My Lovely Crush❤

By Kyennss

197K 6.5K 222

"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syaki... More

Bab 1:Daniya Nur Maizarah
Bab 2:Dancer
Bab 3:Sabarlah Niya
Bab 4:Denda
Bab 5:Kitaorang Masih Rapat
Bab 6:Mata Panda
Bab 7:Cemburu
Bab 8:Penipu!!
Bab 9:Salah Aku
Bab 10:Punca
Bab 11:Flashback
Bab 12:Maafkan Aku
Bab 13:Luka
Bab 14:Isi Hati
Bab 15:Hijrah
Bab 16: Tanda Tanya
Bab 17:Why?!
Bab 18:Curiga
Bab 19: Kenangan Kita
Bab 20:Terima Atau Tidak?
Bab 21:Back To School :)
Bab 22:Rumah Baru
Bab 23:Hero Aku!
Bab 24:Dia Terlalu Baik.
Bab 25:Wanita Yang Dirindui
Bab 26:Abang Sayang
Bab 27:Hadirnya Dia
Bab 28:Surat
Bab 29:Gaduh
Bab 30:Lukisan
Bab 31:Boyfriend
Bab 33:Kejutan
Bab 34:Hanya Kerana Video
Bab 35:Komplot
Bab 36:Perasaan Yang Tak Mampu Diungkap
Bab 37:Khianat Atas Khianat
Bab 38:Si Dancer Itu...
Bab 39:Cinta Terlarang
Bab 40:Love Story
Bab 41:Satu Kebenaran
Bab 42:Nombor Misteri (Slowly Update)
Bab 43:Kehilangan
Bab 44:Azhar
Cerita Baru
Happy New Year 2016
New Story!
My Lovely Crush Raya! #1
My Lovely Crush Raya! #2
My Lovely Crush Raya! #3
My Lovely Crush Raya! #4
My Lovely Crush Raya! #Final
Isteri Istimewa
Siapa Pemilik Hati?
ATTENTION!!
PROMOTE
Promote
Idea Muncul Lagi!

Bab 32:Sweet Apa?

2.6K 105 0
By Kyennss

Riyan duduk di tangga lelaki seorang diri, jam baru pukul 6 pagi dia dah terpacak di sekolah. Tak takut dia ni sorang-sorang di sekolah. Riyan mengerling jam tangannya, " Mana Niya ni? " rungut Riyan. Dia melihat beberapa orang pelajar sudah tiba di sekolah, namun belum ada kelibat Niya. " Hai Riyan. " Riyan terkejut, seram sejuk dibuatnya. Riyan menoleh ke kanan dengan lafaz bismillah.

Jeng..jeng..jeng.. Anita rupanya. Hahaha. " Hai. " kata Riyan, Anita duduk di sisi Riyan. Riyan menjarakkan sedikit jarak diantara mereka. " Nama aku Anita. " kata Anita, " Oh, nama aku Riyan. " Riyan hanya tersenyum paksa di depan Anita. " Perempuan mana pula lagi ni? " bisik hati Riyan sambil memandang ke kiri. " Aku dengar kau ber minat dengan Niya. " , Riyan dengan pantas menoleh ke arah Anita. " Tapi Mikhail jadi penghalang kau kan? " kata Anita lagi, Riyan hanya diam tapi mata tepat memandang Anita.

" Kalau kau nak, aku boleh tolong kau dapatkan Niya. " satu pandangan yang memang berniat jahat terlakar di wajah Anita. Riyan menjadi ragu-ragu hendak berbual dengan Anita, " Aku naik kelas dulu lah. " Riyan berdiri. Baru satu anak tangga dia langkah, " Kau ingat kau akan dapat Niya dengan cara macam ni? " Riyan berhenti. Dia berpusing ke belakang. " Dulu pernah, kawan aku cuba untuk dapatkan Mikhail. Tapi, hubungan antara mereka berdua sukar dipisahkan. " Riyan memandang tepat mata Anita. Anita melemparkan senyuman sinis, Riyan jadi bingung. Dia terus menaiki anak tangga itu.

Anita hanya membiarkannya, dia memandang ke tempat lain. " Kau takkan faham Riyan. Kau takkan dapat Niya kalau kau macam tu. Dan aku, mungkin takkan dapat balas dendam kalau mereka terus bersama. " Anita mengeluarkan sekeping gambar dari pocketnya. Ia adalah gambar keluarga Niya, " Kakak dengan adik sama ja! " dia meremukkan gambar tersebut.

