OG || ℬ𝒾𝒹𝒢𝒹𝒢𝓇𝒾 π’΄π’Άπ“ƒβ„Š...

By florencetiara

10.5K 922 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... More

β€’ π“˜π“·π“½π“»π“Έπ“­π“Ύπ“¬π“½π“²π“Έπ“· β€’
β€’ 1 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 2 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 3 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 4 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 5 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 6 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 7 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 8 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 9 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 10 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 13 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 14 | BYD β€’
β€’ 15 | BYD β€’
β€’ 16 | BYD β€’
β€’ 17 | BYD β€’
β€’ 18 | BYD β€’
β€’ 19 BYD β€’
β€’ 20 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 21 | BYD β€’
β€’ 22 | BYD β€’
β€’ 23 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 24 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 25 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 26 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 27 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 28 | BYD β€’
β€’ 29 | BYD β€’
β€’ 30 | BYD β€’
β€’ 31 | BYD β€’
β€’ 32 | BYD β€’
β€’ 33 | BYD β€’
β€’ 34 | BYD β€’

β€’ 12 | ππ˜πƒ β€’

229 27 3
By florencetiara

Raees dan Raeed melangkah masuk ke dalam rumah. Mereka berdua baru sahaja selesai beriadah.

Tanpa membuang masa, Raees lekas-lekas menuju kearah bilik tidurnya yang berada di aras tiga.

Tujuannya semestilah untuk membersihkan diri, menukar pakaian dan berehat.

Raeed pula hanya mengekori langkah kembarnya. Bilik tidur mereka juga berada di aras yang sama.

'Abang Eed, nanti lepas dah habis jogging, temankan ByCha sidai kain di belakang rumah ya! ByCha tunggu!'

'Alright, princess!'

Meluas mata Raeed apabila tiba-tiba terimbas kembali suara kecil Haura didalam benak fikirannya.

Dengan itu, dengan pantasnya dia mengundurkan langkah. Berpatah balik lalu terus menuju ke arah ruang belakang rumah untuk menemani princess nya menyidai pakaian.

Nasib baik dia teringat. Kalau tidak, habislah dia kena pujuk Haura daripada terus merajuk.

Haura ni bukan boleh. Kalau dengan keluarga, sekecil perkara pun boleh terasa hati. Ini kan pula kalau sudah berjanji dan di mungkiri. Pasti ingin merajuk juga walau itu perkara biasa.

Meskipun bagi Raeed, untuk memujuk Haura itu bukanlah sesuatu perkara yang menyusahkan malah dia memang suka memujuk Haura.

Tetapi, dia juga tidak mahu adik kesayangannya itu terasa hati dengannya.

"Hi, princess!" lembut Raeed menegur seraya mengusap kepala Haura yang beralaskan tudung sarung.

Kini, Haura sudah duduk di kerusi kayu bersama secawan teh di atas meja.

Itu tandanya, Haura sudah selesai menyidai pakaian. Habislah.

"Hi."

Ha sudah. Bahaya tahu kalau Haura balas sepatah-sepatah ni. Biasanya, banyak aje yang dibalasnya. Tapi kali ini..

Raeed mengangkat sebelah kening. "Sepatah je?"

"Hm."

"Hey.. My princess, sorry okay? Tadi kami round sampai lima kali. Itulah sebabnya terlebih lama dari biasa. Forgive me, please.. " lembut sahaja suara garau Raeed memujuk. Redup pandangannya memandang Haura yang duduk berhadapannya.

"Ok."

Tiba-tiba Raeed mengangguk-angguk. Seakan baru teringat sesuatu yang bernas.

"Okay fine! Are you really want to keep ignoring me, huh? Let's just say, keep sulking or Florence's Café?"

"Café."

"I need an energy."

Lantas Haura berdiri seraya menarik lengan sasa Raeed lalu terus berlari-lari anak menuju ke arah ruangan tempat kereta.

