H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄

By leimonadd

205K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N83

2K 274 94
By leimonadd

BUNYI kicauan burung membangunkan Waseem dari lenanya. Tercelk-celik mata memandang tingkap yang sudah terbuka luas. Nyaman udara pagi memenuhi ruangan bilik, buat Waseem tersenyum kecil. Makin tersenyum kecil bila membayangkan Wareesa berada di sebelahnya. Lantas, tangan laju meraba bahagian tepinya namun senyum mati bila terasa ruang di tepinya kosong.

Waseem menoleh. Terkebil-kebil mata memandang ruang yang sudah kosong di sebelah. Laju terus Waseem bangun dari baring. Tercelik-celik mata memandang sekeliling, mencari raut wajah seseorang yang bernama isteri.

Hela nafas lemah, rambut diramas perlahan. Selalu sangat dah dia bangun-bangun Wareesa tiada di sebelah. Baru rasa nak bermanja dengan isteri sebulannya. Tapi, hampa! Wareesa sangat pemalu sampai kadang nak tentang mata dengannya pun segan. Jauh sekali nak memeluknya.

"Haih. Nasib badan." Duvet diselak sebelum katil dikemas sendiri. Tak mahu menyusahkan Wareesa nanti. Kesian isterinya itu. Banyak kerja nak kena buat, lebih-lebih lagi mereka sekarang berada di rumah keluarga Waseem. Pasti lah mahu jaga air muka sebagai seorang menantu kan, walaupun terang-terang Ibu Ayunin suka sangat dengan Wareesa.

Bila teringat interaksi Wareesa dengan Ibu Ayunin, Waseem tidak dapat elak diri dari melorek senyum lebar di bibir. 

Setiap kata Wareesa.

Setiap gerak tubuh Wareesa.

Setiap tawa Wareesa.

"She's beautiful." Spontan Waseem memuji Wareesa. Dalam kepala pun, penuh dengan Wareesa. Buat Waseem malu sendiri dan mula meraup wajahnya yang terasa hangat.

"Angau dah kau ni, Seem." Omel Waseem sambil ketawa kecil. Kerja mengemas kecil diteruskan lagi dengan senyum yang masih tertempel cantik di bibir. Kadang tu, siap ketawa kecil.

Benda boleh siap 5 minit, nak jadi 15 minit sebab perangai angau tak sudah Waseem.

Selesai, langkah kaki dibawa menuju ke tandas. Tak lupa untuk dia bawa tuala bersama. Nak mandi. Nak wangi-wangi. Nak handsome-handsome. Nak jumpa Wareesa, orang istimewa dalam hidupnya. 

Dan dia nak jalankan misi hari ini! Misi memikat isteri!

*💐 ੈ♡

KERIUHAN di dapur buat langkah kaki Waseem jadi makin laju menuruni tangga. Bila dengar suara tawa Wareesa, laju kaki melangkah beberapa anak tangga. Dada pun dah berdebar semacam, mahu jumpa si isteri yang manis ketawa di sana. Suara pun dah manis, apatah lagi bila lihat sendiri tawanya. Bisa cair!

Sampai di pintu dapur, Waseem tidak terus menyapa. Bahkan dia menyorok sedikit di balik dinding sambil mata tertumpu lurus pada seraut wajah manis Wareesa. Melihat Wareesa berbual mesra dan kadang mengusik Ibu Ayunin buat badan Waseem auto bersandar pada dinding.

Waseem cair.

Kepala terjengul kembali di sebalik dinding, mencuri lihat semula isteri kesayangannya. Dan mungkin terasa diperhati, Wareesa menoleh dan bila mata mereka bertembung, Waseem terus angkat tangan dan melambai kecil.

"Hai, sayang." Ucapnya perlahan.

Gerak bibir yang dapat dibaca itu buat Wareesa malu sendiri. Kalut pandang Ibu Ayunin semula.

Ibu Ayunin yang melihat Wareesa tiba-tiba tak keruan di hadapannya, terus kerut dahi. Kepala terus menoleh ke arah yang Wareesa toleh tadi. Semerta, bibir menarik senyuman.

Waseem masih belum lepas memandang Wareesa. Itu yang tak perasan Ibu Ayunin sudah tergeleng-geleng perlahan.

"Buat apa kat situ Waseem Ahda?" Ibu Ayunin menegur. Jongket kening dua tiga kali. Mata pula memandang Wareesa dan Waseem silih berganti, bagai mengusik dalam diam.

Tersentak ditegur, Waseem terus pandang Ibu Ayunin. Garu kepala dia dek malu bila tertangkap usyar isteri sendiri. Lambat-lambat Waseem keluar dari tempat persembunyiannya. Kaki pula dibawa biasa sahaja menghampiri Wareesa. Walaupun malu, kita hadap aje lah.