" Eh, Nita! " Anita menoleh ke belakang, dia menyimpan gambar tersebut di pocketnya apabila Niya berada di hadapannya. " Hai. " Anita tersenyum, Niya membalas senyumannya. " Kau tak masuk kelas kah? " soal Niya, " Nak pergilah ni. " kata Anita. " Oh, Ok! Jom lah. " Niya mula mengorak langkah, Anita memerhatikan langkahnya. Anita memandangnya dengan mata yang penuh dengan dendam, pelbagai fikiran jahat muncul di fikirannya.

Flashback~

Anita berjalan menuju ke kantin dengan beberapa buah buku di tangannya. Dia duduk di kerusi sementara menunggu barisan perempuan yang masih panjang. Dia mengeluh kerana penat, tambahan lagi dengan cuaca panas pada hari itu. Mata Anita tertumpu pada seorang pelajar perempuan yang berlari dengan pantas, dia memerhati pelajar itu.

" Eh! " Anita terkejut, dia terkejut melihat pelajar itu berhenti di sisi Niya. Niya berpusing ke belakang, wang bernilai RM 5 diserahkan kepadanya. " Apa hubungan dorang? " bisik hati Anita, perasaan ingin tahu menguasai dirinya.

Di kelas 5 Kreatif, Anita asyik berfikir tentang pelajar itu. Pelbagai maklumat dia telah kumpulkan. " Dia adik Niya, tingkatan 1 Kreatif. Tapi kenapa aku rasa nak sangat tahu pasal dia ni? " bisik hati Anita. Kertas maklumat itu tidak habis-habis direnungnya.

Kelas terakhir telah tamat, Anita berjalan ke bus stop di hadapan sekolah. Semasa duduk di sana, dia masih menggenggam kertas maklumat tentang Lina. Kaki Lina melangkah keluar dari kawasan sekolah, Anita melihatnya berjalan bersama Niya. Tapi, mereka menaiki kereta yang berbeza, " Kalau dorang adik beradik, kenapa lain kereta? " bisik hati Anita. Perasaan yang sangat-sangat ingin tahu menguasai Anita. Entah angin apa yang menghasutnya sampai sanggup menaiki teksi mengekori kereta yang dinaiki Lina.

Teksi Waja yang dinaiki Anita mengikuti kereta Myvi milik Emma. Tiba sahaja kereta Myvi itu di hadapan pintu pagar rumah mereka, teksi Waja itu berhenti di rumah jiran yang berhadapan rumah mereka. Kereta Myvi itu diparkir kemas oleh Emma, Anita memerhati dari dalam teksi. Sedang Anita memerhati, tiba-tiba handphonenya bergegar. Ini lah tabiat Anita, suka sangat bawa handphone ke sekolah. " Ya abang? " kata Anita separuh ber bisik, " Nita kat mana? Abang depan sekolah ni. " suara Farid yang kedengaran agak marah. Mata Anita tidak lari dari rumah itu, dia masih ingin mengetahui tentang Lina.

" Nita di rumah kawan ni. Dalam teksi. Masih mencari rumah dialah! " bohong Anita, tiba-tiba hand phone Anita terlepas dari genggamannya. Anita tergamam, masa bagaikan berhenti seketika. " Hafizah. " kata Anita dengan nafas yang turun naik. Hafizah keluar dari kereta Nizam, kereta milik Nizam itu bergerak laju ke lebuh raya. Anita bersandar pada kerusi, dia menutup mulutnya dengan tangan kanan. " Jadi selama ni.. Niya.. " Anita sangat-sangat terkejut, fikiran negative tentang Niya muncul di fikirannya.

End Flashback~

Mikhail terbaring di atas katil, golek kanan golek kiri. Dia memeluk perutnya, " Aduh, sakit! " kata Mikhail. Pastinya Mikhail terkena penyakit gastric, dari semalam dia tak makan untuk menyorokkan mukanya dari ibu dan ayahnya. Masa solat pun dia solat sorang-sorang di bilik. Niya dan Luqman lah yang terpaksa menolongnya memberi alasan. Di sekolah dia tak ada selera nak makan, sebab meluat tengok muka Riyan.

