My Lovely Crush❤

بواسطة Kyennss

196K 6.5K 222

"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syaki... المزيد

Bab 1:Daniya Nur Maizarah
Bab 2:Dancer
Bab 3:Sabarlah Niya
Bab 4:Denda
Bab 5:Kitaorang Masih Rapat
Bab 6:Mata Panda
Bab 7:Cemburu
Bab 8:Penipu!!
Bab 9:Salah Aku
Bab 10:Punca
Bab 11:Flashback
Bab 12:Maafkan Aku
Bab 13:Luka
Bab 14:Isi Hati
Bab 15:Hijrah
Bab 16: Tanda Tanya
Bab 17:Why?!
Bab 18:Curiga
Bab 19: Kenangan Kita
Bab 20:Terima Atau Tidak?
Bab 21:Back To School :)
Bab 22:Rumah Baru
Bab 23:Hero Aku!
Bab 24:Dia Terlalu Baik.
Bab 25:Wanita Yang Dirindui
Bab 26:Abang Sayang
Bab 27:Hadirnya Dia
Bab 28:Surat
Bab 29:Gaduh
Bab 31:Boyfriend
Bab 32:Sweet Apa?
Bab 33:Kejutan
Bab 34:Hanya Kerana Video
Bab 35:Komplot
Bab 36:Perasaan Yang Tak Mampu Diungkap
Bab 37:Khianat Atas Khianat
Bab 38:Si Dancer Itu...
Bab 39:Cinta Terlarang
Bab 40:Love Story
Bab 41:Satu Kebenaran
Bab 42:Nombor Misteri (Slowly Update)
Bab 43:Kehilangan
Bab 44:Azhar
Cerita Baru
Happy New Year 2016
New Story!
My Lovely Crush Raya! #1
My Lovely Crush Raya! #2
My Lovely Crush Raya! #3
My Lovely Crush Raya! #4
My Lovely Crush Raya! #Final
Isteri Istimewa
Siapa Pemilik Hati?
ATTENTION!!
PROMOTE
Promote
Idea Muncul Lagi!

Bab 30:Lukisan

2.3K 100 3
بواسطة Kyennss

Jam menunjukkan pukul 4:10 petang, Mikhail memakai kemeja jenama Polo di badan dan seluar jeans berwarna hitam disarungkan di bahagian kaki. Dia memakai topi Obey dan cermin mata tanpa kanta. Sebelum turun, dia melihat wajahnya di cermin. " Ah, hancur muka aku. Ni kalau ibu tengok mampus! Nasib ibu pergi shopping.  " rungut Mikhail.

Mikhail membuka pintu, selepas menutup pintu dia menuruni anak tangga. Di tangga, dia bertembung dengan Niya. " Eh, kau nak pergi mana smart-smart ni? " soal Niya, di tangannya terdapat secawan milo. " Aku nak jumpa kawan jap. Kau bagitau ibu nanti erk. " kata Mikhail, dia mendekati Niya. " Niya. " Mikhail mematikan langkah, " Yes? " Niya memandang Mikhail dengan wajah tanda tanya. Mikhail terus menyambar milo Niya, " Oi. " sambil minum Mikhail membawa cawan tersebut turun ke bawah. " Nak ambil sendiri. " Mikhail meletakkan gelas itu di meja ruang tamu.

" Kurang asam! Ni kah tunang? Haihh.. " rungut Niya, dia memandang cincin tunangnya. " Aku buang kang! " leter Niya, dia menuruni anak tangga itu satu persatu.

Mikhail duduk di bangku seorang diri, teringat pula kejadian kali pertama dia berjumpa Riyan di pantai itu. " Mana Nita ni? Lambatnya. " leter Mikhail, dia melihat suasana pantai yang penuh dengan orang ramai. Ada yang berjoging, ada yang berkelah, ada yang jalan-jalan, ada yang berjual, ada yang berbasikal, ada yang dating, dan banyak lagi. Mikhail mengerling jam tangannya.

