OG || โ„ฌ๐’พ๐’น๐’ถ๐’น๐’ถ๐“‡๐’พ ๐’ด๐’ถ๐“ƒโ„Š...

By florencetiara

10.5K 922 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... More

โ€ข ๐“˜๐“ท๐“ฝ๐“ป๐“ธ๐“ญ๐“พ๐“ฌ๐“ฝ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข
โ€ข 1 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 2 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 3 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 4 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 5 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 6 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 7 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 8 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 9 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 10 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 12 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 13 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 14 | BYD โ€ข
โ€ข 15 | BYD โ€ข
โ€ข 16 | BYD โ€ข
โ€ข 17 | BYD โ€ข
โ€ข 18 | BYD โ€ข
โ€ข 19 BYD โ€ข
โ€ข 21 | BYD โ€ข
โ€ข 22 | BYD โ€ข
โ€ข 23 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 24 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 25 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 26 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 27 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 28 | BYD โ€ข
โ€ข 29 | BYD โ€ข
โ€ข 30 | BYD โ€ข
โ€ข 31 | BYD โ€ข
โ€ข 32 | BYD โ€ข
โ€ข 33 | BYD โ€ข
โ€ข 34 | BYD โ€ข

โ€ข 20 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข

225 21 7
By florencetiara

Jam yang terlilit elok di pergelangan tangannya ditilik. Sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Sudah hampir 2 jam juga dia berada di dalam kedai buku ini.

Dikerling pula pada troli kecil yang menempatkan buku-buku dan peralatan menulis yang sudah dipilihnya.

Semuanya sudah ada. Yes, Settle!

Kaunter bayaran dituju. Disusun semua buku dan alat tulis di atas meja kaunter.

Selesai membayar, dia melangkah kearah tempat parking kereta.

Sambil dia membuka bonnet belakang keretanya, matanya mengerling kearah jalan raya.

Matanya terpandang kearah seorang perempuan yang sedang melintas jalan sambil leka berbual dengan orang yang dihubungi.

Serta merta mata sepetnya meluas.

Ada lori besar yang akan melalui jalan itu. Sudah semakin hampir!

Lekas-lekas dia meletakkan segala barangnya didalam kereta lalu berlari kearah jalan raya.

Perempuan yang seakan baru sadar akan jarak dirinya dengan lori itu, langkahnya terpaku.

Ya Allah perempuan ni, dah kenapa berdiri saja?!

Pantas dia menarik lengan perempuan itu hingga terdorong dekat pada tubuhnya. Lekas-lekas dia membina jarak.

Kini, dia dan perempuan itu selamat berada di tepi jalan.

Tercungap-cungap nafasnya akibat berlari tadi.

Perempuan itu pula terus terduduk. Kemudian menoleh kearah lori besar tadi yang sudah menjauh. Kepala menunduk memandang jari yang bergetar-getar.

Dengan keadaan yang separa sunyi ini, dia mendengar perempuan itu seakan-akan sedang mencari nafas. Hingga terbatuk-batuk. Perempuan ni, sesak nafas?

"Cik, cik okay?" soal Nuhaan apabila melihat perempuan yang menunduk itu sudah seperti hilang nafas. Tubuh perempuan ini sudah longlai.

Kalau tadi hanya jari yang bergetar. Kini sudah seluruh badannya bergetar!

Perempuan ini takut kah? Tapi kan dia sudah selamat?

Nuhaan mencangkung. Dia turut menunduk ingin melihat wajah perempuan itu. Apa yang susah benar ingin mencari nafas?

Setelah ditilik, Ya Allah.. Perempuan ini memakai purdah. Patutlah susah benar ingin mencari nafas.

Sekejap. Purdah?

Memanglah ramai lagi memakai purdah selain 'dia', tapi mana lah tahu..

Terus dipandang mata kuyu milik perempuan itu.

Belum sempat dia mengecam pemilik sepasang mata cantik itu, perempuan itu sudah rebah.

"Raeesha!" tiba-tiba ada seorang perempuan yang berlari laju menyeberang jalan lalu terus kearah perempuan yang rebah itu.

"Ya Allah, Raeesha!" tubuh Haura diangkat keatas riba. Erdyna menggoncang-goncangkan tubuh Haura. Panik.

Dada Haura masih berombak tapi perlahan.

"Ya Allah macam mana dia boleh pengsan ni?" bergetar suara Erdyna. Air mata sudah bergenang. Dia lekas-lekas membuka ikatan tali purdah yang dipakai Haura lalu menarik purdah jauh dari wajah sahabatnya. Memudahkan lagi Haura untuk mencari nafas.

Dia tidak sadar, ada mata yang setia memerhati. Berkerut risau lelaki itu. Mahu mendekat, tapi dihalang agama.

