OG || โ„ฌ๐’พ๐’น๐’ถ๐’น๐’ถ๐“‡๐’พ ๐’ด๐’ถ๐“ƒโ„Š...

By florencetiara

10.5K 922 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... More

โ€ข ๐“˜๐“ท๐“ฝ๐“ป๐“ธ๐“ญ๐“พ๐“ฌ๐“ฝ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข
โ€ข 1 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 2 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 4 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 5 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 6 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 7 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 8 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 9 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 10 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 12 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 13 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 14 | BYD โ€ข
โ€ข 15 | BYD โ€ข
โ€ข 16 | BYD โ€ข
โ€ข 17 | BYD โ€ข
โ€ข 18 | BYD โ€ข
โ€ข 19 BYD โ€ข
โ€ข 20 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 21 | BYD โ€ข
โ€ข 22 | BYD โ€ข
โ€ข 23 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 24 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 25 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 26 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 27 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 28 | BYD โ€ข
โ€ข 29 | BYD โ€ข
โ€ข 30 | BYD โ€ข
โ€ข 31 | BYD โ€ข
โ€ข 32 | BYD โ€ข
โ€ข 33 | BYD โ€ข
โ€ข 34 | BYD โ€ข

โ€ข 3 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข

272 24 3
By florencetiara


"Assalam'alaikum, antunna!" lantang suara Haura memberi salam. Kini, pelajar asrama baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu subuh.

"Waalaikumussalam, Kak Raeesha!"
serentak pelajar-pelajar yang lain menjawab.

"Kaifahalukum?"

"Alhamdulillah, nahnu bilkhair!"

"Alhamdulillah. Jadi seperti yang sedia maklum, harini adalah hari...?"

"Hari untuk pulang!" tersenyum lebar mereka membalas. Tak sabar sangat agaknya mereka mahu balik kerumah daripada penjara indah ini. Siapa je pelajar yang tinggal di asrama, tidak sabar untuk pulang ke rumah selepas sekian lama tinggal di asrama kan?

"Pulang? Pulang kemana tu antunna?"

"Pulang ke rumah laa, Kak Esha!"

"Na'am. Hari ini adalah hari untuk kita semua pulang ke rumah dan.. Cuti selama tiga minggu." Haura sebagai ketua asrama memaklumkan tempoh cuti.

Kini, seluruh pelajar perempuan diminta Haura untuk berkumpul seketika selepas selesai menunaikan solat subuh tadi. Jadinya, seperti yang dirancang tadi, Haura dan Erdyna akan memberitahu sesuatu kepada mereka semua.

"Cuti-cuti juga, tapi jangan lupa esok, antunna masih perlu hadir ke dewan utama tahfiz. Sebab tahfiz kita akan mengadakan hari.. Hari apa ya antunna?" sambung Erdyna pula selaku ketua surau.

"Ihtifal!"

"Ahsantum. Tahfiz kita akan mengadakan hari ihtifal. Jadinya, Kak Dyna selaku wakil daripada ustazah dan ustaz sangat mengalu-alukan kamu semua untuk datang ke dewan besar esok ya."

"Baik, insya-Allah Kak Dyna!" kesemuanya tersenyum lebar ketika menjawab. Bergelak ketawa seperti tiada hari semalam.

"Baiklah," Haura kembali bersuara. Tekak terasa berpasir. Sukar untuk dia menyambung kata.

"Seperti yang sedia maklum, peperiksaan penggal akhir bagi tingkatan enam sudahpun berakhir pada sebulan yang lepas. Awak semua pun sedia tahu, bahawa hanya kami berdua sahaja pelajar perempuan tingkatan enam yang tinggal disini. Jadi dengan itu, kami mahu memberitahu semua, yang... " terhenti percakapan Huara apabila ada pelajar lain yang mencelah.

"Jangan cakap hari ni hari last korang?" soal seorang pelajar perempuan daripada tingkatan tiga. Memutuskan percakapan Haura. Gelisah juga gundah suaranya.

Pelajar yang lain juga mula bersuara. Riuh ruangan musolla itu dengan suara-suara mereka. Ada yang mengeluh. Ada yang terkejut. Ada yang hampir menangis. Ada yang riak wajahnya penuh dengan tanda tanya.