Disebabkan tangannya sudah digenggam erat, terpaksalah dia juga ikut berlari bersama Haura. Membontoti langkah adiknya.

Terletus tawa kecil Raeed. Bibirnya tersenyum tipis.

"Goodgirl." bisik Raeed sendiri.

Lega hatinya apabila Haura bertindak sedemikian. Tahulah dia bahawa Haura ingin mengajaknya ke cafe dan tidak terus merajuk lagi.

Mudahkan pujuk Haura? Yup tersangatlah mudah, hanya dengan mengajak Haura pergi ke cafe sahaja rajuknya akan hilang. Kalah betul dia dengan cafe satu itu.
.
.​

'Klak'

terbuka daun pintu bilik tidur Raees. Dengan itu, dia pun membuka langkah lalu masuk ke dalam. Di dalam benak fikirannya sekarang ini, dia hanya ingin berehat. Letih yang terasa daripada beriadah bersama Raeed tadi tidak hilang-hilang lagi.

Meja belajar yang berada di sudut hujung bilik ditujunya. Lantas dia menggapai telefon pintar lalu membuka apps berwarna hijau. Whatsapp.

Terangkat hujung bibir kemerahannya apabila insan yang mahu dibualnya nya itu sedang online.

[ Nuhaan ]

Me : Assalamualaikum bro.

*bluetick*

Me : Woii sukahati tok nenek engko aje nak bluetick-bluetick aku eh!

Hahah. Ye ye, ada apa Ees? :

Me : Sabtu ni, datang rumah aku.
10 pagi. Nanti aku send location.

Hah? Ada apa rumah kau? :

Me :LAHH, aku nak suruh kau meminang adik aku lahh, apa lagi.

Tak lucu Ees. Kecek bia molek. :

Me: Ish kau ni laa. Bakal abang ipar dah bagi greenlight ni, kau taknak

Mhm..? :

Me : acah jual mahal.

Hahah, ye ye :
Mestilah aku nak gadis
yang dah lama aku damba

Me : bukan main ayat

Aku nak sambung buat kerja ni, maklumlah aku nak kena saving duit untuk halalkan adik kau
Cepat bagitau, ada apa sabtu?

Me : HAHAHA mantap. macam ni lah baru adik ipar aku.
Oh ha, btw Sabtu nanti ada majlis kesyukuran untuk Raeesha. aku saja la nak jemput family kau sekali.

Oh, alright² InSyaAllah aku datang :

: Bonda aku Exited betul bila tau aku nak ajak kau as anak bestfriend lama dia.

Bonda kau exited? Takkan dia
taktahu yang selama ni anak
bongsu dia kawan dengan anak bestfriend dia?

Me : itulah masalahnya
pertamanya, memang bonda aku sibuk. masalah kedua, dh mmg adik aku ni bukan jenis suka amik tahu pasal orang lain.

Nak bercerita pasal orang lain apatah lagi. Itulah sebabnya sampai kesudah baru bonda aku tahu pasal keluarga kau.

Hahaha Faham faham :

Dan berbagai-bagai jenis perbualanlah yang mereka bualkan.

Tergendalailah seketika niat Raees untuk terus membersihkan diri. Bukan sahaja niat Raees yang tergendalai. Kerja Nuhaan juga tertangguh.
.
.​
.​

Raeed dan Haura sudahpun berada di dalam kereta. Mereka berdua ingin menuju ke Florence café a.k.a favorite cafe si Haura.

Raeed duduk di bahagian pemandu, Haura pula di bahagian sebelah penumpang.

Kereta dipandu keluar daripada perkarangan villa Ridheeya. Belum sempat kereta dipandu lebih jauh daripada rumah, secara tiba-tiba Raeed memberhentikan kereta.

Mereka berpandagan sesama sendiri. Raeed seperti sedang meneliti pakaian Haura. Ditenung daripada atas hingga bawah.

Haura menjongketkan keningnya tanda bertanya.