"Takde buat apa." Balas Waseem bersahaja. 

Wareesa betulkan duduk di kerusi. Dada mula berdebar perlahan bila rasa tangan Waseem elok berehat di kepala kerusi. Badan lelaki itu pun rapat semacam dengannya, sehingga lengannya berlanggar dengan baju t-shirt putih yang dipakai lelaki itu.

Ibu Ayunin menggeleng. 

"Memang ibu percaya pun dengan takde buat apa awak tu, adik oi." Balas Ibu Ayunin seraya bangun dari duduk. Tangan membawa sekali dulang yang penuh dengan sayur-sayuran yang sudah dipotong. Mahu ke sinki dan basuh.

Waseem hanya gelak kecil sahaja. Sudah jelas ya dia kantoi di situ.

Wareesa malu sama. Sekilas kepala mendongak memandang Waseem namun dongakannya tak jadi sekilas bila elok Waseem jatuhkan sebuah kucupan di dahinya. Sekilas sahaja kucupan itu, namun efeknya berpanjangan.

Habis merah wajah Wareesa. Habis rasa hangat hatinya. 

Waseem pandang Wareesa dan tawa disimpan rapi bila lihat mata Wareesa terkebil-kebil memandangnya. Geram dengan mata bundar yang terkebil-kebil itu, Waseem mencuri lihat Ibu Ayunin. 

Ibunya itu masih sibuk membilas sayur di sinki. Entah apa yang dibicarakan, Waseem tak ambil peduli kerana fikirannya penuh dengan Wareesa.

Line clear!

Perlahan-lahan Waseem menundukkan wajahnya, merapat dengan wajah Wareesa. Senyum bila lihat mata cantik Wareesa makin bulat namun, tidak pula Wareesa menjauh.

Kira green light ya? Dan bersama green light itu, lembut sahaja bibir Waseem jatuh pada sepasang bibir Wareesa.

Sekilas. Namun cukup lembut dan menghangatkan.

Bila wajah Waseem menjauh, Wareesa terus kalihkan wajah. Pipi disentuh dan sungguh ia rasa hangat.

Her first kiss!

Waseem kemam bibir simpan senyum. Hidung dicuit perlahan dan gaya berdirinya diubah. Bangga dengan diri sendiri yang berjaya mulakan langkah pertama walaupun dada sudah bergendang hebat. 

Yes!

Bangga sungguh sampai melebar senyumnya. Namun, bila kepala menoleh ke pintu dapur, senyum jadi kekok. Terkebil-kebil terus mata memandang Nafis yang dah beriak jengkel di situ. Lurus memandangnya. Kemudian pandang pula Ilman yang elok menggeleng, seperti kecewa dengan perangainya.

"Simpan sikit babak-babak tak sihat untuk orang single tu boleh tak?" Kedengaran jengkel nada Nafis. 

Tersentak terus Wareesa. Laju kepala menoleh pandang pintu dapur dan sungguh wajahnya makin hangat bila lihat dua beradik susuan Waseem yang elok memandangnya dan Waseem silih berganti.

"Eh, terkejut! Budak berdua ni lah! Bagi salam tak boleh ke?" Dengar suara Ibu Ayunin memarahi namun Wareesa tak ambil tahu. Yang dia tahu, dia malu! Nak menyorok.

Terus Wareesa tarik Waseem dan disembamkan wajahnya di belakang badan lelaki itu. Nak tutup muka tapi tangan laju mencubit perlahan tangan Waseem. Malu! Tak senonoh sungguh Waseem ni! Tak kena tempat dan masa! 

"Ah, yang! Sakit yang!" Mengaduh Waseem bila terasa pedih cubitan Wareesa pada tangannya.

Ibu Ayunin memandang Wareesa dan Waseem penuh hairan. Hairan kenapa tiba-tiba pula nak mengaduh walhal tadi elok sahaja beramah mesra dalam diam. Kepala terus menoleh pandang Nafis dan Ilman meminta jawapan.

Nafis hanya memandang Waseem jengkel. Ilman jua yang merapatinya dan berbisik perlahan.

"Biasa lah. Orang malu kena serang hendap." Bisik Ilman selamba sebelum dia bergerak membantu Ibu Ayunin.

Rencah mee goreng dikacau elok. Dibiarkan sahaja orang-orang yang ada di dapur itu. Cepat sarapan, cepat juga dia boleh bervideo call dengan Naura kesayangannya.