"Weh janganlah!"

"Janganlah berhenti lagi.."

"Mana boleh macam ni kak.. "

"Aaaa awalnya nak berhenti!"

"Nak nangislah macam ni.."

"Sumpahlah Kak Dyna dan Kak Esha nak berhenti dah?"

"Alaa.."​

"Kenapa nak berhenti awal-awal pula ni?"

"Banat.. Uskud jami'an!" tegas Erdyna memberi arahan. Tidak bernada marah. Tetapi cukup untuk membuatkan kesemua pelajar senyap. Dengan itu, ruangan musolla yang riuh rendah tadi kembali senyap.

"Ahsantum." kata Erdyna semula.

"Ya, sayang-sayang semua. Hari ini adalah hari terakhir untuk kami. Selepas ini, Insya-Allah kalau ada rezeki.. pada hujung tahun nanti kami berdua akan bersama-sama menyambungkan pelajaran di tanah arab." serba salah Haura memberitahu.

Tambah lagi, ketika menyebut 'hari terakhir'. Bergenang air matanya. Sebak. Haura ini bukanlah sejenis orang yang suka tunjuk perasaan di hadapan orang lain. Kecualilah dengan orang yang rapat dengannya. Tetapi kali ini, dia tidak dapat menahannya lagi. Tewas awal.

Selama genap hampir enam tahun dia bersekolah disitu, berbagai-bagai memori sudah tercipta. Kenangan yang manis juga yang pahit, kedua-duanya selamat tertanam didalam kotak memori. Takkan dilupa semuanya. Akan dirindu segalanya.

Air mata yang utuh bertakung dikolam birai mata akhirnya tewas dan jatuh membasahi pipi.

"Nanti, jangan lupa doakan kejayaan untuk kami ya. Kami berdua sangat memerlukan doa yang baik-baik daripada kalian." sambung Erdyna.

Diusap-usapnya belakang tubuh Haura yang beralaskan telekung. Terhinjut-hinjut menahan esakan. Haura sudah tewas dengan air mata. Erdyna pula masih lagi kuat melawan sebak.

Esakan daripada para pelajar perempuan yang lain juga sudah terdengar jelas. Mereka semua bersedih dengan pemergian Haura dan Erdyna.

Hampir kesemua pelajar yang ada didalam musolla itu bangun dan terus menuju kearah Haura dan Erdyna. Tubuh mereka dipeluk erat oleh pelajar yang lain. Teresak-esak menangis. Erdyna yang tadinya kekal kuat menahan tangis, akhirnya tewas juga.

Jelaslah disini bahawa kedua-dua orang pelajar tingkatan enam itu sangat disayangi dan berjasa buat mereka.

Walaupun Haura dan Erdyna adalah pelajar yang paling tua dan mempunyai jawatan yang besar diasrama juga disekolah, tetapi mereka berdua tidak pernah angkuh atau sombong dengan setiap jawatan yang dimiliki. Sifat rendah diri sentiasa tersemat didalam diri mereka. Penyabar, bertanggungjawab juga penyayang.

Yang paling disegani mereka adalah bilamana Haura dan Erdyna bukanlah diantara ketua yang berat sebelah ataupun memilih kasih. Mereka sentiasa adil dalam berbuat segala keputusan. Sifat marah juga jarang-jarang ditunjuk.

"Antunna.."

"Akak nak pesan ni, akak nak minta semua adik-adik kesayangan akak ni.. jagalah diri, jaga aurat, jaga quran dan yang paling penting jaga hubungan dengan guru tidak lupa juga hubungan dengan ibu dan ayah.

Ingat, redha Allah terletak pada redha ibu dan bapa. Boleh semua?" pesan Haura selepas puas menangis tadi. Suaranya pun masih serak. Anak mata birunya memandang satu persatu wajah-wajah jelita para pelajar perempuan yang berada dihadapannya.

"Baik! insya-Allah kak Esha." jawab pelajar yang lain dengan suara yang serak juga. Tak habis-habis lagi menangis.

