Tengku Playboy

By GadisMerahJambu18

53.4K 706 57

"What if, Tengku jatuh cinta dengan saya?" - Iris Medina "I will never fall in love with you. Never." - Tengk... More

❤ 1 ❤
❤ 2 ❤
❤ 3 ❤
❤ 4 ❤
❤ 5 ❤
❤ 6 ❤
❤ 7 ❤
❤ 8 ❤
❤ 9 ❤
❤ 10 ❤
❤ 11 ❤
❤ 12 ❤
❤13 ❤
❤ 15 ❤
❤ 16 ❤
❤ 17 ❤
❤ 18 ❤
❤ 19 ❤
❤ 20 ❤
❤ 21 ❤
❤ 22 ❤
❤ 23 ❤
❤ 24 ❤
❤ 25 ❤
❤ 26 ❤
❤ 27 ❤
❤ 28 ❤
❤ 29 ❤

❤ 14 ❤

1.7K 24 0
By GadisMerahJambu18

Menjadi rutin dan kebiasaan Iris Medina untuk bangun awal, bersiap, menunaikan solat lalu turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Pada pagi itu, Iris Medina menyediakan mi goreng beserta air kopi panas.

Jarum jam hampir menunjukkan lapan suku pagi, namun Iris Medina hairan kerana Tengku Rayyan Mikael masih belum turun. 'Tak siap lagi ke? Lambatnya. Dah pukul berapa ni? Takkan tak bangun lagi kot.'

Iris Medina kepelikan. Jarang sekali Tengku Rayyan Mikael bangun lewat waktu hari bekerja.

Iris Medina menarik kerusi lalu duduk di meja makan. Piring dicapai, mi goreng dicedoknya. Air kopi panas buatannya sebentar tadi dituang ke dalam cawan yang tersedia. 'Aku makan dulu lah. Nak tunggu anak Tengku seorang ni lambat aku masuk kerja. Dia bos, tak apa lah.'

Baru sahaja satu sudu mi goreng disua ke mulut, sudu diletakkan kembali ke atas meja.

'Tak boleh jadi ni'

Terus sahaja tangga didaki. Bilik Tengku Rayyan Mikael menjadi destinasi.

Pintu bilik Tengku Rayyan Mikael diketuk.

Satu kali, tiada sahutan.

Kali kedua, tiada sahutan juga.

Kali ketiga, masih tiada sahutan.

Perlahan-lahan tombol pintu bilik Tengku Rayyan Mikael dipulas. Langkah diatur hingga dihadapan katil sambil bercekak pinggang.

'Tak bangun lagi? Lena betul tidur.'

Tengku Rayyan Mikael masih lena diulit mimpi sambil berselubung hampir menutup mukanya.

Bahu Tengku Rayyan Mikael ditolak lembut Iris Medina.

"Awak, bangunlah. Dah pukul berapa ni."

Tiada respon daripada Tengku Rayyan Mikael. Goncangan Iris Medina langsung tidak memberi kesan kepada Tengku Rayyan Mikael.

Tergerak hati Iris Medina ingin memegang dahi Tengku Rayyan Mikael. Terkejut Iris Medina apabila merasa dahi Tengku Rayyan Mikael yang panas tu.

"Ya Allah, panasnya. Awak demam ni."

Patutlah berkali-kali panggil tiada sahutan. Demam rupanya. Ini mesti sebab kena hujan semalam.

Terus sahaja Iris Medina melangkah keluar dari bilik tersebut. Telefon bimbitnya dicapai lalu satu panggilan dibuat.

"Helo, Assalamualaikum. Harini Tengku Rayyan dengan saya tak masuk office ya. Tengku Rayyan demam. Cancelkan semua appointment Tengku. Okay. Terima kasih."

Selesai sahaja membuat panggilan tersebut, terus Iris Medina ke dapur. Habis semua kabinet dapur digeledahnya, ingin mencari ubat tapi tak jumpa. Jadi, akhirnya Iris Medina membuat keputusan untuk keluar membeli ubat sekali membeli bahan masakan untuk membuat bubur.

**********

Perlahan-lahan matanya dicelikkan. Rasa berat kepala cuba ditahan. Telefon bimbit di meja sebelah katil cuba dicapai. Jam menunjukkan sudah pukul sebelas pagi. Hampir tengah hari.

"Sakitnya kepala. Rasa nak pecah. Iris mesti dah pergi kerja." Omel Tengku Rayyan Mikael lemah.

Tiba-tiba, pintu biliknya dibuka perlahan dari luar. Kelihatan Iris Medina yang berpakaian ringkas sambil menatang sedulang makanan. Wajah Iris Medina yang lembut itu dipandang lama.

"Eh, awak dah sedar? Baguslah, saya dah masakkan bubur untuk awak. Makan, lepastu makan ubat."

