OG || โ„ฌ๐’พ๐’น๐’ถ๐’น๐’ถ๐“‡๐’พ ๐’ด๐’ถ๐“ƒโ„Š...

By florencetiara

10.5K 922 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... More

โ€ข ๐“˜๐“ท๐“ฝ๐“ป๐“ธ๐“ญ๐“พ๐“ฌ๐“ฝ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข
โ€ข 1 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 2 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 3 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 4 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 5 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 6 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 7 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 8 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 9 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 10 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 12 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 13 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 14 | BYD โ€ข
โ€ข 15 | BYD โ€ข
โ€ข 16 | BYD โ€ข
โ€ข 18 | BYD โ€ข
โ€ข 19 BYD โ€ข
โ€ข 20 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 21 | BYD โ€ข
โ€ข 22 | BYD โ€ข
โ€ข 23 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 24 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 25 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 26 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 27 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 28 | BYD โ€ข
โ€ข 29 | BYD โ€ข
โ€ข 30 | BYD โ€ข
โ€ข 31 | BYD โ€ข
โ€ข 32 | BYD โ€ข
โ€ข 33 | BYD โ€ข
โ€ข 34 | BYD โ€ข

โ€ข 17 | BYD โ€ข

238 27 8
By florencetiara

[ hi! hehe nak bagitau ni, kalau ada yang tak tahu makna atau kurang faham apa yang saya tuliskan dalam BA mahupun BM dekat chapter sblm ni,

boleh lah comment untuk dapat kan makna yee, jangan malu² jangan segan². sangat dialu-alukan.

tapi kalau awak shy shy cat juga, nak chat personal pun boleh :3 ]​

Pov Raeesha > selepas majlis selesai.

Satu persatu pin tudung dan jarum peniti yang dicucuk pada tudung labuhnya dibuka dan dicabut lalu disusun elok didalam laci meja solek.

Tudung labuh yang telah dipakai hampir seharian juga ditanggalkan lalu dicampak ke dalam bakul berhadapan dengan pintu bilik mandi.

Purdah yang menutupi separuh wajah cantiknya pula turut ditanggalkan.

Dicampakkan juga kedalam bakul.

Setelah itu, giliran anak tudung pula untuk ditanggalkan daripada kepala.

Maka dengan itu, terpampanglah rambut berwarna caramelnya yang disanggul bulat. Dibuka juga ikatan yang ada bagi melegakan keserabutan dan ketidakselesaan yang sudah dipendam daripada tadi.

Siapa saja yang akan selesa apabila memakai tudung dan mengikat rambut terlalu lama kan?

Setelah selesai membuka dan melepas segala ikatan getah di kepala, dia menghempapkan tubuh kecil nya di atas katil. Mata cantik kebiruannya dipejam seketika.

"Subhanallah.. Letihnya harini.." bisik Haura sendiri. Jelas suara kelesuannya.

Mana tidak nya.. daripada pagi sehingga petang tidak putus-putus tetamu yang datang. Dan sudah semestinya dia harus melayan semuanya.

Kerana tetamu itu sendiri hadir pada hari ini kerananya. Untuk meraikannya. Dengan itu, dia tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada yang hadir.

Syukur makanan yang terhidang sentiasa cukup. Siap ada lebih lagi.

Jam digital yang tergantung elok di dinding bilik tidurnya ditilik. Sudah menunjukkan pukul 7.15 malam.

Hampir masuk waktu fardhu maghrib.

Bernasib baiklah dia masih lagi dalam tempoh uzur. Dapatlah dia berehat lama sikit pada malam ini.

Kalau tidak, pasti sekarang ini bonda sudah memanggil-manggilnya untuk solat berjemaah di tingkat bawah.

Tiba - tiba matanya meluas.

"Eh! Ya Allah aku tak mandi lagi. Ah Raeesha tak boleh malas mandi. Aku ni dah lah tak suka tidur dengan bau tak wangi ni." monolog Haura sendiri.

Ya, dia memang suka bercakap seorang - seorang.

"Haih. Malasnya nak mandi!" tekad sendiri mengeluh sendiri.

Confuse dengan diri sendiri. Itulah perempuan.

Haura ini memang daripada kecil lagi sejenis yang akan berwangi-wangian dahulu sebelum tidur.