Tiba-tiba ada seorang pelajar tingkatan dua yang mengusik Haura.

"Hm, nanti dah takde dah lah chocolate free yang kitorang dapat dari kak Esha tiap minggu." teringat akan pemberian daripada pelajar-pelajar lelaki yang tidak putus-putus memberi Haura makanan demi memikat hatinya.

Walaupun mereka berikan makanan-makanan itu pada Haura, tetapi Haura tidak sanggup untuk memakannya. Disebabkan itulah dia memberi segala apa yang dia dapat kepada pelajar-pelajar perempuan yang lain.

"Itulahtu, lepas ni dah takde dahlah banin yang selit makanan mahal-mahal bawah meja Kak Esha dan Kak Dyna lepas tu akak berdua pass dekat kitorang." sambung pelajar yang lain pula. Seronok ketawa.

"Betul tu betul tu! Lepasni dah tiadalah lovestory Kak Esha. Yelah, Kak Esha kan banat paling lawa dan sempurna dekat tahfiz ni!"

"Iye doo! Nanti dah tiada lah akak mata biru dekat tahfiz ni!"

"​Dahlah mata biru, rambut pulak caramel, kulit flawless, pandai, cantik, ayu. AAAAAA perfect! We will miss our duo perfect senior evah!" melambung-lambung mereka memuji Haura dan Erdyna. Meskipun lebihnya kepada Haura.

Tapi benar, sebagaimana akhlaknya Haura, begitu jugalah Erdyna. Kelebihan Haura, kekurangan Erdyna. Kekurangan Haura, kelebihan Erdyna.

Setiap perkataan yang disebutnya mereka itu sudah seperti mengira nombor. Dikira-kira dengan jari. Erdyna yang berada disebelah Haura juga turut menyertai mereka mengira. Memberi pujian seguni kepada Haura.

Haura sudah menggeleng-geleng kepala. Riak geram ditayang.

"Lepas tu lepas tu! Mesti banin yang lain akan broken teruk bila tahu Kak Esha dan Kak Dyna nak berhenti sekolah."

"HAHAHAH betul doo!"

"Eh amboi-amboi! Makin merepek eh korang ni! Dah dah dah.. Ada-ada je. Pergi kemas barang sana tu. Then, terus get ready untuk balik." Haura memberhentikan perkara mengarut yang dibualkan oleh pelajar-pelajar perempuan tadi.

"Hahahaha! tapi betul kak apa yang kami cakap ni! Akak tak percaya ke?"

"Haip! Sebelum akak tebuk juzu' 3 sorang-sorang. Baik korang masuk asrama sekarang." hingga bercekak pinggang ketua asrama itu. Dikecilkan matanya bersama wajah tidak puas hati.

"Omegoat! akak mata biru kita dah mengaum. Baik kita masuk weh!" kata seorang pelajar. Ditekupnya kedua-dua belah pipi dengan riak wajah pura-pura takut.

"Iye do, jom weh jom!" sahut pelajar yang lain lalu terus mengorak langkah dan beredar keluar daripada surau.

Erdyna yang setia berada disebelah Haura sudah terkekek-kekek ketawa melihat sikap junior-junior nya yang suka menyakat Haura.

Bukan mereka sahaja yang suka menyakat Haura, malah dia sendiri suka mencari gaduh dengan Haura. Iyalah, siapa suruh famous sangat? Kan dah ramai orang suka menganjing.

"Oh suka kau, ya?" Haura menjeling Erdyna pula. Daripada tadi lagi dia perasan seketul kawannya itu tidak habis-habis tersenyum lucu. Hei, apa yang kelakar sangat ha?

"Of course aku suka!" bibirnya masih tersisa dengan ketawa.

"Tapi kan weh, daripada ramai-ramai lelaki tu, if you want to choose kan.. better kau ambik Fattah. He's almost perfect for you. Serious talk." Erdyna memberi cadangan bernas.

Digaru-garu dagu runcingnya. Tanda berfikir.

Fattah itu pun boleh dikira lelaki yang baik juga. Ramai guru yang suka dengan si Fattah ini kerana kehormatannya pada guru dan wanita. Rupa ada, agama ada, bijak pun sama naik saja dengan Raeesha. Ha dah cun dah tu.

