Tengku Playboy

Par GadisMerahJambu18

53.2K 706 57

"What if, Tengku jatuh cinta dengan saya?" - Iris Medina "I will never fall in love with you. Never." - Tengk... Plus

❤ 1 ❤
❤ 2 ❤
❤ 3 ❤
❤ 4 ❤
❤ 5 ❤
❤ 6 ❤
❤ 7 ❤
❤ 8 ❤
❤ 9 ❤
❤ 10 ❤
❤ 11 ❤
❤ 12 ❤
❤13 ❤
❤ 14 ❤
❤ 15 ❤
❤ 17 ❤
❤ 18 ❤
❤ 19 ❤
❤ 20 ❤
❤ 21 ❤
❤ 22 ❤
❤ 23 ❤
❤ 24 ❤
❤ 25 ❤
❤ 26 ❤
❤ 27 ❤
❤ 28 ❤
❤ 29 ❤

❤ 16 ❤

1.6K 26 0
Par GadisMerahJambu18

Iris Medina sedang mengemas barang-barang basah yang baru sahaja dia beli di pasar tadi. Banyak betul barang yang dia beli. Tak tahu lah muat atau tidak dalam peti sejuk. Semua salah Tengku Rayyan Mikael. Semua jenis binatang dia nak beli. Ikan, ayam, udang, sotong, daging. Ikan pula macam-macam jenis ikan dia ambil. Belum masuk lagi bab sayur.

~ Flashback ~

"Ikan kembung ni 2 kilo bang."

"Ayam 2 ekor ya."

"Bagi saya daging 1 kilo. Nak yang lembut ya. Yang liat saya tak nak."

"Macam teringin nak makan udang buttermilk. Nanti masakkan. Saya beli 4 kilo."

"Sotong ni buat celup tepung pon sedap kan."

"Segarnya sayur ni. Sayur apa ni aunty? Bagi saya seikat. Sayur tu jugak. Dengan tu, tu dan yang tu."

Iris Medina terpinga-pinga melihat Tengku Rayyan Mikael yang sakan shopping. Ni nak masak buat makan hari-hari ke nak buat kenduri. Kemain banyaknya. Entah muat ke tak bonet kereta. Nanti yang kena kemas semua lauk ni aku jugak.

"Awak, sudah lah tu. Banyak dah beli ni. Bonet kereta saya kecik je. Nanti tak muat." Iris Medina bersuara.

"Banyak? Banyak eh?" Plastik bahan basah ditangan dipandang kejap.

"Ya Tengku Rayyan Mikael. Dah banyak. Ni, awak beli sayur banyak-banyak. Nanti layu je dalam fridge."

"Oh, ye ke? Saya tak tahu. Saya tengok murah, saya beli je." Jawab Tengku Rayyan Mikael polos.

"Dah la. Jom kita balik. Dah pukul berapa ni. Nak balik, nak masak lagi. Kesian mama papa sampai makanan tak siap lagi." Kata Iris Medina dan terus berlalu ke arah keretanya. Tengku Rayyan Mikael hanya membontoti langkah Iris Medina.

Setibanya di parking,

"Barang ni awak asingkan. Bahan basah masuk dalam besen hitam. Sayur masuk dalam besen kelabu. Barang kering, cili-cili letak dekat bawah seat passenger je."

Iris Medina memusingkan badan, namun langsung tiada kelibat Tengku Rayyan Mikael.

"Eh, mana dia ni? Aku cakap sorang-sorang la dari tadi."

Iris Medina tercari-cari Tengku Rayyan Mikael. Baru sahaja Iris Medina mengeluarkan telefon bimbitnya, Tengku Rayyan Mikael pon datang sambil tercungap-cungap.

"Awak pergi mana?"

Tengku Rayyan Mikael hanya menunjukkan plastik ditangannya sambil tersengih menunjukkan semua giginya atas bawah. Terdapat banyak jenis buah-buahan yang dibelinya. Iris Medina sudah tepuk dahi. Inilah orang kaya. Membeli tak ingat dunia. Nanti tak habis, membusuk je buah-buah ni semua. Membazir.

Iris Medina malas ingin melayan. Terus sahaja plastik ditangan Tengku Rayyan Mikael dicapai. Setelah pasti semuanya kemas, mereka berdua pon masuk ke dalam kereta.

"Nasib baik muat dalam bonet." Omel Iris Medina perlahan.

"Lepas ni kita pergi pasar bawak kereta saya. Bonet besar. Senang." Balas Tengku Rayyan Mikael tiba-tiba.

'Eh, dia dengar ke? Dia nak ikut pergi pasar lagi ke?'

~ Flashback tamat ~

Iris Medina mengeluh. 'Dia yang kemain shopping tak ingat dunia, kita yang kena kemas semua'.

Tengku Rayyan Mikael yang sedang berehat di ruang tamu dipandang tajam.

'Tengoklah tu. Seronok ya goyang kaki. Bukannya nak tolong.'

Marah-marah jugak. Kerja tetap jalan.

**********

"Masuk ma, pa."