"Mana stokin, ByCha?" soal Raeed. Dikecilkan matanya.

"Erm tak pakai lagi, tapi ByCha dah bawa dah."

"Good. Handsock?"

"Erm lengan baju ByCha ni dah cukup menutupi dah kut..​InsyaAllah eheh."

Raeed menggeleng. "Pergi ambil handsock dulu." tegas dalam kelembutan suaranya.

Haura menggigit bawah bibir "ByCha kurang rajin lah nak ambil handsock. Tak apa, abang. Dah cukup menutupi dah. Don't worry."

Dia tak tipu, lengan baju yang dipakainya ketika ini memang betul-betul cukup panjang. Malah, siap terlebih lagi hujungnya hingga tersorok jari-jemari Haura disebalik lengan baju itu. Maklumlah, baju baggy.

"Fine. Biar abang yang ambilkan. ByCha simpan di mana handsock tu?" tanya Raeed. Anak matanya tetap fokus mengundurkan kereta untuk masuk semula ke dalam perkarangan luar rumah.

Ikutkan hati, dia juga bukanlah rajin untuk masuk ke dalam rumah semata-mata untuk mengambil barang Haura.

Tetapi demi menjaga kehormatan adiknya, dia sanggup.

"Seriously nak ambilkan? Tak perlulah, lengan baju ni dah cukup panjang, abang." serba salah Haura jadinya.

"No Raeesha. Macam mana pun abang tetap nak ByCha pakai handsock." tegas Raeed. Daripada lembut, terus tegas suaranya.

Itulah, siapa suruh berdegil dengannya?

Tertunduk kepala Haura.

Baru tahu untuk menurut ya?

"Handsock hitam ada kat dalam white storage bersebelahan dengan meja cermin." jawab Haura.

Terus dia menerangkan dimana dia meletakkan barang-barang kecilnya itu. Nanti kalau menjawab lagi, ada yang kena ketuk dengan Raeed.

"Alright. Tapi sebelum tu, izinkan abang masuk bilik ByCha ya."

"Okay."

Setelah hampir lima menunggu, akhirnya Raeed kembali semula.

Pintu kereta di bahagian pemandu dibuka

"Here. Please wear it, princess." kata Raeed sambil menghulurkan sepasang handsock dan sehelai purdah berwarna hitam. Sudah ber-iron.

Terangkat kedua-dua belah kening Haura.

"Eh, purdah pun?"

"Ya, purdah. Abang tak suka ByCha hanya pakai mask tu. Nanti nak makan kan, takkan nak buka macam tu aje. Ini purdah, boleh selak. Tak perlu buka." ujar Raeed tegas.

"Oh.​ Okay sorry..​ And thank you, abang."

"My pleasure. Kekal istiqamah, Raeesha."

Sempat dia mengetuk kepala Haura dua kali. Tidak kuat pun. Hampir tak terasa ketukannya itu. Tapi sengaja Haura mendesis seakan sakit.

.​
.​

{ hi! eem sorry ya if ruang mesej antara Haan dengan Ees tu berterabur sikit. dah betulkan tapi macam tu juga. degil betul wp ni ;)
tapi kalau reread sekali dua, akan faham juga kan? }

Continue Reading

You'll Also Like

30.7K 1K 21
[ONGOING πŸ”ž] #8 insanity :- Wed, May 15, 2024. #2 yanderefanfic :- Sat, May 18, 2024. After y/n became an orphan, she had to do everything by herself...
1M 53.3K 34
Millie Ripley has only ever known one player next door. Luke Dawson. But with only a couple months left before he graduates and a blackmailer on th...
44.9K 2K 19
"Show me somethin' different once, I come from where there's no love." COPYRIGHT 23. #1 ATLANTA 05/01/2024 πŸ†
91K 549 23
spoiler "Berani main-main sama gue iya? Gimana kalau gue ajak lo main bareng diranjang, hm? " ucap kilian sambil menujukan smirk nya. Sontak hal ter...