OG || ℬ𝒾𝒹𝒢𝒹𝒢𝓇𝒾 π’΄π’Άπ“ƒβ„Š...

By florencetiara

10.5K 922 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... More

β€’ π“˜π“·π“½π“»π“Έπ“­π“Ύπ“¬π“½π“²π“Έπ“· β€’
β€’ 1 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 2 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 3 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 4 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 5 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 6 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 7 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 8 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 9 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 10 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 12 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 13 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 15 | BYD β€’
β€’ 16 | BYD β€’
β€’ 17 | BYD β€’
β€’ 18 | BYD β€’
β€’ 19 BYD β€’
β€’ 20 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 21 | BYD β€’
β€’ 22 | BYD β€’
β€’ 23 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 24 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 25 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 26 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 27 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 28 | BYD β€’
β€’ 29 | BYD β€’
β€’ 30 | BYD β€’
β€’ 31 | BYD β€’
β€’ 32 | BYD β€’
β€’ 33 | BYD β€’
β€’ 34 | BYD β€’

β€’ 14 | BYD β€’

232 29 6
By florencetiara

📍SEHARI SEBELUM...​

Jam di dinding dipandangnya sekilas. Sudah menunjukkan pukul tiga pagi. Tetapi dia masih lagi berjaga. Sesudah selesai solat sunat tahajjud dan istikharah tadi, dia berhajat untuk tidur. Tetapi matanya tetap berdegil tidak mahu terkatup.

Selepas bertungkus lumus berusaha untuk tidur tetapi tidak berjaya juga, akhirnya dia bangun daripada katil. Meja belajar dituju. Pen dan kertas kecil dicapai.

"Hati dia akan jadi bertambah lembut if kau mengayat dia dalam bahasa Arab. Serious talk, she will melt like an ice cream dijemur bawah matahari if someone give her a words in arabic. she loves arabic a lot. Trust me." bait bicara daripada Raeed pada siang tadi terlintas didalam benak fikirannya.

Raeed memberi idea padanya.

Siap bagi contoh aiskrim dijemur bawah matahari lagi ya!

Tersenyum sendiri apabila teringat.

Kebetulan pada waktu tengah hari tadi mereka bertiga solat jumaat di masjid yang sama. Senang cerita, terserempak tanpa sengaja. Jadi alang-alang sudah terjumpa, mereka pun mengambil kesempatan untuk menge-teh di restoran terdekat dahulu sebelum pulang ke rumah.

Akal fikirannyanya pada malam ini lincah bekerja memikirkan adakah patut dia menuliskan setiap apa yang tersirat didalam hati.

Adakah patut penulisannya ini sampai kepada insan yang diimpikan itu?

Patutkah dia memberikan sehelai kertas yang berisi kata-kata bermakna ini kepada si dia? Dan.. adakah betul caranya ini?

Soal hati pula? Soal diri sendiri? Huh! Buntu jadinya.

Jikalau soal hati, memang sudah lama dia menginginkan gadis itu.

Ya, sudah lama! Sejak dia masih kecil lagi. Setiap kali dia bermain ke rumah Raees dan Raeed, pasti budak kecil Haura tu ikut main bersama.

Bila teringat kembali..

Comelnya dia.

Argh! Kelain dah ni.

Berbalik pada topik tadi,

Sejujurnya, dia selalu kagum dengan setiap apa yang dimiliki oleh gadis itu. Ya, hanya kagum. Kerana dia selalu merasakan dirinya tidak layak buat gadis sesempurna itu.

Sehinggalah.. Suatu hari.

Selepas bertahun lamanya tidak bertemu. Bertahun lamanya dia pergi jauh. Bertahun lama juga dia perbaiki diri..

Akhirnya keyakinan di dalam diri mula muncul.

Tidak tahu apa yang menghantui fikirannya, tiba tiba terasa begitu.

Sehinggalah saat ini. Sungguh! Dia sudah berasa lebih yakin untuk mencuba meraih si pemilik hati yang sudah lama diimpi.