"Dah, cepat angkat dia. Mari aku bawa dia ke hospital." arah Nuhaan.

Erdyna mendongak. Terkejut. Sejak bila Nuhaan ada di sini?

"Cepatlah!" boleh tercegat pula.

Cepat-cepat Erdyna memaut bahagian bahu dan bahagian bawah lutut Haura.

Belum sempat dia mengangkat lebih tinggi, lengannya yang terkena minyak panas tempoh hari secara tiba-tiba terasa pedih yang amat. Tubuh Haura serta merta terlepas dari pautannya.

"Ya Allah. Kenapa boleh terlepas?" naik seoktaf suara Nuhaan. Dia sudah tidak keruan. Tak dapat lagi menahan emosi.

Sedang dalam keadaan macam ini boleh pula dia lambat-lambat?

Mengeluh kasar.

Lantas dia membuka hoodienya lalu disarungkan ke tubuh bahagian hadapan. Sekurang-kurangnya, ada lapisan tebal yang menjadi pengantara tubuhnya dan tubuh Haura selain pakaian yang dipakainya.

Langsung dia mencempung tubuh kecil itu. Melangkah laju kearah kereta nya.

Diikuti Erdyna dari belakang.

'Walau aku tak tahu apa sebabnya kau rebah lemah begini, tapi tetaplah bertahan Haura, aku tahu kau kuat.' bisik Nuhaan dalam hati.
.​
.​

📍Ruang Kecemasan.​

Erdyna menunduk. Merenung lantai.

Mengikut apa yang doktor katakan tadi, Haura mengalami panic attack.
Serangan panik yang gagal dikawalnya dengan baik. Itulah sebab mengapa dia boleh terus pengsan.

Kata doktor lagi, mungkin ada kaitan dengan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) yang pernah dilalui Haura.

Sudah berbulan-bulan bahkan sudah bertahun juga Haura tidak mengalami PTSD. Bahasa mudah, sebenarnya Haura sudah separa sembuh dari penyakit mental itu.

Tapi kini, kenangan pahitnya datang lagi. Dan kebimbangan melampau yang menghantui memorinya mula menyerbu ingatan.

Memori pahit dalam hidup Haura. Kemalangan terbesar dalam hidup Haura. Kemalangan dimana abi, bonda dan kedua abangnya cedera parah hingga koma. Hanya dia sahaja yang cedera ringan.

Lama keluarga itu bertapa di hospital.
Mengambil rawatan. Selama mana ahli keluarganya tidak sadarkan diri disana, selama itu lah Haura tidak henti-henti menangis bagai tiada arah. Menangis kerana takut kehilangan juga serba salah.

Haura.. Walau terlihat kuat, tapi jika dikaitkan dengan keluarga, dirinya akan jadi selemah-lemahnya.

Tapi,

Atas sebab apa tiba-tiba memori itu datang kembali?

Itulah yang menjadi tanda tanya dalam kepala Erdyna ketika ini. Daripada tadi lagi dia cuba mencari jawapan.

"Apa kata doktor?"

Terangkat bahu Erdyna tatkala disergah tiba-tiba dengan suara garau seorang lelaki. Koridor hospital ini senyap sunyi. Jika berbisik pun rasanya kalah pembesar suara. Inikan pula jika bercakap dengan nada sebegitu.

Erdyna mendongak. Yang membantunya tadi, Nuhaan.

Ada balik mamat ni. Ingat lenyap terus. Selepas sahaja Haura selamat dibawa doktor masuk ke ruang kecemasan. Tiba-tiba mamat ni dah lenyap. Tak tahu ke mana. Nampak tadi macam pergi kearah surau.

Mereka berdua sudah saling kenal. Erdyna memang kenal dengan Nuhaan ini kerana adiknya Aarya. Nuhaan pula cam wajah Erdyna kerana Erdyna ada muncul didepannya sewaktu dia menjemput Aarya dari asrama.

"Dia okay. Tapi masih belum sedar."

"Itu saja yang doktor kata?" dia mengambil tempat selang empat kerusi dari tempat duduk Erdyna.

Erdyna menggeleng. "PTSD."

Nuhaan berkerut. Apa benda tiba-tiba sebut PTSD ni? Yang dia tahu, ini penyakit mental yang sangat serius. Penyakit ini boleh dikategorikan sebagai separa 'gila'.

"Dia ada PTSD?"

Erdyna mengangguk. Mengeluh sebelum menyambung,

"Tadi, dia hanya panic attack. Tapi bak kata doktor, ini ada kaitan dengan sakit mental yang pernah dia lalui dulu. Penyakit tu dah lama sembuh sebenarnya. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba memori tu datang balik dan tiba-tiba dia jadi macam ni."