Dengar bisikan Ilman, Ibu Ayunin terus pandang Waseem. Menggeleng lihat si anak yang dah memujuk Wareesa untuk berhenti. Tengok sahaja wajah menantunya. Merah habis! Ada-ada sahaja lah perangai si Waseem Ahda ini.

"Sudah lah. Pergi keluar. Selesaikan di luar sana, bukan di dapur ibu. Ibu nak masak sarapan ni." Arah Ibu Ayunin tanpa memandang anak dan menantunya. Tak mahu Wareesa tambah malu.

"Entah kau ni. Sini dapur, bukan bilik!" Nafis ikut bersetuju. 

Waseem hanya sengih sahaja. Wareesa dah tak tahu nak beriak apa. Malunya makin menebal. Dia pun satu! Kenapa juga seperti merelakan tadi? Eee! Otak dah tak betul bila berkaitan dengan Waseem Ahda.

"Jom lah, Reesa. Kita keluar jom." Tangan Waseem dicapai sebelum ditarik perlahan, mengajak isterinya itu untuk beredar dari situ.

Wareesa pada mulanya enggan namun bila lihat anggukan kecil Ibu Ayunin, Wareesa pasrah. Sudahnya dia ikut sahaja Waseem yang sudah menariknya keluar dari dapur. Pasrah. Dalam pasrah itu, kepala dah fikir macam-macam cara untuk lari dari lelaki itu. 

Seram sungguh!

Ibu Ayunin, Nafis dan Ilman hanya lihat sahaja pasangan itu keluar. Bila hilang sahaja mereka berdua dari pandangan, masing-masing sambung buat kerja masing-masing semula.

"Untung Waseem dapat kahwin dengan crush sendiri. Apis ni tak tahu lah crush dah notice ke belum." Omel Nafis sedih. Terbayang terus muka gadis yang diminatinya dalam diam. Macam jauh aje nak dapat macam Waseem.

Ibu Ayunin dan Ilman senyum sahaja.

"Nanti dapat lah tu." Pujuk Ilman dan Ibu Ayunin mengiyakan.

Nafis senyum hambar. Teringat senyum Waseem, bibir ukir senyum sama. Ada baik dia tolong Waseem dahulu. Tengok sahaja adik susuannya itu. Bahagia dah dengan crush sendiri. Hahaha!

*💐 ੈ♡

PINTU bilik ditutup rapat dan dikunci. Wareesa yang elok bersila di atas karpet dipandang dan dihampiri. Duduk bersila di hadapan Wareesa, Waseem tak lepas menilik wajah Wareesa. Dan dia mula perasan mata yang mula tidak keruan itu. Dia mula perasan pipi yang dah berona merah itu.

Wareesa malu.

"Yang." Panggil Waseem.

Wareesa pandang Waseem sekilas.

"Hmm." Jawapan tanpa butir kata diberi Wareesa.

Waseem senyum. Perlahan-lahan, tangan Wareesa diraih dan dimasuk dalam genggaman. Rasa gigil tangan Wareesa menarik Waseem mengusap perlahan tangan mulus itu. Berharap itu dapat menenangkan Wareesa.

Wareesa mula gugup. Tak lepas mata pandang tangan yang diusap lembut oleh Waseem. Lama-lama, gugup Wareesa berkurang. Mulai selesa dengan sentuhan tanpa bicara Waseem.

"Seem suka sentuh yang macam ini. Seem berdebar tapi dalam masa yang sama, Seem rasa tenang. Ayang rasa yang sama juga tak?" Waseem pecahkan kebisuan di antara mereka. Wareesa dipandang tidak lepas.

Senyum kecil, Wareesa mengangguk perlahan.

Waseem senyum sama. Bagus. Ini petanda yang bagus.

"Ayang tahu kenapa Seem berdebar?" Tanya Waseem. Tangan Wareesa yang digenggam tadi mula dilepaskan. Namun, perlahan-lahan tangan yang sama itu dibawa melekap di dadanya. Jantungnya. Jantungnya yang makin berubah rentak.

Rasa debaran luar biasa di bawah tapak tangannya, menarik Wareesa untuk angkat wajah memandang Waseem. Lelaki itu masih tunak memandangnya dengan pandangan yang menghangatkan. Pandangan yang merubah rentak jantung Wareesa.

Kini, rentak jantung mereka seperti sama. Berdetak dengan tempo yang gila, namun mebahagiakan!

Waseem senyum. Pandangan tunak Wareesa menarik tangan Waseem mengusap perlahan pipi lembut Wareesa. 

"You're real." Perlahan suara Waseem seolah-olah berbisik dengan diri sendiri. Mata ralit melihat setiap inci wajah Wareesa, merakamnya benar dalam kotak fikiran.

