H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄

By leimonadd

205K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N93
N94
N95
N96
N97

N92

1.7K 192 27
By leimonadd

ERAT genggaman tangan Yara buat Wareesa tersenyum malu. Diperhati sahaja Yara yang sedang mengibas-ngibas wajahnya yang dah merah.

Bibir gadis itu pula tak lekang dari senyuman. Mata bersinar itu sesekali membulat memandangnya penuh teruja. 

"Serious lah Reesa? Kau dah pindah rumah?" Soal Yara entah untuk kali ke berapa. Dan untuk kesekian kalinya Wareesa mengangguk kecil dan lepaskan tawa.

"Oh my god! Wareesa! Ya Allah! I'm happy for you, girl!" Sorak Yara kecil sebelum ditarik Wareesa masuk ke dalam pelukannya. Erat tak mahu lepas sampai Wareesa tertawa kecil dalam mencari nafas.

Pelukan terlerai lalu Yara betulkan duduk. Selamba dia angkat kaki dan bersila di atas kerusi. Tak peduli dengan keayuan yang dijaganya.

Melihatkan itu, dahi Wareesa sedikit  berkerut. Terangkat kening minta Yara jelaskan kenapa dia berkelakuan begitu.

"Oh, jangan kau ingat dah selesai. Aku ni shipper terhebat kau tau!" Teruja suara Yara sambil tangan dan meramas kecil tanga Wareesa dalam genggamannya.

"Hah?" Wareesa loading. Belum faham penuh kehendak Yara. Tambah lagi dengan kafe yang mula ramai dikunjungi orang. Yalah. Waktu makan tengah hari. Tak ramai memang pelik lah.

Yara julingkan mata, sedikit menyampah. Entah Wareesa buat-buat blur atau memang blur. Pokoknya hati mahu tahu lebih lagi mengenai Wareesa dan Waseem. Tak jadi temu bual eksklusif jika dia bukan orang pertama yang tahu semua perkara. Hehehe!

"Kau ni! Cerita lah lagi! Aku nak tahu lagi. Comelnya. Mesti rasa macam dunia korang punya kan bila tinggal sebumbung berdua?" Yara dah mula dengan nada suara gedik menggeletisnya. Namun, itu hanya menerbitkan tawa kecil Wareesa sahaja.

"Nak cerita apa? Takde yang istimewa pun." Balas Wareesa malu-malu. Tangan mula lah naik menyentuh wajah sendiri untuk tutup segan. Pipi dah rasa hangat pada sentuhan tangan sendiri.

Yara tutup mulut yang dah sengih melebar. Mata pula dah mengecil. Atas bawah, atas bawah memandang Wareesa, tanda langsung dia tidak percaya dengan kata-kata Wareesa sebentar tadi.

Melihatkan Yara, perlahan Wareesa menolak bahu gadis itu. Buat terlepas tawa kecil Yara.

"Malu lah tu. Banyakkan sebenarnya perkara menarik yang berlaku." Jari telunjuk dah bergoyang mahu menyakat, buat Wareesa menggeleng kecil.

"Takde apa lah." Wareesa masih lagi menafikan. Walhal dalam kepala tak berhenti babak-babak manis Waseem berlegar dalam kepala.

Yara mencebik. Tengok pipi hangat Wareesa sahaja buat dia tahu yang Wareesa sedang berbohong.

"Kau tak payah nak tipu aku lah." Kata Yara sambil mencucuk perlahan pipi hangat Wareesa berkali-kali.

Wareesa gelak. Duduk dibetulkan dan badan dipusing menghadap Yara. Bersedia mahu kongsi beberapa episod pindah rumahnya yang menarik.

"Okey. Kau tanya aku soalan, aku jawab mana yang aku boleh jawab." Wareesa buka kaunter pertanyaan.

Yara terus bersorak kecil. Milo Ais yang masih berbaki suku gelas dihabiskan sebelum tumpuan kembali kepada Wareesa.

"Ready eh?"

Wareesa mengangguk.

"Okey. Soalan pertama. Rumah tu, Waseem beli sendiri?" Soal Yara ingin tahu.