"Hish apa lagi kau merepek ni, Dyna. Taknak aku. Aku muda lagilah." Raeesha memecahkan lamunan Erdyna. Apalah yang perempuan ini fikirkan. Termenung bukan main.

"Oh jadinya kalau kau dah tua nanti, kau naklah?"

"Maybe. Why not?"

Terangkat sebelah kening Erdyna. Wah ini sudah lain macam.
"Wow! Wait seriously? Haura Ar-Raeesha ke ni? Jangan cakap pada aku yang kau memang dah ter fall i-"

Pantas jari telunjuk Haura menekup tepat pada bibir Erdyna. "Ah shuh! Aku gurau jelah. Ish kau ni ambil serious pula." Jangan dibiar bila kawan baik sendiri sudah mula merapu.

Nanti kalau sudah lebih-lebih, beruk pun tak kuasa nak dengar.

Tapi, macamlah beruk nak dengar apa manusia cakap. Ah apa-apa jelah!

"But, bak kata orang, kalau dah jodoh tak kemana. Ok bye!" bisik Haura sebelum berlari anak menjauhi Erdyna dan terus masuk ke dalam asrama.

Meninggalkan Erdyna sendirian disitu.

"Wah! Dah pandai ye kau sekarang!" pekik Erdyna.

Haura memberhentikan langkah lalu berpaling pada Erdyna. Tersenyum kambing hingga menampakkan gigi tersusun cantiknya. Tak lama, selepas itu dia sambung berlari, memasuki pintu asrama.

"Ahh pandai tak pandai. Kurang ajar punya Raeesha. Tinggal aku seorang-seorang lepas itu kena tutup pula segala suis yang ada. Takpa-takpa. Siap kau nanti, Raeesha." bebel Erdyna sendiri apabila melihat Haura yang sudahpun lenyap dibalik pintu.

Lalu dengan langkah yang terpaksa, diorak langkah kearah tempat suiz lampu dan aircond. Menekan kesemua punat off.

Continue Reading

You'll Also Like

114K 5.5K 43
แ€„แ€šแ€บแ€„แ€šแ€บแ€€แ€แ€Šแ€บแ€ธแ€€ แ€›แ€„แ€บแ€ทแ€€แ€ปแ€€แ€บแ€•แ€ผแ€ฎแ€ธ แ€กแ€แ€”แ€บแ€ธแ€แ€ฑแ€ซแ€„แ€บแ€ธแ€†แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€กแ€™แ€ผแ€ฒแ€œแ€ฏแ€•แ€บแ€›แ€แ€ฒแ€ท แ€€แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€œแ€ฑแ€ธ แ€€แ€ปแ€ฑแ€ฌแ€บแ€”แ€ฑแ€™แ€„แ€บแ€ธ แ€แ€ผแ€ฐแ€แ€ผแ€ฌแ€œแ€ฝแ€”แ€บแ€ธแ€œแ€ญแ€ฏแ€ท แ€€แ€ปแ€ฑแ€ฌแ€บแ€”แ€ฑแ€™แ€„แ€บแ€ธแ€€ แ€•แ€ญแ€ฏแ€ธแ€Ÿแ€•แ€บแ€–แ€ผแ€ฐแ€œแ€ญแ€ฏแ€ท แ€”แ€ฌแ€™แ€Šแ€บแ€•แ€ฑแ€ธแ€แ€ถแ€›แ€แ€ฒแ€ท แ€€แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€™แ€œแ€ฑแ€ธ แ€”แ€ฑแ€แ€ผ...
369K 9.6K 32
Princess Marie, a renowned troublemaker of Paris has entered the Ton. Marriage, children and any prospect of love have always been a ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ง...
84.6K 479 21
spoiler "Berani main-main sama gue iya? Gimana kalau gue ajak lo main bareng diranjang, hm? " ucap kilian sambil menujukan smirk nya. Sontak hal ter...
999K 52.6K 33
Millie Ripley has only ever known one player next door. Luke Dawson. But with only a couple months left before he graduates and a blackmailer on th...