - The Love of a 'Tool'
CHAPTER 30.5 - Characters Updated
CHAPTER 31 - Conflict Between Countries
CHAPTER 32 - Perbincangan
CHAPTER 33 - Sincere Talk
CHAPTER 34 - Interrogation
CHAPTER 35 - Interrogation II
CHAPTER 36 - Capital City
CHAPTER 37 - Meeting with the Emperor
CHAPTER 38 - Attack on Capital City
CHAPTER 39 - Elemental Dragon?
CHAPTER 40 - Aftermath
CHAPTER 41 - Date
CHAPTER 42 - Kantoi
CHAPTER 43 - Preparation Before the Party
CHAPTER 44 - The Party
CHAPTER 45 - The Crown Prince's Birthday
CHAPTER 46 - Konflik
CHAPTER 47 - Pergaduhan Bermula?
CHAPTER 48 - Assassins's Attack
CHAPTER 49 - Jane Hidachi
CHAPTER 50 - Healing
CHAPTER 50.5 - Characters Updated I
CHAPTER 50.6 - Characters Updated II
CHAPTER 52 - Starting Over
UPDATED
CHAPTER 53 - Return to the Guild
CHAPTER 54 - Annihilation Gale Squad
CHAPTER 55 - Memburu
CHAPTER 56 - S-Class Level
CHAPTER 57 - Yggdrasil Tree
CHAPTER 58 - Endurance Battle
CHAPTER 59 - Power of Love
CHAPTER 60 - Different Magic, Same Type
CHAPTER 61 - Fekiro vs Marcus
CHAPTER 61.5 - Side Story: Marcus Sotarou
CHAPTER 62 - Demon Soul
CHAPTER 63 - Church Battle
CHAPTER 64 - Luke vs Tatsumaki
CHAPTER 65 - Light vs Wind
CHAPTER 66 - Desperate Moves
CHAPTER 67 - Two Dragons
CHAPTER 68 - The Truth
CHAPTER 69 - Destruction of Wikuza's Protection Barrier I
CHAPTER 70 - Destruction of Wikuza's Protection Barrier II
CHAPTER 70.5 - Characters Updated
CHAPTER 71 - Like Father, Like Son
CHAPTER 72 - Expelled
CHAPTER 73 - Visitors
CHAPTER 74 - Reunion
CHAPTER 75 - Festival Day
CHAPTER 76 - Mister/Miss Beauty Contest I
CHAPTER 77 - Mister/Miss Beauty Contest II
CHAPTER 78 - Mister/Miss Beauty Contest III
CHAPTER 79 - Crash on Mister Beauty Contest
CHAPTER 80 - Sudden Fight
CHAPTER 80.5 - Characters Updated
CHAPTER 81 - Conflict Between Friends
CHAPTER 82 - The End of Festival
CHAPTER 83 - Going on a Trip
CHAPTER 84 - Eternal Elven Forest
CHAPTER 85 - Breakdown
CHAPTER 86 - Eliza's Love
CHAPTER 87 - Awkward Dinner
CHAPTER 88 - Queen's Protection
CHAPTER 89 - Bitter Reunion
CHAPTER 90 - Old Grudge
CHAPTER 90.5 - Characters Updated
CHAPTER 91 - Battle Experience
CHAPTER 92 - The Calm before The Storm
CHAPTER 93 - Sudden Attack
CHAPTER 94 - Tujuan Sebenar
CHAPTER 95 - Elder Storm
CHAPTER 96 - Kidnapped
CHAPTER 97 - Intense Discussion
CHAPTER 98 - Time vs Pressure
CHAPTER 99 - Blessing of The Life Tree
CHAPTER 100 - Infiltration I
CHAPTER 101 - Infiltration II
CHAPTER 102 - Scouting I
CHAPTER 103 - Scouting II
CHAPTER 104 - Rescue Operation Begin!
CHAPTER 105 - Halangan dan Kehilangan

CHAPTER 51 - A Favor

105 12 0
By Shura72

"Aku nak...tapi..." Gumam Elza.

"Tapi?" Soal Erik. Sebelah keningnya terangkat.

"Tapi, kenapa?"

Elza memandang Erik dengan pandangan curiga.