" Assalamualaikum. " Mikhail menoleh ke belakang, Anita memakai blouse panjang warna ungu dengan beg tangan yang disangkutkan pada bahu kanannya. Dia memakai cekak rambut warna putih di bahagian kepalanya, kasut tinggi yang tak berapa tinggi di pakai di bahagian kaki. Kelihatan feminine di mata Mikhail.

" Waalaikumsalam. " Mikhail menjawab salam Anita, " Lama tunggu? " soal Anita. Mikhail memggelengkan kepalanya, " Duduk lah. " Anita duduk di sisi Mikhail tetapi jaraknya jauh. " Kau cantik hari ni. " ayat ini slumber keluar dari mulut Mikhail, Anita memandang Mikhail. " Thanks. Kau pun handsome. " kata Anita, kembang kempis hidung Mikhail.

" Emm, Nita tentang soalan aku tu? " kata Mikhail, reaksi wajah Anita berubah. Mikhail menjadi semakin ingin tahu, " Mikhail. " Anita mula bersuara. " Sofiya dah meninggal. " air mata Anita jatuh sejurus kata-kata itu dilafazkan, Mikhail terkejut. Tidak percaya akan kata-kata Anita, " Nita kau biar betul. " kata Mikhail. Anita menghadap Mikhail, " Betul! Aku tak tipu! " kata Anita, air matanya mengalir deras.

Mikhail masih bingung, dia memandang wajah Anita yang dibasahi air mata. " Nita kau jangan lah nangis. Nanti apa orang fikir. " pujuk Mikhail. Anita mengesat air matanya, " Sorry. Tapi aku betul-betul rasa kehilangan dia. Dialah kawan aku, satu-satunya kawan aku! " kata Anita bersungguh-sungguh. Mikhail menerima hakikat tentang pemergian Sofiya, tetapi pada masa yang sama dia masih bingung.

" Sofiya menghidap kanser hati tahap akhir sejak tahun lepas. Aku pun baru tau benda ni masa dia pengsan time perhimpunan tu. Selama ni dia simpan rahsia ni daripada aku, sebab tu dia nak duduk rumah keluarga dia sorang diri. " Mikhail dan Anita berjalan-jalan di tepi pantai. Mikhail  hanya mendengar cerita Anita. " Sofiya tu degil, aku dah kata makan ubat tapi dia tak nak. Sebab tu kanser dia makin parah. " kata Sofiya lagi.

" Aku tak tahu semua ni. Tapi aku sangat-sangat bersimpati dengan nasib dia. " kata Mikhail, " Sofiya banyak habiskan masa dia dengan melukis. Dan dia banyak lukis gambar kau. " Mikhail memandang Anita. Anita menyelongkar sesuatu di dalam beg tangannya. " Nah, ni lukisan terakhir dia. Aku rasa dia nak bagi pada kau. " kata Anita. Mikhail menyambut kertas lukisan itu, dia membuka gulungan kertas tersebut. Terkejut Mikhail melihat lukisan tersebut, " Sofiya tau kau suka Niya. Jadi dia buat lukisan ni. " kata Anita.

Mikhail menggulung lukisan itu semula, dia menjadi bingung dan rasa serba salah. " Walaupun kau tolak cinta dia, tapi cinta dia pada kau kekal selamanya Mikhail. Cinta dia sangat kuat. " Anita bersungguh-sungguh melafazkannya, " Nita stop! Aku tak nak dengar tu semua. Aku rasa serba salah! " . " Macam tu lah yang Sofiya rasa bila dia tau kau suka Niya. " masa seolah-olah terhenti, Mikhail termenung jauh.

" Dia sentiasa rasa serba salah suka kau. Dia cuba hilangkan perasaan tu tapi tak boleh. Hati dia tetap sakit bila tengok kau mesra dengan Niya. Tapi dia tahu hati kau cuma untuk Niya, bukan dia. Jadi dia serba salah sebab suka kau. " Mikhail hanya diam membisu. " Kita manusia Mikhail, tak boleh tipu perasaan. Begitulah Sofiya. " kata Anita.

