H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄

By leimonadd

205K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N88

1.9K 234 33
By leimonadd

PINTU dibuka dan senyum manis Cik Zee menyambut kepulangan Wareesa dan Waseem di ruah banglo tiga tingkat itu. Tak tunggu lama, nampak sahaja batang tubuh Cik Zee, Wareesa peluk erat tubuh tua yang dirinduinya itu. Seperti Wareesa, Cik Zee juga melakukan yang sama. Cuma tambahnya, ada air mata yang bergayut di tubir mata.

Waseem tersenyum memerhati dua wanita itu melepaskan rindu. Serba salah pula bawa lari anak kesayangan Cik Zee jauh selama seminggu.

"Ya Allah. Rindunya Cik Zee dengan kamu, Reesa." Bisik Cik Zee rapat di telinga Wareesa sebelum pelukan dileraikan.

Tersenyum, Wareesa senyum lebar. Tangan Cik Zee digenggam erat. Dipandang Waseem sekilas sebelum Cik Zee dipandang semula. Cik Zee terlihat jatuhkan pandangan dan senyuman kepada Waseem juga.

"Assalamualaikum, Cik Zee." Ucap Waseem sambil tersenyum.

"Waalaikumussalam, Waseem." 

"Maaf lah bawa lari Reesa lama-lama." Bahu Wareesa dipeluk dari tepi dan diusap perlahan.  Dan bila Wareesa memandang kepadanya, senyum diukir cantik buat isterinya itu.

Cik Zee mengangguk kecil. "Tak mengapa. Eh, mari masuk. Tuan dan puan mesti suka kamu berdua pulang. Mari."

Tangan Cik Zee dah menggamit untuk Wareesa dan Waseem masuk ke dalam. Pintu dibuka seluasnya untuk pasangan muda itu. Buat kedua-duanya tersenyum manis, tanda suka disambut sebegitu rupa.

Masuk ke dalam rumah, Wareesa dan Waseem masuk ke ruang tamu. Duduk dilabuhkan seketika sementara menunggu Cik Zee memanggil Tuan Fauhad dan Cik Puan Tihani.

Hilang tubuh Cik Zee daripada pandangan, Waseem menoleh memandang Wareesa. Terlihat wanita kesayangannya itu seperti resah sendiri di sofa, menggamit Waseem untuk memeluk longgar bahu Wareesa.

Menoleh Wareesa memandang Waseem. Senyum cuba diukir semanis mungkin namun bila lihat senyum senget Waseem, Wareesa tahu lelaki itu tak termakan dengan senyum palsunya.

"Kenapa yang? Nervous sangat kenapa?" Soal Waseem seraya ulas bibir merah jambu Wareesa diusap perlahan.

Kalut Wareesa dengan perlakuan Waseem. Wajah dah terasa hangat. Nak memujuk tak tengok cara dan tempat sungguh mamat romeo yang seorang ini.

"Malu lah, Seem." Bisik Wareesa. Tangan Waseem dibawa jauh dari terus menerus berada di bibirnya.

Waseem gelak halus.

"Sekurang-kurangnya ayang Seem ni tak nervous dah kan?" Bangga aje suara Waseem. Sebangga dia depakan kedua tangannya di kepala sofa.

Wareesa julingkan mata. Yakin sangat abang kita ni. Tapi, ada benar juga. Rasa gementar untuk bertembung empat mata dengan Cik Puan Tihani sedikit sebanyak telah pun berkurang.

"Tapi..." Kata-kata Waseem mati, buat Wareesa jongketkan kening.

Waseem senyum nakal.

"Ayang nervous sebab Seem kan?" Dan Waseem makin merapatkan wajah mereka. Mata pula dah kuyu menilik seluruh wajah Wareesa. Lebih-lebih lagi ulas bibir Wareesa.

Bulat mata Wareesa dan tindakan spontan, tangan dah naik menahan dada Waseem agar lelaki itu tidak lebih merapat. Wajah pun dah dipalingkan dengan mata yang terpejam rapat. Pipi tak perlu cakap. Memang sudah hangat.