Dengar-dengar daripada sepupunya, Waseem itu dari golongan have-have juga. Tapi tak tahu lah have-have tu tahap yang mana. Kalau beli rumah, kaya betul tu.

Wareesa geleng.

"Rumah tu rumah family dia. Family dia bagi sebagai hadiah kahwin." Jawab Wareesa.

Memang menganga juga bila Waseem ajak pindah. Mana datang duit banyak boleh beli sebiji unit apartment premium begitu. Bila Waseem bercerita ini hadiah kahwin daripada Ayah Yahya dan Ibu Ayunin, baru lah Wareesa angguk faham. Tapi, realiti yang Waseem itu dari golongan ada-ada tak dapat disangkal lagi.

Dengar jawapan Wareesa, Yara mengangguk kecil tanda faham. Kemudian dengan sengih kambing dan mata yang sengaja dikecilkan, Wareesa dipandang kembali.

"Apa tu? Kenapa dengan riaksi kau ni?" Soal Wareesa dengan separuh tawa kecil. Bau-bau nak menyakat tu ada ya.

Yara hambur gelak bebas. Buat Wareesa menggeleng kecil.

"Apa?" Pelik Wareesa bila makin menjadi-jadi riak wajah Yara yang tadi itu.

Tidak menjawab, Yara dekatkan jarak mereka. Mahu berbisik. Risau kalau soalannya didengari umum. Bisa cetus kontroversi.

Wareesa melayan. Badan ikut condong ke arah Yara.

"Korang tidur sama-sama dah ke?"

Pap!

Terus tangan Wareesa naik memukul peha Yara. Kuat bunyinya sampai kafe yang riuh menjadi sepi seketika untuk cari punca bunyi.

Yara dah tekup mulut rapat-rapat dengan tangan. Tangan satu lagi laju mengusap tempat yang perit dipukul.

Wareesa tundukkan wajah. Malu. Muka dah memerah. Laju tangan kemudiannya mencapai gelas yang masih berbaki dengan minuman kegemarannya.

"Sakit lah, Reesa!" Baru muncul suara Yara. Berkerut dahi menahan pedih pukulan Wareesa sebentar tadi. Rasa hangat aje tempat itu. Sah merah ni! Kalau malang, boleh timbul lebam juga. 

"Kau tanya soalan takde filter!" Balas Wareesa membela diri. Yara dijeling. Geram campur malu.

"Eh, dah cukup filter lah tu. Takkan aku nak tanya kau dah buat tut dengan dia kut? Ha, tangan tu! Tangan tu jatuh eh! Aku seligi kau satgi!" Tangan Yara dah erat menangkap tangan Wareesa yang mahu naik semula memukulnya.

Wajah Wareesa merah padam. Malu tak dapat dibendung dek kelantangan Yara menyoalnya. Hish! 

"Hish, kau ni! Sibuk lah!" Direntap perlahan tangan Yara. Yara yang melihat hanya ukir sengih sahaja. Suka betul dia lihat wajah merah padam Wareesa yang satu itu.

"Mesti Waseem suka menyakat kau kan?" Soalan Yara yang satu itu buat dahi Wareesa berkerut sedikit. Hairan pun ya sebab Yara macam tepat-tepat serkap jarangnya. 

"Macam mana kau tahu?" Soal Wareesa. Atas bawah, atas bawah Yara dipandang.

Yara jongket kening dengan bangga. Tangan pun dah naik flip sendiri selendang yang dipakainya. Asal hado nak tunjuk gaya bangga dia tu.

"Aku tanya ni. Bukan suruh kau flip rambut dalam imaginasi kau." 

Yara tarik muka. Sekejap cuma sebelum dia sengih kembali. Sambil itu jari telunjuk dah bergerak-gerak tunjuk ke arah wajah Wareesa. Tak cukup itu, pipi Wareesa juga ditekan-tekan perlahan beberapa kali. Sampai Wareesa rimas dan terpaksa menepisnya.

"Bercakap pakai mulut, please. Aku ni tak faham bahasa-bahasa isyarat kau ni."