" Aku minta maaf sebab cakap macam ni, tapi aku nak kau tau perasaan Sofiya. " kata Anita, " Kau tak payah nak minta maaf. Aku layak tau semua ni. " kata Mikhail. Anita terdiam dan hanya memandang Mikhail yang sedang terkaku memandang pasir.

Niya sedang memasak cucur udang di dapur, ni lah kerjanya bila boring layan handphone. Siap menyanyi lagi masa memasak ni. " Assalamualaikum wah sedapnya bau. " kedengaran suara Datin Sharifah dari arah belakang. Niya membangkit cucurnya, " Hehe, Niya boring lah ibu. Jadi Niya main masak-masaklah. " kata Niya. " Hmm, boring kah nak ambil hati bakal Mak mentua? " Datin Sharifah menuju ke ruang makan, Niya hanya ketawa kecil.

Dia membawa pinggan yang berisi cucur udang itu ke depan, " Manada ibu ni, Niya betul-betul boring. " Niya duduk di kerusi. " Eleh, padahal Niya nak cepat-cepat kahwin dengan Mikhail kan? " usik Datin Sharifah, " Manada, ibu ni. " Niya menyuap cucur itu ke mulut Datin Sharifah. Datin Sharifah tersenyum, dia menarik tangan Niya. " Ibu nak sangat Niya jadi menantu ibu. Nak sangat Niya. " Niya terkaku, " Niya betulkah tak ada perasaan pada Mikhail? " soal Datin Sharifah. " Niya masih mencuba ibu. Lagipun, Mikhail bukannya ada perasaan pada Niya. " kata Niya.

Datin Sharifah ketawa, Niya memandangnya kehairanan. " Apa yang lucu ibu? " soal Niya, " Niya kata Mikhail tak ada perasaan pada Niya? Niya salah Niya. " kata Datin Sharifah. Niya mula cemas, " Niya Mikhail suka Niya. " hampir tercabut semua saraf di otak Niya, jantungnya sudah berlari membuat marathon, lututnya mula goyang, fikiran jauh melayang-layang. " Niya. Niya. " Datin Sharifah mencubit tangan Niya, " Auh! " Niya tersedar dari mimpinya.

" Niya ok kah ni? " soal Datin Sharifah, Niya terpinga-pinga. Dia memandang kiri dan kanan, kemudian dia mengangguk-angguk. " Hmm, ingat kan Niya kenapa tadi. Oh ya, mana Mikhail? " kata Datin Sharifah, " Di.. Dia keluar dengan kawan dia. " jawab Niya tergagap-gagap. " Oh, kenapa Niya tak ikut sekali? " soal Datin Sharifah, " Arr, tak nak lah. Malas. " jawab Niya. " Eh, Niya tak takut kah tunang Niya tu buat hal? Manatau dia jumpa perempuan lain. " Datin Sharifah menakut-nakutkan Niya. " Emm, takkanlah Mikhail nak buat macam tu kan ibu? " kata Niya sambil tersenyum paksa.

Datin Sharifah tersenyum, " Bila Niya nak panggil Mikhail tu abang? ". Niya tersentak, " Err, ibu Niya tak selesalah nak panggil dia abang di sekolah. " kata Niya. " Alah, Niya berlatih ja lah. Nanti lama-lama biasalah tu. " kata Datin Sharifah, " Hmm, in sya Allah ibu. Niya cuba. " pahit ja rasaya nak cakap perkataan cuba tu. " Assalamualaikum. " suara Mikhail memberi salam, selepas menutup pintu dia terus naik ke atas.

" Hmm, Niya. Pergi hantarkan cucur ni ke bilik Mikhail. Mikhail suka makan cucur. Hantar ye. " arah Datin Sharifah, " Ok " Niya ke dapur untuk mengambil mangkuk. Selepas itu dia membawa mangkuk berisi cucur itu ke bilik Mikhail.