Waseem makin senyum nakal.

"Ehem."

Kaku terus Wareesa dan Waseem bila telinga masing-masing menangkap dehaman garau dari arah sisi mereka. Serentak kepala menoleh ke arah yang sama.

Hayyan Hadiy.

Tegak terus badan masing-masing. Duduk pun dah berjarak sedikit. Malu bila babak mesra mereka tertangkap.

Wareesa kerling Waseem dengan geram manakala Waseem hanya beriak selamba hi-apa khabar dengan Hayyan.

Eee! Dia juga yang malu lebih!

"Bila sampai?" Soal Hayyan. Mata mengerling sekilas kepada Wareesa. Nampak wajah itu makin berseri. Bahagia nampaknya.

'Good for you, Reesa.'

"Baru aje sampai. Punggung pun tak panas lagi." Jawab Waseem. Diam-diam, jarak dengan Wareesa dirapatkan.

Hayyan mengangguk kecil. Mengerti. Pandang Wareesa, bibir ukir senyum kecil menyapa sepupunya itu.

"Korang dah makan belum?"

Wareesa menggeleng kecil.

"Elok lah tu. Kitorang pun baru nak mula makan. Aku rasa sebab tu lah bersungguh papa suruh semua balik lunch kat rumah. Nak sambut pengantin baru balik rupanya." Seloroh Hayyan. Senyum senget satu kali di hujung katanya.

Waseem lepaskan tawa kecil.

"Alah, susah-susah aje. Takde lah pengantin baru pun. Lama juga dah rasanya." Waseem melayan sahaja.

"Apa yang susahnya, Waseem?" Suara Tuan Fauhad dari arah belakang buat semua menoleh. Tersenyum bibir masing-masing menyambut kedatangan lelaki itu.

Penuh hormat, Waseem tarik menyalami tanda Tuan Fauhad. Dan bila Tuan Fauhad tariknya masuk ke dalam pelukan, Waseem hanya diam menerima.

"Terima kasih, Waseem." Bisikan kecil Tuan Fauhad jelas kedengaran di telinga Waseem, buat Waseem mengangguk kecil dan membalas erat pelukan Tuan Fauhad.

Pelukan terlerai, Tuan Fauhad jatuhkan pandangan kepada Wareesa. Anak saudaranya hanya senyum manis buatnya. Dan itu dah buat hati Tuan Fauhad dilanda sebak.

Suka bila lihat Wareesa boleh tersenyum ikhlas begitu. Terima kasih kepada Waseem semestinya.

"Pak cik sihat?" Tanya Wareesa ramah. Tidak bohong, Wareesa rasa rindu kepada Tuan Fauhad.

Tuan Fauhad hanya mengangguk. Perasaan cuba ditenangkan lalu duduk diambil di sebelah Hayyan.

Wareesa dan Waseem kembali duduk.

"Mak cik mana, pak cik?" Teragak-agak suara Wareesa menyoal. Kepala terjengah-jengah mencari Cik Puan Tihani.

Tuan Fauhad senyum.

"Ada kat atas tu. Nanti sekejap lagi dia turun." Beritahu Tuan Fauhad.

Wareesa mengangguk dan menunduk perlahan. Gemuruhnya datang semula. Entah bagaimana lah penerimaan Cik Puan Tihani terhadap dirinya dan Waseem.

Jujur. Pernikahan mereka diawalkan dan Cik Puan Tihani langsung tiada menemani. Entah ke mana wanita itu pergi di hari akadnya dan Waseem pun dia tidak tahu. Yang pasti Cik Puan Tihani tiada.

Dan setelah bersama Waseem pun, sekali pun dia tidak pernah bertemu dengan Cik Puan Tihani. Bila ditanya, selalu sahaja dijawab Cik Puan Tihani ada di kamar namun sekali pun Wareesa tidak pernah terserempak sama.

Agak terkilan namun Wareesa belajar terima semua itu. Dan sebenarnya sedari dahulu lagi dia belajar yang dia tidak pernah punya tempat dalam hidup wanita itu.

Hiba, Wareesa rasa matanya hangat. Mula lah mata terkelip-kelip menahan air mata dari menitis.