" Tok! Tok! " seseorang mengetuk pintu bilik, " Adik. " suara Datin Sharifah mengejutkan Mikhail. " Ya ibu? " kata Mikhail, " Adik Ok kah? Tak nak turun makan? " soal Datin Sharifah. " Emm, adik kenyanglah ibu " , " Makan apa sampai kenyang? " Datin Sharifah kedengaran sedikit curiga. " Aduh, apa nak cakap ni? Ish, perut ni pun tak pandai berhenti sakit! " rungut Mikhail. " Ibu! " Mikhail terdengar suara Niya, dia menarik nafas lega. " Selamat. " kata Mikhail, Mikhail bangun perlahan-lahan lalu mendekati pintu bilik nya.

" Tak ada! Tak ada! Banyak kali Niya bagi alasan untuk Mikhail. Ni mesti ada apa-apa ni kan! Niya jangan tipu ibu. Dari semalam Mikhail tak keluar bilik, tak kira ibu akan buka juga pintu bilik ni. " Mikhail terkejut, dia memandang kiri dan kanan. " Alamak! Apa aku nak buat ni? " dengan semangat yang kuat, Mikhail menuju ke meja soleknya. Dia menyelongkar laci meja solek tersebut, " Aish, aku bukan perempuan! Mana ada bedak! " rungut Mikhail. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Sesekali matanya memandang pintu, dia tahu Niya sedang berusaha menghalang ibunya kerana terdengar suara yang tidak jelas di luar. Kunci dimasukkan ke tombol pintu, apabila pintu terbuka Niya menutup wajahnya. Datin Sharifah sudah masuk ke dalam, tapi senyap sahaja. " Eh? Apasal senyap? " bisik hati Niya, dia melangkah masuk ke bilik Mikhail perlahan-lahan. Ding! Dong! Bilik Mikhail kosong, Datin Sharifah pula sedang berdiri di pintu bilik air Mikhail.

" Mana Mikhail ibu? " soal Niya, " Dia dalam ni. " jawab Datin Sharifah. " Oh, dia menyorok rupanya. " bisik hati Niya, dia memandang pintu bilik air Mikhail. " Mesti dia nak suruh aku bawa ibu turun. " tambah Niya lagi. Tombol pintu bilik air Mikhail dipulas, terbeliak mata Niya memandang nya. " No! Jangan Mikha! " teriak Niya dalam hati, pintu di buka luas. Jeng.. Jeng.. Jeng.. Mikhail keluar dengan memakai krim pencuci muka yang sangat tebal. Terkejut juga Datin Sharifah melihat wajah anaknya, Niya pula sudah mampu bernafas lega. " Eh, ibu kenapa masuk bilik adik ni? Kenapa Niya? " soal Mikhail sambil memandang wajah Datin Sharifah dan Niya silih berganti.

" Arr, tak ada apalah. Ibu hairan lah kenapa adik tak turun makan. " kata Datin Sharifah, " Oh adik kenyanglah ibu, tadi Niya masak cucur sedap! Adik habiskan sekali. " mata Niya terbeliak memandang Mikhail. Datin Sharifah memandang Niya, " Betulkah Niya? " . Niya hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. " Amboi adik makan tak tinggalkan ibu pun. " Datin Sharifah memukul bahu Mikhail, " Hehe, sedaplah ibu! " Mikhail mendekati almarinya lalu menarik laci. Dia mencapai sehelai tuala lalu disangkutkan pada bahu.

" Biasalah, bila makan dengan tunang kan makanan tu jadi sedap dua kali ganda. " Datin Sharifah keluar dari bilik Mikhail, kedengaran ketawanya dari dalam bilik Mikhail. " Ha kau apasal masih terpacak kat sini ni? " Niya tersentak, " Eh, ya kan? Hahaha. " Niya berjalan keluar dari bilik Mikhail. " Eh jap Niya! " Mikhail mendekati Niya, Niya berpusing ke belakang. " Aku nak cakap terima kasih sebab tolong aku. " kata Mikhail, Niya ketawa.