Tengku Rayyan Mikael mempelawa mama dan papanya masuk ke rumah. Kedua tangan ibu bapanya dicium penuh hormat diikuti oleh Iris Medina. Tengku Sofea tak lepaskan peluang memeluk Iris Medina. Rindu benar dia dengan menantunya itu.

"Mama dengan papa sihat?"

"Alhamdulillah, papa macam ni je. Mama kamu ni lah. Katanya rindu sangat dengan kamu berdua. Lama kamu berdua tak balik rumah. Itu yang mama papa datang. Kamu berdua tak kisah kan?"

"Apa pulak nak kisahnya. Mama papa Rayyan jugak. Sorry mama Rayyan lama tak balik rumah mama. Rayyan busy sikit lately ni."

"Tak apa lah. Mama faham. Iris macam mana? Sihat?" tanya Tengku Sofea pula kepada Iris Medina yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Alhamdulillah ma, sihat je. Iris masuk dapur kejap buatkan air ya. Lauk makan tengah hari Iris dah siap masak. Nanti kita makan sama-sama ya."

"Wow, Iris masak. Mesti sedap ni. Tengok si Rayyan ni, kemain makin kembang dia papa tengok." Kata Tengku Afzan sambil memandang Tengku Rayyan Mikael atas bawah sambil tersenyum senget.

"Amboi pa. Baik sikit. Body Rayyan still maintain okay. Hari-hari tak miss workout." Tengku Rayyan Mikael pertahankan diri. Tengku Sofea dan Iris Medina yang sembunyi gelak dipandang tak puas hati.

"Ala tunggu la. Sikit je lagi, membuncit la macam papa ni."

"Dah la bang. Sudah-sudah lah tu. Jom kita pergi makan."

Penuh berselera mereka sekeluarga menikmati hidangan yang dimasak oleh Iris Medina. Tengku Rayyan Mikael jangan katalah, bertambah-tambah. Nampak gayanya, kata-kata Tengku Afzan berkemungkinan menjadi kenyataan.

**********

"Fuhhhh. Kenyang!" kata Tengku Rayyan Mikael sambil menghempaskan badannya di sofa di ruang tamu. Langkahnya diikuti oleh Tengku Afzan manakala Iris Medina dan Tengku Sofea sedang mengemas meja makan.

"See, I told you. Soon, you will be like me. Mr Boroi or Mr Buncit." Kata Tengku Afzan setelah itu tergelak besar. Ada geng boroi la dia lepas ni.

"Erghhh! No way! Rayyan akan make sure tak jadi macam perut papa." Suka eh papa sakat aku. Semua ni salah Iris. Siapa suruh masak sedap sangat.

"So, how's everything?" tanya Tengku Afzan tiba-tiba.

"Okay je pa. Nothing different. Banyak kerja dekat office, tak habis-habis. Banyak job masuk sekarang ni. Tapi, papa jangan risau. I'll do my very best. I'll make you proud of me." Balas Tengku Rayyan Mikael yakin. Dia akan buat yang terbaik untuk syarikat papanya.

"Good. I know you can. Tapi, bukan itu maksud papa."

"Then, what?"

"Rayyan dengan Iris. Macam mana?"

Tengku Rayyan Mikael telan liur. Tak sangka yang papanya akan bertanya perihal hubungannya dengan Iris Medina. Tapi, bila difikirkan semula makin hari hubungan mereka makin baik. Dia senang dan selesa dengan Iris Medina.

Melihat Tengku Rayyan Mikael diam sahaja, Tengku Afzan bersuara lagi.

"Rayyan masih belum boleh terima Iris ke?"

"Bagi Rayyan masa." Itu sahaja jawapan yang dapat dia bagi ketika itu. Dia sendiri tak tahu apa yang dia rasa.

"Jangan ambil masa terlalu lama. Rayyan kena ingat ya. Walau macam mana pon, Iris tetap tanggungjawab Rayyan. You must take a good care of her and respect her. She's a good woman. Kalau Rayyan tak pandai jaga Iris, papa yakin ramai je yang nak kan dia. And I think orang pertama yang akan cuba tackle your wife is your own cousin."

Tengku Rayyan Mikael hanya diam mendengar kata-kata Tengku Afzan. Dia tahu sepupunya, Tengku Syakir memang menyimpan perasaan terhadap Iris Medina. Dari cara pandangan Tengku Syakir pon dia dah boleh tahu.

Tepat waktunya, muncul Iris Medina dan Tengku Sofea di ruang tamu sambil berbual kosong. Wajah Iris Medina dipandang dalam. Nak ke dia lepaskan Iris Medina kepada sepupunya itu?

"Berbual apa je dua beranak ni? Nampak serius semacam." Tegur Tengku Sofea.

"Biasa lah. Man's talk." Jawab Tengku Afzan ringkas.

"Dorang ni kan Iris memang suka borak berdua. Tak pasal hal pejabat, pasal sukan. Kesian mama takde geng. Sekarang dah ada Iris, baru la mama ada kawan borak jugak."

"Iya lah. Dah kalau kami lelaki berbual, topik nya topik lelaki la. Mana awak nak faham. Awak kena topik perempuan la." Usik Tengku Afzan.

"Heh! Malas saya nak layan awak." Merajuk Tengku Sofea.