Tiba sahaja di atas, Niya mengetuk pintu bilik Mikhail. Terkenang kembali ayat Datin Sharifah yang membuatkannya terkena electric shock. Mikhail membuka pintu, butang baju Mikhail di bahagian atas terbuka, rambutnya pula jatuh ke depan. Teserlah gaya Korea Mikhail, membuatkan hati wanita Niya bergetar. Electric shock nya terus hilang. Melting lah ni kiranya ;)

" Astagfirullahalazim " Niya menutup matanya, Mikhail memandang baju nya. Dia segera membutangkan bajunya. " Eh dah ada apa? " kata Mikhail, Niya membuka matanya perlahan-lahan. Takut-takut nanti ada syaitan lagi. Niya berdehem beberapa kali, " Nah! " Niya menghulurkan mangkuk tersebut. " Wow cucur siapa buat? " Mikhail terus menyambar cucur itu. Dia menyuap sebiji ke mulutnya. " Aku yang buat. Kau makanlah. " kata Niya.

Mikhail mengganguk-anggukan kepalanya, " Mikha, macam mana muka kau tu? " soal Niya. Mikhail terhenti makan, " Biar aku ja jawab. Kau tak payah cakap apa-apa. Kalau ibu tanya, kau jawab ja tak tau apa-apa. " kata Mikhail. " Emm, Ok. " Niya memandang rambut Mikhail, " Apa! " Niya tersentak. Niya menggelengkan kepalanya lalu berlari ke biliknya. " Pelik. " Mikhail menutup pintu biliknya.

Dia meletakkan mangkuk tersebut di meja, dia menghumbankan dirinya ke katil. Fikirannya dihantui dengan kata-kata Anita. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal, " Ya Allah! Sakit kepala! " rungut Mikhail. Dia menekup kepalanya dengan bantal, " Mikhail dia dah tak ada nak buat macam mana! " teriak Mikhail tapi belum dapat didengari sesiapa.

Sementara itu di bilik Niya, dia duduk di kerusinya. Dia menyentuh dada di sebelah kirinya. " Ya Allah, betulkah aku dah cair? " kata Niya, " Get your crayon~ Get your crayon~ " hand phone Niya berbunyi. Dia mencapai hand phone nya itu. " Assalamualaikum Niya buat what tu? " Niya tersenyum, ia adalah mesej daripada Emma. " Waalaikumsalam Niya in bilik. Kenapa? " Niya menekan send, " Ohh, adik ipar mana? What khabar? ;) " Niya ketawa kecil. " Ka Emma cari Mikhail kah abang Luqman? " kata Niya. " Ehem, adik ipar kah.. Brother ipar? :) " Niya menekan send.

" Eh, amboi! Pandai-pandai ja. " kata Emma, " What abang ipar? Buat apa nak find brother ipar Niya tu? " . " Ceh, pura-pura lagi. " kata Niya, " No payah want pura-pura... Kalau find adik ipar Niya nak buat what juga? " . Emma tersenyum jahat, " Kenapa? No boleh? Niya jealous erkk... ". Terbeliak mata Niya, " Tak ada maknanya Niya want jeles! Kat sini pun Niya boleh see dia day-day! " . " Emm amboi sweet nya! See day-day ni mesti Niya dah jatuh love pada Mikhail kan? :) " . Niya menjadi geram, " Tak ada makna nak jatuh love pada dia lah .. Niya with dia cuma bestkawan! " .

" Bestkawan lah sangat! Pada hal Boykawan Niya kan? " , " Manada! Habis apa hubungan Sister Emma dengan brother Aznil? " . " Bash! Apasal kau tanya ni! Apa aku nak jawab? " rungut Emma, " Kami cuma friend place kerja Ok! No lebih from itu! " . " Oh yeah ke? Ring tu no kaka Khadijah yang give kan? " , " Got caught! " Emma memukul dahinya. " Manada! Sister Khadijah yang give lah! " . " Niya know lah! Jangan lie! " , " Hei, berhenti! Ka want pergi shower dulu. You dah shower kah? " , " Eee. Tukar topik! " kata Niya. " Ok Apaever lah. Go mandi, smell busuk! " , " You low asam! " balas Emma.

Ni lah jadinya bila adik beradik dah berchat. Habis dicampurnya English ngan Malay. Hahaha...