" Kenapa kau ketawa? " soal Mikhail, " Jap bila masa kau pandai cakap terima kasih ni? " Niya ketawa lagi. " Amboi, aku tak cakap nanti kau marah pula. " kata Mikhail. " Tak apalah, aku ikhlas tolong kau. Tapi aku tengok muka kau sekarang macam hantu tau tak! Hahaha! " Niya ketawa terbahak-bahak. " Diam! Kau tau tak seksanya aku nak gosok krim ni? Dahlah pedih! " leter Mikhail, " Tapi memang lucu lah muka kau macam ni! Hahaha. " Niya ketawa lagi. " Sudah! Nanti ibu naik balik! Go, get out you! " Mikhail menudingkan jarinya keluar pintu, " Amboi, halau aku ya! Ok nanti aku buat cucur, aku tak bagi kau! " ugut Niya. " Ceh, ada ku kesah! " dengus Mikhail, " Kau akan menyesal! " Niya menutup pintu bilik Mikhail.

" Kau akan menyesal! Kau hengat aku takot? Ceh! " Mikhail mengajuk ayat Niya, dia masuk ke dalam bilik air. " Aduh, pedih! " Mikhail membilas mukanya dengan air diiringi dengan bunyinya mengerang kesakitan. Selesai membilas, Mikhail mengeringkan wajah nya dengan tuala bersih. Dia keluar dari bilik air lalu duduk di katil.

Mikhail memcapai hand phone nya di sisi bantal, dia memeriksa banyak chat daripada kawan-kawannya.
" Mikh tak turun padangkah? " -Naim
" Mikh kami vs ngn team Riyan ni.. Tak join kah? " - Achai
" Mikh mana kau ni? " -Achai
" Mikh kau tak turun padang apasal? " -Achai.
" Haihh. Si Achai ni tak habis-habis! Ni yang buat aku rasa nak jumpa si Riyan tu! " rungut Mikhail.
Mikhail menekan nama Achai, jarinya sudah rancak mengetuk tilam menunggu panggilannya di angkat.

" Ha apa? " ,kedengaran suara Achai yang agak malas. " Hei, apa cerr tadi? " Mikhail tergesa-gesa mahukan jawapannya, " Kau ni, baru sekarang ni kau nak tanya. Tadi petang bukannya mau turun padang sebok bergayut dengan Niya kan. " sakit telinga Mikhail mendengar leteran Achai. " Sorry lah, aku tak terbaca chat kau tadi. " kata Mikhail dengan nada yang kesal, " Dah lah, aku ngantuk! Kau minta Naim cerr esok ja! Aku nak tidur, nak mimpi Li Lien! " , " Hoi hoi! " . Panggilan Mikhail terus dimatikan Achai, geram juga Mikhail dibuatnya. " Ni kah kawan! " rungut Mikhail, dia terbaring di atas katil.

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

Mikhail membuka matanya perlahan-lahan, dia melihat kipas yang sedang berputar di atas kepala. " Ahh, ngantok! " rungut Mikhail, dia memandang skrin di hand phonenya. " Jam 4:15..huaaa! " Mikhail menggosok-gosok matanya, " Eh, notification? " kata Mikhail. Mikhail membuka screen lock, " MY BIRTHDAY!!! " terang mata Mikhail membacanya. " Yeayy! Birthday aku lah! " , Mikhail segera bangun dari katil lalu mencapai tuala. Dia masuk ke dalam bilik air dengan perasaan yang teruja.

Mikhail memakai kemas baju melayu warna hijau muda dan seluar tracksuit cheetah nya. Songkok di pakai di bahagian kepala, tak lama kemudian azan subuh berkumandang menandakan masuknya waktu subuh. Mikhail merenung dirinya di cermin, " Aku kena jujur dengan ibu, tak apalah kena marah pun redha ja lah! " kata Mikhail. Dia memulas tombol pintu, bilik solat itu baru sahaja di masuki oleh Datin Sharifah.

Mikhail mengurut dadanya, " Ok rilex! Sendiri buat sendiri tanggung. " bisik hati Mikhail. Dia mengira langkahnya ketika hendak memasuki bilik solat tersebut, degupan jantungnya terasa laju yang amat. Satu persatu reaksi wajah ibu dan ayahnya terbayang apabila mereka melihat wajah Mikhail. Wajah Mikhail agak lebam dan bibirnya masih luka sedikit. Dah tak teruk sangatlah cuma belakang dia yang masih sakit.