Kalau tak wangi dan bersih, tidurnya tidak akan lena. Sudah jadi tabiat.

Maka dengan kudrat kemalasannya, dia memaksa diri untuk turun daripada katil.

Bilik kecil yang berada di sudut hujung bilik dituju. Didalam bilik kecil itulah terletaknya segala jenis pakaian milik Haura.

Pintu bilik dibuka.

Baju tidur labuh paras bawah lutut berwarna maroon diambil lalu disangkut atas bahu. Tuala yang tersidai di bahagian tepi pintu juga dicapai lalu dililit atas kepala.

Sedang dia berjalan malas-malas menuju kebilik mandi.

Tiba-tiba matanya teralih pada sekeping kertas yang berada di atas meja belajarnya. Kertas sederhana kecil yang terlipat dua.

Terhenti langkahnya untuk menuju ke bilik mandi. Meja belajar pula dituju.

"Ish tak boleh! Kau kena mandi dulu Raeesha. Karang melalut pula. Sampai esok tak mandi." marah Haura kepada diri sendiri.

"But I'm curious lah.." suara kesedihan Haura pula berbunyi. Tadi suara marah ini suara sedih pula.

Dah macam dua orang dalam satu tubuh aje.

"Ish tak kira. Kena mandi dulu. Then baru boleh baca." bertekad juga dia akhirnya.

"Dear kertas a.k.a surat apatah ini, Awak jangan pergi mana-mana tau. Esha nak pergi mandi je ni. Nanti lepas Esha dah selesai mandi, Esha bacalah awak. Okay?" pesan Haura kepada sang kertas.

Macamlah kertas itu boleh manjawab.

.​
.​

Selepas beberapa minit berlalu, akhirnya Haura selesai juga membersihkan diri.

"Alhamdulillah, segar dah badan den." dia melangkah keluar daripada bilik mandi.

Haura terus membawa langkahnya ke arah meja belajar. Ditariknya kerusi yang ada di bawah meja lalu duduk.

Kertas sederhana kecil yang terlipat dua itu dicapai.

Lalu dibuka perlahan.

Membulat mata cantiknya melihat tulisan yang ada pada kertas itu. Sudah seperti di-print dan bukan daripada tulisan tangan.

Tersangat kemas ya!

Ditulisnya didalam bahasa Arab. Bertulisan khat. Cantik. Tersusun. Tiada senget-benget.

Tambahan pula Haura memang sangat suka dengan tulisan khat. Dan dia juga pakar dalam menulis khat.

Selepas habis meneliti tulisan yang ada pada kertas itu dan merasa kagum sendiri, Haura pun mula membaca.

Dibacanya didalam hati.

Walaupun hampir semua perkataan yang ada pada surat itu adalah dalam bahasa Arab, tetapi Haura tetap faham akan setiap perkataan itu.

Iyalah, tanah air Haura sendiri adalah negara Arab.

Sesekali terangkat hujung bibirnya ketika membaca. Tersenyum!

Shhh, Haura belacing tu.

Selepas selesai membaca hingga ke perkataan yang terakhir. Dia letak semula kertas itu diatas meja.

Senyuman kecil yang terukir daripada tadi masih tidak lekang daripada bibir merahnya.

Dinding putih yang dihiasi dengan polaroid-polaroid dirinya bersama insan-insan tersayang di pandang. Ditelitinya satu persatu.

Termenung.

"Aahil. An-Nuhaan. Siapa kau sebenarnya? Kenapa hati aku begitu mudah untuk menerima apa yang kau tuliskan ini?" Haura menggeleng kepala beberapa kali.

Jujur, belum pernah sebelum ini dia suka mahupun tertarik dengan apa yang lelaki lain beri padanya.

Tapi kali ini..

Huh,

Dia sendiri tidak percaya. Sungguh tidak menyangka.
.
.​

- Inilah isi surat bermakna daripada Nuhaan buat gadis yang diimpinya.


Makna :

"Kau tahu? Allah melarang kita untuk bercinta tetapi Allah tidak melarang hambanya mencintai lawan jenis.

Aku cintakan kau, tetapi aku takkan mengajak kau untuk bercinta.

Jika ada jodoh, kita akan bertemu.