Yara gelak kecil dengar kata-kata Wareesa. Terhibur sekejap. Sejak-sejak dah berkahwin ni, Wareesa jadi kelakar dan lucu. Lucu dalam bahasa Indonesia, maksudnya comel. Wareesa jadi kelakar yang comel.

"Takkan Waseem tak menyakat kalau dapat partner termometer macam kau ni. Usik sikit, naik terus mekuri merah. Sampai jadi merah pink muka kau ni. Lepas tu annoying kau pun comel. Confirm! Si Waseem sakat puas-puas. Awww, so sweet!" Yara terangkan dengan nada yang makin lama makin kedengaran teruja. 

Namun Wareesa, dia hanya pandang Yara atas bawah, atas bawah sahaja. Entah tak tahu lah apa yang Yara kata itu betul ataupun tidak.

"Lepas tu pipi kau ni. Mesti dia suka cubit kan?" Tangan Yara dah naik memicit pipi gebu Wareesa.

Tak tipu lah. Lihat pipi Wareesa, dia yang perempuan ni pun naik geram. Gebunya, mashaAllah! Walhal Wareesa ni kurus sahaja. Pipi dia sahaja yang terlebih muatan. Comel!

"Ish!" Tangan Wareesa menepis laju tangan Yara. Pipi yang dicubit Yara tadi diusap perlahan. Pedih juga.

"Betul kan aku cakap? Dia suka kan? Silap hari bulan, bukan setakat cubit, dia gigit sekali!" Kata Yara dengan selamba.

Terus memerah kembali wajah Wareesa. Teringat terus dengan kesukaan Waseem yang satu itu. Tiada pekerjaan. Pipinya acap kali menjadi mangsa gigitan Waseem. Tak kira masa dan tempat. Pantang dapat peluang! Pantang dia tidak fokus! Pasti pipinya digigit lembut oleh Waseem. Aneh-aneh sungguh perngai lelaki yang seorang itu.

Lihat riak pasif Wareesa, tambah dengan pipi yang merah, Yara tahu tebakannya mengenai tepat.

"Aduh, singlenya aku rasa! Betul lah dia bukan setakat cubit. Masuk gigit sekali?! Aduh jiwa aku!" Yara menepuk-nepuk dadanya perlahan. Kononnya tersiksa dengan kenyataan yang baru terima itu.

Wareesa julingkan mata. Hilang terus segan bila lihat riaksi si Yara Hamida. Tak jadi segan. Rasa nak angkat tangan sekali lagi ada lah!

"Kau ni over tau." Bahu Yara ditolak perlahan.

Yara mencebik. Duduk ditegakkan. 

"Kau takde ke siapa-siapa nak rekomenkan kat aku? Aku nak juga merasa dicubit dan digigit pipinya." Rayu Yara. Tangan dah dirapatkan seolah-olah merayu. Dan itu buat Wareesa lepaskan tawa.

"Bengong!" Sekali Wareesa kutuk bersama ketukan perlahan di kepala Yara. Sah kawannya dah putus wayar.

Yara hamburkan tawa. Tiba-tiba teringat sesuatu yang bikin wajahnya bertambah ceria. Wareesa dipandang dengan mata yang bersinar. Berharap sesuatu tiba-tiba.

"Hayyan? Hayyan single tak?" Soal Yara. Terkelip-kelip laju mata Yara. Tanda-tanda perempuan gedik ya, kawan-kawan!

Menggeleng, Wareesa malas mahu melayan. Dihabiskan saki baki airnya sebelum bersiap-siap untuk beredar dari kafe.

Yara yang melihat perlakuan Wareesa ikut sama mengemas juga. Saki baki airnya dihabiskan sebelum dia bangun sama, mahu jalan saing dengan Wareesa.

"Kau cuba lah tanya dia. Dia kan tengah broken dengan kau. Bagi aku masuk jarum." Lengan Wareesa dipaut sebelum ia digoncang perlahan.

Berkerut dahi Wareesa. 

"Kau ni, semua benda tahu kan? Kau stalker eh?" Cekak pinggan Wareesa dibuatnya.