Mikhail memulas tombol pintu, semua mata tertumpu kepadanya. Niya dan Luqman terkejut melihat Mikhail di sana, apa tah lagi Dato' Sulaiman dan Datin Sharifah. Tercengang mereka melihat wajah Mikhail. " Adik, kenapa muka adik tu? " soal Datin Sharifah, Mikhail menarik nafas. " Mikhail bergaduh. " kata-kata itu tambah mengejutkan Datin Sharifah, tetapi Dato' Sulaiman hanya ketawa.

" Aik, kenapa ayah ketawa? " soal Mikhail, " Abang kenapa ketawa? Mikhail bergaduh ni masalah serious! " Datin Sharifah jelas kerisauannya. Luqman dan Niya hanya diam dan menjadi pendengar setia. " Dah lah awak ni, biasalah tu budak lelaki. " kata Dato' Sulaiman slumber, dia sudah membentangkan sejadah di hadapannya. " Apa? Abang adik bergaduh ni! Tanyalah dia sebab apa? Dengan siapa bergaduh? Ni tidak ketawa pula! " leter Datin Sharifah. " Sudah lah, tak payah nak riuh sekampung! Mikhail, mari sini jadi imam. " Dato' Sulaiman bukan seperti isterinya.

Dia memang seorang yang tenang, malah siap bagi Mikhail senyuman manis dan lebar lagi. Adakah kerana hari ni birthday Mikhail? Atau ada sesuatu yang dia sembunyikan? Kalau nak tau teruskan membaca :)

Niya memakai baju T-shirt lengan panjang warna coklat, jeans hitam di sarungkan di bahagian kaki. Tudung bawal warna coklat di pakai kemas di bahagian kepala, handbag disangkut pada bahu kanan. Selesai bersiap dia turun ke bawah, ketika itu Mikhail sedang duduk bersama Datin Sharifah. " Eh, Niya kau nak pergi mana? " soal Mikhail, " Aku nak pergi rumah papa. Kenapa? " Niya menuju ke pintu rumah. " Nak buat apa kat sana? " Mikhail mengejar Niya tergesa-gesa, " Aku nak lawat papa dengan mama lah, rindu. Lama tak jumpa! " jawab Niya.

Mikhail hanya diam, dia melihat Niya sedang memakai sneakers. " Kenapa? " soal Niya, " Nak ikut. " kata Mikhail dengan nada yang manja. " Emm, kalau aku tak nak bawa? " Niya mengangkat kedua-dua kening nya sambil memandang Mikhail. " Alah, nak ikut! Aku rindu nak jumpa Adam! " Mikhail membuat suara yang lebih manja, " Blueerrkk! Tak nak bawa kau! " Niya berpeluk tubuh. " Alah, Niya! Nak ikut! " Mikhail mendesak Niya.

" Ehem apa kecoh-kecoh ni? " tiba-tiba Dato' Sulaiman berada di sana, terkejut Niya dan Mikhail. Ingatkan suara dari langit yang datang hehehe.. " Ayah! Ayah Mikhail nak ikut Niya pergi rumah papa dengan mama. " kata Mikhail. Time ni lah sel-sel otak Mikhail berhubung, kalau Dato' Sulaiman bagi dia ikut Niya tak boleh buat apa dah. Niya memandang mata Dato' Sulaiman, " Ha pergilah. Lama-lama pun tak apa. Rumah bakal mentua Mikhail juga kan. " kata Dato' Sulaiman. " Hehe, Ok. Thanks ayah. " Mikhail membuat senyuman sinis, sambil mata menjeling Niya.

Niya hanya menahan geram, tak mampu nak cakap apa-apa dah. Matanya merenung tepat ke mata Mikhail. Kemudian kereta Emma berada di depan pagar rumah itu, semua mata tertumpu kepadanya. " Ha, Ok! Mikhail jalan dulu. Assalamualaikum ayah. " Mikhail laju menuju ke kereta Emma, " Eh, pakai macam tu ja? " kata Niya. " Ha'ah lah! Macam mana lagi? Bakal mentua kot! " laju ja Mikhail buka pintu tempat duduk depan. Niya menggenggam tangannya, " Niya pergilah. Ingat rancangan kita. " kata-kata Dato' Sulaiman menyentak Niya.