Dulang makanan diletakkan disebelah katil. Wajah Iris Medina masih dipandang lama. Iris Medina yang tidak selesa ditenung lama itu berdehem.

"Hmm, awak larat tak nak bangun? Saya tolong ya." Iris Medina menghampiri Tengku Rayyan Mikael. Perlahan-lahan Tengku Rayyan Mikael dibantu. Badannya disandarkan ke kepala katil sambil beralaskan bantal. Sempat lagi dahi Tengku Rayyan Mikael disentuh. Masih panas.

"Awak larat nak makan tak? Ke nak saya suap?" tanya Iris Medina sambil memandang ke arah Tengku Rayyan Mikael.

"Suap." Balas Tengku Rayyan Mikael lemah.

Terus sahaja makanan diatas dulang dicapai. Perlahan-lahan bubur digaul bagi mengurangkan panas. Setelah pasti yang bubur itu tidak terlalu panas atau terlalu sejuk, terus disuakan sudu ke mulut Tengku Rayyan Mikael. Tengku Rayyan Mikael yang masih memandang Iris Medina menurut. Perlahan-lahan bubur ditelan walaupun payah.

Selepas suapan ketiga, Tengku Rayyan Mikael terus menggelengkan kepala tanda tidak mahu makan lagi.

"Sikitnya makan. Tak luak pun bubur. Makan sikit lagi. Bagi ada tenaga." Pujuk Iris Medina.

"Tawar. Sakit nak telan." Rengek Tengku Rayyan Mikael.

"Kena paksa sikit. Nanti lambat sembuh. Kalau tak kebah, kita pergi klinik ya." Iris Medina masih cuba memujuk. Kalah budak kecil mengada dia.

"No. Tak nak pergi klinik. Tak suka."

"Kalau macam tu, makan sikit lagi. Saya suap ya."

Akhirnya Tengku Rayyan Mikael menurut.

Sambil Iris Medina menyuapkan bubur, Tengku Rayyan Mikael tak lepas dari memandang kearah Iris Medina.

"Kenapa tak pergi kerja?" tanya Tengku Rayyan Mikael tiba-tiba.

"Awak demam. Tak kan saya nak biarkan awak seorang diri dekat rumah." Balas Iris Medina.

Dalam tidak berselera, tak dapat telan makanan. Habis juga bubur dimakannya Tengku Rayyan Mikael. Iris Medina menghulurkan ubat kepada Tengku Rayyan Mikael.

"Awak rehat lah dulu. Saya pergi dapur kejap." Pamit Iris Medina.

Belum sempat Iris Medina ingin berlalu, laju sahaja lengannya ditahan Tengku Rayyan Mikael.

"Kenapa? Awak nak apa-apa ke?" tanya Iris Medina prihatin.

Lama Tengku Rayyan Mikael memandang kearah Iris Medina sebelum melepaskan lengan Iris Medina lalu menggelengkan kepala.

"Awak rehat ya. Nanti saya naik balik. Saya pergi cuci mangkuk dekat dapur dulu." Balas Iris Medina sebelum berlalu membawa dulang makanan ke dapur.

Langkah Iris Medina dipandang lama Tengku Rayyan Mikael.

"Aku dah kenapa? Boleh pulak pergi tahan tangan dia. Mesti dia ingat aku yang bukan-bukan." Omel Tengku Rayyan Mikael. Tapi dia tidak dapat menipu diri dia sendiri. Dia selesa dilayan sebegitu oleh Iris Medina. Sewaktu Iris Medina ingin berlalu, tidak tahulah kenapa dia rasa berat hati. Terus dia rasa kosong. Rasa sunyi. Yang pasti, dia mahu Iris Medina berada di sisinya lagi.

Baru sahaja Tengku Rayyan Mikael ingin merebahkan badannya, pintu biliknya kembali ditolak dari luar. Iris Medina masuk sambil membawa besen dan tuala kecil. Laju sahaja Iris Medina masuk ke dalam bilik mandi kemudian keluar semula. Tapi kali ini, besen yang dibawanya bersama sudah terisi dengan air.

"Nak buat apa dengan air tu?" tanya Tengku Rayyan Mikael.

"Nak lap badan awaklah. Badan awak tu panas. Nak suruh awak mandi, mesti awak tak larat nak jalan kan. So takpe la. Saya lapkan. Nanti kena sawan ke apa ke, susah pulak."

Belum apa-apa, laju je Iris Medina menyelak kain comforter mendedahkan tubuh badan Tengku Rayyan Mikael yang lengkap berseluar panjang dan berbaju sejuk.