Hafizah mundar mandir di dalam bilik nya, dia asyik memerhatikan hand phone di tangannya. " Mana ni? Mana ni? " katanya cemas, " You~ changed your mind~ " Hafizah segera menjawab panggilan tersebut. " Ya jadi macam mana? " kata Hafizah cemas, " What? Ok, Ok! Esok awak jumpa saya di tempat biasa. " kata Hafizah. Dia mematikan panggilan tersebut. Hafizah tersenyum, " Kau fikir aku bodoh? Cis " Hafizah mencampakkan hand phone nya itu di atas katil.

" Ka. " Lina masuk ke dalam bilik nya, Hafizah terkejut. " Hei! Kau masuk ketuk pintu boleh tak? " tengking Hafizah, " Maaf, tapi Lina nak panggil kakak untuk siap-siap pergi solat. Kaka dah mandi kah? " kata Lina. " Eh, amboi. Pandai nya nak atur aku. Kau sini kau. " Hafizah menarik tangan Lina masuk ke dalam bilik nya secara kasar. Lina hanya mengikut kemahuan Hafizah, " Kau tak payah nak atur-atur aku! Kau tu baru 13 tahun! Sedar sikit diri kau tu siapa! " tengking Hafizah. " Tapi Ka, Lina cuma nak ingatkan kaka supaya sedia pergi solat ja " kata Lina.

" Eh, solat! Solat! Solat! Kau tak payah nak berlagak sucilah! Kau tau tak, aku tengok kau ni sama macam anak pungut tu! Bodoh lah kau ikut jejak dia. Dahlah lembab! " tengking Hafizah. Lina tersengih, " Biarlah anak pungut asalkan dia ikut jalan yang benar. Kaka ingat kaka ikut jalan kaka tu, kaka betulkah? Kaka dah terpesonglah! " balas Lina. " Pap! " satu tamparan hinggap di pipi Lina, " Kau, jangan nak judge aku dengan fikiran cetek kau tu! Baru 13 dah pandai nak judge orang itu ini. Eh, kau sedarlah diri kau tu! Masih mentah lagi lah! " tengking Hafizah.

Pintu bilik Hafizah terbuka luas oleh Encik Syakir, terkejut Hafizah melihat wajah Encik Syakir yang berang itu. " Papa. " kata Hafizah lembut, Encik Syakir melihat Lina yang tersungkur di atas lantai. " Hafizah buat apa pada Lina? " kata Encik Syakir dengan nada yang garang, Hafizah tergagap-gagap untuk menjawab. Lina bingkas bangun, dia menuju ke arah Encik Syakir. " Papa sudah lah, tak payah nak marah Ka Hafizah. Masalah kecil ja. " kata Lina, " Lina pasti Lina tak apa-apa? " kata Encik Syakir. Dia meneliti tubuh Lina yang lain, Lina menggeleng. Encik Syakir mengeluh, dia keluar dari bilik itu bersama Lina.

" Oh, jadi sekarang kau dah tau nak ambil hati papa. " kata Hafizah, Hafizah tersengih. Dia menarik rambut hadapannya ke belakang, " Kau gunakan aku untuk dapatkan hati papa. Tak guna punya budak! " Hafizah menumbuk pintu almarinya. Kemudian, tiba-tiba tubuh nya terasa bergetar, dia membuka laci almari tingkat bawah lalu menyelongkarnya. Terdapat bungkusan di bawah lipatan kain, dia menarik bungkusan tersebut lalu menuju ke bilik air. Ni lah namanya penagih :-/

Tamat Bab 30:Lukisan

#IamSabahan

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

51.1K 1.5K 21
[COMPLETE] Adakah Maisarah selamanya akan menderita? 🐼 My very first novel. Omg!? 🥳😱 🐼 Cliche, cringe are all in one package 😂🤣 🐼 Read at you...
191K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
207K 5.1K 40
Mencintai atau Membunuh? Apa akan jadi bila seorang Mafia yang ada ramai musuh terjatuh cinta pada seorang Gadis 19 tahun? Tiara Kayrin dipaksa untuk...