"You're real." Bisik Waseem sekali lagi. Kali ini, dengan tubuh yang makin merapat kepada Wareesa.

Wareesa bagai dipukau. Dibiarkan sahaja Waseem yang makin merapat. Dibiarkan sahaja Waseem yang elok menarik sebelah lagi tangannya. Dibiarkan sahaja Waseem yang meletakkan tangannya merangkul leher lelaki itu. Dibiarkan sahaja Waseem yang makin merapat. Dan saat lembut labuhan bibir Waseem di bibirnya, Wareesa terus tutup mata.

Gila. Rasa ini sangat gila. Segila detak jantung Waseem yang terasa jelas di tangannya.

Lama ia berlalu begitu sebelum Waseem terlebih dahulu menjauh. Wareesa yang masih menutup mata menggamit Waseem untuk labuhkan kucupan hangat di mata cantik itu. Lama dan Wareesa hanya merelakan.

Waseem menjauh dan perlahan-lahan Wareesa membuka matanya. Bila matanya bertemu dengan mata Waseem, lelaki itu terus memeluknya erat. Elok menyembamkan wajah di ceruk lehernya.

"Oh, Wareesa."

Wareesa hanya diam. Meremang bulu roma bila terasa jelas deru nafas hangat Waseem di lehernya.

"Wareesa." Pelukan dileraikan.

Tunak mata Wareesa memandang Waseem. 

"Wareesa Jameela." Pipi Wareesa diusap lembut oleh Waseem.

Tersenyum kecil bila Waseem memanggil penuh namanya.

"Waseem Ahda."

Dengar suara Wareesa, Waseem tundukkan wajah. Tunduk sekali dengan badan. Elok pula kepala dilabuhkan pada ribaan Wareesa.

Lihat tingkah manja Waseem, Wareesa simpan senyum. Tangan mula teragak-agak mahu naik mengusap kepala Waseem, namun cepat ditepis rasa itu. Lembut kemudiannya tangan naik mengusap kepala Waseem.

Sentuhan Wareesa buat mata Waseem terpejam erat. Tangan mula dibawa melingkar di pinggang Wareesa, memeluk gadis kesayangannya itu sekali lagi.

"Ayang."

"Ya."

Waseem angkat wajah pandang Wareesa. 

Wareesa senyum. Tangan masih mengusap kepala Waseem. 

"Reesayang."

Manis.

"Seemsimi."

Waseem tergelak kecil dan senyum Wareesa melebar. Lihat senyum itu, Waseem tak lepas memandang Wareesa. Perlahan-lahan ditarik wajah Wareesa merapat sebelum kucupan ringkas dilabuhkan di dahi gadis itu.

Menjauh, tangan mengusap perlahan pipi Wareesa.

"Seem kenapa?" Soal Wareesa. Hairan dengan Waseem. Pagi-pagi lagi dah lain macam. Seram yang membahagiakan. Takut tapi mahu. Ha, begitu!

Waseem senyum. 

"Seem cuma..." Berhenti kata.

Wareesa mengangguk kecil.

"I love you and it's getting worse."

Dan Wareesa terkaku. Terkebil-kebil Wareesa pandang Waseem.

"I love you more that I have ever found a way to say to you."

Wareesa tak tahu nak beriak apa. Hanya telinga mendengar setiap satu luahan rasa Waseem. Luahan cinta lelaki itu yang tak pernah Wareesa sangka akan terjadi.

"I'll be yours, Wareesa Jameela."

Melorot Waseem jatuh pada priba Wareesa.

"I've had a crush on you for so long that I don't think it's a crush anymore."

Tangan Wareesa naik menutup mulut yang sedikit ternganga. Dia crush Waseem?! Plot twist apa kah ini?!

"Thank god I got you for real." Bisik Waseem namun cukup sampai Wareesa mendengarnya.

Waseem angkat kepala dan pandangan Wareesa terus tunak pada Waseem. 

"Sayang. Seem mungkin takde ciri-ciri lelaki yang sayang nak untuk jadikan suami. I am so sorry sebab bawa Reesa masuk dalam hidup Reesa tanpa tahu sebenarnya apa yang Reesa rasa. Seem mungkin bukan pilihan Reesa. Seem mungkin bukan yang pertama untuk Reesa. But please."

Kata terhenti. Tangan menekup sisi wajah Wareesa.

"Look at me. Seem janji, Seem punya hati yang sangat besar, sayang yang sangat luas dan cinta yang sangat dalam untuk Reesa." 

Wareesa sebak.

"I have a weakness for you. So, please sayang." Suara Waseem dah bergetar hebat. 

"Please love me back."

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
3.1K 276 21
Andalookaew x Noonpreawa
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
51.4K 3.5K 78
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...