Tetapi.. Masih ada sesuatu yang selalu berlegar-legar dalam fikirannya

'Adakah ini terlalu awal?'

"Ya Allah, betul ke apa yang aku nak buat ni." bicara Nuhaan sendiri sambil mengetuk-ngetuk meja menggunakan pen.

Letih otak berfikir. Akhirnya dia tulis sahaja apa yang dikehendakinya di atas sehelai kertas kosong itu. Ditulisnya di dalam bahasa Arab.

Mahu menyerahkan surat itu kepada si dia ataupun tidak, tunggu sahajalah nanti. Kalau ada rezeki, adalah.

Jika Allah berkata ya, maka terjadilah ia. Nuhaan hanya bergantung kepada Sang Pencipta. Dia hanya mampu merancang, tetapi penentuan Tuhan yang terbaik.
.​
.​
.​

"Dyna, Aarya. Sekejap tau, Esha nak pergi dekat bonda ni. Nanti Esha datang balik." Haura bangun dari kerusi. Dikemas-kemaskan jubah abaya beige-nya yang berkedut akibat duduk terlalu lama.

"Okay!" Aarya menjunjukkan simbul 'okay' pada jarinya.

Erdyna pula hanya mengangguk faham. Nak membalas menggunakan suara, tidak mampu pula. Mulutnya sudah dipenuhi dengan makanan.

Daripada tadi lagi mereka bertiga sudahpun duduk bersembang di dapur.

Tidak lupa juga udang butter yang diratah mereka. Nikmat menjamu makanan daripada air tangan Hadeeya.

Sambil menikmati makanan yang pelbagai jenis, mereka juga ada berbual-bual tentang perjalanan Haura dan Erdyna yang akan merantau ke negara Arab untuk meneruskan pelajaran pada tahun hadapan.

Sesekali air mata mereka bergenang apabila mengingatkan tentang kenangan manis di madrasah.

Sebak. Belum apa lagi dah rindu.

Lagi-lagi Aarya, selepas ini dia seorang sahajalah yang tinggal. Kedua-dua kakak angkat kesayangannya itu akan meninggalkannya. Sementara.

Haura berjalan keluar daripada ruang dapur. Pintu rumah utama ditujunya.

Sedang dia berjalan ke arah pintu untuk keluar, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sepertinya baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.

Dia hanya mengagak bahawa lelaki itu adalah rakan kepada abang-abangnya. Maka dibiarkan sahaja lelaki itu masuk. Tidak berminat untuk tahu siapakah gerangan.

Haura terus menuju ke pintu rumah. Maka terpaksalah berselisih dengan lelaki tadi. Haura jalan menunduk tetapi dapat dia lihat dari hujung matanya. Tubuh lelaki itu, tinggi.
Berbadan tegap. Berkulit putih. Rambut yang hitam lebat. Kemas cara pemakaian. Berbaju kurta hitam.

Sekali sahaja Haura mengerling kearah tubuh lelaki itu tetapi sudah dapat ingat personalitinya.

Sekilas dipandang, seperti pernah terjumpa. Tetapi dimana ya?

Puas dia memerah otak, tetap tidak ingat dimana dia pernah berjumpa dengan lelaki tadi. Tiba-tiba perasaan ingin tahu sudah membuak-buak.

"Ah tolonglah ingat, siapa dia..." monolog Haura sendiri. Suara halusnya, hanya dia sahaja yang cukup untuk dengar.

Dicengkam kepalanya yang berlapik tudung. Kegeraman dengan diri sendiri yang tiba-tiba sahaja jadi mudah lupa.

Pada kebiasaannya, Haura ini sejenis yang mudah ingat setiap apa yang dilihat. Kadang-kadang jenama apa yang dipakai pun Haura akan ingat. Tapi tak tahu lah kenapa kali ini dia betul-betul lupa.

Dia berusaha untuk mengingat tetapi tidak tercapai.

Perasaan ingin tahu sudah berperang dengan mata. Mata tidak mahu memandang, tetapi perasaan pula sudah mengamuk ingin meneliti lelaki tadi.