Dan saat itu, Wareesa rasa tangannya digenggam erat. Tertoleh terus kepala memandang sisinya.

Waseem senyum lembut. Mata dikerlip sekali, memujuk perasaan Wareesa dalam diam.

Oh. Betapa dia bersyukur Waseem sentiasa di sisinya. Sungguh lelaki ini kebahagiaan yang tuhan telah hantar buatnya.

"You'll be okay, love." Bisik Waseem perlahan dan Wareesa senyum.

"Seem kat sini selalu, okey?" Dan Wareesa senyum.

Ya. Lelaki itu akan sentiasa di sini. Di sisinya.

*💐 ੈ♡

KERIUHAN meja makan makin bertambah meriah apabila Niliyyah ikut serta sama. Gadis itu baru sahaja pulang dari kelasnya dan mengejutkan, bersama Niliyyah ada Ilman sekali.

Ya. Tak cukup jumpa di rumah keluarga Waseem, Ilman juga dijumapi di rumah keluarga Niliyyah. Sesuatu sangat mereka berdua ini.

"Kawan Nil, daddy." Niliyyah perkenalkan Ilman kepada Tuan Fauhad dan Ilman hanya senyum. Tak boleh nak membantah sahaja. Dia hanya ikut rentak hubungan yang Niliyyah mahu.

Tuan Fauhad mengangguk. Ilman yang tampak segak dan kemas dikerling sebelum Hayyan dan Wareesa dipandang. Mencari riak dua anak kesayangannya itu.

Nak tergelak bila lihat Wareesa dan Hayyan mencebik kecil.

"Dulu Waseem pun kawan juga." Kata Tuan Fauhad.

Ilman yang baru nak labuhkan duduk di kerusi kaku sendiri. Terkelip-kelip mata pandang Niliyyah yang sama sepertinya. Namun gadis itu lebih cepat tunjuk riak biasa.

Wareesa dan Waseem berpandangan sesama sendiri. Malu bila nama mereka yang tiba-tiba naik. Faham dengan apa yang Tuan Fauhad ingin siratkan.

"Ehem. Kawan aje." Pendek Niliyyah balas. Semerta dia beri isyarat untuk Ilman segera duduk. Tak perlu hantar isyarat supaya dia declare apa-apa yang manis.

Ilman hanya senyum kecil dan menurut. Bertembung mata dengan Waseem, kening terjongket sendiri. Sapa seperti biasa sebab dah bosan tengok muka adik susuannya itu. Terima sahaja lah takdir yang mungkin mereka akan kerap bertemu walau masing-masing akan berkeluarga.

"Makan, makan." Kata Niliyyah selamba seselamba dia membiarkan Ilman menyedokkan makanan ke pinggannya.

Tuan Fauhad hanya senyum sahaja. Menggeleng lihat Nilyyah yang dilayan bagai puteri oleh Ilman.

"Kawan lah sangat." Hayyan jelek melihat perangai si kakak.

Niliyyah buat bodoh sahaja.

Kemudian mula lah meja itu riuh dengan soalan-soalan sensai serta sakat menyakat kepada Niliyyah dan Ilman.

Namun, suara dehaman buat riuh meja makan itu mati. Semua mata beralih ke muka pintu ruang makan.

Cik Puan Tihani.

Dan terus Wareesa telan liur. Gemuruhnya datang semula. Tuhan. Bantu dia.

*💐 ੈ♡

MASUK ke dalam bilik, Wareesa tutup pintu bilik dengan rapat. Tutup sahaja pintu bilik, Wareesa terus bersandar di dinding sebelum badannya perlahan-lahan jatuh ke lantai.

Mata sudah berair dek menahan sedih yang ditahan sedari tadi.

Lutut naik merapat ke dada sebelum tangan memeluk erat tubuh sendiri. Kepala juga disandarkan di lutut.

Terbayang kembali apa yang terjadi di tangga tadi.

*💐 ੈ♡

BERSAMA senyuman, tangga didaki satu persatu. Rasa gembira tidak dapat ditahan. Buat pertama kalinya dia rasa dirinya punya keluarga yang sebenarnya.