"Kau nak tolong aku ni, mesti ada sebab tertentu. Betul tak? Aku tak rasa, kau buat semua ni sebab kau ikhlas nak tolong."

"..."

Mereka membisu untuk seketika sebelum Erik tersengih kecil.

"Kau perasan, hah?" Gumam Erik.

"..."

Kemudian, Erik menyilang dua tangannya di atas dada.

"Yup. Memang ada something yang aku nak dari kau pon."

"Untuk pengetahuan kau, aku takkan bayar dengan tubuh aku tau." Ujar Elza dengan nada yang mendatar.

Erik tersentak secara spontan.

"Bukan benda tu yang aku nak lah!" Bentak Erik dengan wajah kemerahan.

"Mana lah tahu."

Erik menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal sambil mengeluh.

"Apa kau ingat aku ni horny sangat ke sampai mintak kau bayar ngan tubuh kau?"

"Kebanyakkan lelaki yang aku kenal memang macam tu kot." Balas Elza dengan bersahaja.

"Well, aku tak macam tu, okay!?"

"If you say so." Jelas, Elza kelihatan tidak percaya dengan kata-kata Erik itu.

Erik mengeluh lagi.

"...Aku nak tahu sesuatu." Mata Erik melirik ke arah Amar yang masih tidak sedarkan diri itu.

Elza perasan pandangan Erik itu, dan mengerutkan keningnya.

"Ianya berkenaan dengan tabiat Amar kepada kau ke?" Soal Elza.

"..."

Elza menghela nafas keluhan.

"Sorry. Aku pon tak tahu kenapa Amar bencikan kau dan keluarga kau...To be fair, dia tak pernah cerita pon kisah silam atau peribadi dia kat aku sebelum ni."

'...Secara jujurnya, ianya berlawanan. Aku je pernah cerita kisah peribadi kat dia.' getus hati Elza pada waktu yang sama.

Erik menoleh ke arah Elza. Pandangannya kini pula curiga.

"Kau pasti? Not even anything?"

"..."

"..."

"...Unfortunately, no. Nothing at all." Jawab Elza selepas beberapa saat membisu. Wajahnya kekal mendatar dan kosong.

"I see." Gumam Erik.

'She doesn't seem to be lying.' Getus hati Erik.

"...So? Maksudnya, kau takkan tolong Amar lah? Kan?" Soal Elza. Pandangannya jatuh ke lantai. Jelas, dia kelihatan kecewa.

"..." Keringat mengalir di dahi Erik. Dia tiba-tiba rasa serba salah.

'Alahai~ kau janganlah buat muka macam tu. Aku pulak rasa serba salah!'

Erik menghela nafas keluhan sambil meraup wajahnya.

"Aku tetap akan tolong dia."

Elza mengangkat wajahnya dan memandang Erik dengan mata yang terbuntang.

"Betul ke!?"

Erik mengangguk.

"Tapi, jangan salah faham. Aku tolong ni bukan dengan percuma tau. Kau dan dia akan berhutang dengan aku. Bila aku perlukan sesuatu dari korang nanti pada masa akan datang, korang kena tunaikan. Deal?"

Elza mengetap bibirnya. Matanya memicing. Dia berasa déjà vu dengan situasi tersebut

Tapi, kalau dengan membuat perjanjian tersebut boleh membuatkan Amar sedar dari pengsannya. Elza sanggup terima perjanjian tersebut.

"...Fine. Deal."

Erik tersenyum lebar.

"Perfect! Now then..."

Erik memandang ke arah Amar. Wajahnya serius.

Dia memeriksa tubuh Amar, dengan memegang perut Amar, memeriksa nadi tangan, wajah Amar dan lain-lain.

Seperti doktor pakar.

Kemudian, Erik mengusap dagunya.

"Hmm..."

'Dia punya Tenaga Core okay je. Tapi, ianya terlalu sedikit dari normal. Tambahan lagi, tubuh Amar ni unik. Walaupun, dia sebenarnya ialah Aura User, dia juga boleh dikira sebagai seorang mage. Sebab dia juga ada Mana Core kat badan dia. Mungkin sebab dia dah lama terdedah dengan udara mana kat Wikuza ni, sebab tu, dia boleh guna magic jugak. Tapi, Mana Core dia tak sebesar mage biasa kat sini. Ianya boleh dianggap sebagai tahap kanak-kanak mage.' Getus hati Erik.