Harap orang yang mendengar tu faham. Dia sendiri tak faham sangat apa yang dia kata. Seolah kata-katanya meluncur sendiri tanpa sempat dia cerna.

Dari hujung mata, dia nampak kepala Nuhaan mengangguk teragak-agak.

"Dia trauma, disebabkan apa?"

"Kemalangan. Kemalangan besar yang melibatkan sebuah lori balak dan dua buah kereta. Dia hampir hilang ahli keluarga disebabkan kemalangan tu."

Nuhaan termenung seketika. Tiba-tiba kedua-dua belah keningnya terangkat sedikit. Dia baru teringatkan sesuatu...

"Maksudnya, dia jadi macam itu tadi disebabkan lori yang hampir terlanggar dia tadi ke? Then bayangan lama dia muncul?"

Mendadak Erdyna memandang Nuhaan. "Ada lori hampir terlanggar Raeesha?"

"Ya. Dan nasib baik aku sempat tarik dia ke tepi."

Persoalan yang bermain difikiran Erdyna daripada tadi sudahpun terjawab.

Ya Allah.. Patutlah tadi dia terasa risau benar mahu membiarkan Haura menyeberang jalan seorang diri. Ada sesuatu yang akan terjadi rupanya.

Syukur ada si Nuhaan ni,

Kalau tidak... Nauzubillah minzalik.

Tidak semena-mena telefon pintar Erdyna berdering kuat. Menjerit inginkan tuannya mengangkat panggilan. Automatik dia mengeluarkan telefonnya daripada beg. Dilihat pada nama yang tertera. Sudah dia agak siapa yang memanggil, langsung diangkat.

"Hello, Assalamulaikum?"

"Dyna, Esha macam mana Dyna? Dia okay? Macam mana tiba-tiba dia boleh pengsan? Doktor cakap apa? Dia dah sedar? Ada apa-apa kecederaan ke? Ya Allah Dyna, aunty diluar negeri ni. Baru nak bergerak balik ke rumah. Ya Allah, tak tenteram hati aunty ni, Dyna." bertubi-tubi Hadeeya bertanya tanpa sempat menjawab salam.

Erdyna yang mendengar masih senyap. Hanya mampu tersenyum nipis. Jelas hambar. Serba salah sebenarnya. Kerana dia yang meminta izin untuk mengajak Haura berjalan-jalan.

"Aunty, Esha okay. Jangan bimbang, doktor kata semuanya okay dan dia akan sedar. Hanya ada luka kecil pada hujung bibir Esha. Cumanya yang membuatkan dia pengsan tu... sebab...sebab.. " langsung diam. Bibirnya dikemam erat. Serasa serba salah untuk memberitahu.

Kesembuhan Haura daripada traumanya dulu bukan satu kejayaan kecil. Malah orang kelilingnya turut gembira dengan kesembuhannya. Kerana sepanjang Haura mengalami fasa traumanya itu, keadaannya menjadi sangat teruk. Sangat teruk. Seperti bukan diri Haura.

Kesihatan mental dan fizikalnya terjejas. Badan selalu lemah. Sukar belajar. Pemakanan tak terjaga. Tidak mahu bergaul tidak mahu keluar rumah. Berat turun mendadak.

Dan.. Hyperarousal. Iaitu mengalami kesukaran untuk tidur, sentiasa berasa gelisah dan terkejut dengan mudah.

"Dyna, sebab apa Dyna?" Hadeeya bertanya lagi.

"P-PTSD.."

Hadeeya langsung terdiam.

"Ma-Macam mana.. Macam mana dia.."

Erdyna yang seakan faham apa yang mahu dikata Hadeeya terus menjawab.

"Tadi.. ada lori yang hampir terlanggar Esha waktu dia menyeberang jalan sorang-sorang. Nasib ada orang sempat selamatkan dia." dia mengerling pada Nuhaan.

"Allahu.."​ Hadeeya meraup wajah.

"Tapi aunty, dia pengsan tadi hanya disebabkan panic attack yang tak dapat dia handle dengan baik. Tentang PTSD tu.. Doktor sendiri berikan jawapan 'mungkin ya mungkin tidak'. Apapun, kita kena tunggu Esha sedar dulu." sedaya upaya Erdyna cuba sedapkan hati bonda Haura.

Pada awalnya dia tidak mahu memberitahu keluarga Haura tentang ini, tapi kalau berahsia..lagi parah dia kena nanti.

Sesudah selesai berbual tentang Haura, dia pun mematikan panggilan.