Syukur dipanjatkan kepada tuhan bila lihat penerimaan baik Cik Puan Tihani terhadap dirinya.

"M---mak cik." Teragak-agak tangan naik menyalam Cik Puan Tihani. Dan alangkah terkejutnya dia apabila bukan sahaja huluran tangannya bersambut bahkan badannya ditarik masuk ke dalam pelukan wanita itu.

"Oh, Reesa. Mak cik minta maaf untuk semuanya. Mak cik minta maaf, Reesa."

Kaku badan Wareesa. Air mata tanpa segan silu mengalir keluar dari matanya. Air mata bahagia semestinya.

Tangan naik sama memeluk tubuh Cik Puan Tihani dan semua ikut bergembira dengan keadaan itu. Masing-masing panjatkan syukur untuk itu.

Senyum makin lebar bila teringat semula kemeriahan dan rasa bahagia di meja makan tadi.

Angkat kepala, Wareesa nampak Cik Puan Tihani. Senyum makin melebar dan kaki makin laju ingin menghampiri mak ciknya itu.

"Mak cik." Tegur Wareesa bila Cik Puan Tihani dirapati. Senyum melebar.

Cik Puan Tihani menoleh dan semerta senyum Wareesa pudar perlahan-lahan. Semua dek kerana wajah tanpa riak Cik Puan Tihani. Makin pudar bila lihat mata beku tanpa perasaan Cik Puan Tihani.

"M---mak cik?"

Cik Puan Tihani senyum sinis. Kipas tangan dibuka dan dikibas laju. Seolah-olah wanita itu bersangatan panas tika itu.

"Heh. Mak cik?" Dingin suara Cik Puan Tihani.

Wareesa terdiam. Bayang wajah manis Cik Puan Tihani di meja makan tadi berlayar dalam kepala.

'Kenapa?'

Cik Puan Tihani merapat. Kipas tangan ditutup sebelum dia bertindak memukul perlahan bahu Wareesa. Buat Wareesa terhinjut dek  terkejut.

"Siapa mak cik kau?"

Dan tika itu Wareesa sedar. Tadi, ia hanya lakonan.

"Kau jangan berangan Reesa." Cik Puan Tihani masik memukul bahu Wareesa.

Gelak sinis, pukulan dihentikan bila lihat mata tidak percaya Wareesa berkaca. Tahu. Itu riak kecewa.

"Kau takkan pernah jadi keluarga aku." Dingin dan penuh tanpa rasa Cik Puan Tihani mengunkap kata.

Kipas tangan ditekan sedikit kuat pada bahu Wareesa. Tak peduli dengan badan Wareesa yang sudah menyenget dek perlakuannya.

"Takkan pernah!" Seiring itu, tolakan dikuatkan. Buat Wareesa terkebelakang sedikit.

Wareesa kaku. Kepala menunduk. Tak sangka.

'Kenapa?'

Cik Puan Tihani berdiri hampir dengan Wareesa. Telinga Wareesa dirapati untuk berbisik.

"Berambus Reesa. Kau dah jumpa orang yang kononnya dapat bahagia kan kau, kan?"

Wareesa terkedu. Mata semakin berkaca.

"Berambus dan jangan muncul depan aku. Anak perampas."

Dan Cik Puan Tihani terus beredar. Tinggalkan Wareesa yang sudah kaku sendiri tanpa menoleh lagi.

*💐 ੈ♡

AIR MATA tak dapat ditahan. Laju ia keluar bila ingat semula kata-kata Cik Puan Tihani tadi. Hancur hatinya bila diberi harapan palsu seperti tadi.

Wareesa fikir semua ini telah berakhir namun kenapa ini pula yang terjadi?

Bahu terhinjut-hinjut, menunjukkan betapa sedihnya si tuan badan yang menangis dalam diam. Menangis tanpa suara.

Dada yang sesak dengan rasa kecawa dan hiba ditepuk perlahan. Air mata yang makin merembes keluar langsung tidak dihiraukan. Apa yang Wareesa tahu, dia mahu rasa patah hati ini hilang.