Mata Erik menajam secara spontan.

"Mungkin sebab racun tu effect Mana Core dia, jadi, Energy Core dia pon kena tempias jugak." Tambah bisikannya.

Dan, Elza terdengar bisikan tersebut, oleh kerana deria pendengarannya yang tinggi.

"Hah? Kenapa dengan Mana Core Amar? And Energy Core? Apa benda tu?" Soal Elza. Dia kelihatan sedikit kerisauan.

Erik baru tersedar yang dia tercakap sesuatu yang tak sepatutnya.

"Ah! Takde apa lah. Aku cakap pasal benda lain tadi tu. Hahaha..."

Elza memicingkan matanya ke arah Erik. Curiga.

Namun, hanya membisu.

Mana Core dan Energy Core boleh dianggap benda yang sama tapi berbeza. Ianya merupakan tangki tenaga yang berada di dalam badan Mages dan Abnormals. Fungsi mereka sama, tapi ia menggunakan tenaga yang berbeza.

Mana Core untuk Mages dan Energy Core untuk Abnormals.

Erik memandang Amar dengan sengihan kecil.

'So, kau tak bagitahu Elza yang kau ialah seorang Aura User, hah? Well, it's not really my business.'

Kemudian, Erik memandang Elza.

"Anyway, Mana Core Amar sekarang mempunyai quantiti yang sedikit. Jadi, selagi Mana Corenya tak berada dalam quantiti yang stabil, dia takkan sedarkan diri." Terang Erik.

"Kalau macam tu, transferlah tenaga Mana Core aku kat dia-"

Namun, Erik menggeleng kepalanya.

"Aku tak rasa ianya idea yang bagus, Elza."

"Kenapa pulak!? Mage boleh transfer tenaga diorang pada mage yang lain, bukan?"

'Ada dua sebab cara tu takkan berkesan. Satu, kat sini tiada mage yang mahir dalam Mana Transfer Magic. Tambahan lagi, aku dengar magic jenis macam tu terlalu berisiko untuk dilakukan. Dua, Amar lebih kepada Aura User daripada seorang Mage. Jadi, transfer Mana kepada Amar takkan ada apa-apa effect yang bagus kepadanya...Tapi, aku tak rasa aku boleh cakap benda ni kat kau, Elza. Sebab kau sendiri pon tak tahu Amar ialah seorang Aura User.'

'Well, time to create some bullshit. You owe me one, Amar!' Tambah getusan hati Erik.

"Ianya sebab tenaga kau tak compatible ngan Amar. Kalau kau cuba transfer mana kau kat Amar. Risiko untuk effectnya menjadi buruk terlalu tinggi." Terang Erik pada Elza.

'That's the true, though. Dia ialah Dragonborn. Tenaga yang digunakan oleh Dragonborn amat berbeza dengan mages atau abnormals.'

Macam mana Erik boleh tahu macam-macam tentang magic, kau tanya?

Well, untuk pengetahuan pembaca semua, Erik mungkin tak kenal banyak mages kat Wikuza, tapi, dia tahu tentang magic yang ada kat Wikuza.

Kerana, Erik merupakan seorang yang curious. Jadi, sejak dari kecil, dia dah memang suka mencari informasi tentang aura, magic, teknologi dan macam-macam lagi pada waktu lapangnya. Dia suka mengetahui benda baharu. Lagi-lagi, apabila benda itu tiada di negaranya sendiri.

Elza membisu seketika. Dahinya berkerut.

"...Abes tu? Apa kita boleh buat?"

Erik tersenyum kecil ke arah Elza.

"Kan aku cakap tadi, aku akan tolong kau. Jadi, aku mesti tahu cara lain!"

Elza memandang Erik dengan perasaan berharap.

"Okay? Apa dia cara kau tu?"

Erik mengangkat tangan kanannya, dan api berwarna putih terhasil di tapak tangannya.

Fworoushh!!

"Dengan cara ni!"

Elza memicingkan matanya ke arah api putih tersebut. Pandangannya menjadi curiga.

"And what is that?"