Mereka semua ketawa bahagia. Iris Medina suka melihat Tengku Afzan dan Tengku Sofea. Walaupun usia perkahwinan mereka sudah menjangkau 30 tahun, tapi masih bahagia berdua. Tengku Afzan jugak melayan Tengku Sofea dengan penuh romantik sekali. Dalam diam dia mendoakan kebahagiaan kedua ibu bapa mertuanya agar bahagia hingga akhir hayat. Tak lupa juga dia mendoakan kedua ibu bapanya sendiri. Dia berharap masih ada sinar untuk dia bahagia seperti mereka.

**********

Iris Medina sedang berada dalam bilik air. Menjadi rutin untuk dia berus gigi dan cuci muka terlebih dahulu sebelum dia tidur. Selalunya rutin malamnya itu sekejap je boleh siap. Tapi, tidak malam ini. Lama dia terperap dalam bilik air.

'First time ni aku kena bermalam dalam bilik Rayyan. Aku nak tidur mana? Lantai? Ke sofa? Kalau Rayyan gentleman, dia mesti bagi aku tidur katil. Tapi, bertuah la aku kalau dia nak gentleman dengan aku.'

DUNG !!! DUNG !!! DUNG !!!!

Terkejut Iris Medina bila pintu bilik mandi diketuk kuat.

"Iris Medina binti Mahadi! Nak tidur dalam toilet ke? Saya nak guna toilet jugak ni!"

Jerit Tengku Rayyan Mikael. Terkocoh-kocoh Iris Medina bersiap. Pintu bilik mandi dibuka. Kelihatan Tengku Rayyan Mikael sudah menanti dia hadapan pintu.

"Awak buat apa dalam toilet tu lama-lama. Saya panggil banyak kali tak dengar. Dah jerit siap gegor pintu baru nak dengar. Berangan ke apa?"

Iris Medina hanya tersengih.

Iris Medina duduk di birai katil. 'Macam mana ni? Aku nak tidur mana?'

Lama Iris Medina termanggu di birai katil. Tiba-tiba terasa katil sebelahnya tenggelam. Bagai ada orang duduk. Dan tentu-tentulah Tengku Rayyan Mikael.

"Nanti tutupkan lampu." Kata Tengku Rayyan Mikael. Terus badannya diselubung dengan comforter hingga paras dada.

"Okay." Iris Medina mencapai bantal lalu dibawa ke sofa hujung katil. Baru tiga langkah, dia ditahan.

"Awak nak pergi mana dengan bantal tu?" Terkejut Iris Medina. Badannya dipusingkan menghadap Tengku Rayyan Mikael. Rupanya Tengku Rayyan Mikael sudah pon bangun dari pembaringan.

"Nak tidur dekat sofa." Jawab Iris Medina.

"Tak payahlah tidur dekat sofa. Tidur dekat katil je."

"Awak bagi saya tidur dekat katil ke?" tanya Iris Medina untuk kepastian.

Tengku Rayyan Mikael hanya membuat muka malas nak layan. 'Eh, perempuan ni. Aku nak tidur ni.'

Iris Medina senyum lega. Terus badan dibaringkan di atas katil.

Baru nak rasa selesa, Iris Medina terkejut sekali lagi. Terus terbangun dia dari pembaringan.

"Awak buat apa kat atas katil ni?" tanya Iris Medina.

"Workout. Haih. Tidur la sayang oi. Buat apa lagi. Ke awak ada idea lain?" jawab Tengku Rayyan Mikael sambil mengangkat kening nya berkali kali sambil tersenyum nakal.

"Mana ada lah!" jawab Iris Medina sambil menahan malu.

Tengku Rayyan Mikael sudah tersenyum geli hati melihat kelakuan Iris Medina.

"Awak nak kita tidur sekali ke? Hm, takpe lah. Saya tidur kat sofa je lah."

Belum sempat Iris Medina ingin bangun, lengannya ditarik. Terus kepala nya dibaringkaan berbantalkan lengan sasa Tengku Rayyan Mikael. Bantal ditangannya Tengku Rayyan Mikael capai lalu letak dibelakang badan Iris Medina yang baring mengiring menghadap Tengku Rayyan Mikael.

Wajah Iris Medina ditenung Tengku Rayyan Mikael lama. Begitu juga Iris Medina. Tiba-tiba dadanya berdegup laju. Tanpa dia sedar, Tengku Rayyan Mikael juga merasakan hal yang sama. Helaian rambut yang menutupi wajah Iris Medina dielus lembut lalu diselitkan ke belakang telinga. Lama mereka berpandangan sambil melayan perasaan masing-masing. Tengku Rayyan Mikael memecah sunyi.

"Dah, tidur. Goodnight and sweetdream." Ucap Tengku Rayyan Mikael lembut lalu memejamkan mata. 'Sabar Rayyan sabar. Tahan.'

Lama-kelamaan, Iris Medina pon memejamkan mata. Mimpi indah dia malam ini.  

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

77.6K 6.7K 25
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
114K 10.5K 52
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
1.8M 14.6K 10
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai ma...
203K 13.8K 74
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...