" Oh, Ok! " Niya tersenyum bagaikan baru faham sesuatu, Dato' Sulaiman tersenyum hingga menampakkan baris giginya yang putih. " Assalamualaikum ayah. " Niya berjalan menuju ke kereta Emma, dia membuka pintu belakang lalu masuk ke dalam perut kereta. " Hai Ka. " kata Niya, " Hai, amboi. Siap bawa tunang lagi ye " Emma memandang Niya. " Eh, dia yang nak ikut! " tegas Niya, " Amboi jangan nak tuduh aku! Kau yang paksa aku tadi! " sampuk Mikhail. " What! Hei kau yang... " " Shut! Kalau nak gaduh bukan sekarang! Ni kereta kaka, please senyap! " Emma meletakkan jari telunjuknya di bibir Niya.

Mikhail tersenyum sambil memandang keluar tingkap, Niya bersandar pada kerusi dengan bibir muncungnya. Dia berpeluk tubuh dan memandang keluar tingkap. " So sweet! " kata Emma perlahan tapi dapat di dengari Mikhail, Mikhail tersenyum. Mikhail melihat Niya melalui cermin, dia melihat Niya yang masam mencuka. Tapi tetap comel di matanya. Emma menurunkan hand break, kaki baru sahaja hendak menekan minyak tiba-tiba kereta Luqman berada di hadapannya.

Teringat kembali tentang pergaduhannya tempoh hari. Luqman keluar dari keretanya, dia menuju ke kereta Emma. Emma terasa hendak menangis, geram, marah semuanya, cepat-cepat menukar gear kepada "R". Kereta Emma perlahan-lahan berundur, " Emma! " teriak Luqman. Tangan Emma laju menukar gear kepada "D", lalu menekan minyak. Kereta Emma laju menuju ke lebuh raya, Luqman hanya melihatnya pergi hingga hilang dari pandangan.

Di dalam kereta mereka hanya diam, alunan lagu " Hantu atau buaya by Nana sheme " seperti menyindir Emma. " Andainya aku~ Kau ingin~ Semula~ Maafkan aku~ Ku tak mahu~ Ku tak rela~ " macam ni lah perasaan Emma. Luqman senang-senang buat dia marah lepas tu nak minta maaf, dia tak fikir perasaan Emma yang amat sakit.

" Ka Emma. " Mikhail tiba-tiba bersuara, " Ya? " Emma tersentak. Niya terus mencelik apabila mendengar mereka mula bersuara. " Ka Emma marah dengan abang? " soalan ni buat Emma sentap, tak tahu nak jawab apa. " Emm, marah dan geram dengan perangai abang tu, lebih kurang 50-50 " kata Emma, " Kenapa? " Mikhail menyoal lagi. Fikiran Emma cepat mencari idea, " Emm, sebab abang Luqman tu tak percaya apa kaka cakap. Sakit hati kaka. " kata Emma. " Eh, macam hal kecil ja. Takkan tu pun nak gaduh? " kata Mikhail, " Huh, tak tau lah Mikh. Kalau Mikh di tempat kaka pun mungkin Mikhail pun akan sakit hati. " keluh Emma.

" Eleh, marah tandanya sayang. Sweet apa? Bila ada yang merajuk, ada yang pujuk. " sampuk Niya. Mikhail tersenyum, Emma mula blushing. " Dah kau diam, jangan sebok. " kata Emma, tiba-tiba senyuman terukir di bibir nya. " Amboi, senyum-senyum nampak. Ada makna ni. " Niya mula mengusik Emma, " Eh, manada! Niya ni! ", Niya dan Mikhail ketawa melihat perangai Emma.

" Haihh.. Susahlah. " bisik hati Emma.

Tamat Bab 32:Sweet Apa?

#IamSabahan

Continue Reading

You'll Also Like

915K 51K 76
awas typo mengisahkan tentang engku aireen mikasya pelajar form 5 yang menyukai Tuan harraz Naufal ketua pelajar form 6 ... mikasya gadis yang canti...
300K 12K 81
| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yan...
666K 11.1K 15
Perkahwinan yang terbina bukan di atas dasar cinta pada awalnya. Tetapi atas dasar keselamatan. RAYFAL DANIEL, seorang jejaka berusia 33 tahun. Ditu...
3.2K 75 7
Book 11 MAFIA'S SERIES We fight together, one family? Okay? - Xander DILARANG SAMA SEKALI meniru atau memplagiat idea cerita ini dalam APA JUGA BENTU...