Kemudian, mata Elza membulat. Tersedar sesuatu.

Secara spontan, dia mengeluarkan kerisnya dan bersiaga.

"Jangan-jangan kau..!"

Erik bangkit dari kerusi dan mengangkat dua tangannya.

"Woah! Woah! Woah! Rilex, Elza! Aku bukan nak bakar Amar!" Erik separa teriak dengan nada cemas.

Mata Elza menajam dengan bahaya.

"Then, explain! Kenapa kau keluarkan api tu?"

Erik menggaru belakang kepalanya sambil tertawa gementar.

"...Well, technically, it's true that I will burn him..."

Pegangan keris Elza diketatkan. Tenaga magisnya meningkat secara spontan.

"Tapi! Bukan nak cederakan dia. Untuk sembuhkan dia!" Tambah Erik dengan cepat. Supaya Elza tidak salah faham.

Sebelah kening Elza terangkat. Blur.

"...Ape?"

Erik menghela nafas letih dan melabuhkan punggungnya di kerusi kembali.

"Anyway, kau rilek lah dulu. Simpan pisau kau tu. Aku akan terangkan kat kau."

Elza menyimpan kerisnya dengan berat hati. Tapi, dia masih berjaga-jaga dengan Erik.

Erik menunjukkan semula api putihnya di tapak tangannya.

"Api ni dipanggil Flame of Rebuke. Api ni tak boleh digunakan untuk mencederakan orang. Tapi, sebaliknya."

"...Maksud kau...api yang boleh menyembuh?" Soal Elza.

Erik mengangguk dengan wajah yang bangga.

"Api ni aku diwariskan daripada ayah aku, Maharaja Dellion. Ianya merupakan api kebanggaan ayah aku. Sebab ianya satu-satu api yang boleh menyelamatkan ramai manusia dari maut."

"...So, kau nak guna api ni untuk sembuhkan Amar?"

'Technically, no. Api ni hanya boleh menyembuh luka dan kecederaan luar sahaja. Kalau penyakit dalaman macam cancer atau Energy Core, ianya takkan berkesan. Aku cuma tunjuk api ni sebagai lakonan je kat depan kau. Apa yang aku akan buat kat Amar ialah Energy Transfer.' getus hati Erik.

Erik hanya senyum manis pada Elza. Tidak bercakap apa-apa.

Erik taknak bercakap kerana dia tahu, Elza boleh detect jika seseorang itu bercakap bohong. Jadi, Erik hanya tersenyum.

Sebab pendengaran Elza yang tinggi itu, dia boleh baca degupan jantung seseorang, dan tahu jika seseorang itu berbohong.

Dan, secara spontan, Elza menganggap senyuman Erik itu adalah jawapan iya dari Erik.

Lalu, Erik meletakkan tapak tangannya yang berapi putih itu pada perut Amar.

Seluruh tubuh Amar kelihatan terbakar oleh api putih itu.

Dan, Elza kelihatan risau. Tangannya bergerak ke kerisnya secara spontan.

Namun, dia tidak berganjak. Kerana, dia melihat Amar kelihatan tenang sahaja dibakar.

Walaupun, tubuh Amar macam kena bakar, katil yang dia baring itu, tidak kelihatan terbakar langsung. Malah, ia seperti tiada apa-apa kesan dari api putih tersebut.

Dan, pada waktu yang sama, Erik memindahkan sedikit tenaga auranya kepada Amar. Tanpa disedari oleh Elza.

Keadaan Amar, disebabkan dia kekurangan tenaga di dalam badannya. Jadi, cara untuk cepatkan dia sedarkan diri adalah dengan transfer tenaga kepadanya.

Sebab itu, Elza menawarkan tenaga mananya untuk ditransfer, tapi, Amar lebih kepada Aura User, dan bukannya Mages.

Jadi, orang yang lebih layak untuk transfer tenaga kepada Amar sekarang ialah Erik seorang sahaja.

Selepas beberapa minit, Erik mengangkat tangannya dari perut Amar. Api putihnya juga sudah hilang.

Keadaan Amar pula. Nafasnya kelihatan lebih tenang dari sebelum ini.

Kalau sebelum ini, Amar kelihatan seperti pengsan sahaja. Tapi, kini dia kelihatan seperti sedang tidur nyenyak.