"Pergi." Rintih Wareesa.

"Kau bukan tak biasa Reesa." Dada dipukul lagi.

Diam. Kepala menunduk. Bahu terhinjut.

"Kau bukan tak biasa Reesa."

Tangan jatuh longlain di sisi.

Hati makin rasa berkecamuk bila membayangkan hangat pelukan tadi hanyalah lakonan yang sangat membutakan. Dalam hangat yang singkat itu, dia telah letak pergantungan penuh yang dia sudah bahagia.

Hakikatnya...

"Tapi kenapa sakit sangat." Rintih Wareesa. Tangan naik menekup wajah, seiring dengan badan bersandar rapat pada dinding.

"Sakit..."

Dan Wareesa terus menangis. Tidak peduli apa. Tidak rasa apa selain sedih dan kecewa. Hatinya berkecamuk sungguh.

Sungguh. Patah hati yang besar itu datangnya dari keluarga sendiri.

*💐 ੈ♡

"SAYANG?" Suara lembut masuk menerpa ke dalam telinga seiring dengan bunyi riuk pintu dibuka.

Angkat wajah, Wareesa memandang pintu. Dan air mata makin merembes keluar lihat Waseem yang lurus memandangnya dengan wajah terkejut.

"Ya Allah! Yang?!" Laju Waseem menerpa ke arah Wareesa. Pintu ditutup rapat dan kaki terus melutut.

Wajah Wareesa ditekup penuh lembut seakan-akan wajah itu akan terluka jika dia salah tingkah. Dan itu buat Wareesa makin sebak.

"Yang..." Tanpa soal, air mata Wareesa diseka lembut sebelum didakap erat Wareesa dalam dakapannya.

Tak punya kudrat, Wareesa hanya membiarkan. Dan bila Waseem sudah angkat dan bawanya ke katil pun Wareesa hanya membiarkan. Dia tidak mahu fikir apa.

Waseem risau. Wajah Wareesa ditilik sebelum dahi Wareesa dikucup.

Pasti ada sesuatu yang terjadi. Tidak pernah dia lihat sisi Wareesa yang ini. Dan sungguh, dia tidak suka. Hatinya benci melihat sisi Wareesa yang ini.

Wareesa dibaringkan di atas katil dan bila Wareesa merapat dan peluk erat lehernya, Waseem tahu Wareesa mahu ditemani.

Waseem mengangguk. Mengerti dengan bahasa diam si isteri.

Perlahan-lahan, selendang yang melilit kepala Wareesa dibuka. Satu persatu pin dan jarum yang tersemat dicabut penuh cermat.

"Yayang." Bisik Waseem bila selendang berjaya dibuka. Kepala Wareesa diusap penuh kasih seraya ubun-ubun Wareesa dikucup penug kasih.

Menerima layanan Waseem, Wareesa jadi makin sebak. Kehangatan ini yang Cik Puan Tihani beri tadi tapi ia palsu.

Duvet ditarik separas pinggang sebelum letak kepala Wareesa dibetulkan di lengannya.

Wajah Wareesa didongakkan lembut dan mata mereka bertemu. Sayu Waseem rasa lihat mata berkaca itu.

"Sayang."

Pendek namun nadanya cukup memujuk.

Waseem senyum kecil, cuba beri semangat walau dia tidak tahu apa penyebab Wareesa begini.

Dahi dirapatkan dan mata Wareesa rapat terpejam. Makin terpejam bila rasa lembut Waseem mengusap lengannya. Cara untuk menenangkannya, mungkin.

"I'll be here for you, sayang. I'll be here for you. Always."

Itu kata terakhir Waseem yang Wareesa dengar sebelum dia rasa hangat bibir lembut Waseem berlabuh di dahinya. Lama. Dan selepas itu, apa yang Wareesa tahu dia lena dalam dakapan hangat dan selamat Waseem.

Sungguh. Tuhan bantu dia.

Continue Reading

You'll Also Like

59.8K 4.3K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
1.5M 78.1K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
1.7M 92.8K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...