Yara hanya gelak sahaja. Flip selendang sekali lagi. Dan Wareesa hanya menggeleng perlahan sahaja.

"Semua benda kau tahu. Kepochi." Yara ditolak menjauh sebelum langkah diambil beredar dari situ.

Yara mencebik sebelum dia mengekori Wareesa kembali. Dan riuh perjalanan mereka berdua. Ditemani dengan tawa dan gurau senda yang tiada kesudahan.

Sedang mereka bahagia begitu, tiba-tiba telefon Wareesa berdering minta diangkat.

Wareesa dan Yara berpandangan sesama sendiri melihat digit nombor yang tertera. Tiada nama, bermakna Wareesa tidak simpan masuk nombor itu dalam kontak kenalannya. Namun, ada digit  nombor itu rasanya tidak asing lagi bagi Wareesa.

Tanpa kata, Wareesa terus menolak panggilan itu. Dan itu menimbulkan garisan kerutan di dahi Yara.

"Kenapa tak jawab?" Soal Yara hairan.

Wareesa helakan nafas berat.

"Nombor ni, dah banyak kali tau ganggu aku. Kalau aku jawab pun, si pemanggil takkan cakap apa-apa. Dia akan diam, bagi aku meroyan soramg-sorang sebelum tiba-tiba dia putuskan panggilan." Cerita Wareesa.  Kepala menggeleng kecil.

"Eee, scary je." Komen Yara.

Wareesa jongketkan bahu. No comment.

"Waseem tahu?" Dan soalan Yara itu Wareesa jawab dengan anggukan kecil.

"Dia sendiri pernah jawab panggilan tu."

"Seriously? Lepas tu?"

Wareesa diam.

"Tapi, pelik sikit. Yang kali tu punya macam bukan sebelum ini punya." 

"Kenapa? Apa jadi? Dia bercakap ke?" Yara jadi makin ingin tahu. Tak pernah-pernah dia dengar cerita yang satu ini.

"Tak, dia tak cakap. Tapi, kali tu punya tiba-tiba dengar bunyi kaca pecah." 

Dahi Yara berkerut dan Wareesa mengangguk, mengiyakan. Tak tipu. 

"Seram lah, Reesa. Tak bercakap, tiba-tiba bunyi kaca pecah. Kau tak rasa sesuatu ke?" Soal Yara takut-takut.

"Entah lah, Yara. Aku pun tak tahu. Nak suruh aku buat apa? Mungkin tersalah nombor kut. Itu aje lah yang aku dapat simpulkan." Mudah sahaja Wareesa membalas.

Yara cekak pinggang.

"Eh, kau lembab ke? Berapa banyak kali dia nak salah nombor?"

Wareesa julingkan mata. Dia pula yang dikata lembab tiba-tiba. Tapi, bila fikir semula ada benar juga kata-kata Yara itu.

"Better kau buat something, Reesa. Tak sedap hati pula aku yang mendengarnya. Macam mana kau yang kena ni boleh buat lek buat peace aje? Tak faham lah aku." Yara dah mula membebel perlahan. Tidak puas hati dengan keselambaan Wareesa.

"Malas lah."

Tanpa bertangguh, terus Yara luku kepala Wareesa. Mengaduh terus Wareesa jadinya. 

"Apa kau ni, Yara? Aku bagitahu Waseem!"

Mencebik geli terus Yara jadinya. Bukan itu sahaja, malah badan Wareesa ditolak menjauh. Sampai terhuyung hayang kawan yang seorang itu. Pun begitu, tawa tak lekang dari bibir merah Wareesa, tanda wanita itu terhibur.

"Menyampah aku. Nak tidur highway lah malam ni." Canda Yara sebelum langkah dibawa laju menjauh daripada Wareesa.

Tergelak Wareesa dibuatnya. Terus langkah Yara dikejarnya. Dan seperti kanak-kanak, mereka berkejaran tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang. Dan tanpa mereka sedar ada mata yang tajam menjeling perlakuan mereka berdua dari jauh.

"Berani kau perempuan!"

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 78.1K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
116K 2.6K 11
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...