"H-Haura?" tiba-tiba ada suara garau yang memanggil daripada belakang. Nada nya teragak-agak.

Terhenti langkah Haura. Tangan yang mencengkam kepala turut dijatuhkan.

Ah sudah.

Tidak lain tidak bukan, pasti lelaki tadi yang memanggil.

Mana ada manusia lain di ruang tamu ini. Hanya dia dan lelaki itu.

Tiba-tiba dahi mulus Haura berkerut. Sebenarnya dia keliru dan juga tertanya-tanya. Memanglah Nama nya mempunyai perkataan 'Haura'. Tetapi gelaran itu tidak pernah dipanggil orang.

Sejak kecil lagi keluarga dan rakan-rakannya akan memanggilnya sebagai 'Raeesha' sahaja. Tidak pernah sekalipun menggelarkan dirinya sebagai 'Haura'. Tetapi lelaki tadi tiba-tiba memanggil dengan nama 'Haura'.

Haura hanya kaku di hadapan pintu rumah. Tidak berpaling kepada si pemanggil. Hanya dibiarkan sahaja.

Risau juga dia, manalah tahu lelaki yang memanggil itu sedang bercakap dengan orang yang didalam panggilan?

Ha kan sudah dapat malu kalau dia menyahut.

"Haura." Lelaki tadi menyeru buat kali kedua. Beza nya waktu kali pertama lelaki itu memanggil, lebih kepada suara yang masih dalam alam keraguan. Tetapi kali ini suara itu sudah bernada yakin.

"Boleh kau menghadap aku?" sambungnya.

Dengan tindakan yang teragak-agak, Haura memusingkan tubuhnya kebelakang.

Lelaki tinggi lampai itu dipandang. Lelaki itu juga sedang memandangnya.

Dia...

Dia inilah Aahil.

Aahil An-Nuhaan...​

Kan?..​

Tidak lama mereka berpandangan sebegitu. Haura pantas menundukkan wajah.

Nuhaan pula seakan baru tersedar, langsung meraup wajah dan berdehem.

Dibuka dua langkah ke kanan, meja besar panjang berwarna putih dituju. Diletaknya sehelai kertas yang terlipat dua diatas meja.

"Ini. Untuk kau." kata Nuhaan.

Haura hanya senyap. Sepatah perkataan pun tidak terkeluar daripada bibirnya. Masih terkaku. Hanya matanya sahaja yang bergerak memandang kertas kecil yang berada di atas meja itu.

Nuhaan seakan faham dengan keadaan Haura. Jadi dia membuat keputusan untuk beredar daripada situ. Dia mengundurkan dua langkah kebelakang.

"Aku harap kau akan ambil dan baca. Aku pergi dulu. Fi Amanillah, Haura." pesan Nuhaan sebelum menjauh dan meneruskan langkah untuk pergi kearah belakang rumah.

Setelah melihat lelaki tadi pergi dan menghilang disebalik dinding, Haura melarikan semula matanya kearah kertas kecil tadi.

Tubuhnya pula seakan mengakur sahaja apa yang disuruh lelaki tadi, langsung dia pergi kearah meja besar putih tadi dan mengambil kertas itu.

Disimpan rapi didalam beg sandangnya.
.
.
.​

"Yo Haan! Cepat pula kau makan, senang je kan cari kitorang?" sapa Raees tika melihat Nuhaan menghampiri mereka. Raeed disebelah, mengangkat tangan kearah Nuhaan. Cepat Nuhaan membalas.

Tadi bukan main risau si Nuhaan ni, takut tak jumpa.

Raees dan Raeed sedang menjamu makanan ringan di ruang taman bunga milik bonda.

"Ya. Senang sangat Ees. Dahlah rumah engkorang ni kecik nak mampos. Nasib aku tak buka waze je tadi." perli Nuhaan.

Benar apa yang diujarnya, villa milik Ridheeya ini bukan calang-calang rumah. Tingkatnya pun ada tiga. Keluasan rumah pula jangan dicerita, betul-betul luas dan besar.