Nafas berat dihembus. Anak mata dilarikan kearah Nuhaan. Dia tengah baca buku. Lah mamat ni sempat baca buku eh? Lebih kurang je dengan si Esha tu. Letak lah kat mana-mana pun, buku juga keutamaan dia.

Tiba-tiba idea tak berapa nak bernas muncul.

"So, you want her?" tepat Erdyna memandang wajah Nuhaan.

Nuhaan mengeras. Helaian baru yang ingin diselak juga berhenti separuh jalan. Perlahan-lahan anak matanya dilarikan kearah Erdyna disebelah.

"Who?" 

"Haura Ar-Raeesha." penuh makhraj sebutannya. Bibir tersenyum sinis.

"Sudah hampir sembilan tahun aku tunggu dia tanpa dia tahu keberadaan aku. Hanya Allah aku harapkan. Apa lagi yang kau mahu aku buktikan perasaan aku pada dia." suara mendatar. Mata terarah pada jururawat lelaki yang baru keluar dari wad yang menempatkan Haura.

Erdyna mengangguk kagum. Sembilan tahun? Tanpa pengetahuan Raeesha? Sungguh tabah hati lelaki ini untuk perempuan yang dimahunya hingga sanggup menunggu begitu lama tanpa bertemu.

Penantian tanpa pertemuan. Bukankah itu cukup memeritkan bagi hati yang sungguh memerlukan?

"Akhirnya, kau dapat juga dia kan. Dia sudahpun berikan hati dia pada kau. Dasyat dasyat. Pandai kau mengayat dia. Kau perlu tahu, dia bukan perempuan yang mudah-mudah nak buka hati dia untuk terima lelaki."

Nuhaan terkaku. Benarkah apa yang Erdyna katakan? Haura berikan hati dia pada aku? Ini bukan ilusi? Ataupun telinga yang salah?

Erdyna memecahkan lamunan Nuhaan dengan keluhan beratnya.

"Kalau kau betul-betul mahukan dia, aku ada pesanan buat kau."

Langsung Nuhaan memandang Erdyna dengan kening yang sedikit terangkat. Wajah serius.

"Hati dan dirinya terlalu berharga untuk ditukar dengan seribu nyawa. Senyuman yang terukir di bibirnya sungguh memberi makna pada mata yang melihat. Kepercayaan yang diberi sungguh bernilai kerana dialah antara manusia yang sangat sukar dalam memberi kepercayaan. Jika kau, hanya tahu untuk mengkhianati dan menghancurkan segala apa yang aku katakan tadi, jangan harap aku biarkan orang yang penting dalam hidup aku, bersama dengan kau."

Continue Reading

You'll Also Like

123K 5.8K 44
แ€„แ€šแ€บแ€„แ€šแ€บแ€€แ€แ€Šแ€บแ€ธแ€€ แ€›แ€„แ€บแ€ทแ€€แ€ปแ€€แ€บแ€•แ€ผแ€ฎแ€ธ แ€กแ€แ€”แ€บแ€ธแ€แ€ฑแ€ซแ€„แ€บแ€ธแ€†แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€กแ€™แ€ผแ€ฒแ€œแ€ฏแ€•แ€บแ€›แ€แ€ฒแ€ท แ€€แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€œแ€ฑแ€ธ แ€€แ€ปแ€ฑแ€ฌแ€บแ€”แ€ฑแ€™แ€„แ€บแ€ธ แ€แ€ผแ€ฐแ€แ€ผแ€ฌแ€œแ€ฝแ€”แ€บแ€ธแ€œแ€ญแ€ฏแ€ท แ€€แ€ปแ€ฑแ€ฌแ€บแ€”แ€ฑแ€™แ€„แ€บแ€ธแ€€ แ€•แ€ญแ€ฏแ€ธแ€Ÿแ€•แ€บแ€–แ€ผแ€ฐแ€œแ€ญแ€ฏแ€ท แ€”แ€ฌแ€™แ€Šแ€บแ€•แ€ฑแ€ธแ€แ€ถแ€›แ€แ€ฒแ€ท แ€€แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€™แ€œแ€ฑแ€ธ แ€”แ€ฑแ€แ€ผ...
4M 86.9K 62
โ€ข[COMPLETED]โ€ข Book-1 of Costello series. Valentina is a free spirited bubbly girl who can sometimes be very annoyingly kind and sometimes just.. anno...
381K 9.8K 32
Princess Marie, a renowned troublemaker of Paris has entered the Ton. Marriage, children and any prospect of love have always been a ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ง...
279K 10.7K 44
#1 forcedrelationship- Fri, 24 May (2024) #3 love- Wed, 3 Apr (2024) #1 yanderefanfic- Thu, 8 Feb (2024) #1 insanity- Sun, 28 Jan (2024) #1 obsessed...