"Awak berselubung, pakai sweater, seluar panjang memang la panas tu terperap. Macam mana panas tu nak keluar." Iris Medina membebel sambil seluar Tengku Rayyan Mikael disinsing hingga ke lutut.

"Mari saya tolong bukakan sweater." Baru sahaja Iris Medina berura-ura ingin membantu Tengku Rayyan Mikael.

"Tak nak! Sejuk!"

Iris Medina mengeluh. Haih macam budak-budak manjanya.

Alat kawalan jauh penghawa dingin dicapai lalu ditutup. Kipas pula dibuka, namun dibuka perlahan sahaja.

"Okay, dah tak sejuk. Dah boleh buka sweater."

"Still sejuk. Tak nak." Rengek Tengku Rayyan Mikael sambil memandang Iris Medina.

'Haih, sabar je lah aku.'

Iris Medina duduk di birai katil. Baju sejuk Tengku Rayyan Mikael disinsing tinggi hingga siku. Terus sahaja bahagian tubuh badan Tengku Rayyan Mikael yang terdedah dilap dengan penuh cermat. Kepala dan muka Tengku Rayyan Mikael juga tidak terlepas daripada dilap oleh Iris Medina.

Iris Medina sudah masak dengan perangai orang demam macam Tengku Rayyan Mikael. Saling tak tumpah macam abangnya, Irfan. Tiap kali Irfan demam, memang Iris Medina lah yang menjadi penjaganya. Manja tu, kalah budak tadika.

Mata Tengku Rayyan Mikael tak lepas daripada memandang kearah Iris Medina. Dia tidak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni, dia suka sangat pandang wajah bersih Iris Medina. Dia rasa tenang, selesa, nyaman. Dia sendiri tak sedar sejak bila.

Lama-kelamaan mata Tengku Rayyan Mikael jadi layu. Nampaknya ubat demam yang dia makan tadi sudah mula memberi kesan. Tambahan lagi dengan layanan yang diberikan Iris Medina. Bagai disyurga. Kahkah.

Iris Medina menahan perasaan sahaja. Dia sedar Tengku Rayyan Mikael tidak henti memandang wajahnya sebentar tadi. Dia malu, tapi dia tebalkan muka sahaja. Dia risau sangat bila rasa badan Tengku Rayyan Mikael panas. Yang dia fikir, dia mahu jaga Tengku Rayyan Mikael sehingga dia tidak sedar dengan keterlanjuran perbuatan dan percakapannya sebentar tadi.

'Selamba badak aku je suruh dia buka sweater tadi? Ni bukan Irfan, Iris oi. Ni Tengku Rayyan Mikael. Mesti dia ingat aku miang, ambil kesempatan.'

Perasaan malunya cuba diusir jauh. Fokus dikembalikan kepada Tengku Rayyan Mikael. Apabila dia perasan yang Tengku Rayyan Mikael mula ingin tidur, Iris Medina berhenti mengelap badan. Tuala kecil dimasukkan ke dalam besen. Baju sejuk dan seluar Tengku Rayyan Mikael ditarik kembali. Comforter ditarik hingga ke paras dada. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar, lengannya kembali ditahan. Tetapi, kali ini badannya kembali terduduk di birai katil. Hampir sahaja dia terbaring diatas Tengku Rayyan Mikael.

"Stay." Ringkas sahaja kata-kata daripada Tengku Rayyan Mikael.

Iris Medina jadi kurang pasti dengan apa yang dia baru sahaja dengar.

'Dia nak aku stay ke?'

Mata Tengku Rayyan Mikael kembali dicelikkan lalu tepat memandang kedalam anak mata Iris Medina.

"Please." Rayu Tengku Rayyan Mikael lagi.

Dia tidak dapat menipu dirinya lagi. Dia ingin Iris Medina disisi nya. Dia tak nak rasa kosong lagi. Dia nak rasa selesa dan nyaman. Seperti mana dia rasa tiap kali Iris Medina melayannya dengan baik.

Bagai terpukau dengan rayuan Tengku Rayyan Mikael, Iris Medina terus berbaring disebelah Tengku Rayyan Mikael. Comforter ditarik lalu dikemaskan bagi menutup tubuh badan mereka berdua hingga paras dada. Terus Tengku Rayyan Mikael ditarik rapat ke dalam dakapannya. Perlahan-lahan rambut Tengku Rayyan Mikael diusap lembut.

"Sleep. I'll stay." Bisik Iris Medina ketelinga Tengku Rayyan Mikael.

Dan Tengku Rayyan Mikael yang bagai terpukau, terus melelapkan mata.

Buat pertama kali dalam hidup seorang Tengku Rayyan Mikael, tidurnya rasa nyaman dan selesa. 

Continue Reading

You'll Also Like

132K 11.9K 55
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
279K 13.5K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
368K 13.3K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
558K 19.2K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...