Cantik pun cantik, warna putih aje kesemua design dan perabot dirumah ini. Ala-ala omputeh gitu.

Terletus tawa Raees. "Merepek lah kau. Alah lagipun kau boleh je tanya adik aku tadi. Dia ada je kat dapur dengan adik kau kan?"

Tiada jawapan daripada Nuhaan. Dia hanya menghirup rakus air teh ais hijau yang dituang oleh Raeed tadi. Hujung bibir kanannya terangkat. Tersenyum senget.

"Ini apa pasal tiba-tiba senyum senget. Gila?"

Pecah tawa Nuhaan. Tergeleng-geleng kepalanya menafikan.

"Habistu?" berkerut kening Raees. Pelik sungguh lah mamat ni.

"Ataupun sebab kau dah bagi surat tu pada Raeesha. Itu sebab senyum lain macam je kan?" duga Raeed sambil tersenyum tipis. Terangkat-angkat keningnya.

Nuhaan langsung memandang Raeed. Bibirnya dikemam menahan senyum. Mengangguk sekali.

"Wow! Bapak cepat gila kau buat kerja. Dasyat dasyat." kuat suara Raees. Teruja betul agaknya sehingga mahu menepuk-nepuk tangan. Kagum pun iya juga tu!

"Boleh tahan gentleman juga kau, Nuhaan." Raeed menolak bahu Nuhaan menggunakan siku.

Dia juga tidak sangka. Nuhaan betul-betul buat apa yang mereka mencadangkan kepadanya semalam.

Nuhaan hanya tertawa kecil lalu tersenyum tipis. "Aku pun tak tahu lah apa yang ada dalam fikiran aku ni sampaikan aku jadi berani gila."

"Berani-berani juga. Malam tadi aku tidur pukul empat pagi tahu tak? Fikiran tak tenteram punya pasal."

Pecah lagi tawa Raees. Terhibur betul.

"So amacam? Macam mana reaction Raeesha tadi?" Wajah Raeed lenuh minat ingin tahu

"Sebenarnya aku tak berapa sure la. Dia banyak menunduk aje tadi. Lagipun dia kan pakai purdah, mana lah aku nampak riak muka dia macam mana." Nuhaan mengangkat sebelah bahu.

"Tapi yang aku pasti, waktu dia pusing menghadap aku tadi.. Mata dia macam terbeliak, terkejut tengok aku."

"Tapi dah kenapa dia nak terkejut pula bila tengok kau?" soal Raees. Walaupun dia tahu jawapannya tiada pada Nuhaan. Tetapi soalan yang berlegar dalam kepala tetap terkeluar di bibir.

"Aku rasa aku tahu sebabnya." ujar Raeed sebelum menghirup teh ais hijaunya.

Basahkan tekak dahulu sebelum memberitahu jawapan kepada dua ketul orang dihadapannya ini.

Mata dilarikan ke wajah Nuhaan.

"Sebab dia tak sangka yang ada depan mata dia adalah Aahil An-Nuhaan."



Continue Reading

You'll Also Like

999K 52.6K 33
Millie Ripley has only ever known one player next door. Luke Dawson. But with only a couple months left before he graduates and a blackmailer on th...
605K 2.3K 63
lesbian oneshots !! includes smut and fluff, chapters near the beginning are AWFUL. enjoy!
112K 4.6K 198
This story follows the early life of James also known by his street name Headshot or Shooter. James had an extremely rough childhood, one that turned...
62.8K 2.6K 37
α΄…Ιͺᴠᴇʀɒᴇɴᴛ; ᴛᴇɴᴅΙͺΙ΄Ι’ ᴛᴏ ʙᴇ α΄…Ιͺκœ°κœ°α΄‡Κ€α΄‡Ι΄α΄› ᴏʀ α΄…α΄‡α΄ α΄‡ΚŸα΄α΄˜ ΙͺΙ΄ α΄…Ιͺκœ°κœ°α΄‡Κ€α΄‡Ι΄α΄› α΄…ΙͺʀᴇᴄᴛΙͺᴏɴꜱ.