"Dah settle! Dia mungkin akan bangun lepas beberapa jam ni. Paling lambat pon pagi ni." Ujar Erik sebelum bangkit dari kerusinya dan mengeliat. Dia seperti hilang tenaga sedikit.

Mungkin sebab dia transfer tenaga yang banyak kepada Amar.

Elza berjalan mendekati di sebelah katil Amar. Lalu, dia mengusap kepala Amar dengan senyuman yang manis.

"Thanks. I really appreciate it, Erik." Gumam Elza dengan jujur.

Erik tersenyum mesra ke arah pasangan itu.

"Don't mention it!"

'Aku tak tahu apa yang kau dah buat kat Ice Queen ni, Amar. Tapi, nampaknya dia betul-betul ambek berat pasal kau...Aku cuma harap konflik yang kita ada ni cuma salah faham je. Sebab aku tak rasa kau seorang yang jahat kalau kau boleh jentik hati gadis emotionless macam Elza ni.' getus hati Erik pada waktu yang sama.

"Oh! Jangan lupa janji kita, Elza. Korang berhutang dengan aku tau!" Tambah Erik sambil tersengih sinis.

Elza membalikkan bola matanya.

"Yela-yela. Dah! Berambus kau sana. Nanti bising pulak bini kau tu."

Erik tertawa sebelum teringat sesuatu.

"By the way, aku hampir terlupa pulak. Aku terjumpa kawan kau tadi."

"Kawan?"

"Tak silap aku nama dia Kira."

Kening Elza berkerut.

'Now that he mention it, bukan Kira pergi merokok ke tadi? Tapi, asal dia tak balik-balik lagi? Dia pon risaukan Amar kot tadi.' getus hati Elza. Hairan.

"Kat mana kau jumpa dia?" Soal Elza.

"Kat depan pintu masuk bangunan tadi. Anggota medic bawak dia, sebab dia pengsan kat belakang bangunan."

Mata Elza membulat. Tersentak.

"Hah!?"

~Scene Changes~

Di Istana Empire.

"Kalau macam tu, kami mintak diri dulu ye, Your Majesty." Ujar Miya kepada Kenji.

"Baiklah. I'm counting on you, My Ladies." Jawab Kenji dengan senyuman mesra.

Lalu, mereka pon berpisah. Kenji bersama Tatsuya dan Miya bersama Thalia.

"Kita gerak malam ni jugak ke?" Soal Thalia kepada Miya.

Miya mengangguk.

"Ianya situasi kecemasan. Lagipon, pasukan diorang pon dah tunggu kita kat luar istana ni."

Thalia menghela nafas letih.

"Kita langsung takde masa nak rehat dulu ke kat sini, Miya? Aku dah lah barai lepas apa yang jadi hari ni." Rungut Thalia.

Miya membalikkan bola matanya.

"Kau ingat kau sorang je ke barai? Aku dengar perjalanan ke pulau tu nanti ambek masa yang lama. Masa kat dalam kapal tu nanti, kau tidurlah puas-puas."

Thalia hanya merungut dengan membuat bunyi menyampah.

Mereka tiba di luar istana, dan melihat beberapa gerabak kuda sudah menunggu mereka di situ.

Langit masih gelap. Menandakan matahari masih belum terbit.

Dan, mereka juga perasan beberapa orang yang mereka kenali di antara orang yang berkumpul di situ.

Erik melambai tangannya ke arah Miya dan Thalia dengan sengihan sinisnya.

Di sebelah jejaka berambut merah darah itu pula, Maria sedang menyilang dua tangannya di atas dada. Wajahnya kelihatan bosan.

Erik dan Maria sudah menukar pakaian mereka.

Erik kini memakai uniform askar North Malaya.

Dan, Maria pula memakai battlesuitnya yang mempunyai logo Magic Council di perisai tangannya.

"Oh! Tu Erik ngan awek dialah!" Ujar Thalia dengan wajah teruja.

Miya hanya membisu. Wajahnya kekal mendatar dan tegas.

Apabila mereka sudah dekat di antara satu sama lain, Erik membuka mulutnya.

"Macam mana meeting? Okay?" Soalnya pada Miya dan Thalia.