Aku sayangkan kau kerana Allah, Haura Ar-Raeesha.

Kau adalah perempuan kelima yang aku cintai selain ibu, nenek, kakak dan adik perempuan ku."
.
.

Seusai membaca dan menyimpan rapi kertas itu didalam rak, Haura terus bangun dan melangkah ke katil. Mahu berehat dan tidur.

Mata kian lelah, badan sudah letih.

Sebelum mata terkatup rapi, Haura sempat berdoa didalam hati..​

"​Ya Allah, jika benar dia adalah jejaka yang selalu aku pinta didalam doa, maka Engkau jagakanlah dirinya untuk aku. Jagakan hatinya hanya untuk aku. Bantulah kami untuk saling menjaga hingga saling cinta hanya keranaMu. Aamiin Ya Allah."

Dan akhirnya, si gadis ini pun lena diulit mimipi.
.
.

Walaupun di lubuk hatinya tiada keinginan untuk bercinta pada zaman remaja, tetapi dia juga tidak lupa untuk berdoa buat pasangan yang akan menemani pada hari tuanya.

Selalu sahaja dia berdoa, supaya Tuhan mengurniakan jodoh yang terbaik buatnya.

Sebagaimana dia bersungguh dalam menjaga, dia berharap supaya jodohnya juga bersungguh dalam menjaga.

Menjaga diri, menjaga ikhtilat, menjaga aurat, menjaga ibadat, menjaga segala perintah yang disuruhNya dan meninggalkan laranganNya.

Kerana dia yakin,

Yang menjaga hanya untuk yang terjaga.

Continue Reading

You'll Also Like

121K 5.8K 44
แ€„แ€šแ€บแ€„แ€šแ€บแ€€แ€แ€Šแ€บแ€ธแ€€ แ€›แ€„แ€บแ€ทแ€€แ€ปแ€€แ€บแ€•แ€ผแ€ฎแ€ธ แ€กแ€แ€”แ€บแ€ธแ€แ€ฑแ€ซแ€„แ€บแ€ธแ€†แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€กแ€™แ€ผแ€ฒแ€œแ€ฏแ€•แ€บแ€›แ€แ€ฒแ€ท แ€€แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€œแ€ฑแ€ธ แ€€แ€ปแ€ฑแ€ฌแ€บแ€”แ€ฑแ€™แ€„แ€บแ€ธ แ€แ€ผแ€ฐแ€แ€ผแ€ฌแ€œแ€ฝแ€”แ€บแ€ธแ€œแ€ญแ€ฏแ€ท แ€€แ€ปแ€ฑแ€ฌแ€บแ€”แ€ฑแ€™แ€„แ€บแ€ธแ€€ แ€•แ€ญแ€ฏแ€ธแ€Ÿแ€•แ€บแ€–แ€ผแ€ฐแ€œแ€ญแ€ฏแ€ท แ€”แ€ฌแ€™แ€Šแ€บแ€•แ€ฑแ€ธแ€แ€ถแ€›แ€แ€ฒแ€ท แ€€แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€™แ€œแ€ฑแ€ธ แ€”แ€ฑแ€แ€ผ...
31.3K 1K 21
[ONGOING ๐Ÿ”ž] #8 insanity :- Wed, May 15, 2024. #2 yanderefanfic :- Sat, May 18, 2024. After y/n became an orphan, she had to do everything by herself...
123K 5.2K 200
This story follows the early life of James also known by his street name Headshot or Shooter. James had an extremely rough childhood, one that turned...
585K 52K 34
๐™๐™ช๐™ฃ๐™š ๐™ ๐™ฎ๐™– ๐™ ๐™–๐™ง ๐™™๐™–๐™ก๐™– , ๐™ˆ๐™–๐™ง ๐™œ๐™–๐™ฎ๐™ž ๐™ข๐™–๐™ž ๐™ข๐™ž๐™ฉ ๐™œ๐™–๐™ฎ๐™ž ๐™ข๐™–๐™ž ๐™ƒ๐™ค ๐™œ๐™–๐™ฎ๐™ž ๐™ข๐™–๐™ž...... โ™ก ๐™๐™€๐™๐™„ ๐˜ฟ๐™€๐™€๐™’๐˜ผ๐™‰๐™„ โ™ก Shashwat Rajva...