"More or less." Jawab Thalia.

"What is that supposed to mean? Korang faham ke tak situasinya?" Ujar Erik dengan wajah hairan.

"Diamlah, Erik." Miya mencelah.

"Aku pulak kena? Tanya pon nak marah ke?" Rungut Erik sambil mencemberutkan wajahnya.

Thalia tertawa melihat reaksi Erik. Malah, Maria juga turut tertawa kecil.

"Aku tengah penat ni, Erik. So, baik kau senyap je." Gumam Miya.

Erik hanya membisu sambil mencebikkan wajahnya.

"...So? Kau buat apa kat sini?" Soal Miya.

"..."

"...?"

"..."

Dush!

Miya tiba-tiba menghentam kepala Erik.

"Jawablah aku tanya ni!" Herdik Miya dengan wajah bengis.

Erik mengusap kepalanya yang sakit.

"Tadi kau suruh aku senyap! Pastu kau suruh aku jawab pulak! Kau nak aku buat apa sebenarnya ni, setan!?"

"Berani kau tengking aku!?"

"Argh! Mercy!!"

Thalia malas melayan kerenah dua beradik itu, dan memandang ke arah Maria.

"Korang pon pergi sekali ke? Ke pulau misteri tu, maksud aku?"

Maria tersenyum lebar melihat situasi Erik yang dibelasah oleh kakaknya itu. Lalu, dia menoleh ke arah Thalia dan mengangguk.

"Ha'ah. Aku, Erik dan beberapa anggota Empire Knights akan pergi ke pulau tu untuk escort Cik Thalia dan Puteri Miya."

"Ohhh~ Begitu. By they way, panggil aku Thalia je dan panggil Miya pon Miya je." Ujar Thalia dengan senyuman yang ceria.

Dahi Maria berkerut.

"Ta-takpe ke? Aku faham kalau kau nak aku panggil kau dengan nama kau je. Tapi...Puteri Miya tu..." Gumamnya dengan perasaan gugup.

Thalia tertawa kecil. Dia memahami apa yang Maria rasakan itu.

"Kau takyah risaulah. Aku tak rasa dia kesah sangat bab formal ni. Dia bukannya Puteri Raja Wikuza pon. Jadi, kau tak payahlah layan dia dengan formal sangat. Lagipon..." Sengihan sinis terukir di bibir Thalia.

"Lagipon?"

"Lagipon, hubungan kau ngan Erik pon nampak macam mesra. Jadi, aku pasti, Miya mesti nak bakal adik iparnya layan dia dengan cara yang selesa. Betul tak~?"

Wajah Maria menjadi panas secara spontan. Mulutnya terbuka dan tertutup. Cuba menerangkan situasinya.

"Ak...! Bu-bukan...! Tak...! Ha-hah...!?"

Thalia tertawa besar melihat reaksi Maria yang comel itu. Lalu, dia menepuk-nepuk bahu Maria, cuba menenangkan gadis itu.

"Takpe, Maria~ aku faham perasaan kau. Kau masih innocent dalam bab bercinta ni. Mari akak ni ceritakan kat kau tentang pengalamannya yang mencabar dalam kisah cintanya!"

Thalia memeluk bahu Maria dan membawa gadis tersebut pergi ke salah satu gerabak kuda.

"E-eh!? Tak. Ka-kau salah faham ni, Thalia!"

"Shhh! Tiada yang salah dengan bercinta dengan seorang Putera Raja, Sayangku~"

"Dengarlah dulu apa aku nak cakap ni!!"

Beberapa Empire Knights yang melihat situasi tersebut mempunyai wajah mendatar.

Dua beradik sedang bergusti. Dan, dua gadis pulak sedang membawang. Salah satu dari gadis itu mempunyai wajah kemerahan.

"Aku dapat rasakan misi kita kali ni, mesti paling lama dan memenatkan di antara semua misi sebelum ni." Ujar salah satu Empire Knights.

"Aku setuju."

Sigh~~!

Semua Empire Knights mengeluh dengan perasaan yang pasrah.

Continue Reading

You'll Also Like

65.4K 232 13
HANYA SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA
12.5K 41 3
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg
208K 8.7K 63
[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari...
119K 11.9K 75
Manis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Du...